30 March 2011

SEKOLAHKU HEBAT - ASTRO CERIA


SEKOLAH KU HEBAT.... ITULAH PROGRAM KESUKAAN KANAK-KANAK..... hebat ke SK Peserai.... hebatlah.... kalau tidak taklah Kru Astro Ceria datang untuk buat pengambaran...


Tahniah untuk semua yang terlibat untuk menjayakan program SekolahKu hebat terdiri dari guru, staf, murid-murid dan Kru dari Astro Ceria.... Tak lupa juga Tahniah kepada adik Nurarisha Nadhirah kerana ANDA HEBAT dapat membawa Astro ke SK Peserai...









Di antara artis yang hadir...




sebahagian krew dari astro...


Adik Nurarisha bersama artis pengacara Sekolahku Hebat..




Tumpang posing....


28 March 2011

SELAMAT HARI LAHIR DAN SELAMAT BERSARA PN HJH RAMLAH...

SELAMAT HARI LAHIR DAN SELAMAT BERSARA KAK RAM.....SEMUGA PANJANG UMUR, MURAH REZEKI , SIHAT DAN DILINDUNGI ALLAH SELALU...


Sijil Perkhidmatan dari KPM...tahniah Kak Ram...


Genap umur Kak Ram 58 tahun hari ini.... satu perkara yang ingin Ku kongsi adalah tentang kesihatan Kak Ram dan sentiasa awet muda....

Pihak sekolah mengadakan majlis yang sederhana tetapi meriah... Syukur dan tahniah kepada Badan Kebajikan Bilik Guru SK Peserai kerana telah dapat menjayakan majlis ini dengan sederhana tetapi meriah... Pihak sekolah telah mengadakan perhimpunan pagi seterusnya acara ucapan dan bersalam-salaman dengan Kak Ram... Sesungguhnya pihak sekolah kehilangan seorang guru yang sangat dedikasi dalam segala hal... Tahniah Kak Ram....banyak ilmu yang dapat ku pelajari sepanjang ku mengenalinya.... Pernah Ku bertanya apa programnya selepas bersara... katanya nak rehat , beribadat, menanam bunga dan bekerja di luar rumah.... memang dari apa yang Ku lihat, banyak anak semaian yang telah ditanam , baik pokok bunga maupun pokok anggur...


Buku Pelawat.... Tandatangan terakhir di SKP


Pn Hjh Ramlah memberi ucapan sebelum menamatkan perkhidmatannya...



Kenangan ku bersama Kak Ram... InsyaAllah aku akan selalu ke rumah Kak Ram untuk menjengok orkidnya....



Tidak ketinggalan si kecil....



Inilah bos kami , cukup sporting semasa majlis tadi....

26 March 2011

HARI JADI ZAID DAN ILYAS



Bulan Mac sampai giliran anak Bujang 1 dan anak Bujang 5 ku menyambut hari lahirnya.... memandangkan mereka dalam bulan yang sama jadi memang biasanya setiap tahun kami sambutnya sekali... 2 in 1... Jimat sikit...

Syukur Alhamdulillah ..... semuga menjadi anak yang soleh, taat perintah Tuhan, taat perintah ibu bapa dan hormat pada masyarakat.....Ibu doakan anak-anak semua akan mendapat kejayaan hidup di dunia dan di akhirat...




MAJLIS MERAIKAN PERSARAAN KAK RAM DAN MDM BOO

Hari ini 26 hb Mac 20011, pihak sekolah telah mengadakan Majlis Persaraan Puan Hajah Ramlah dan Madam Boo .... Sepanjang bekerja bersama Kak Ram ni, memang banyak ilmu yang telah dikongsi bersama terutama dari segi kerja... Kak Ram memang excellent... sentiasa cekap dan tepat pada masanya menyelesaikan segala urusan kerja.... sedar tak sedar dah bersara rupanya.... Nampak masih muda dan sihat orangnya... Begitu juga dengan Pn Boo... memang nampak muda... 5 tahun lagi masih boleh berkhidmad dengan KPM....


Kadang-kadang Ku terfikir, dalam keadaan sekarang dunia yang semakin ke akhir zaman.... sampaikah usia Ku hingga bersara seperti kakak berdua ni... dalam keadaan sihat dan bekerja dengan baik...



Inilah Puan Hajah Ramlah yang akan menyambut hari lahirnya pada 29 Mac 2011 dan Puan Boo yang akan menyambut hari lahirnya pada 28 Mac 2011... SELAMAT BERSARA KAKAK-KAKAK KU...



