31 October 2011

JIWA OH JIWA......

Carilah KETENANGAN.................

Bukan KESENANGAN..................

Kerana Allah memandang orang-orang yang berjiwa tenang,

Bukan orang-orang yang berjiwa senang,

Allah Berfirman
"Wahai yang mempunyai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Pemilikmu dengan redha dan diredhai, maka masuklah dalam kelompok para pengabdi Ku, dan masuklah ke surga Ku"

Siapa yang jiwanya tenang? ....

Jiwa yang sering berdzikir kepada Allah,

jiwa yang khusyu,

jiwa yang selalu dekat dengan Allah bila dan dimana saja,

jiwa yang sentiasa mengadu dan bermunajat kepada Allah,

jiwa yang selalu bertafakkur akan kehidupan,

jiwa yang selalu menangisi dosa-dosa,

jiwa yang selalu rindu kepada Allah,

jiwa yang mencintai Sayyidina Muhammad,

jiwa yang selalu berusaha untuk mendekat diri kepada Allah dalam keadaan rindu dan penuh cinta

28 October 2011

CERITA TENTANG LALANG......

Kita semua pasti tahu dengan sifat Lalang, boleh dikatakan Lalang mempunyai 5 sifat.
1. Lalang Tetap Kukuh Pada Dasarnya
2. Lalang Mudah Melentuk Namun Tetap Berpaksi Pada Dasarnya
3. Lalang Amat Sukar Dimusnahkan
4. Lalang Mudah Dan Cepat Berkembang
5. Lalang Mampu Memberi Pengaruh Kepada Manusia.

Tapi yang paling nyata tentang sifat Lalang ialah ianya melentuk ke sana ke sini apabila ditiup angin begitu juga manusia. Kita perlu memiliki jati diri yang tidak mudah melentuk umpama lalang . Sifat ini juga terdapat disegelintir manusia. Iaitu sikap yang tidak mempunyai pendirian dalam hidup dan mudah dipengaruhi.

Jika disogok dengan sesuatu cerita yang entah sahih atau tidak maka diterima cerita itu secara membabi buta tanpa usul periksa dan tanpa mendengar cerita di pihak yg lain.
begitulah kaitan antara manusia dan lalang, mempunyai sifat yg mudah dipengaruhi….


Mudah DiPerguna dan diPengaruhi
Biasanya golongan Lalang ini mudah untuk diperguna.
Dipergunakan untuk sesuatu tujuan bagi kepentingan sesetngah golongan..
Bagi mempengaruhi individu Lalang ini bukanlah suatu perkara yg susah, hanya disogok dengan bermacam cerita yang direka maka indivdu yg bersifat lalang ini akan mempercayai apa yang telah dikatakan.Dan sudah semestinya golongan yang mereka cerita ini mempnyai sifat yang bermuka-muka.Maka golongan ini harus kita hindari...


Lalang tetap Kuat
Walaupun kita tahu lalang ini mudah dipengaruhi oleh keadaan sekeliling, tetapi ianya tetap mempunyai satu kekuatan dalam sifatnya…iaitu mempunyai dasar yg kukuh…Walau kuat mana pun angin yang bertiup, lalang tadi tidak akan mudah tercabut dari dasarnya….Begitu jugalah dengan orang yang bersifat lalang ini. Sebenarya masih mempunyai harapan untuk diperbetulkan ...baru dasar itu dapat mengimbangi kekurangan yang ada…..


Lalang Boleh Ditegakkan?
Boleh kah lalang ini berdiri tegak dengan megah walaupun ditiup angin yang kencang? Masa kan boleh. sedangkan pokok pun sekiranya ditiup angin akan bergoyang jua…

Tetapi manusia pasti boleh untuk tidak bersifat seperti lalang….Namun ia mestilah dengan bimbingan mereka yang tidak mempunyai sesuatu kepentingan dalam membuat keputusan . Yang pasti amat sukar untuk menuju kearah itu….Setiap perbuatan pasti ada tujuan yang tertentu….Mereka yang bersifat lalang ini perlu kembali kepada dasar yang kukuh , yang tidak mudah goyah walau apa jua rintangan yang datang..


