25 April 2011

Masa sangat cemburu.....banyak nak kongsi....siapkan dulu perkara wajib.....ia sumber rezeki untuk ku

24 April 2011

KARNIVAL PENDIDIKAN PPD BATU PAHAT - PAMERAN BUKU

TAHNIAH KEPADA PIHAK PPD BATU PAHAT.... TERUS TERANG KU NYATAKAN KALAU TIDAK DISEDIAKAN BAS DAN GALAKAN SEPERTI YANG DIATUR PADA 24/4/11 KEPADA PELAJAR PASTI KARNIVAL PENDIDIKAN @PAMERAN BUKU INI AKAN SUNYI SEPI.....









Seramai 40 orang murid SKP


6 Juara ni pantang nampak cikgu dia buka camera, masing2 tayang muka.... mereka hebat....




Sebahagian lot pameran....






Novel.... banyak yang telah ada dalam koleksi Ku...






Kumpulan Imam Remaja dari SMK Dato Syed Isa.... tahniah, mereka lah bakal pengganti ulamak kita...




He he mak hajjah dua orang ni....posing gitu....





Kawan lama As



18 April 2011

MY LOVE ONCIDIUM ORKID....


Orkid Ku mula berkembang..... setelah dua hari hanya sekuntum......



dibawah pula setelah 10 hari berkembang..... memang cantik... Subnallah.











Indahnya ciptaan Allah.......






Sedang meriah....










Ini sudah 4 hari mula berkembang.... hilang rasa penat bekerja bila bersamanya....















Ini sudah lebih sebulan berkembang.... hanya tinggal beberapa kuntum...











Ini orkid harimau yang baru ku beli pagi ahad semalam.... RM 40 sepasu...

LADANG NASUHA PART II

Cantik kan..... macam bunga yang biasa letak atas kek tuh....Ini bunga asam gelugor sebenarnya...


Pokok kayu putih.....


Resort yang berharga RM 600 satu malam..... memang cantik... tapi biasalah anak-anak Ku kalau tak ada swimming pool baik tak payah....


Ini adalah asam gelugor yang dikenali juga sebagai asam keping.....


Ini adalah Pusat Pemerosesan Produk Nasuha.... kami tidak dibawa melawat ke tempat ini....lalu saja..........



Di atas bukit Ladang Nasuha... bersama trem yang membawa kami....hebat tuh....gayat bila menurun bukit atau selekoh.....

LAWATAN KE NASUHA PAGOH









Dihadapan pintu masuk utama Nasuha Farm






Nasuha Farm's adalah pengeluar Produk Rempah Ratus Mak Siti






Inilah Owner Nasuha Farm





Sebahagian dari Showroom yang cantik....di dalam botol diatas adalah pelbagai produk kesihatan.




Restoran di dalam Dewan Utama.... Pintu putih yang cantik tu adalah pintu tandas...











Di antara Produknya ialah Sabun yang berharga RM 60.... Subhanallah mahal tuh....







Buah Gora yang tak pernah Ku jumpa........ Untuk produk minuman kesihatan.... baik untuk Tenaga , IQ dan tenaga batin....






Memang hebat kami disediakan dengan minuman herba yang dijual oleh Produk Ksihatan Nasuha...






Cendol yang beli dengan harga RM 4, tetapi tidak sehebat Halim Cendol.... Rasa Susu Cair jer ....





Sebelum pulang kami dihidangkan dengan Nasi Beriani Rempah.. memang specialll........


12 April 2011

ORKID KASIH SAYANG SATU dan DUA.....

Kenapa Orkid Kasih Sayang.....? Orkid Tanah ( orkid kasih sayang satu ) ni sebenarnya hadiah dari Sahabatku Hjh Nahida dan Pn Fadzilah , Manakala orkid dalam pasu tu ( orkid kasih sayang dua ) dari Pn Norhanan semasa harijadiku..

Terima kasih sahabatku.... kerana kalian memahami dan sentiasa bersama dalam banyak keadaan....

Terima kasih juga kepada En Md Nor kerana melayan kawan-kawan ku ini....

Terima kasih juga untuk semua yang menghantar ucapan dan doa....

Terima kasih juga kepada semua yang sudi menjadikan diri ini sebagai sahabat.....

