21 February 2011

MARI KITA BELAJAR TENTANG KASUT KHUF


INILAH KASUT KHUF YANG DIGUNAKAN OLEH HUBBY SEMASA DI MEKAH

INI PULA YANG KU GUNAKAN DI MEKAH BUKAN SEBAGAI KHUF TAPI APABILA SEMBAHYANG MENGGUNAKAN TELEKONG DAN TIDAK MENGGUNAKAN KAINNYA HANYA MEMAKAI STOKIN, MAKA KU PAKAI KASUT INI SUPAYA KAKI KU YANG BERSTOKIN TIDAK JARANG HINGGA TERNAMPAK TAPAK KAKI....


BEGINI KISAHNYA....

Semalam buka radio IKIM balik dari menghantar anak di Muar…saja nak terapi minda dan santapan rohani….seronok pulak ceritanya tentang kasut KHUF….sebenarnya suami dah biasa guna kasut ni, dan dah lama Ku tahu tentang kasut KHUF ni, tapi Ku kurang mendalaminya. Ya lah di Malaysia ni untuk mengambil wudu’ bukanlah masalah besar…..memandangkan di Malaysia tiada masalah air dan cuacanya Alhamdulillah tidaklah sejuk yang membolehkan kita mengambil wuduk dengan selesa dan mudah….
Sebenarnya penggunaan KASUT KHUF ini adalah satu anugerah Allah kepada manusia, untuk memudahkan manusia mengambil wuduk seterusnya menunaikan ibadah solah tanpa sebarang alasan…
InsyaAllah sama2 kita kongsi tentang KASUT KHUF ini…..


BAGAIMANA MENYAPU KHUF MENURUT SUNNAH NABI?

اَلْخُفِّ adalah sejenis sandal yang diperbuat dari kulit yang menutupi dua mata kaki. Termasuk dalam istilah khuf adalah kasut yang dipakai seharian baik yang diperbuat dari kulit, getah, kain kanvas dan lain-lain. Penulis merasakan perlu untuk membincangkan tentang hukum-hakam berkaitan dengan menyapu khuf kerana ianya merupakan pengganti kepada membasuh kedua kaki ketika berwuduk.

Mungkin ada yang berpendapat isu ini tidak perlu diperbincangkan di Malaysia kerana umat Islam di sini tidak lagi memakai khuf atau kasut ketika bersolat. Namun begitu bagi penulis hukum-hakam menyapu khuf masih penting untuk diperbincangkan kerana:

1) Memakai kasut dalam bersolat adalah sunnah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam.

Daripada ‘Abdullah bin ‘Amru bin al-‘Ash, dia berkata:

Aku melihat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersolat dengan kaki telanjang
(tidak memakai kasut) dan memakai kasut.


Solat dengan memakai kasut masih dapat dilakukan ketika bermusafir, ketika bersolat di dalam bilik hotel dan situasi lain yang mungkin sesuai. Apatah lagi sekiranya kita berada di tempat yang tidak disediakan tempat berwuduk dan kita perlu berwuduk dari tempat basuh tangan, maka adalah lebih mudah sekiranya kita hanya menyapu air di atas kasut dari kita mengangkat kaki lalu meletakkannya di atas tempat membasuh tangan tersebut sebagaimana yang lazim dilakukan.

2) Hukum-hakam berkaitan dengan menyapu khuf ini adalah sama dengan menyapu kaos (al-Jaurab) kaki atau apa yang dipakaikan di kaki yang bahannya diperbuat dari kain kapas dan lain-lain yang sesuai. Di Malaysia ini kaos kaki lebih dikenali sebagai stoking. Tentu sekali menyapu stoking sebagai pengganti membasuh kaki adalah satu kemudahan yang perlu diketahui oleh kita semua. Insya-Allah penulis akan memperuntukkan satu bab khusus berkenaan menyapu stoking kerana inilah yang lebih mungkin untuk kita semua amalkan pada banyak situasi.


DALIL DISYARI’ATKAN MENYAPU KHUF

Menyapu khuf ini disyari’atkan berdasarkan dalil dari al-Qur’an dan al-Sunnah dan telah sepakat (ijmak) seluruh ulamak akan keharusan menyapu khuf samada ketika bermusafir mahupun bermukim sebagai pengganti membasuh kaki ketika berwuduk. Menurut Imam al-Nawawi rahimahullah:

Orang-orang yang diakui keahliannya telah ijmak dibolehkannya menyapu khuf –baik dalam perjalanan mahupun ketika menetap, disebabkan sesuatu kepentingan ataupun bukan- bahkan juga bagi perempuan yang menetap, serta pada waktu seseorang tidak berpergian.

Dalil dari al-Qur’an adalah firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat (padahal kamu berhadas kecil),
maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku,
dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali…


Menurut Syaikh al-‘Utsaimin rahimahullah:

Kata وَأَرْجُلَكُمُ(kedua belah kaki kamu) dalam firman Allah tersebut memiliki dua macam bacaan yang datang dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, di antaranya dibaca وَأَرْجَلَكُمْ iaitu dengan fathah huruf لsebagai athaf atau mengikuti bacaan dari kata وُجُوْهَكُمْ(wajah-wajah kalian). Dengan demikian bererti “kedua kaki” harus dibasuh, seperti halnya membasuh wajah.

Adapun bacaan kedua adalah dengan dibaca kasrah huruf ل menjadi وَأَرْجُلِكُمْ sebagai athaf atau mengikuti bacaan رُءُوْسِكُمْ (kepala kalian). Maka dengan bacaan seperti ini bererti kaki dapat disapu.