LALANG DICIPTAKAN SUPAYA KITA MEMIKIRKAN TENTANG KEKUATAN YANG DIMILIKINYA BUKAN SEBALIKNYA…..BERUSAHALAH AGAR KITA MENJADI KUAT PADA DASARNYA SEPERTI LALANG NAMUN TIDAK SENTIASA BERGOYANG KE KIRI DAN KE KANAN APABILA DTIUP ANGIN…KITA JUGA HARUS BERDOA SUPAYA KITA DISAYANGI SESAMA MAKHLUK JUGA MENDAPAT KEREDHAAN DAN RAHMAT ALLAH…..

Mungkin ada yang pelik kenapa N3 kali tentang LALANG….. kerana ia unik dan ada peribahasa yang berbunyi UMPAMA LALANG….Entah mengapa tiba-tiba ingin menulis tantang LALANG…yang penting Rasa Di Hati Tiada Siapa Yang Tahu….

InsyaAllah di masa akan datang akan ku tuliskan tentang sifat positif lalang pula….

24 October 2011

HIDUP SEDERHANA ITU MULIA....

Nafsu manusia kadang seperti air mengalir. Selagi ada celah yang boleh dilalui, di situlah air pasti mengalir. Perbezaannya, air mengalir ke arah yang lebih rendah, sedangkan nafsu manusia sebaliknya.


Untuk itu sekadar untuk mengingatkan diri sendiri….Pandulah hawa nafsu ke jalan yang lurus untuk mendapat redha Allah.


Rasulullah S.A.W telah menerangkan bahawa orang yang bersederhana dalam perbelanjaan tidak akan hidup kesusahan. Bagaimana tidak, Mereka membelanjakan harta mereka dalam jalan yang benar. Mereka merancang perbelanjaan mereka. Mereka bukanlah orang yang kedekut dan mereka juga bukanlah orang yang suka belanja mengikuti keinginan hati.

Harta yang ada adalah nikmat Allah S.W.T. Setiap nikmat yang Allah berikan harus digunakan dengan penuh kebijaksanaan dan hikmah. Janganlah kita menjadi golongan yang sombong, kedekut dan juga tamak akan harta dunia sehingga lupa bahwa Allah lah yang memberikan kita nikmat ini.

Jangan pula kita menjadi golongan yang terlalu berlebihan dalam berbelanja, sehingga kita menjadi orang yang boros. Supaya kita tidak akan mendapat kerugian di dunia dan di akhirat.

Allah S.W. T telah berfirman dalam surah Al Isra’ Ayat 29, yang menerangkan mengenai dua golongan yang rugi ini:

“Dan janganlah kamu jadikan tanganmu terbelenggu pada lehermu (kikir) dan janganlah kamu terlalu mengulurkannya (terlalu Pemurah) karena itu kamu menjadi tercela dan menyesal.”

Mendapatkan kebahagiaan di dunia dan kejayaan di akhirat adalah merupakan impian
setiap orang yang beriman. Sifat kesederhanaan merupakan kunci bagi kejayaan kita di dunia ini dan di akhirat.

Marilah sama-sama kita terapkan sifat kesederhanaan dalam diri kita dan kelaurga. Semoga dengan sifat kesederhanaan dalam menjalani kehidupan di dunia ini kita menjadi umat yang seimbang serta bahagia di dunia dan di akhirat kelak.





Ertinya : Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) mesjid, makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.
(Al – A’raf- 31)





Artinya: Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.(18)

Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keledai.(19)
(Lukaman : 18-19

23 October 2011

IKHLAS....