Sesungguhnya kalian amat bermakna dalam diri ini.....



Orkid Kasih Sayang satu.....



Orkid Kasih Sayang dua.....



Orkid ini merupakan 4 dari 70 pasu yang Ku ada dalam koleksi......



Orkid ni pulak orkid kurang kasih sayang he he.... dah dua tahun tak berbunga....sebenarnya tahun lepas aku kurang memberi kasih sayang kepada orkid2 ini kerana fokus untuk ke Mekah...Alhamdulillah balik dari Mekah aritu setelah diberi perhatian banyak yang berbunga....


10 April 2011

JADILAH SEORANG YANG RASIONAL....CERIA BUKAN BEERTI GEMBIRA, MURUNG BUKAN BEERTI DUKA....

Hari ini teringin untuk masuk N3 tentang perasaan.... entah mengapa, mungkin ada sesuatu yang mendorong ku berbuat demikian.... Tetapi kongsilah catatan ini.... orang kata luahkan apa yang dirasa.... Tetapi janganlah terkesan kerana hanya sedikit sahaja yang mencalar hati ini.... Seperti yang ku nyatakan Ceria Bukan Beerti Gembira, Murung Bukan Beerti Duka.... Ada kalanya keceriaan kita hanya menutup kedukaan kita.... Adakalanya Kemurungan hanya kerana emosi bukan dalam keadaan berduka..... KEKECEWAAN ITU PERLU : Kekecewaan, kegagalan, kesedihan itu amat perlu dalam hidup kita. Seperti yang pernah ku nyatakan dalam N3 ku beberapa waktu dahulu "ada masa di atas, ada masa di bawah", ada setengah orang memanggilnya sebagai "suka dan duka" dan macam-macam panggilan.... Kenapa ianya perlu? Allah swt jadikan setiap satu situasi adalah sebagaimana yang ditafsirkan dari Surat Al-Insyirah i.e. Alam Nasyrah..... diulang-ulang tiga kali iaitu petikannya berbunyi "setiap kesusahan akan disertai dengan kesenangan". Kekecewaan, kesedihan, ketidak puas hatian adalah satu proses penting untuk kita .... TETAPI ADAKAH IANYA BERSESUAIAN ..... IA BERGANTUNG KEPADA ORANG YANG MENGAMBIL IKTIBAR DARIPADA SITUASI TERSEBUT...... Bila berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini, Tindakan pertama yang perlu kita buat adalah ISTIGHFAR betul-betul.... dari hati.... mengakui kita ada kesilapan dan kita lemah, sebab itulah kita diberi situasi begini dan sesungguhnya ianya tidak akan berlaku kalau bukan dengan izin Nya yang Maha Kuasa. Kedua...Bacalah ayat ini.... "La Ila Ha Illa Anta, Subhanaka Inni Kuntum Minnadzolimin"..... Kalau boleh 1000x tapi kalau tak 101x atau paling kurang 10x.... Cuba buat sekarang... Maksud dia....Tidak Ada Tuhan Melainkan Engkau (Ya Allah), Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku menzalimi diriku sendiri...." Ayat yang dibaca oleh Nabi Allah Yunus A.S. dan dia terlepas daripada mulut ikan nun yang besar..... Ketiga, banyakkan selawat ke atas Nabi.... kalau boleh 1000x sehari atau lebih... Seterusnya mintalah pimpinan, petunjuk, sokongan, bantuan dari Yang Maha Esa….. Kenapa semua di atas ni adalah panduan yang penting? Kekecewaan, kesusahan diberi sebenarnya untuk kita ingat.... Ingat Allah, besarkan Nya dan Puji Nya.... Ujian diberi untuk ingatkan Nya... Ujian datang dalam susah, ujian juga datang lagi besar bila kita senang untuk mengingatkan kita agar sentiasa besarkan Nya dan Puji Nya serta sentiasa bersyukur kepada Nya... ..... Mungkin bila susah kita tak solat secara sempurna ...... Bila kita senang? Lagilah ramai yang tidak sempurna solatnya….. Mungkin bila susah kita ingat Allah, tapi bila senang? Lupa dengan Nya dan tidak menyedari bahawa nikmat kesenangan dari Nya juga…. Natijahnya ialah.... Hidup ni hanyalah laluan, buatlah apa sahaja dengan terbaik dan ingat kita datang dari Nya dan kita nak kembali kepada Nya....MasyaAllah..... Suka atau Duka... Hanyalah rahmat Nya..... Senang atau susah... juga anugerah Nya.... hadapi dengan enjoy bila kita faham ianya adalah Rahmat Nya dan atasilah ia dengan mendapatkan pimpinan, petunjuk, sokongan dan bantuan Nya... Sekiranya kita mahu bahagia, sihat, kaya, berjaya dan mendapat keberkatan dari Nya.... Sentiasalah berdamping dengan Nya.... Insya-Allah kita akan jumpa jalan yang sebenar...

