12 May 2014

..........?????????...................

Budaya whatapps....
Cara berfitnah dan menambah dosa yang semakin popular....
Berhati-hati...
Jangan sampai awak merangkak di akhirat nanti nak minta ampun dengan saya...

05 May 2014

MEI DATANG LAGI....

Ahamdulillah acara tahunan keluarga Haji Sairan dapat kami jalankan pada 1 mei yang lalu...Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin , bacaan doa selamat dan makan2 bagi memeriahkan majlis...
Sebenarnya majlis kecil jer untuk meraikan ulangtahun ayahanda dan bonda kami...
Tapi kalau tengok dalam foto2 ni bukan atuk dengan nenek yang dirai , tapi cucu2 yang terlebih xcited...

Yang kelakar gambar kami dok baca yasin dan doa selamat tak de satu pun...( semua khusyuk membaca yasin dan berdoa kot hingga terlupa nak angkat kamera dan hpon )








USIA YANG BERTAMBAH.....

Alhamdulillah .... Syukur kepadaMu Ya Allah kerana memanjangkan usia ku, memberi kesihatan tubuh badan dan akal fikiran, memberi rezeki yang cukup. memberi nikmat bahagia bersama keluarga yang dikasihi, memberiku peluang untuk beribadat kepada Mu Ya Allah...Alhamdulillah Ya Allah...

Bila umur bertambah terasa gerun kerana ini bermakna kurang setahun dari umur kita...
MasyaAllah...

Doaku:
Ya Allah, panjangkanlah usia ku,
Agar lebih lama dapat ku mentaati Mu,
Jadikanlah kehidupan ini sebagai ladang,
Moga di akhirat kelak ku mengutip hasilnya,
Ya Allah , tambahkan lah amalanku di saat bertambah usiaku,
Jadikanlah cahaya Mu yang bersinar menyinari jalanku,
Rehat ku adalah rantaian zikir,
Tidurku adalah tidur dalam iman,
Senyuman ku adalah senyuman sedekah,
Ya Allah , Engkau tidak mensia-siakan segala usahaku,
Mencari haruman syurgaMu...
 

Ciskek leleh katanya....lazat...



 
Mereka yang ku kasihi ini yang membeli kek... terima kasih daring2 semua....
Ini pula kek yang di sponsor oleh pihak sekolah untuk kami yang lahir bulan April....


Alhamdulillah tiga kali potong kek....
Tiada kata yang dapat dituliskan kecuali rasa syukur yang melimpah2...

LUAHAN TERSIRAT DAN TERSURAT.....




CEPATNYA MASA BERLALU.....
Diam tak diam sudah Mei... Rejab dah bermula, Syaaban bakal menyusul, Ramdhan bakal disambut, Aidilfitri bakal menjelang sebelum UPSR bermula....

Terasa berat tugas kak meha tahun ni... memegang kelas Tahun 6 yang pertama,  setelah sejarah hitam bagi sekolah kami tahun lalu...

Mampukah mengulangi kecemerlangan Tahun 2011 dengan Anjakan Saujana yang diterima...... Hanya Tuhan yang tahu betapa resah , risau kak meha ....
( Sungguk kami kehilangan Bintang yang membimbing kami - mereka berdua memang hebat )

Sehingga ke hari ini belum nampak calon2 yang bakal mencerahkan prestasi ..... Sungguh kami memerlukan kekuatan-kekuatan yang boleh memberi motivasi kepada anak murid dan jalinan kasih antara pihak pentadbiran dengan guru...

Sungguh amat sukar untuk diluahkan kerana ia akan melibatkan banyak pihak.
Namun:
MENEGUR jangan sampai MENGHINA
MENDIDIK jangan sampai MENDERA
MEMINTA jangan sampai MENDESAK
MEMBERI jangan sampai MENGUNGKIT
MENGHARAP jangan TIDAK BERUSAHA
MELIHAT jangan SEBELAH MATA
MENILAI jangan TIDAK SEKATA

KERANA KEJAYAAN HARI ESOK BERMULA HARI INI....


WABAK MERS CoV PERTAMA DI MALAYSIA

 Walaupun terlambat tapi nak share juga dan untuk diri sendiri sebagai ingatan..

Semua satu Malaysia dah mengetahui tentang berita ini...liputan Meluas...MERS CoV... semua orang boleh google cari makluamt berkaitannya...
Apa yang membuatkan Kak Meha ingin menulis berkaitannya..

Pertama tentang wabak itu sendiri yang menimpa arwah yang kebetulan memang en kekanda mengenalinya ... sebelum kak meha membina rumah di kampung Separap, kak meha tinggal di
Lorong 3 kg Bintang Laut selama setahun selepas berumahtangga. Kebetuan pula kami pernah sama-sama berkursus pada tahun 2009 untuk menunaikan haji . Tambahan pula arwah adalah pekedai jadi ramailah yang mengenalinya

Yang Keduanya , sekolah tempat kak meha bertugas adalah hampir 40% dari penduduk Kg Bintang Laut. Dan anak kepada si mati adalah pelajar sekolah kami dari kelas Tahun 5 Bijak.

MasyaAllah betapa kalutnya sekolah kami dengan berita kematian ini. Maklumah murid2 ni pandai mereka buat rumus sebelum berita benar2 jelas... Depa kata H1N1....Macam2 cerita yang depa cerita.

Dan waktu itu memang kebetulannya musim batuk selsema ke....memang kalut... Bertambah kalut dengan berita2 rumus dari Wassap Grup WargaSKP...
MasyaAllah memang gerun, apa tidak nya bila perhimpunan pagi sebeum masuk ke kelas di dewan sekolah kami, batuk murid2 bersahut-sahutan...kami guru2 di dewan jadi panik...Kenapa jadi macam ni merebak hingga ke sekolah ke, sedangkan anak kepada arwah si mati masih agi bercuti dan dalam kuarantin. Kalau nak cerita meamng panjang...
Tindakan segera pihak sekolah telah membekalkan mask , memberi penerangan yang jelas dan meminta penjaga mengambil anak2 mereka. Memang tak daya cikgu2 nak menghantar balik depa ni, sebab ramai sangat yang batuk, demam dan selsema.




Pihak sekolah juga telah memanggil Pegawai dari Pejabat Kesihatan yang bertugas di Klinik Sementara / Pusat rawatan sementara di Komplek Penghulu Mukim Peserai. Dan syukur penerangan yang jelas mengurangkan juga kerisauan kami. Apapun waktu itu kami berdoa , tunggu dan lihat perkembangan seanjutnya. Maklumlah jumlah kuarantin rumah bertambah mengikut laporan berita2 harian. Sehingga 23 April bermacam rumus yang kak meha dengar hingga menggugat iman

....Untuk menyedapkan hati kak meha call Pn Fauziah Hassan NYDP PIBG sekolah kami yang bertugas sebagai sukarelawan di Pusat Rawatan tu...

Alhamdulillah penerangannya juga jelas menurut katanya , Pusat Operasi telah ditutup dan semuanya bebas dari wabak cuma masih ada beberapa orang masih dikuarantin namun mereka negatif wabak. Diberitahu juga bahawa virus MERS CoV sukar untuk merebak di negara kita kerana faktor cuaca yang panas lembab. Alhamdulillah semoga Allah lindungi kita dari wabak yang belum ada penawarnya.

Terima Kasih mr google dgn gambar yg dikongsi....bukan tak ada gambar sendiri tapi semua dlm hpon belaka...