Ikhlaskan hati
Menerima semua yang terjadi
Atas kehendak Illahi
Kerana Dia yang Maha Mengetahui

Ikhlaskan hati
Menerima semua yang terjadi
Walau berat di hati
Tapi untuk kebaikan diri sendiri

Ikhlaskan hati
Menerima semua yang terjadi
Demi meraih redha Illahi
Mencapai cinta yang hakiki

Ikhlaskan hati
Menerima semua yang terjadi
Terus berusaha memperbaiki diri
Menjadi muslimah yang sejati

Ikhlaskan hati
Menerima semua yang terjadi
Mensyukuri apa yang diberi
lisan, perbuatan, dan hati

Ikhlaskan hati
Menerima semua yang terjadi
Yakinkan diri pada Illahi
Kerana Dia pasti tidak ingkar janji

Ikhlaskan hati
Menerima semua yang terjadi
Pasti ada hikmah yang akan dipelajari
Menuju kehidupan yang lebih baik lagi

22 October 2011

20 October 2011

ISTERI CALON NERAKA.....

-Tidak suka mengerjakan solat
-Suka bercakap bohong kpd suami
-Suka berhias uneuk selain suaminya
-Tidak mensyukuri kesenangan yg diberikan oleh suami
-Tidak menghormati suami
-Suka mencari musuh
-Sombong
-Tidak takut kepada Allah sedikit pun
-Tidak mahu mengaku salah bila buat salah
-Tidak mahu minta maaf kepada suami
-Tidak boleh dinasihati oleh siapa saja
-Degil dan keras kepala
-Merasakan diri lebih baik dari orang lain
-Suka berpoya-poya
-Malas melakukan amalan baik seperti membaca quran, selawat dan istighfar
-Suka memandang rendah kepada orang lain

Telah diriwayatkan dari Ibnu Abbas satu hadith marfu bahwa Rasulullah Shallallahu alaihi wa salam bersabda :

“ Aku melihat neraka dan sama sekali belum pernah melihat pemandangan seperti hari ini. Aku melihat kebanyakkan penghuninya adalah para wanita “.

Para shahabat bertanya : “ Mengapa wahai Rasulullah ?
“. Beliau menjawab :“ Karena kekufuran mereka “.

Beliau ditanya, “ Apakah mereka kufur terhadapAllah ? “.
Beliau bersabda “ Mereka kufur terhadap suami dan mengingkari kebaikkan. Jika engkau berbuat baik kepada salah seorang dari mereka sepanjang masa. Kemudian dia menemukan sesuatu yang dia benci pada dirimu, maka dia akan berkata : “ Aku sama sekali tidak pernah melihat kebaikkan pada dirimu. “

Semuga kita semua dijauhkan oleh Allah daripada bersifat dgn sifat yg akan membinasakan kita didalam neraka Allah…

13 October 2011

MATI ITU PASTI - KURSUS PENGURUSAN JENAZAH BERSAMA MURID TAHUN 6

Program Selepas UPSR.... kursus pengurusan jenazah oleh Panitia Agama Islam...
Tahniah kepada Guru Besar,Panitia Agama Islam, Penceramah Jemputan, Guru2 Tahun 6, Model Jenazah dan semua yang terlibat......









11 October 2011



PERBANYAKKANLAH ISTIGFAR..... SEMOGA ALLAH AKAN MENGAMPUNI DOSA KU, SAMA ADA DOSA YANG DISEDARI ATAU TIDAK DISEDARI, DOSA YANG BESAR DAN DOSA YANG KECIL...DOSA KEPADA MU YA ALLAH DAN DOSA SESAMA INSAN....

Istighfar sebagai pemancing rezeki tiada henti. Istighfar kunci pembuka pintu surga. Istighfar penyebab diampuni dosa. Istighfar mencegah datangnya musibah, Istighfar mengangkat darjat kita di Akhirat. Istighfar bahkan menjadi ubat mujarab bagi kemandulan dan menyembuhkan berbagai penyakit


10 October 2011

MUSIM HAJI DATANG LAGI....MENGGAMIT RINDU BAITULLAH....

