31 December 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2011

SELAMAT TAHUN BARU KEPADA SEMUA BLOGGER....
SELAMAT TAHUN BARU KEPADA SEMUA WARGA GURU....
SELAMAT TAHUN BARU KEPADA INSAN MENGENALI DIRI INI....
AYUH KITA MULAKAN LANGKAH....
CARI YANG HILANG....
CARI YANG TERSEMBUNYI.....








MARI MUHASABAH DIRI



Bila kita memulakan sesuatu...
Kadang-kadang kita lupa letakkan niat
Kadang-kadang kita lupa baca Bismillah
Sebab tu bila ada masalah,
Kita cepat menyerah...

Bila kita berniat...
Kadang-kadang kita lupa letakkan usaha,
Kadang-kadang kita tunggu disergah baru hendak mengorak
Sebab tu bila kerja tak menjadi,
Kita mula angkat kaki...

Bila kita berusaha...
Kadang-kadang lupa pula hendak berdoa,
Siang malam kerah tenaga dan masa...
Sebab tu bila kerja masih tak sempurna,
Kita mudah putus asa...

Bila kita berniat, berusaha dan berdoa...
Kadang-kadang kita lupa pula untuk bertawakkal pada Yang Esa.
Bertawakal pun pada bicara tapi di hati masih buta.
Sebab tu bila dilanda masalah,
Kita marah tak tentu hala...

Bila kita berniat, berusaha, berdoa dan bertawakal...
Kadang-kadang kita tetap alpa,
Nak sebut Alhamdulillah pun payah,
Berdoa pun sekali sekala,
Bersyukur sekejap cuma..

Sebab tu bila kita berjaya,
Allah datangkan ujian dan musibah...
Supaya kita ingat dan kembali ke jalan redha,
Tetapi kita kecewa sampai mencari jalan mudah..
Membenci diri memusuhi nadi.

Sedangkan...
Kita manusia ciptaan Allah,
Bernafas di udara yang sama,
Bila lemah Allah itu ada,
Bila derita Allah itu bersama,
Senang, susah, sedih, gembira...
Allah takkan lupa pada langkah kita.

29 December 2010

HATI YANG SEJAHTERA


Hati manusia ditempa oleh apa yang lazim difikirkan , apa yang lazim diucapkan, dilihat, didengar dan dialami oleh seluruh pancaindera dan apa yang biasa dilakukan...



HATI YANG SEJAHTERA
adalah hati yang

....... kenal Allah swt dan takut kepadanya.

....... Meletakkan Allah dan Rasulnya ditempat yang tertinggi dalam kehidupan harian, secara konsisten.

......dekat dengan Allah dan menjadikan kehidupannya berpaksikan mencari keredhaan Allah.

......bebas daripada pengaruh amarah, syahwat dan syaitan.

......dipandu oleh nilai-nilai murni, dan dapat memandu kepada kebaikan yang lain

......sentiasa tawaduk dan merendah diri

......ghairah kepada perkara-perkara kebaikan dan kebajikan dan sangat benci segala bentuk kejahatan, walaupun sekecil mana sekalipun.

Muhasabahlah diri kita, di manakah kita sebenarnya...sejahterakah kita atau masih perlu memperbetulkan diri yang belum bersih...

MESYUARAT AWAL TAHUN 2011 - PELICAN

29 DISEMBER 2010


Gambar ihsan dari blog Cgu Aziz.... banyak sebenarnya ambil gambar tapi lupa simpan PD mana.... haru sungguh...



Mesyuarat awal tahun di Hotel Pelican....Alhamdulillah kami ke Pelican lagi untuk mesyuarat....Tengok dalam gambar tu macam mesyuarat besar kan... bergaya guru-guru SKP ni... terima kasih cikgu Aziz dapat copy gambar... gambar ku entah ke mana tak tau di PD mana ku letak...














jamuan makan tengah hari.....

AUDIT AKADEMIK

28 DISEMBER 2010

Cuti sekolah yang panjang terasa singkat...panggilan kerja sudah bermula. Tambahan pula ku baru balik dari Mekah yang ku anggap juga bekerja...

Tapi demi tugas, InsyaAllah amanah ini akan ku galas. bermula dengan audit akademik 2010... seterusnya membincangkan perancangan progranm tahun hadapan....

Banyak perkara yang di sentuh , terutama tentang KSSR.... Kurikulum Standard Sekolah Rendah yang menggantikan KBSR.... Apa pun perubahan oleh kerajaan kita anggap bahawa ia bertujuan untuk mempertingkatkan tahap pendidikan di negara kita....

KLSR - KBSR - KSSR.

Dan negeri Johor ( Pengarah )telah menjadikan SEDERAP MEMPERKASAKAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR sebagai slogan untuk memantapkan Pendidikan negeri Johor....