06 April 2011

SYUKUR KEPADA MU YA ALLAH....ALLAH MEMANJANGKAN USIA KU....


Hari ini genap umur ku 43 tahun....

Syukur kepada Mu Ya Allah kerana dengan kasih sayang Mu terhadap hambaMu yang kerdil ini memberi kesempatan untuk bernafas di bumi Mu Ya Allah , sebagai umat Islam yang mendambakan syurga Mu.....


Syukur kepada Mu Ya Allah kerana mengurniakan sifat kasih sayang dengan Mu Ya Allah dan kasih sayang sesama makhluk..... memberi ku peluang menjadi isteri kepada seorang suami yang sangat baik di mata hatiku, menjadi ibu kepada anak-anak ku yang dikasihi, menjadi anak yang biasa-biasa sahaja kepada kedua ibu bapa ku, menjadi kak long kepada adik-adik yang aku sayangi, menjadi pendidik kepada anak didik Ku dan menjadi insan yang biasa-biasa sahaja dalam dunia Mu.....



Ya Allah dengan rasa rendah diri ini, aku bermohon kepada Mu jadikan aku Muslimah yang sejati , sentiasa taat dengan perintah Mu, taat kepada suami ku, hormat kepada sesama insan.



Ya Allah panjangkanlah umurku, berikanlah kepadaku kesihatan tubuh badan, akal fikiran yang waras dan sumber rezeki yang halal ....

02 April 2011

WAJAH BARU 6 JUARA

Wajah baru 6 Juara.... TAHNIAH BOS kerana mewujudkan pertandingan kelas ceria, terbersih dan penuh info ......kelas Ku ini kategori kelas yang agak lambat update lak kiranya....he he, mood nak mengemas ni datang biasanya last minutes lah.... gelihati pun ada, gamaknya macam bukan pertandingan kelas tapi pertandingan antara guru !!!!..... ya lah murid sekolah rendah ni fikirannya tak terjangkau jauh ke depan.... masih lagi seronok2....


sudut pengayaan


akhbar harian , buku Siri Salma dan Siri Enid Blyton yang ku bawa dari rumah


hasil kerja murid


Buku tambahan UPSR dan buku kerja murid

BERHATI-HATI MENYAMPAIKAN ILMU


ILMU


Daripaada Jarir bin Abdullah al Bajali r.a , Nabi s.a.w bersabda, " Siapa yang mengadakan ikutan yang baik dalam Islam, ia mendapat ganjaranamalan itu dan ganjaran orang yang mengamalkan selepasnya, tanpa kekurangan sedikitpun.Dan siapa yang mengadakan ikutan yang buruk dalam Islam, ia mendapat dosa daripada amalan iti dan dosa orang yang yang mengamalkan selepasnya tanpa kekurangan sedikit pun.


Hadith Riwayat Muslim


MasyaAllah membaca yang di atas terasa syukur, gembira ,takut dan mengerikan dengan ganjaran dan azab Allah.... manakan tidak kita sebagai ibu bapa adalah penyampai ilmu, tersilap kata dan bicara terhadap anak-anak maka azab Allahlah bahagiannya.....Tambahan pula Ku sebagai pendidik, setap hari selain dari matapelajaran yang diajar ,bermacam bicara yang kita tuturkan kepada anak didik kita.....dari hadith di atas, jelas sekali maksudnya.


Kesimpulannya: berhati-hatilah dalam berbicaradan menyampaikan ilmu...