Ia datang lagi.... Keghairahan menyambut musim haji kali ini terasa amat sangat berbanding syawal yang lalu.... Hanya mereka yang telah menjejakkan kaki ke Rumah Allah dengan Jemputan Yang Teristimewa itu sahaja yang dapat merasakannya.... MasyaAllah rindu sungguh... Abah kata kalau rindu cepat-cepat simpan duit untuk buat umrah... InsyaAllah ... itu juga Jemputan dari Allah untuk insan yang terpilih....

Syukur yang tak terhingga kerana menerima Jemputan itu setahun yang lalu dalam usia ku ,yang Alhamdulillah sangat ku rasakan kerana diberi kekuatan fizikal dan mental..... Semoga Allah limpahkan rezeki untuk Ku dan suami untuk ke sana lagi....kadang terasa juga ada hamba Allah yang sudah pencen pun belum terbuka hatinya untuk ke sana dan menerima Jemputan itu.....

Terbayang di mata semasa mula menjejakkan kaki ke Lapangan Antarabangsa Jeddah.... Macam tak percaya dan terpinga-pinga....namun sempat untuk ku sujud syukur....

Untuk sahabat dan saudara mara yang menerima Jemputan pada tahun ini semoga Allah beri kesihatan tubuh badan dan akal fikiran untuk menjalani ibadah haji.... kerana kesihatan tubuh badan dan akal fikiran adalah perkara utama untuk melakukan ibadah tersebut....

07 October 2011

HORMATLAH SESAMA INSAN.... INSYAALLAH KITA JUGA AKAN DIHORMATI....


SEKADAR UNTUK MENGINGATKAN DIRI SENDIRI….

HORMAT: Maksudnya mempunyai pandangan yang tinggi terhadap seseorang dengan memberikan layanan yang penuh sopan, khidmat, takzim.

Kita selalu dengar perkataan hormat ni….Selalu kita mengingatkan diri, anak, atau yang lebih muda dari kita supaya menghormati sesama insan samada ia lebih tua, berjawatan, berpangkat, sebaya atau lebih muda…. Dan jangan lupa kita juga perlu menghormati dan menghargai diri sendiri…..

“Barang siapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka muliakanlah (hormatilah) tetamunya.”(Hadis Riwayat Ash-Syaikhani )

Janganlah kita memperli, memperolok-olok, mengejek, menghina, memperleceh, memperlekeh, memanggil dengan gelaran yang memalukan, menyatakan kekurangan orang secara terang-terangan dan sebagainya adalah perbuatan yang sangat dilarang oleh Allah.

Sesiapa yang mencaci orang lain sebenarnya dia mencaci dirinya sendiri.

Sebaiknya selaku umat Islam kita hendaklah hidup saling hormat-menghormati, bantu-membantu dan tolong-menolong.

Justeru, apabila mendengar celaan, kita sepatutnya bertindak menyembunyikan keburukan tersebut sekalipun seseorang yang dicela itu memang telah melakukan sesuatu dosa yang mengaibkan kerana kemungkinan orang itu telah bertaubat dan taubatnya diterima oleh Allah. Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian ganjarannya adalah amat besar di akhirat kelak

Kita hendaklah memastikan sentiasa menghormati hak orang lain juga dalam apa jua bidang yang diceburi, mungkin pada awal akan susah untuk kita berubah, tetapi cubalah, kerana jika kita ingin orang lain untuk menghormati kita, kita perlu melakukannya terlebih dahulu…


