30 September 2012

CATATAN HARI INI......

Alhamdulillah berkesempatan untuk menulis.....lama juga tidak menulis...banyak cerita terkumpul tapi tak tau mengapa....Allah tak izin lah tu namanya....

Minggu semua anak-anak balik , hari Sabtu pula separuh hari dah bersama SI FROG....he he lain kali cerita pula tentang FROG.

So ini seawal pagi selepas subuh sudah ke  dapur untuk menyiapkan sarapan pagi untuk Bujang 4. Hari ini bujang 4 ada pertandingan Ragbi peringkat negeri di UTHM.

Ambil masa membelai MY ORKID , kerana dah lama my orkid kesepian. 1 jam dengan  myorkid pukul 10 pagi mula memasak....Maaklumlah hari ini anak-anak akan balik ke tempat masing-masing.Macam lah permintaan depa untuk dibawa pulang.....Mula dengan memasak Jelly Cincau.....Sambung pulak dengan persiapan untuk memasak spagetti bolognese...Hari ini masak banyak macam nak buat jamuan...Si anak dara 2 nak bawa balik ada jamuan dorm katanya...layannnn...2 paket spagetti biasa dan sepaket spiralpasta.

Alhamdulillah dapat ler menghantar ke rumah bonda ku , Si Bujang 2 bawa balik ke Kolej, Si Anak Dara 1 bawa balik ke asrama dan semua anak2 makan berulang....
Bukan itu sahaja....ada menu lagi ...lemak cili api ayam, meetball masak black pepper dan kerabu mangga....Uhhh semuanya siap sebaik azan zuhur....

3.30 pm masing2 bergerak ke destasi masing. Dan Alhamdulillah semua selamat sampai dan Ku serta suami selamat sampai ke rumah semual...

07 September 2012

SEBAK MELANDA DI DADA....

Menziarahi sahabatnya, atau lebih layak untuk digelar senior....mengundang beberapa rasa untuk diluahkan....

Sebenarnya bukan apalah sangat...tapi memandangkan usia ku yang makin bertambah dan rasa kasih sayang bersama anak2 yang menebal memang cerita ini mengundang sebak di dada....

Menziarahi sahabat senior ini ( rasanya lebih sesuai gelaran ini suapaya tidak menyinggung mana2 pihak ) atas tujuan silaturrahim dan ziarah syawal....Sedang kami berbual-bual sambil makan kuih dua orang kanak2 perempuan datang menghampiri kami dan duduk mendekati kami...
." Cucu akak ke ni.." Aaaah cucu aku.... Seorang darjah 2 , seorang 6 tahun...".

"Aku nak pulangkan pada tuannya lah budak berdua ni..."

" Siapa tuannya kak...."

" Bapak dialah...." ( sebenarnya anak ini dibela kerana ibu bapanya yang bercerai . Ibu bapanya adalah pasangan muda lagi. Bapanya sudah berkahwin baru dengan ibu tunggal yang membawa anak manakala ibunya pula anak kepada sahabat senior ini masih belum berumahtangga dan dalam mencari pasangan, menurut kata sahabat ini)

" Lah akak kenapa akak nak kasi bapak dia, akak belalah....nantikan bapak dia tak bela dengan baik tak jadi orang budak tu....kesian cucu akak...." kataku...

" Tak pe lah itu bapak dia punya pasal...." ( MasyaAllah bahasa seram kita dengar )

" Lah mak dia kan anak akak....maknya tak nak bela ke kak....kesiannya anak2 ini....Emak sendiri pun tak nak bela . Kan darah daging akak....kesiannya saya tengok " ( Waktu perbualan itu si cucu dua orang itu ada bersama kami....Cuba bayangkan apa perasaan mereka mendengar si ibu dan datuk serta neneknya tak mahu membela mereka )

" Maknya dah ada boyfriend, tahun depan nak kahwin....susahlah duduk dengan bapa tiri , bujang pulak tu....."
"Aku pun dah malas nak bela, susah aku nak jalan2....tak de siapa nak hantar ke sekolah kalau akau jalan2 ke rumah anak...."
( wah macam cerita P Ramlee pulak....anak sendiri pun tak bela )

Seorang kawan ku pun menyampuk, " Kasi aku jer lah kak, biar aku bela " ( wah sob sob sob sedihnya dengar....orang lain yang dengan pun tak "tegel" orang jawa kata nak kasi kat orang macam mana darah daging sendiri tak nak bela....musykil sungguh )

