31 July 2010

SAMBUTAN 100 TAHUN- JAMUAN MAKAN MALAM JALINAN KASIH

Jamuan Makan Malam Jalinan Kasih..... Alhamdulillah semua yang dirancang dapat berjalan dengan lancar





Bersama beberapa mantan guru dan rakan






Darling Ku turut sama hadir..... Bekas guru SKP selama lapan tahun...






Syukur dapat hadiah utama cabutan bertuah....




Kenangan yang tak kan Ku lupakan..... bagi bekas murid2 Ku tentu mereka mengenali mereka..



Bersama Pn Nurul Ain, Pn Hjh Halimah Madon, Pn Hjh Fatimah Johari, Pn Hjh Ramlah dan Pn Jamilah Mustamam.... mereka semua adalah mantan guru SKP.





Orang lama yang masih sihat.... Pn Hjh Asiah dan Pn Hjh Alisah, mantan GB dan mantan guru SKP...




Darling Ku bersama En Nasa bekas GPK Petang SKP...





Bersama Anak bos SKP, terima kasih Syafiq dan Shahidah...



Bersama Pn Hjh Asiah, Pn Kalthom dan Pn Fadzilah....

SAMBUTAN 1OO TAHUN - PETANG JUMAAT PAMERAN BERMOTOR

Terima kasih Ustaz Fathi, kerana memanggil team motornya untuk memenuhi ruang masa pada petang Jumaat. Terus terang ku katakan dengan ada pameran tersebutlah, suasana pada petang itu agak meriah.... kalau tidak macam tiada acara pada petang itu...Terima kasih juga kepada team motor tersebut.

Team motor Ustaz fathi bersama banner sambutan 100 tahun...

Ambil kesempatan bergambar.... sebenarnya Ku datang bertugas petang itu untuk persiapan jamuan bersama Kembar tiga Ku dan guru pelatih cik suzieyana.... he he.



gambar lagi.....

Hish.... kerusi ni mencacat kan suasana....

Anak ku Hasif Musa




HARI PERTAMA SAMBUTAN 100 TAHUN SKP...BACAAN TAHLIL DAN DOA SELAMAT


ACARA PAGI

Alhamdulillah majlis yang dinanti telah tiba.... Sambutan 101 tahun SKP....pagi Jumaat dimulakan dengan bacaan tahlil di dewan. Malangnya tak sempat nak ambil gambar kerana sibuk sangat untuk majlis makan malam nanti.... Hingga ke pukul 12.00 tengah hari Jumaat masih lagi berlaku perubahan pada tempat duduk...









29 July 2010

MAJLIS KENDURI DI RUMAH ATOK

Haa tu dia nampak periuk belanga... Atok dan anak perempuannya termasuklah emak Ku merupakan anak sulung keluarga yang berbaju coklat tu, adik emak Mak Cik Hamidah berbaju hijau , adik emak seterusnya Mak Cik Habsah berbaju biru dan seorang tertinggal.....kat mana agaknya sembunyi semasa kita dok posing....

Hu hu ... muka kami yang kembang semangkuk....bersama adik ku Yana.

Dalam pada dok kalut membuat persiapan untuk Sambutan 100 tahun SKP sempat lg ke rumah atok untuk majlis kenduri, tahlil dan doa selamat.....Sempat posing lagi... bukan apa, sekurang2nya menambah post untuk Julai yang sangat minimum ni...

28 July 2010

TAKLIMAT PENANDAAN MATEMATIK KERTAS II



Alhamdulillah hari ini meluangkan masa untuk mengahdiri Taklimat Penandaan Kertas II, di PKG Tongkang Pecah. Nak beritau, PKG Tongkang Pecah tu bukan letaknya di Tongkang Pecah tapi di SK Bandar.

Ini merupakan taklimat penandaan kali ketiga untuk Tahun ini. Sebenarnya dah dua kali Ku tidak akur dengan arahan sekolah menghadiri program sepert ini..........Malas sungguh. Ya lah dalam keadaan yang sibuk untuk persiapan Majlis Sambutan 100 Tahun SKP....Tapi menurut kata Cikgu Mustafa sekolah yang tidak menghantar guru untuk Taklimat tersebut dikehendaki untuk memberi surat tujuk sebab ....
Sebenarnya kalau pergi pun bukan ambil masa yang lama, sekurang-kurangnya dapat berjumpa dengan rakan2 seperjuangan dan bertukar-tukar fikiran.

24 July 2010

4 POINT




4 Point Menguatkan Badan .
* Makan daging
* Memakai haruman
* Kerap membersihkan badan / mandi
* Berpakaian dari kain kapas


4 Point Melemahkan Badan

* Banyak minum air ketika makan
* Sentiasa cemas
* Banyak makan bahan yang masam
* Banyak bersetubuh


4 Point Menajamkan Mata

* Memandang warna hijau
* Duduk mengadap kiblat
* Bercelak sebelum tidur
* Berpakaian bersih


4 Point Merosakkan Mata

* Memandang najis
* Melihat orang dibunuh
* Melihat kemaluan
* Membelakangkan kiblat


4 Point Menajamkan Fikiran

* Tidak banyak berbual kosong
* Rajin bersugi
* Bercakap dengan orang soleh
* Bergaul dengan para ulama'



MESYUARAT PELARASAN SEMPENA 100 TAHUN SKP...