Sempat posing.... Cik Wany, Ku , Pn Nahida dan En Firdaus....

Di dalam bilik mesyuarat.... beg tu cenderahati dari Ku untuk kawan2





Berbagai aksi rakan semasa taklimat...


CERIA DI PAGI HARI


Pemikiran yang ceria di pagi hari menjadikan keseluruhan hari kita jadi ceria,..
Pemikiran yang ceria menjadikan diri sangat positif dan produktif.

Bagaimana mahu bangun dengan ceria setiap hari?
Pertamanya , dengan berniat untuk ceria sebelum tidur.
Tidur yang dalam keadaan berwudhu’ dan berniat untuk tidur adalah tidur terbaik berbanding dengan tidur yang tidak disengajakan terutamanya jika tidur ketika menonton televisyen.

Tidur begitu, tatkala otak sedang memproses apa yang ditonton sebenarnya tidur yang tidak membantu kerehatan tubuh sebaliknya sangat meletihkan dan diri boleh bangun dalam keadaan yang sangat negatif.

Fikiran yang negatif pula menjadikan keseluruhan hari dilalui dengan keadaan tak tentu hala dan berserabut. Emosi menjadi negatif dan diri langsung tidak produktif.

Sekiranya berterusan berkeadaan begini, maka diri akan menjadi tidak bersemangat, negatif dan sel-sel tubuh menua dengan pantas.

keduanya untuk mendapatkan hari yang ceria ialah berniat atau betulkan kembali niat ketika bangun dari tidur.

Setelah membaca doa kesyukuran tatkala membuka kembali mata, maka muhasabah apa yang ada dalam hati,. betulkan serta merta sekiranay apa yang ada dalam hati negatif,..

Berniat kembali untuk menjadi positif dan ceria.
senyum selebarnya dan bayangkan dalam minda yang anda akan lalui hari itu dengan ceria sekali,..

Nampakkan dengan jelas dalam minda, yang diri anda sedang tersenyum tatkala mandi, memakai baju, bersarapan, memasuki kereta untuk ke tempat kerja, sepanjang perjalanana ke tempat kerja dan seterusnya sehinggalah habis rutin harian anda,..

Bayangkan juga dalam minda anda yang anda sedang tersenyum dan rasakan dalam diri yang dan rasa hebat dan ceria ketika berbual dengan pasangan dan anak-anak sebelum ke tempat kerja dan nampakkan juga dengan jelas dalam minda anda, diri anda sedang berbual atau bercakap dengan bos atau rakan sepejabat anda dan bayangkan perasaan anda rasa sangat hebat ketika itu.

Hasilnya anda akan jadi sangat hebat,.. yakinlah.

ketiganya, untuk mendapatkan diri yang ceria setiap hari ialah berniat ketika sedang mandi,..nyatakan niat anda pada air dan biarkan air itu merakamkan niat anda pada seluruh tubuh tatkala tubuh disirami air.
Air dan minyak zaitun adalah perakam tenaga yang sangat hebat.
semoga hari anda adalah hari yang sentiasa ceria dan hebat.

27 December 2010

HARI KELUARGA

ALHAMDULILLAH MAJLIS YANG DIRANCANG BEBERAPA TAHUN TELAH DAPAT DIJALANKAN DENGAN LANCAR DAN SEMPURNA...

Majlis dijalankan sederhana tanpa ada hiburan dan permainan kerana menghormati keluarga Makcik Sainah yang telah kehilangan anak sulungnya kekanda Maznah yang kembali ke rahmatulah.Kami mengadakan bacaan yasin dan tahlil juga cabutan bertuah sahaja.


Inilah banner program kami....




Anak-anak saudaraku bahagian pendaftaran... sempat posing mereka ni dalam pada kalut tuh...

Berbaju kuning batik tu, tuan rumah program ini... kekanda Mohd Said.... Gambar ini semasa bacaan yasin dan doa selamat.


Hubby bersama abag iparnya En Jailani... gambar sebelah ...diantara ahli keluarga yang hadir... berbaju coklat tu adalah bapa saudaranya ....


hubby bersama bapa saudaranya En Jaafar.... sebelah pula ibu saudara hubby yang bongsu....



Posing selepas penat mengemas selepas majlis...Anak2 dan menantu Mak Baayah.... tak cukup korum sebenarnya....kepenatan sudah tidur..

MALAM 24 DISEMBER


24 DISEMBER 2010M

Doa selamat pindah ke rumah baru, persiapan untuk majlis Hari Keluarga Allahyarham Hj Abd Razak dan ulang tahun perkahwinan kami tiga pasang....


bacaan berzanji oleh kumpulan yasin perempuan... gambar ahli lelaki tak dapat upload ....gambar tak cun


Dua mak dara posing dengan anak dara


Hubby dengan Pak Imam

Mak Usu dan Cik Mery yang meraikan ulangtahun perkahwinan ke 20


Inilah kek yang kami potong...mak usu dan cik meri sponsor...