Dan cerita pun berpanjangan...sebelum kami balik sahabat ini bercerita lagi tentang hajatnya untuk memberi cucunya kepada bapa nya yang telah berkahwin lain....
" Apalah akak ni, orang berebut2 menuntut hak penjagaan anak, anak akak dah dah ada depan mata tak nak bela..."
" Alah biarlah bapak dia jaga, anak orang boleh dia jaga kenapa anak sendiri tak nak jaga "

Lalu dalam hati ini berkata " apalah jenis manusia ni, tak tau bersyukur langsung....dibuatnya berkahwin lain nanti Allah tak beri izin untuk dapat anak, baru tau Allah itu Maha Kaya dan langit itu tinggi atau rendah..."

Kesimpulannya: Apa pun cerita keruntuhan rumahtangga pasti akan membawa kesan kepada anak2...Kalau tak bersedia memikul tanggungjawab tak payah berumahtangga.....menimbulkan masalah sosial jer kepada institusi masyarakat...Menyelesaikan masalah bukan dengan berdendam atau berprasangka...bawa-bawalah diri tu kepada Allah, supaya kita ni berfikiran waras dan hati selalu ingat kebaikan...

Untuk diri sendiri dan kepada yan sudi membaca, beringat-ingatlah bahawa anak itu adalah anugerah terindah yang Allah kurniakan kepada kita....




MAJLIS PERSARAAN HJH HASNAH


Menerima cenderahati dari Tuan Hj Md Khirom guru besar SKP.....sebenarnya majlis ini hanya majlis sent off...penyampaian hadiah dan ucapan telah dijalankan pada majlis Sambutan Hari Raya dan majlis 5 dalam 1 yang lalu....


Ini lah gambaran ceria dari Pn hjh Hasnah kerana akan terus berehat dan bercuti panjang dari alam perkhidmatan...



Kepada pemilik kereta ini Jutaan terima kasih diucapkan....TQ I Luv U cikgu Misz....




01 September 2012

HARI KELUARGA IBNU HJ ABD RAZAK ( MIRGHANI)- SENGGARANG BATU PAHAT..




Alhamdulillah....berkesempatan menyambung cerita yang dah lama berlalu....
Hari keluarga ini kami sambut biasanya menjelang hari raya....cuma pada tahun 2010 kami jalankan pada 25 Disember ....hari keluarga ini kami jalankan dua atau tiga tahun sekali...dan kali ini dilaksanakan di rumah asal nenda cik abang di Kampung Parit Saidi Senggarang dan juga di rumah asal nendanya .... Memandangkan di rumah ini hanya adik kepada arwah bonda mertuaku yang mendudukinya maka keluarga Tok Ngot yang jadi tuan rumah...

Banner ini telah kami gunakan beberapa kali ....Alhamdulillah masih baik, dan rasanya hingga ke giliran seterusnya....Majlis hari keluarga Allahyarham Hj Abd Razak ni besar sebenarnya, melibatkan jumlah ahli yang ramai sehingga 350 orang , iaitu anak , cucu, cicit dan seterusnya...Bila majlis besar, bukan jumlah ahlinya sahaja yang besar, kosnya pun besar dan kami ada jawatankuasa kekal juga jawatnkuasa berubah .....Uhhh kalau nak cerita sangat panjang...

Ku , anak dara 1 dan anak dara 2 posing dengan adik arwah ibu mertuaku....Sebenarnya si bongsu dan si sapian tak kenal pun dengan atok perempuan mereka...So selalu beritahun kat dia orang kalau nak tahu rupa atok macam muka atok sainah ni lah...



Inilah cik abang dengan Cik Ngot adik beradik seibu sebapa dengan arwah ibu mertuaku dan rumah itu adalah rumah asal .....


Hadiah yang cik abang dapat....bersamanya birasku...

Ini pula cik abang bersama anak saudaranya....lawaklah gitu depa nihh...


Diantara aktiviti yang dijalankan....dan juaranya adalag my bujang dua....


Mereka ni sebaya....anakanda ku bersama sepupu2nya....
Sebenarnya banyak cerita sepanjang sahari program berjalan , tapi simpan-simpan lah untuk dua tahun akan datang....he he . Semoga Allah panjangkan usia untuk kita berjumpa lagu InsyaAllah dua tahun akan datang...