Pernah Ku bersembang dengan Pn Boo... " Pn Boo tentu nanti boring kan kalau duduk rumah tak buat apa... selalu tiap hari pergi bekerja.... tentu you rasa nak ke sekolah jumpa kawan2..." jawabnya " tidaklah Sameha.... kalau you cuti bersalin selama 2 bulan, and then bila nak naik bekerja semula setelah bercuti panjang, apa yang you rasa.... seronok nak bekerja atau sambung cuti...." He he... soalan yang memang hebat dan hanya saya dan individu yang membaca N3 ini saja boleh memberi jawapannya.... UNTUK KAK RAM DAN MDM BOO, SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR DAN SELAMAT BERSARA .... SEMUGA KAK RAM AKAN SENTIASA BAHAGIA DAN DIBAWAH PAYUNG ALLAH YANG ESA.....DAN MDM BOO AKAN SENTIASA BERBAHAGIA....

DI PIZZA HUT BERSAMA KAK RAM

Sempena majlis persaraan Kak Ram kami membawanya ke restoran Pizza .... Saja tukar selera... selalu makan masakan melayu. sesekali tukar western food pulak... Alhamdulillah kami enjoy...

Semuga ia menjadi kenangan untuk Kak Ram, selepas meninggalkan alam pekerjaan setelah 32 tahun berkhidmat...


Posing kami... si kecik dilah pun tak ketinggalan tunjuk aksinya...



Uhhh... kecur tu....

BERCUTI KE MELAKA - STRAITS MERIDEAN 2 DAN PANTAI MELAKA


Huhhhh.... tak mandi....santai sajer....


Posing sebelum balik.... banyak gambar di sini yang tak wujud... kakak kecik tak pandai amek gambar....

Empat orang anak bujang..... lupa dunia sementara....dua yang kecil tiada dalam gambar...


Haaa ni dia dua org bujang kecik.... dengan kak cik...



Sarapan pagi.... bersama kakak besar



Makan dengan skema.... bimbang sudu dan garpu jatuh...

15 March 2011

ORKIDKU DAN PEMANGSANYA.....











ORKIDKU....

MELEPASKAN KELELAHAN BEKERJA....





14 March 2011

BERCUTI KE MELAKA




Bujang 1 dan Bujang 2 .....

Bujang 2 dan Anak dara 1

Cuti sekolah sudah bermula dua hari lalu.... Alhamdulillah seronok sungguh.... rehat sebentar dengan hal-hal sekolah.... Bukan tak suka cerita tentang sekolah ,tidak.... cuma rehat sebentar dari kelelahan sistem pendidikan sekarang....MasyaAllah... tak maulah cerita banyak, itulah sumber rezeki Ku...

Sebenarnya kali ini Ku membawa anak2 ke Melaka.... tak jauh mana pun.... satu jam setengah dah sampai, cuma kali ini bawa anak tidur hotel.... Bukan hotel besar pun.... Straits Meridean Hotel sahaja, sesuailah dengan kemampuan Ku .... tapi hotel ini ok lah juga, ada kolam renang untuk anak2 bersantai... bukan anak sahaja ,Ku dan hubby juga tak lepaskan peluang untuk bersantai di kolam, memandangkan orang tak ramai.... yalah week day...tapi ada kursus majlis guru besar menurut kata staf hotel....


Sebenarnya ini kali kelima Ku membawa anak2 ke Straits Meridean ni sejak 2008, dan hari ini aku ambil dua bilik Deluxe.... biasanya ambil apartment..... ha ha... nak tergelak pun ada, sebab malas nak cari sarapan pagi punya hal.... kelakarnya ambil Deluxe ni , satu bilik dapat untuk empat orang makan...so bila ambil dua, 8 orang dah settle untuk sarapan... langsung terlupa yang Deluxe ni tak de bilik....

Maka kurang selesalah.... tapi nak buat macam mana.... dah masuk malas pulak nak tukar....Biasa ambil apartment selesa sikit, anak2 tidur di bilik lain , kami dua dalam bilik lain...









Di Pantai Puteri Tanjong Kling....Tempat pertama kami pergi pagi tu...


Walau macam manapun memang enjoy....puas anak2 bermandi manda di kolam renang...dan WIFI pun ok....sempat update blog....

07 March 2011

SELAMAT MENYAMBUT HARI WANITA ....



ALHAMDULILLAH..... syukur kerana Allah jadikan kita seorang hamba dari keturunan hawa........


Subhanallah, sungguh banyak nikmat yang dikurniakan kepada wanita. Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah. Wanitalah sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah.