Untuk diriku, Ku selalu mengingatkan diri sendiri supaya menghormati Tuhan yang Maha Esa ,dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya …..,menghormati Nabi Ku dengan bersalawat kepadanya dan mengamalkan sunahnya…..,menghormati suami terutamanya…. Kerana syurga Ku adalah dengan redha suami….,menghormati kedua ibu bapa Ku, kerana tanpa mereka tiada Ku lahir di dunia ini…., menghormati orang-orang tua, kerana satu hari Ku juga akan tua….,menghormati anak-anak, kerana anak-anak akan menjadikan Ku cermn diri mereka…..,menghormat majikan, kerana majikan adalah ketua dan rakan sejawat sepanjang Ku berkhidmat…..menghormati rakan sekerja Ku, kerana bersama merekalah ku perlu keselesaan untuk sama-sama mencari rezeki dan menghormati sesama insan kerana tanpa menghormati mereka belum tentu orang lain akan menghormati Ku.....


Kehidupan ini adalah sesuatu yang istimewa, jika kita terlalu mementingkan diri sendiri, pasti akan ada kekurangan dalam kehidupan sehari-hari…

Panggillah mereka yang lebih tua dengan panggilan “ kak, abang, cik, pakcik, wak,tuan, puan “ atau apa sahaja kerana gelaran panggilan kita terhadap seseorang adalah imej kita dan tanda kita menghormati seseorang …. Apabila kita menghormati seseorang dengan panggilan yang baik, InsyaAllah kita juga akan dihormati nanti…

Jangan kerana kita memanggil seseorang yang lebih tua dengan panggilan yang tidak sesuai, satu hari anak saudara, sepupu atau siapa sahaja yang lebih muda dari kita akan memanggil kita nama sahaja…
Cubalah kita bayangkan....



Lalu yang muda hormatlah yang tua kerana kita juga akan tua nanti…. Yang tua hormatlah yang muda kerana yang tua belum tentu kita sempurna….Yang kaya hormatlah yang miskin kerana pasti ada orang yang lebih kaya dari kita….yang miskin hormatlah yang kaya kerana yang miskin itu belum tentu hina…., yang cantik hormatlah yang yang hodoh kerana tentu ada yang lebih cantik dari kita…. Yang hodoh hormatlah yang cantik, kerana yang hodoh biarlah mulia akhlaknya…..


Oleh itu, amalkan budaya hormat-menghormati supaya hidup kita lebih ceria, gembira, seronok, mudah mempelajari ilmu, tidak ada musuh dan yang paling penting hidup kita dirahmati Allah. Sebenarnya apa yang Ku tulis ini hanya sekadar untuk mengingatkan diri sendiri....kerana kadangkala Ku menulis ni adalah apa yang ku lihat, apa yang ku dengar dan apa yang ku alami....
InsyaAllah kita cerita lagi nanti....

04 October 2011

SESAT SI HITAM.....

Siapalah empunya si Hitam ni.... Memang cantik, gemuk, bersih dan bulu yang gebu....Tiba-tiba masuk ke dalam rumah... Yang pasti bukan kucing liar atau orang buang.....Sebab ia sangat bersih dan gemuk.... Ku ni memang kurang faham tentang kucing ni.... bulu tebal dan lebat macam kacukan Siam atau Parsi.... tapi warna macam kucing kampung.... bermata hijau....

Sayang Si Hitam insan yang menjumpainya bukan seorang peminta kucing, jadi Bujang 4 yang dok bela.... Bujang 4 ni memang minat bab2 haiwan ni.... Ku pula memang kurang minat, bukan apa masalah najisnya dan memandikannya.....

Ku pesan pada Bujang 4, tanya pada jiran-jiran dan kalau tiada tuan berilah pada sesiapa yang berminat.... Sebenarnya ada sejarahnya kenapa Ku tak berminat untuk membela kucing ni....


MAJLIS PERSARAAN EN ZAINAL - TAHNIAH SELAMAT BEREHAT

Seorang lagi guru SKP bersara menyusuli Pn Ramlah dan Pn Boo.... Tahniah En Zainal b. Mohd Salleh ....Waktu persaraan adalah waktu yang dinanti oleh semua penjawat awam rasanya... Dapat menamatkan perkhidmatan tubuh badan dan akal fikiran yang sihat adalah satu kesyukuran dan bonus sebenarnya....