Menurut Syaikh Sa’id al-Qahtani:

Pada ayat di atas, kata وَأَرْجُلِكُمْ (kedua belah kaki kamu), bila dibaca jar maksudnya kaki yang tertutup, sedangkan bila dibaca وَأَرْجُلَكُمْ nashob maksudnya kaki yang terbuka
Dalil dari hadis Nabi shallallahu 'alaihi wasallam pula begitu banyak dan bertaraf mutawatir. Menurut Muhyiddin rahimahullah:

Sementara itu sejumlah ahli hadis telah menegaskan bahawa perbuatan menyapu di atas khuf dinukil melalui jalur mutawatir. Sebahagian mereka mengumpulkan para perawi hadis tersebut sehingga melebihi jumlah lapan puluh orang, di antaranya sepuluh orang yang dijamin masuk syurga.


Di antara hadis Nabi shallallahu 'alaihi wasallam yang mensyari’atkan penyapuan khuf untuk berwuduk adalah:

Daripada al-Mughirah bin Syu’bah bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam keluar untuk buang hajat,
maka al-Mughirah mengikutinya sambil membawakan bejana berisi air.
Dia menuangkan kepada baginda shallallahu 'alaihi wasallam setelah selesai buang hajat,
lalu baginda shallallahu 'alaihi wasallam berwuduk dan menyapu bahagian atas kedua khufnya.


HUKUM-HUKUM BERKAITAN MENYAPU KHUF

Terdapat beberapa hukum-hakam yang berkaitan dengan menyapu khuf iaitu:

1) Hendaklah memakai khuf ketika berada dalam keadaan suci dari hadas.

Daripada Urwah bin Mughirah dari bapanya (Mughirah bin Syu’bah), dia berkata:


“Aku pernah bersama Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dalam satu perjalanan jauh (safar).
Aku pun bermaksud melepaskan kedua khuf baginda, maka baginda shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
“Biarkan keduanya, kerana aku memasukkan keduanya dalam keadaan suci.”


Maka hendaklah kita memakai khuf tersebut setelah kita bebas dari hadas kecil mahupun besar yakni setelah menyempurnakan wuduk ataupun mandi wajib. Menurut Imam al-Syafi’i rahimahullah:

Apabila telah menyempurnakan wuduk, maka hendaklah seseorang itu memasukkan kakinya ke dalam khuf. Bila dia berhadas setelah itu, maka boleh baginya menyapu kedua khufnya.


2) Hendaklah khuf itu itu bersih dari sebarang najis

Khuf yang dipakai itu hendaklah suci dari najis ketika hendak menyapu bahagian atasnya dengan air. Sekiranya khuf tersebut bernajis maka ketika mengusapnya dengan air maka ia akan mengotori bahagian lainnya sehingga tidak selayaknya ianya dianggap menyucikan. Dalilnya adalah sebagaimana yang dikhabarkan oleh Abu Sa’id al-Khudri radhiallahu 'anh:

Pada suatu hari Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menjadi imam bagi kami, tetapi ketika sedang bersolat baginda membuka sandalnya lalu meletakkanya di sebelah kiri. Apabila para sahabat melihat kejadian itu, mereka pun membuka sandal mereka.

Setelah solat, baginda bersabda: “Mengapa kamu membuka sandal kamu?”
Mereka menjawab: “Kami melihat Tuan membuka sandal Tuan, lalu kami pun membuka sandal kami.”

Baginda bersabda: “Tadi Jibril shallallahu 'alaihi wasallam datang kepada ku lalu memberitahukan kepadaku
bahawa pada sandal tersebut ada kotoran lalu aku membuka keduanya. Baginda bersabda lagi:
Jika seseorang di antara kamu datang ke masjid hendaklah dia memeriksa kedua sandalnya.
Jika dia melihat ada kotoran padanya, hendaklah dia menggosokkannya (ke tanah) terlebih dahulu,
kemudian barulah dia gunakan sandalnya untuk solat.”


Maka hukum yang sama juga perlu diperhatikan ketika hendak menyapu khuf. Hendaklah terlebih dahulu dipastikan bahawa ianya bebas dari sebarang najis.


3) Menyapu Khuf hanya diperbolehkan ketika hadas kecil sahaja.

Tidak boleh menyapu khuf di dalam keadaan hadas besar. Dalilnya adalah hadis yang diriwayatkan dari Shofwan bin ‘Assaal radhiallahu 'anh, dia berkata:

Kami diperintahkan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam apabila berada di dalam keadaan musafir
agar tidak melepaskan kedua khuf kami selama tiga hari tiga malam kecuali ketika dalam keadaan janabah
(perkara-perkara) yang menyebabkan perlunya mandi wajib), tetapi tidak melepaskannya
meskipun setelah habis buang air besar, air kecil ataupun tidur.


Apabila telah berada di dalam keadaan hadas besar hendaklah dibuka kedua khuf tersebut dan tidak boleh menyapu keduanya lagi sehingga suci dari hadas besar tersebut dengan mandi wajib (janabah). Setelah itu maka bolehlah memakai khuf semula dan sekiranya ingin bersuci dari berhadas kecil (yakni berwuduk) maka bolehlah menyapu khuf semula.


4) Menyapu khuf hendaklah mengikut kadar masa yang ditetapkan

Sebagaimana yang telah kita sedia maklum menyapu khuf ini dibenarkan bagi mereka yang bermukim dan bermusafir. Ini adalah berdasarkan hadis dari ‘Ali bin Abi Thalib radhiallahu 'anh, dia berkata:

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam memberikan batasan (yakni dalam mengusap khuf)
bagi orang yang bermusafir adalah tiga hari tiga malam,
sedangkan bagi orang-orang yang bermukim selama sehari semalam.