1.Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".


2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.


3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.


4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.


5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.


6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.


7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.


8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan dari pada anak lelaki. Maka, barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.


9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).


10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.


11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.


12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "Suaminya. "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".


13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.


14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.


15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.


16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.


17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.


18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.


19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka





06 March 2011

MUHASABAH DIRI....

Terimalah kenyataan walaupun ia pahit....Sukarkah ? Yakinlah setiap yang pahit itu adalah ubat dan setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya....
Terimalah dengan redha...
Bersyukurlah dengan kemanisan.... walaupun yang manis itu adakalanya membawa padah...

Kenapa harusku beremosi... apa yang ada disekelilingKu kebelakangan ini membuat ku selalu berfikir...

02 March 2011

JANGAN JANGAN JANGAN.....



Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas
kaki (selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,
mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam
bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.


Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah
digunakan tidak berbasuh
.
Makruh dan mewarisi kepapaan.


Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti
rezeki mahal
(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu
berkat).


Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam
perjalanan.


Jangan pakai sepatu atau selipar yang
berlainan pasangan
.
Makruh dan mewarisi kepapaan.


Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap
diselaputi dosa.



Jangan menangguh taubat bila berbuat
dosa kerana mati boleh datang
bila-bila masa.


Jangan ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.


Jangan mengumpat sesama rakan
taulan. Nanti rosak persahabatan kita
hilang bahagia.


Jangan lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita. Nanti
kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.


Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita.


Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.


Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita.


Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa
makhluk yang teraniaya
cepat dimakbulkan ALLAH.


Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.


Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaanNya.


"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."

(Surah Al-Ahzab:71)
Terima kasih kepada cgu haida.....

APA YANG DI DENGAR , APA YANG DI LIHAT DAN APA YANG TERLUAH.....PART II



Salam.... hari ini beremosi pulak ku.... tak tahu mengapa....
Namun syukur kepada Mu Ya Allah kerana mengurniakan seorang suami yang sangat baik dan sempurna di mata hatiku dan bapa mithali kepada anak-anakku....
Sentiasa ku panjatkan doa agar Allah beri keizinan biarlah hanya ku seorang isterinya di dunia ini....
Bukan tamak, tapi hanya Allah yang mengetahui betapa kami sekeluarga amat memerlukannya...


Sebenarnya ada cerita yang nak ku tuliskan.... kebetulan sedang melayari maya tentang "anti dadah" untuk pertandingan melukis anak-anak terjumpa pulak artikel ini....
Jadi minta izin, untuk salin dan dimuatkan dalam N3 kali ini.....
Hanya sekadar renungan untuk kita bukan sahaja untuk para suami juga kita sebagai isteri, supaya beringat bahawa suami adalah subjek utama selepas kasih kita kepada Allah dan Junjungan besar nabi Muhammad s.a.w...




Luahan Hati Lelaki yang dibenarkan berkahwin sorang lagi!!!

Saya sendiri sebagai lelaki rasa tercabar apabila isteri saya sering mewar-warkan kepada saya bahawa umur saya dah melewati 40 tahun. Life starts at 40. 'Kalau U rasa U nak pasang lagi satu, I izinkan', kata isteriku. Bila berangan tentang nak kahwin lain ni memanglah seronok. Tersengih- sengih aje lah I at that time.

Dunia ni dah terbalik gamaknya, kawan-kawan aku siap pergi Siam sana nak nikah lagi satu, ni bini aku siap suruh pasang sorang lagi...?!' Tak tahulah kalau isteri I tu main reverse psikologi dengan I. Tapi lepas I berfikir panjang, rasa-rasanya tak nak lah.

Sebab apa ?

Bila mengenangkan umur I yang dah 40+.
Let's say kalau I kahwin dengan anak dara, katakan umur 22 tahun.
Memang lah seronok beb.
Tentang makan minum, pakai I, kemas rumah dan kegemaran I, rasa nya I tentu asyik teringatkan my first wife.
Tak perlu nak ajar, I suka makan apa, cam mana cara nak masaknya, baju I kena gosok macam gini, kalau I bangun tidur I suka kalau my wife dah siapkan segala gala nya lah.
Tak perlu I bagitau, dia dah tahu apa I suka. Cerita apa I suka kat TV, teh atau kopi manis macam mana, hobi apa, sukan kegemaran ... semua dia dah tahu.

