05 January 2014

MENYAMBUT TAHUN BARU.....

Menyambut Tahun Baru dengan Kek untuk si abah dan si bongsu...
Abahnya sambut ulangtahun kelahiran pada 1.1.2014 manakala si bongsu pula sambut pada 3.1.2014. Jadi setiap tahun Kak Meha sambut hari penting kedua-duanya serentak... jimat kos he he...







Memandangkan semua anak besar berada di kolej , Uni , asrama dan bekerja jadi kami-kami jer lah yang meraikan si abah dan si bongsu....
Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah kerana memanjangkan umur suami yang ku kasihi dan dirahmati Allah ini , agar dapat beliau menambah amal ibadahnya, terima kasih Ya Allah kerana memanjangkan usianya untuk ku menumpang kasih sayangnya, terima kasih Ya Allah kerana kasih sayangnya yang melimpah ruah untuk kami sekeluarga , sesungguhnya beliau suami yang sempurna di mata hati ku.

Untuk si bongsu, Semoga Allah kurniakan kejayaan juga kebahagiaan dunia dan akhirat untuk anak ibu... Ibu sayang anak2 ibu...