Imam al-Syafi’i rahimahullah pula di dalam al-Umm telah membawa sebuah riwayat dari ‘Abdurrahman bin Abi Bakrah, dari ayahnya dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

Bahawasanya baginda pernah memberi keringanan terhadap orang yang melakukan perjalanan
apabila berwuduk untuk menyapu kedua khuf selama tiga hari tiga malam
dan untuk orang yang mukim selama sehari semalam.


Menurut Imam al-Syafi’i rahimahullah:

Apabila dia bermukim, boleh baginya menyapu khuf sampai kepada waktu di mana dia berhadas pada keesokan harinya, dan itu adalah sehari semalam, tidak lebih dari itu. Namun apabila dia bermusafir, maka dia boleh menyapu kedua khufnya untuk tiga hari tiga malam.

Dari sini dapat kita fahami bahawa sekiranya seseorang yang bermukim itu memakai khuf selepas mengambil wuduk untuk solat subuh pada hari Selasa dan dia mengusap khufnya ketika ingin mengerjakan solat zuhur pada pukul 1.15 petang. Maka pada 1.15 petang hari Rabu batas waktu untuk menyapu khufnya telah tamat. Sekiranya dia ingin mengambil wuduk untuk solat Zuhur pada jam 1.20 petang hari Rabu maka dia perlu membuka khufnya dan membasuh kedua kakinya.

Bagi mereka yang bermusafir pula sekiranya seseorang itu memakai khuf selepas mengambil wuduk untuk solat subuh pada hari Selasa dan dia mengusap khufnya ketika ingin mengerjakan solat zuhur pada pukul 1.15 petang. Maka dia boleh manyapu khufnya selagi dia suci dari hadas besar sehingga 1.15 petang pada hari Jumaat. Sekiranya dia ingin mengambil wuduk untuk solat Jumaat pada jam 1.20 petang maka dia perlu membuka khufnya dan membasuh kedua kakinya.

Mungkin timbul persoalan bagaimana sekiranya seseorang itu bermusafir lalu musafirnya selesai sebelum tamat tempoh tiga hari dan kini dia dianggap sebagai bermukim, bagaimana dengan tempoh penyapuan khufnya?

Syaikh Kamal bin as-Sayyid Salim berkata:

Apabila seseorang musafir mengusap khufnya, dan dia baru satu hari atau lebih dalam perjalanan (lalu tamat musafirnya), maka dia harus melepaskan khufnya dan mencuci kedua kakinya ketika berwuduk. Kemudian apa yang berlaku baginya adalah hukum (memakai khuf) bagi orang mukim.


5) Hendaklah menyapu di bahagian atas khuf

Bahagian khuf yang disyari’atkan untuk disapu adalah di bahagian atasnya.

Daripada al-Mughirah bin Syu’bah… lalu baginda shallallahu 'alaihi wasallam berwuduk
dan menyapu bahagian atas kedua khufnya.


Dari ‘Ali radhiallahu 'anh, dia berkata:

Kalau seandainya agama itu berdasarkan akal, tentulah bahagian bawah khuf lebih sepatutnya disapu daripada bahagian atasnya. Sungguh saya telah lihat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menyapu pada bahagian atas dari khufnya.

Penyapuan di atas khuf disunatkan untuk dilakukan serentak keduanya iaitu tangan kanan menyapu khuf di sebelah kanan dan tangan kiri menyapu khuf di sebelah kiri secara bersama. Menurut Syaikh al-‘Utsaimin rahimahullah:

Sebab cara seperti inilah yang ditunjukkan oleh sunnah sesuai dengan hadis Mughirah bin Syu’bah radhiallahu 'anh di atas, yang di dalamnya disebutkan:
… maka baginda mengusap kedua kakinya (yang sedang memakai khuf).

Dan tidak dikatakan: “Baginda memulai dengan yang kanan” misalnya. Tetapi Mughirah mengatakan “… maka baginda mengusap kedua kakinya”. Maka dari zahir hadis ini menyebut seperti ini.

Tetapi Syaikh ‘Abdullah al-Bassam memiliki pandangan yang berbeza dengan Syaikh al-‘Utsaimin dalam hal ini. Menurut Syaikh ‘Abdullah al-Bassam:

Pendapat yang kuat adalah mendahulukan yang kanan (ketika menyapu khuf)…kerana menyapu khuf adalah gantian hukum dari membasuh kedua kaki, sementara dalam membasuh disunnahkan mendahulu yang kanan. Di samping itu kerana hadis ‘Aishah radhiallahu 'anha secara eksplisit menerangkan tentang kesukaan Rasulullah mendahulukan bahagian kanan ketika bersuci. Perlu diingat bahawa mengusap kedua khuf termasuk dalam bersuci. Untuk itu disunnahkan mengusap khuf kanan dengan tangan kanan dan mengusap khuf bahagian kiri dengan tangan kiri sambil merenggangkan jari-jari tangan. Meskipun begitu bagaimanapun (samada menyapu serentak kedua khuf ataupun mendahulukan khuf sebelah kanan) cara mengusap maka itu sudah dianggap mencukupi.


Para ulamak sepakat bahawa menyapu khuf cukup dilakukan sekali, tidak disunnahkan berulang-kali.


6) Membuka khuf menamatkan batas waktu penyapuan

Membuka khuf menyebabkan batas waktu penyapuannya tamat serta merta. Sekiranya dia berhadas kecil setelah membuka khufnya dan ingin berwuduk maka dia perlu untuk membasuh kedua kakinya.