SAMBUTAN 100 TAHUN SEK KEB PESERAI



Sambutan 100 TAHUN SK PESERAI....
Bila menulis post ni, mengimbau kenangan Ku 21 tahun yang lalu.... Antara sedar dengan tidak Ku telah berkhidmat selama 21 tahun di Sekolah Peserai ini... lama dah... bukan sahaja sudah bermenantu anak2 murid Ku , malahan sudah bercucu .... mana tidaknya, anak murid Ku sahaja mempunyai anak yang sudah berada di dalam Tahun 6 atau Tingkatan 1.


Teringat semasa mula2 mendaftar di SK Peserai, GB nya adalah Tuan Hj Zul..... Semasa mendaftar bersama Ku adalah En Mohd Mustaffa, En Ahmad Sanusi, Sh Awad, En Zainal Ariffin, En Ibrahim , Pn Koh dan Asmah....uhh... lama sungguh... banyak kenangan, bersama Hj Zul, Pn Siti Maskamah, Pn Hjh Halimah Madon, Pn Hjh Halimah Md Zain, Tuan Hj Khaled , Pn Hjh Fatimah Johari , Pn Hjh Rohani dan ramai lagi.... Opps terlupa pulak MY DARLING HUBBY.... di sinilah tempat Ku bertemu jodoh...


Nak bukalah cerita lama.... Lapan tahun kami satu sekolah sebelum HUBBY pindah ke SK Bandar... Pengalaman pahit manis, cemburu, sayang dan macam2... Ya lah satu sekolah...macam2 nak kena jaga supaya sama-sama tidak berkecil hati.....Kelas Pendidikan Khas sekarang adalah tempat Ku dan suami berehat2 sambil bekerja selama beberapa tahun, sebelum Bilik Kemahiran Hidup berpindah ke Bilik Ping Pong sekarang....memang banyak sangat kenangan....



Dan seminggu lagi, Sek Keb Peserai akan menyambut ulangtahun yang ke 101... Berbagai Program telah di atur dan Publisiti dijalankan.... Diharap semua berjalan lancar..... Di dalam FB telah dipromosi... untuk bekas anak2 didikku yang dikasihi, jemputlah datang ke majlis tersebut dengan bayaran RM 20 seorang bukan untuk makan sedap ... sekadar sebagai sumbangan dan berjumpa dengan guru-guru lama dan baru di Sekolah ini....

21 July 2010

SANTAI DENGAN FAMILY

Alhamdulillah terluang masa hari ini.... banyak sebenarnya nak cerita... tapi masa amat tidak mengizinkan... dengan pendaftaran adik ke UM , pendaftaran anak ke Kolej Komuniti, Ujian Gempur Sekolah, Sambutan 100 Tahun SKP dan macam2 lagi....bila tengok senarai post , rasanya Julai lah yang paling minima... Hari tu tuntut ilmu dengan Hanim ( rakan persekolahan dan bekas rakan sekerja dan skrg rakan maya ) pun tak sempat nak diaplikasikan...

Ini sahaja makanan yang membuka seleraku.... yang lain erm....BUBUR NASI



Sempat posing...




Mak dan adikku ely.... Yana dan anak2nya...


Sebenarnya bukan seronok sangat pun makan kat kedai konon orang putih ni.... tapi yalah anak-anak kalau masuk makan tempat macam tu, seronok lah dia orang....konon ada aircond, ada playground dalam tu... tapi bagi kita orang tua, aduh... baik makan tempe dan tahu goreng cicah sambal kicap.... he he....


04 July 2010

PENDAFTARAN ADIKKU KE UM

Alhamdulillah hari ini Biha mendaftar untuk memasuki UM. kami bertolak awal pagi lebih kurang pukul 5.30 pagi... Sampai di Tol Sg Besi lebih kurang pukul 9.00 pagi sebelum terus bergerak ke UM . Alhamdulillah Pak Cik Ku , Cik Kimi jadi pemandu pelancong kami..Ya lah hubby KL ni tak berapa mahir...Sampai di sana lebih kurang pukul 9.30 pagi...
Cuaca mendung dan hujan turun semasa proses pendaftaran tersebut. Apa lagi sesak le... masing-masing membawa kenderaan masuk ke kawasan kolej untuk membawa barang masing-masing.




Kawasan pintu masuk utama UM


Kolej Zaaba... kolej Biha. Semua kemudahan disediakan cuma agak lama kerana usia UM itu sendiri...

Sempat posing....


Selamat datang ke UM... banyak sepanduk digantung...


Ibu Ku turut sama menghantar..., abah juga di belakang agak kurang jelas...


Pondok petugas pertama yang Ku hadapi... terselit hubby dan hasif kat atas tu...









Berurusan dengan Urusetia kesihatan...


Sempat posing sementara menunggu Biha berurusan...


Taklimat Penginapan oleh Pengetua Kolej Zaaba..


Para Biro Program Haluan Siswa.