Tak perlu start balik macam zaman umur 20-an dulu ... Rasa rasa dapat ke isteri muda I suruh buat gitu, tentu dia banyak ragam.
Ye lah dia muda, I kan dah tua.
Mesti dia kata I ni mengada-ngada.
Sure I yang kena manjakan dia lebihlah, sebab dia muda.
Silap haribulan, takut lari lak, kan ... Isteri muda ni bukan macam yang dah bersama dgn kita sejak muda.
Kalau kita rasa isteri tua banyak belanja, isteri yang muda pasti lagi teruk.

Eh, budak 20-an zaman sekarang, dengan handbag Gucci, dengan nak tudung kain beraneka fesyen dan handphone jenama Nokia N95, Itu tak termasuk kereta, paling rendah pun mesti nak Honda atau Toyota.

Perempuan muda sekarang mana main naik Proton atau Perodua.
Kalau I tak bagi barang-barang tu, dia tak nak bagi 'barang' dia lak malam-malam.

Sedangkan dengan isteri tua, awal-awal kahwin naik motorsikal cabuk pun sanggup, berpanas berhujan, dukung anak kita dicelah motor tu. Ahh ... terkenang juga zaman 'miskin' dulu tu. Rumah dengan bini tua dulu pun setakat apartmet 3 bilik.
Tidur atas tilam nipis, dapur pun kecik, perkakas pun tak banyak.

Oh, untuk isteri muda, terpaksa aku buat OT untuk bayar rumah teres dua tingkat tu, nak bayar peti ais Samsung dan TV Sony Bravia 40-inci mu itu ...

Dah umur 40-an ni, darah tinggi lak aku ni kena buat OT setiap hari... hari minggu pun kena cari duit ... nak tengok bola pun tak dapat ... Lebih haru lagi, tentu anak anak I akan memberontak sakan.

Yelah sekarang ni kan banyak kes bapak kahwin lain anak-anak lebih tertekan. Ramai jadi liar, hisap dadah, jadi mat rempit dan bohsia. Sebab tension bapak kawin baru.

Takut mereka menjauhkan diri dari I, malah akan membenci pula. Disebabkan masyarakat kita ni memandang serong pada keluarga yang bapak mereka kahwin lebih dari satu.
Kalau I ada anak dengan isteri baru, tentu kecik sangat lagi di masa I dah tua dan memerlukan perhatian dari anak-anak.

Sedangkan rumah isteri muda tengah hiruk pikuk dengan anak anak kecil
(kan dah ada experience dengan isteri pertama bagaimana kelam kabutnya dia menguruskan anak-anak)

Sedangkan di rumah isteri tua, anak anak dah besar, boleh tolong mak dan sedang seronok bergurau senda bersama ibunya membincangkan topik-topik terkini dan juga kehidupan mereka.

Duduk rumah bini muda, I yang tua-tua ni lak kena salin pampers dan bagi baby mandi.
Ha ha ... kalau tak buat, takut isteri muda merajuk pulak. Tak boleh jadik nih.
Banyak benda yang kena repeat.

Mula mula kawin tentu seronok. Paling lama setahun-dua.
Bila dah ada anak,tanggungjawab baru bermula semula sebagaimana dengan isteri pertama dulu-dulu. Tapi masa ni kita dah tak larat nak basuh berak anak, nak pergi shopping beli baju anak anak, nak dukung anak-anak. Leceh lah nak kena teman isteri muda buat semua tu.

Silap haribulan orang kata tengah pilih baju cucu. Eii tak sanggup pula. Paling takut, orang ingat isteri muda tu anak I ...... lagi haru ...

Balik rumah mertua pula, teringatkan masa akad nikah dulu, beria ria kita nak kan anak dia, lepas tu kita kawin lagi satu. Tentu muka nih tak tahu nak letak kat mana. Orang tua tak kan nak straight to the point. Tanya itu ini. Kalau dia nak bercakap tentang tu cukup dengan jelingan dan kerlingan mata,buat kita dah tak senang duduk. Tak kan raya asyik balik umah mak mertua baru aje.

Apatah lagi kalau I ni lak umur nak sama dengan mak-bapak mertua baru I tu .... Hish banyak lah lagi. Bagi korang yang suka berbincang pasal benda yang indah indah kawin dua nih silakanlah.

Tapi bagi I selagi hayat dikandung badan, selagi tu lah I tak nak tambah. Tak nak lah mendabik dada. Cakap besar. Tapi sekadar menurutkan nafsu dan benda dalam seluar tu rasanya tak pernah kurang pun layanan isteri pertama terhadap I.

Keluarga ni, kita bina keluarga bahagia yang di depan mata. Bukannya yang di dalam kepala. Bukannya di dalam seluar dalam je.