Dari Urwah bin Mughirah dari bapanya (Mughirah bin Syu’bah), dia berkata:
“Aku pernah bersama Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dalam satu perjalanan jauh (safar).
Aku pun bermaksud melepaskan kedua khuf baginda, maka baginda shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
“Biarkan ke duanya, kerana aku memasukkan keduanya dalam keadaan suci.”


Keengganan baginda shallallahu 'alaihi wasallam untuk membuka khufnya menunjukkan baginda tidak mahu kehilangan kemudahan (rukhshah) menyapu di atas keduanya ketika berwuduk.

Bagaimana pula bagi seseorang yang mengusap khuf, kemudian dia membukanya dalam keadaan belum berhadas? Apakah status wuduknya dan apakah batasan jumlah menyapu khufnya (iaitu 3 hari bagi musafir dan 1 hari bagi yang bermukim) telah tamat? Maka para ulama berbeza pendapat kepada empat golongan.

PENDAPAT PERTAMA : Hendaklah dia mengulangi wuduk. Mereka melihat menyapu khuf merupakan pengganti bagi membasuh kaki ketika berwuduk, jika telah terbuka khuf yang diusapnya, maka batallah kesucian pada kedua kakinya dan batal pula seluruhnya (wuduk). Ini merupakan pendapat al-Nakha’i, al-Auza’i, Ahmad, Ishaq dan Imam al-Syafi’i dalam pendapat lamanya (Qaul Qadiim).

PENDAPAT KEDUA : Memadai baginya untuk mencuci kakinya sahaja setelah membuka khuf tersebut. Ini adalah pendapat al-Thawri, Abu Hanifah dan sahabatnya, Abu Tsaur dan Imam al-Shafi’i melalui pendapat barunya (Qaul Jadiid).

PENDAPAT KETIGA : Hendaklah dia segera mencuci kakinya dan jika dia melewatkannya maka dia perlu mengulangi wuduknya, Ini adalah pendapat Malik dan al-Laits.

PENDAPAT KEEMPAT : Dia tidak perlu berwuduk semula dan tidak juga perlu membasuh kaki. Ini adalah satu riwayat daripada al-Nakha’i, dan dipegang oleh al-Hassan al-Bashri, Atha’, Ibnu Hazam dan dipilih oleh al-Nawawi, ibnu Mundzir dan Ibnu Taymiyyah. Inilah pendapat yang benar kerana –sepatu yang ada padanya- dalam keadaan bersih – benar-benar bersih- berdasarkan sunnah yang sabit dan tidak batal jika melepaskan sepatunya kecuali ada keterangan yang jelas dari al-sunnah atau ijmak.
Menurut Syaikh al-‘Utsaimin rahimahullah:

Apabila seseorang membuka khufnya dalam keadaan masih memiliki wuduk (suci dari hadas kecil) dan telah menyapunya, maka wuduknya tidak batal. Apabila seseorang menyapu khufnya maka telah sempurnalah perbuatan bersucinya menurut dalil syarak, dan apabila dia membuka khufnya maka kesucian yang telah ditetapkan oleh dalil syarak tidak mungkin dibatalkan kecuali berdasarkan dalil syarak pula, dan tidak ada dalil yang menyebutkan bahawa apabila sesuatu diusap baik khuf atau jaurab akan membatalkan wuduk. Maka dengan demikian, wuduknya masih ada.

Maka jelaslah bagi kita semua bahawa membuka khuf dalam keadaan suci dari hadas tidak membatalkan wuduk. Hanya sahaja batasan hari yang sah untuk menyapu khuf bermula pada ketika dia memakai semula khufnya yang dibuka tadi.


7) Menyapu khuf yang koyak

Para ulamak berbeza pendapat tentang hukum menyapu khuf yang terkoyak serta berlubang.

1) Imam Ahmad dan Imam al-Syafi’i rahimahumallah melarang menyapu khuf yang telah terkoyak meskipun lubang tersebut kecil sahaja.

2) Imam Abu Hanifah rahimahullah pula membenarkan penyapuan khuf yang koyak dilakukan sekiranya lubangnya kecil yakni tidak sampai ukuran tiga jari.

3) Manakala Imam Malik rahimahullah membenarkan khuf yang terkoyak itu disapu selagimana koyakkan tersebut tidak terlalu besar. Nilai ukuran kebesaran koyakan tersebut bergantung kepada kebiasaan yang berlaku.

4) Syaikh al-Islam Ibnu Taymiyyah rahimahullah juga memiliki pandangan yang seakan sama dengan Imam Malik. Bagi beliau diperbolehkan menyapu di atas khuf yang koyak serta berlubang selagimana masyarakat masih memandang ianya sebagai khuf. Pendapat ini juga adalah selari dengan pegangan al-Thawri, Ishaq, Ibnu al-Mundziri dan al-Auza’i.

Menurut Syaikh al-Islam Ibnu Taymiyyah:

Ini adalah pendapat yang paling sahih. Pendapat ini sesuai dengan qiyas dalam kaedah Usul Fekah dan teks-teks Imam Ahmad yang memaafkan terbukanya sedikit aurat, sedikit najis dan lain-lain, kerana sunnah membolehkan menyapu khuf secara mutlak. Banyak hadis dalam kitab sahih yang menjelaskan bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menyapu kedua khufnya, begitu juga para sahabat, berdasarkan apa yang mereka ketahui dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, sehingga berpendapat tentang bolehnya menyapu khuf. Seperti yang dimaklumi, biasanya khuf mereka tidak ada yang tidak berlubang atau terkoyak. Kebanyakan mereka adalah orang-orang miskin yang tidak mempunyai kesempatan membeli khuf yang baru.