01 October 2011

PAKAIAN WANITA MASA KINI.....






Hari menghadiri majlis perkahwinan seorang jiran... Kebetulan semasa Ku pergi adalah waktu puncak lebih kurang pukul 1.00 p.m... Tengah hari zuhur gitu... Sangka kan waktu tengah hari tentulah tak ramai kerana tentu ramai orang lelaki untuk berjemaah, tapi rupanya tidak...
Pada waktu itu juga adalah waktu pengantin bersanding... silap besar sebenarnya pergi waktu ini... Nak cari tempat duduk pun , tuh diaaa .... lama juga tunggu...

Jadi sempatlah menjamu mata, bertanya khabar dengan jiran2 yang kebetulan "rewang" membantu majlis.... Dalam pada tu merasa pelik juga dengan pakaian kaum sejenis ku... Kebanyakan memakai pakaian fesyen masa kini yang jarang-jarang belaka... kena pakai lapis dalam - inner... Dakyah lah ni... ya lah kilang pembuat kain bukan orang muslim... Hairan sungguh baju kaum sejenis ku...mana tak hairannya dahlah tak pakai tudung, mereka ni ada yang pakai baju bahagian badan berlapis tapi tangan tak berlapis .... dah kain jarang macam plastik berwarna...

Kadang terfikir kepada siapa mereka nak menunjuk ni.... Wanita tu memang perhiasan bagi lelaki, tetapi bagi yang muhrim... kalau bukan muhrim tutuplah aurat sebaik mungkin kerana lelaki yang baik akan mencari isteri yang menjaga kehormatan dirinya juga kehormatan suaminya.... Rasanya didunia ini tiada lelaki waras yang mahu berkongsi isteri dengan lelaki lain...Maksud berkongsi ni luas bagi ku, salah satunya adalah dilihat aurat oleh lelaki lain... Dan lelaki bujang yang waras rasanya tidak mahu mencari calon isteri yang tidak tau menjaga kehormatan diri....Kalau ada pun lelaki yang mengurat perempuan yang suka mendedahkan yang tidak sepatutnya, mereka juga adalah lelaki yang sama fikir seperti perempuan tersebut....

Ya Allah ku bermohon pada Mu, lindungi anak-anak ku , saudara maraku, sahabat handai dari perkara-perkara yang membawa maksiat....maksiat penglihatan, maksiat perbuatan dan segala macam maksiat yang membawa kepada dosa .....

Berbalik kepada majlis kenduri kahwin tadi...rasanya bukan ku sahaja yang melihat pemandangan yang perkara biasa masa kini.... rupanya ada juga suara-suara sumbang beberapa orang tua dihadapan tempat duduk ku merasa seperti apa yang ku rasakan....

Selepas mengahdiri majlis tersebut terus ke bandar Batu Pahat untuk menziarahi sahabat yang akan ke Mekah.... dari rumahnya terus ke kedai kain untuk membeli kain baju uniform Tunas Puteri... Sebenarnya di sekolah Ku adalah guru penasihat Puteri Islam....memang dah ada pun uniform tu.... macam kurang selesa pakai warna putih ni... macam agak jarang juga, jadi lebih baik buat uniform Tunas Puteri...Di kedai kain ,sambil tu cuci mata untuk membeli sepasang dua ....memang kebanyak kain yang dijual adalah materialnya jenis yang jarang , yang perlu memakai inner atau lining....seperti yang ku nampak ramai digunakan oleh wanita masa kini.... Dan coraknya memang membuat Ku berkenan....Minta maaflah ya, nampaknya berkenan untuk dipandang sahaja bukan berkenan untuk dibeli....namun dapat jugalah ku membeli dua pasang kain yang jenis biasa-biasa dengan harga yang berpatutan....