Hadapi hari esok yang tentu dengan keluarga yang banyak mengharungi susah senang dari mula.
Pengorbanan isteri (walaupun kadang kala dia pernah merungut salah Kita juga, cuai dan mengabaikannya) . Apa pun semuanya bermula dengan kita.

Insaflah. Kalau nak ikut nabi, rasa rasanya solat subuh pun kita terlepas kalau isteri tu tak kejutkan. Bukan nak kata solat Subuh, kekadang waktu lain pun terlambat atau terlepas. Baca Quran pun sekali-sekala, baca Yassin pun hanya bila ada orang meninggal. Ikut sunnah Nabi apa nama tu. Tak payah lah yang lain lain. Kang ada yang nangis bila disebutkan.

Cukuplah. Sesungguhnya amat bertuahlah suami-suami yang mempunyai isteri yang menyuarakan pendapat di ruangan ni. Membuktikan mereka sayang, kasih dan cinta pada kalian. Apa sangatlah kita nih. Macam nabi konon. ye ke? Bab kahwin ikut sunah nabi. Bab menegakkan benda dalam seluar dalam je nak ikut sunnah.

Cuba bab menegakkan agama Islam, masih lagi terkial kial. Wallahualam


Terima kasih kepada mdm google....

01 March 2011

APA YANG DI DENGAR , APA YANG DI LIHAT DAN APA YANG TERLUAH.....

Semalam Ku ke bandar BP bersama hubby.... di satu tempat Ku berjumpa dengan sepasang suami isteri yang Ku rasa umurnya sudah mencecah 75 ke atas..... Syahdu sungguh apa yang Ku lihat....Pasangan ini sangat berbahagia pada pandangan mata ku....

Dari apa yang Ku lihat memang pasangan ini sudah tua..... kenapa Ku menyatakan mereka pasangan bahagia ....Pak Cik tersebut ku lihat memimpin isterinya dengan kasih sayang.... Sambil berbelanja berpegang tangan , sambil tersenyum bersama pasangan masing-masing....memang jelas kelihatan ia pasangan yang berbahagia....

Dari apa yang Ku lihat, Ku teringat pula pada seorang sahabat Ku...Dengarnya baru sahaja dimadukan oleh suaminya....
Poligami tidak salah di sisi agama.... aku menerima kenyataan ini.... Memang sesuatu hukum yang Allah turunkan kesemua ada kebaikan yang tersendiri dan ada hikmahnya....Yang salahnya adalah kita sebagai makhluk yang tidak mengikut kehendak poligami....

Berbalik dengan cerita sahabat Ku tadi, pasangan ini sudah berumur juga kiranya tetapi belumlah dikira umur emas...suaminya sudah berpencen beberapa tahun yang lalu.... apa alasannya... hanya kerana isteri masih bekerja , sang suami kesunyian kononnya. Bila Ku fikirkan Ku jadi sedih, yalah masa anak masih kecil sang isteri sama-sama bersusah payah , tak mengira masa , wang ringgit dan apa sahaja sanggup berkorban..... Tapi bila sudah meningkat usia yang sepatutnya masa diperuntukkan untuk beribadat dan berkasih sayang bersama isteri ,sang suami berkahwin lain hanya kerana sunyi.... Ohh.... Tuhan sedihnya.
Apalah salahnya sekiranya masa yang sunyi itu dilengkapi dengan berzikir atau berkebun.... MasyaAllah....
Kenangkanlah kebaikan dan pengorbanan si isteri semasa muda untuk membesarkan anak2 dan wang ringgit untuk sama-sama membina keluarga...

Kadang2 memang ku terfikir memang suami merasa sunyi, mungkin si isteri kurang membelai atau sebagainya.... tapi terfikirkah si suami akan kesunyian si isteri yang sentiasa juga mengharapkan belaian suami....kadang-kadang isteri minta dipuji, dimanja dan diberi perhatian...Adakah dalam usia yang sudah berpencenlah kiranya masih dapat menunaikan tanggungjawab seksual dengan maksima kepada si isteri yang ku kira masih lagi bertenaga.... ya lah masih kuat, belum pencenlah katakan.... Adakah cara lain bagaimana untuk menyelesaikan masalah kesunyian itu.... kadang ku rasakan adakah dengan berkahwin lagi akan menghilangkan kesunyian..... Entahlah.....

Rasanya cukup untuk hari ini akan ku sambung kemudian.... saja ambil masa rehat sebentar.... sedang mengisi markah ujian sebenarnya... penat pulak rasanya.... maka luahkanlah apa yang boleh terluah...