Demikianlah perbincangan tentang menyapu khuf sebagaimana yang terdapat di dalam hadis-hadis Nabi shallallahu 'alaihi wasallam. Semoga kita mengambil kemudahan yang Allah Subhanahu wa Ta'ala sediakan untuk kita kerana Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah bersabda:

Bahawa Allah menyukai jika dilaksanakan sesuatu yang telah diizinkan-Nya (diberi keringanan)
sebagaimana Allah membenci (terhadap seseorang) yang melakukan perlanggaran maksiat (perkara yang dilarang-Nya).



( Bahan Ihsan google )

19 February 2011

SANGKA -SANGKA

Salam.... hari ini teringin untuk mengulang semula N3... N3 ni pernah ku tulis pada tahun lepas rasanya....Entah kenapa Ku suka dengan N3 ini...banyak iktibarnya, bukan sahaja untuk diri sendiri tapi kepada yang sudi membaca....
Sangka-sangka ni merupakan penyakit sebenarnya... penyakit yang tiada ubat di hospital atau klinik. Ia dapat diubati dengan kesedaran diri dan Istighfar.... Bersangka baiklah sesama manusia.... InsyaAllah Allah akan bersangka baik dengan kita.... Sentiasa ingatlah dengan janji Allah perkara baik akan mendapat balasan baik dan perkara buruk nerakalah tempatnya...
Sangka – Sangka

Manusia hari ini suka sangka – sangka
Ada sangkaan baik …
Ada sangka buruk …

Orang beribadah disangka riak
Orang yang rileks disangka malas
Orang berpakaian baru disangka menunjuk
Orang berpakaian buruk disangka hina
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka diet
Orang berperangai baik disangka buruk
Orang berperangai buruk disangka baik

Orang yang senyum disangka mengejek
Orang yang masam disangka merajuk
Orang berbincang disangka mengumpat
Orang yang diam disangka menyendiri
Orang yang menawan disangka menggoda
Orang yang ceria disangka mengada
Orang yang bertanya disangka menyibuk


Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah
Mana tahu yang masam itu kerana mengenang dosa
Mana tahu yang berbincang itu memberi pendapat
Mana tahu yang diam itu kerana beribadah
Mana tahu yang menawan itu bersih wataknya
Mana tahu yang ceria itu cerdas mindanya
Mana tahu yang bertanya itu prihatin orangnya

Sesuatu perkara yang kita lihat ,
jangan suka sangka – sangka
Sikap sangka – sangka akan memusnahkan jiwa
Kerap sangka – sangka mengundang celaka
Jangan terlalu bersangka – sangka
Jauhi sikap suka bersangka - sangka

18 February 2011

PENAWAR DUKA



Kesedihan ialah penyakit jiwa yang boleh mengundang bahaya. namun rasa kesedihan, kebimbangan, susah hati sering melanda kita.

Sedarkah kita sebagai manusia kita sering menemui jalan buntu untuk mengubati penyakiy ini sehingga ada yang beputus asa dan menyelesaikan tidak mengikut tuntutan agama.

Saya terbaca dalam buku " Jangan Bersedih - La Tahza, Dr Adib bin Abdullah Qarni menyatakan,
"Jangan bersusah hati,kerana ia akan membuatkan kita lemah dalam beribadat, malas untuk berjihad, putus asa dan akhirnya akan mengheret kita kepada buruk sangka. Jangan berdukacita , sebab rasa sedih dan susah hati ialah akar kepada penyakit jiwa, penyakit saraf, penghancur jiwa, penyebar keraguan, hasad dengki dan kebingungan".

Marilah kita mengamalkan resepi ini...

Pertama - percaya sepenuhnya kepada Allah.
Kedua - menyedarkan diri sendiri bahawa setiap apa yang berlaku adalah telah di takdirkan Allah.
Ketiga - sentiasa bersabar kerana sabar adalah senjata paling berkesan yang digunakan oleh
orang yang mendapat ujian dan sentiasa yakin setiap apa yang Allah berikan kepada
kita samada yang yang baik dan buruk kesemua mempunyai hikmah tersendiri.
Keempat - Sentiasa berfikir positif , menerima sesuatu dengan redha.

Kelima - Berfikir bahawa ada lebih ramai lagi yang tidak bergembira atau dalam keadaan berduka.
Keenam - Sentiasa berfikir bahawa setiap apa yang berlaku pasti ada jalan penyelesaiannya
yang terbentang luas dihadapan kita....

JANGAN SOMBONG....



"Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bemaksud ; " Allah s.w.t berfirman : " KEMULIAAN IALAH SERBAN KU DAN KESOMBONGAN IALAH SARUNG KU. SESIAPA YANG MENANDINGI KU DALAM KEDUA-DUA SIFAT ITU , NESCAYA , AKU AKAN MELEMPARKAN NYA KE DALAM NERAKA "

16 February 2011

BUAH YANG DISEBUT DI DALAM AL QURAN











Buah-buahan yang disebut dalam Al-Quran

Sesungguhnya apa yang diciptakan oleh Allah SWT mempunyai hikmah yang amat besar sama ada yang hidup melata di atas muka bumi, yang terbang di udara, yang hidup di air, manusia, tumbuhan dan sebagainya.
Semua itu menggambarkan kebesaran dan kekuasaan Allah.

Firman Allah: dalam surah Al-Mukminun ayat 51
Maksudnya: “Wahai rasul-rasul, makanlah daripada makanan yang baik-baik lagi halal, dan kerjakanlah amal yang soleh. Sesungguhnya Aku maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.

Firman Allah: dalam surah Al-Baqarah ayat 172
Maksudnya: “Wahai orang yang beriman, makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadah kepadanya.

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 168
Maksudnya: “Wahai sekalian manusia makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang terang nyata bagi kamu.

Kesemua ayat-ayat di atas menerangkan perintah Allah Taala ,agar manusia memakan makanan yang baik lagi halal agar mereka mendapat kebaikan dan kesihatan.
Nilai tumbuhan sebagai sumber makanan dan ubatan berpandukan kepada kajian sains pemakanan dan kesihatan
.


KURMA

Kurma sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan juga niasin.Ia lazimnya dimakan semasa bulan Ramadhan dan mempunyai khasiat serta nilai yang tinggi dalam dunia perubatan tradisional.

Kurma yang dikenali sebagai Phoenix dactylifera L. Dari segi saintifik amat berkesan bagi mengubati gangguan usus yang kronik, dimana ketidakserasian dengan gluten, menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna.

Kurma mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dicetuskan oleh gluten dalam usus kecil. Tindakbalas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan.

Selain daripada gangguan usus, jus kurma berkesan untuk mengatasi masalah sembelit.

Bagaimanapun minuman ini tidak sesuai di amalkan oleh mereka yang mengidap penyakit diabetis, kerana ia boleh mendatangkan kesan yang lebih serius.

Jus kurma juga merupakan penawar mujarab dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah insomnia. Bagi mereka yang mengalami masalah batuk jus kurma sesuai untuk diamalkan kerana kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong sekaligus menghentikan batuk.

Kurma dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang banyak kerana telah terbukti, di dalam Al-Quran terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma.

Mengikut pendapat pakar perubatan, buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil dan selepas bersalin. Hal ini berasaskan kepada wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya memakan buah kurma ketika beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin.

Firman Allah:
Maksud: “Dan gegarlah kearahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak. “Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merungsingkan.

Rasulullah juga pernah bersabda mengenai hal ini ,sabdanya:” Beri makan buah tamar kepada isteri-isteri kamu yang hamil dan barang siapa yang memakan buah tamar tersebut semasa hamilnya, maka anak yang akan lahir itu akan menjadi seorang anak yang penyabar dan bersopan- santun, kerana makanan Siti Maryam ketika melahirkan Nabi Isa AS adalah buah tamar.

Sekiranya Allah ada menjadikan sesuatu buah yang lebih baik daripada tamar sudah tentu Allah telah memberikan (kepada Siti Maryam)”

Hasil kajian menunjukkan jus kurma dapat menolong mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran, memperkukuhkan lagi urat-urat rahim pada bulan-bulan terakhir kehamilan dan membantu memudahkan proses kelahiran bayi.

Jus kurma juga dapat mengurangkan tumpah darah, menguatkan organ rahim serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi.

Jus kurma membantu mencegah daripada sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, lesu dan barah usus besar, merangsangkan selera makan, menguatkan ingatan dan melawaskan. Disamping menambahkan tenaga seksual,kurma juga boleh digunakan sebagai pencuci mulut.


Mengikut hasil kajian Ahli Sains Mesir telah terbukti khasiat kurma dalam membantu memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh badan serta mencergaskan minda dan membantu tumbesaran kanak-kanak. Ia juga membantu melicinkan perjalanan darah dan menghindari dari penyakit barah, merawat buah pinggang dan mencuci hati, dan membantu mengurangkan pengaliran darah semasa kelahiran.

Tidak sahaja buah kurma, umbut dari pokok kurma juga boleh dijadikan makanan dan ia juga mempunyai khasiat yang tersendiri.
Pengeluar kurma dunia ialah Arab Saudi, Iraq, Iran, Mesir, Tunisia dan Alger


ANGGUR

Allah Taala telah menyebut mengenai buah Anggur di dalam Al-Quran sebanyak 6 kali.
Semua perkara yang berkaitan dengan buah anggur di dalam Al-Quran melambangkan nikmat dan kurnia Allah kepada hambanya.

Buah Anggur dikenali sebagai Vitis vinifera iaitu dari family vitaceae merupakan buah yang paling baik dan banyak faedah daripadanya.

Anggur boleh di makan ketika basah ataupun kering yang dipanggil kismis. Ia juga di gunakan untuk membuat jus anggur dan arak. Walau bagaimanapun arak diharamkan oleh Islam kerana membawa kepada kemudaratan.




Sumber Yang Terdapat Dalam Buah Anggur
Mineral (kalsium & fosforus)
Vitamin A&B
Gula (glukos & fruktos )

Kandungan yang terdapat dalam buah anggur diperlukan oleh limpa manusia bagi tujuan simpanan dan akan dikeluarkan ketika diperlukan seperti ketika berpuasa.

Walaupun buah anggur merupakan buah yang baik, sumber kekuatan, ubat yang baik, minuman yang baik tetapi jika pengambilan yang berlebihan akan membawa kepada sakit kepala.

Walau bagaimanapun semua kelebihan dan kenikmatan buah Anggur adalah rezeki yang diberikan kepada manusia oleh penciptanya Yang Maha Agung.


BUAH TIIN

Buah Tiin adalah buah yang paling istimewa di kalangan orang Islam kerana Allah SWT telah menggunakan buah Tiin ketika bersumpah dan menamakan satu surah dalam Al-Quran dengan nama Al-Tiin.

Buah Tiin di sumpah kerana padanya terdapat sumber makanan, buahan dan nilai ubatan. Buah Tiin yang dikenali sebagai Ficus carica dianggap sebagai sumber makanan kerana ia merupakan buah yang lembut serta mudah di hadam dan mengandungi serat yang tinggi.

Nabi Muhammad pernah menyatakan tentang buah Tiin dan nilai ubatan yang terdapat padanya.

Sabda Nabi :”Makanlah kamu semua dan makan darinya (buah Tiin),sabda Nabi lagi, sekiranya Aku katakan: “sesungguhnya buah yang turun dari syurga maka aku kata “inilah buahnya” ini kerana buah syurga tiada keraguan. sesungguhnya ia boleh menyembuhkan penyakit buasir dan mendatangkan faedah bagi sendi-sendi.”

Pengesyoran ini terbukti apabila terdapat kajian yang dijalankan membuktikan bahawa buah Tiin benar-benar memberi kesan dan penawar kepada penyakit buasir, bengkak-bengkak pada badan, melawaskan air kencing serta merawat batuk yang berpanjangan.





BUAH ZAITUN

Zaitun atau di kenali pada nama saintifiknya sebagai Olea eurofaea dari family oleaceae Juga merupakan satu buah yang digunakan oleh Allah sewaktu bersumpah.

Allah bersumpah dengan buah Zaitun kerana padanya terdapat sumber makanan dan ubatan. Segala yang terdapat pada pohon zaitun memberi manfaat kepada manusia bermula dari minyak, kayu, daun dan buahnya. Minyak zaitun amat terkenal di kalangan orang Arab kerana cahaya yang dipancarkannya bersih bertepatan
dengan firman Allah:

Maksudnya:
Lampu itu dinyalakan dengan dari pokok yang banyak manfaatnya, pokok zaitun yang bukan saja disinari matahari ketika naiknya dan bukan sahaja ketika turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari)hampir-hampir minyaknya itu dengan sendirinya memancarkan cahaya yang bersinar(kerana jernihnya) walaupun ia tidak di sentuh api..,

Minyak zaitun juga digunakan sebagai bahan masakan dan dapat menghilangkan kesan lecur akibat terkena api dengan menyapu minyak pada bahagian kulit tersebut. buahnya yang pahit juga dapat membaik pulih perut, mengeluarkan cacing, menghaluskan kulit ,penawar racun serta melambatkan tumbuhnya uban.
Rasul pernah bersabda Ertinya: ’Makanlah buah Zaitun dan gunalah minyaknya kerana itu adalah buah berkat. Kita pasti tidak akan mendapat keberkesanannya tanpa mencuba terlebih dahulu.



HALIA

Zingiber officinale atau nama vernakularnya halia dari family zingiberaceae. Tumbuhan ini di gunakan sebagai rempah, bahan perisa, makanan dan ubatan. Halia biasanya digunakan semasa kering ataupun serbuk untuk menjadi bahan perisa bagi roti, sos, pemanis makanan, hidangan kari dan juga sebagai jus halia. walaubagaimana pun halia segar yang berwarna hijau di gunakan sebagai bahan masakan.

Terdapat Ayat Al-Quran yang menyatakan bahawa minuman yang dicampurkan dengan halia dan diberikan kepada kita di dalam syurga.
Firman Allah (Q:76:17)
Maksudnya: “Dan mereka dalam syurga itu ,diberi minum sejenis minuman yang dicampurkanya dari halia.(zanjabil)

Hal ini membuktikan bahawa halia mempunyai khasiat kepada manusia sama ada sebagai sumber makanan ,minuman mahu pun perubatan. Bagi masyarakat Jepun, hirisan halia di makan di antara hidangan makanan.

Halia di gunakan sebagai ubatan bagi merawat kembung perut serta sakit perut, membantu kepada penghadaman makanan, mengeluarkan angin dalam usus dan dapat menghilangkan bau mulut. Namun begitu jika di campurkan dengan sedikit gula dan air panas, jus halia dapat menghilangkan lendir dan kahak.





BUAH DELIMA

Buah delima adalah salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang kaya dengan unsur zat besi sebagaimana firman Allah: (Q:55:68)
Maksudnya :”Pada keduanya juga terdapat buah-buahan serta pohon-pohon kurma dan delima.


Buah delima atau dari segi saintifiknya Punica granatum mempunyai pelbagai keistimewaan, selain dari sedap dimakan ,ia juga mempunyai kebaikan dari segi kesihatan.

Zat besi yang terdapat dalam buah delima dianggap sebagai unsur penting dalam pembentukan darah merah. Seseorang yang kekurangan zat besi akan mengalami penyakit anemia. Buah delima juga boleh memperbaiki usus-usus dan menguatkannya, membersihkan bahagian dalam tekak serta sesuai untuk mereka yang mengalami masalah batuk.

Walaupun begitu buah delima masam juga boleh mencegah dari muntah, menghentikan cirit-birit dan melawaskan air kencing.Ini kerana buah delima mengandungi bahan pengcengkam yang mampu memegang dinding saluran perut.

Namun begitu terdapat kajian yang menyatakan bahawa biji delima dapat di jadikan ubat luka-luka yang teruk dan kebenjolan, caranya dengan mengambil biji-biji delima di tumbuk dan dicampurkan dengan sedikit madu dan disapukan pada bahagian luka.

Dengan hanya sebiji buah delima mampu memberi khasiat yang banyak kepada kita. Oleh itu kita sebagai hambanya wajiblah bersyukur dengan anugerah yang diberikan dan hargailah sebaiknya.


CERIA-CERIA SEMPENA LARIAN MAHKOTA


SESSI BERGAMBAR YANG MERIAH.... MURID2 NI MEMANG MERIAH SAJER DI AKTIVITI LUAR BILIK DARJAH...


DIMULAKAN DENGAN J -ROBIK



BOSS JUGA TAK MAHU KALAH .... TAHNIAH TUAN!

WAKIL GURU WANITA...


YDP PIBG MEJAR (B) TN HJ ON - GAYA TENTERA...

14 February 2011

BERSELAWATLAH KEPADANYA....



BERSELAWATLAH KEPADA JUNJUNGAN KITA NABI MUHAMMAD S.A.W , SEKURANG-KURANGNYA 100 KALI PAGI DAN 100 KALI PETANG TANDA KITA MENYAYANGINYA...

SESUNGGUHNYA ORANG YANG PALING DEKAT DENGAN KU PADA HARI KIAMAT ADALAH ORANG YANG PALING BANYAK BERSELAWAT KEPADA KU....

Dari AL NASAI dan IBNU HIBBAN



Janganlah kita mengingati Rasulullah apa bila tibanya musim maulidurrasul.....


* YA ALLAH CUCURILAH RAHMAT DAN SEJAHTERA KE ATAS JUNJUNGAN KAMI NABI MUHAMMAD YANG MENYELAMATAN KAMI DARI HURU HARA DAN KEROSAKAN...

01 February 2011

TIDAK MENGENAL HALAL DAN HARAM

( lebih besar daripada ini yang dipakai oleh sang lelaki... )

Salam untuk semua... beberapa hari cuti dengan blog, hari ini ada cerita yang nak dikongsi....

SELASA - 1 FEB 2011

Pukul 10 pagi ku ke sekolah dengan 3 orang anak yang kecil... Ida, Hasif dan Haziq....Ada sedikit urusan yang perlu diselesaikan...
Selesai berjumpa dengan CC sekolah Ku ke Bilik Guru untuk mengambil fail2 Panitia yang perlu dikemaskini.... Ada label baru, dulu 10 fail sekarang 7 fail sahaja....

Apa yang nak Ku ceritakan tentang, waktu balik dari sekolah bersama anak ke sebuah mini pasaraya berhampiran sekolah...

Sebenarnya ini adalah pertemuan kedua dengan situasi yang membuatkan Ku terngangalah kiranya...

Bermula dengan beberapa minggu lalu Ku sedang naik tangga ke Pejabat sekolah terserempak dengan keluarga ini....
Sebelum ini memang tak pernah terjumpa or nampak dengan keluarga ini.... Bukan nak cakap sombong sebenarnya, ku telah berkhidmat di SKP ni selama 22 tahun.... InsyaAllah 80 % penjaga murid di sini memang Ku kenali...

APA YANG PELIK SEBENARNYA... Semasa menaiki tangga sekolah beberapa minggu yang lalu, Ku terjumpa dengan sepasang suami isteri dan dua orang anak lelaki ( belasan tahun umurnya ) yang Ku kira pasti sekeluargalah...Ibu dan bapa segak bergaya, berpakaian ringkas, begitu juga dengan anak lelaki yang memamkai T-Shirt dan jeans sahaja.....PELIKNYA.... mereka sekeluarga memakai barang kemas yang berbongkal2....hairan sungguh , si ayah memakai rantai emas di leher sebesar hujung jari kelinking, cincin juga sebongkal besarnya, kalau tumbuk orang lekuk sebesar cincin tu dimuka..., rantai tangan sebesar jari manis dan aksosori lain....
CUBA BAYANGKAN....

Si anak dua orang tu, juga memakai barang kemas yang sama cuma agak kecil sedikit.... cuba bayangkan tiga lelaki yang sihat tubuh badan yang juga Ku anggap sihat akal fikiran, boleh membaca dan menerima ilmu dengan baik, menggunakan barang kemas yang dah tentu HARAM baginya....

Si ibu pula tidak hairanlah memang emasnya berbongkal2 di tangan... di leher tak nampaklah sebab memakai tudung... Syukur menutup aurat.....DAN tak menjadi masalah baginya sebab tidak haram bagi si pemakai...

Hampir Ku terjatuh dari tangga kerana melihatnya....sayang, terlupa Ku nak tanya kerani apa urusannya...

Dan semalam Ku berjumpa lagi dengan keluarga ini di Pasaraya Super 1.... Hairan dan tertanya2 sungguh.... kalau berbelanja di pasaraya ini, pasti rumahnya juga di kawasan Peserai ini.... Minda Ku memang panas dan ligatlah semalam memikirkan hal yang sedemikian....
Si ibu tinggi orangnya dan cantik bergaya.... dan tambah hairan mereka naik kancil sahaja tak de lah naik Rexton or yang sewaktu dengannya....Mungkin kereta kedua, ya lah g barang pasar.........

Bukan nak kata apalah, di zaman penerapan nilai Islam kembali berkembang ni macam hairan melihat yang sedemikian.... EMAS MEMANG HARAM BAGI LELAKI....
Macam ku nak curi2 ambil gambar saja semalam.... tapi memang cari penyakitlah namanya....Dibuatnya perasan dengan tingkah Ku jenuh kena hempas Myolympus nanti.... Nak jadi MAMARAZI lah pulak....Tak pasal-pasal Ku juga jadi macam keluarga tersebut kembali ke zaman jahilian nanti....

Itu lah yang nak Ku kongsikan... kebetulan hubby tiada semalam.. Ku bersama anak-anak sahaja...