Hubby dan abgnya..... dan kami adalah pasangannya...

Selepas makan2 sesama ahli keluarga kami pun tak tidur malam....prepare utk program besar hari esoknya....


KENDURI KAHWIN DAN BUNTIL

23 DISEMBER 2010

Memandangkan pada 25 Disember kami akan mengadakan Hari keluarga Allahyarham Hj Abd Razak, tok yot kepada anak2 ku, jadi pada malam 24 kami bersama beberapa ahli keluarga hubby konvoi menghadiri majlis perkahwinan cucu saudara di Kg asal kelahirannya di Kg Pt Lapis Mahang...hubby pada malam 23 Disember...

Seronok sebenarnya... bukan seronok mengahdiri majlis pada waktu malam... tapi seronok kerana dapat melihat jenis makanan baru yang di panggil " BUNTIL "... sepanjang umurku 44 tahun baru inilah pertama kali ku berjumpa dengan makan ini...

Ini adalah makanan trdisional keluarga ini... Kami tidak dapat rasa nikmat Buntil tu kerana semasa kami sampai ia dalam proses membuatnya...Tapi dapatlah mencicip rasa Buntil yang belum dimasak tu...

Resepinya :
Sebenarnya ia adalah kelapa muda yang dirempah seperti membuat "urap" atau "kerabu cekor"...kelapa muda tersebut akan direbus, dimasukkan ikan masin dan dibungkus dengan beberapa lapis daun keladi...Selepas itu Buntil direbus dengan air asam supaya daun keladi itu tahan tidak pecah selama lebih kurang dua jam. Selepas itu ia ditoskan dan direbus semula dalam kuah santan yang telah dibumbu dengan cili, bilis dan perasa yang sesuai. Rebuslah Buntil dengan api yang kecil sehingga 3-4 jam....Cuba bayangkan betapa enaknya, kuah santan rebusan boleh dibuat cicah ulam-ulaman, manakala isi buntil dimakan sebagai lauk...jangan lupa daun keladi itu juga boleh dimakan...

Jangan bimbang gatal atau sebagainya kerana ada pantun nya untuk membungkus buntil ni...
Terlupa pulak pantunnya , InsyaAllah akan tanya pada kakak iparku dan akan dituliskan...



kakak dan adik iparku turut serta membungkus untuk mempelajari resepi tersebut...



Kelapa muda yang telah dirempah denga cili api, cekor , dan perasa dibungkus dalam daun keladi bersama ikan masin...


Tu dia cara membungkus Buntil...



Buntil yang telah siap dibungkus... disebelah tu kelapanya yang dapat kami rasa sebelum dibungkus dan dimasak...


siap dibungkus, dan sedia untuk direbus..


direbus dengan air asam terlebih dahulu, sebelum diikuti dengankuah santan...maaf direbus dengan kuah santan tak ada gambarnya kami sudah pulang ke rumah... tak sanggup nak menunggu kerana sudah larut malam...

Setelah pulang ke rumah sebelum N3 ini ditulis ku membuat carian tentang buntil rupa-rupanya ia masakan berasal dari Indonesia, Jawa tengah... ia boleh dibungkus juga dengan daun betik atau daun singkong yang ku kira daun ubi rasanya...




Buntil ini merupakan makanan khas daerah Banyumas, terutama daerah Kabupaten Banjarnegara. Buntil ini terbuat dari daun keladi ( daun talas ). Buntil ini ada dua macam, yaitu Buntil Lilin dan Buntil Kembang.
Buntil Lilin tahan sampai seminggu karena tidak memakai santan, sedangkan Buntil Kembang hanya tahan satu hari karena menggunakan santan. - Petikan Dari internet.

23 December 2010

LAGI CERITA MEKAH


Aiskrim yang sangat enak semasa di sana.... boleh dikatakan setiap hari kami makan aiskrim ni.... dengan memakan aiskrim ni akan mengurangkan risiko batuk dengan izin Allah. Di Mekah ni pelik sikit, tidak menyediakan airbatu (ais) pada semua jenis air minumannya.... pesanlah jus yang sedap dan mahal sekalipun, tetapi tetap minum tanpa ais...Cuba bayangkan minum jus yang pekat tanpa ais....






Terlalu banyak kemudahan minum air zamzam ni di masjidilharam....di peunjuru, di tiang2 dan di mana2 sahaja bahagian di dalam masjid...

DELIMA MEREKAH....


Cerita kali ini lain sikit, tentang buah delima yang ku beli di Mekah dengan harga SR 20 sekilo.....Mahal tu, di Malaysia nak cari buah yang harga sedemikian mungkin agak payah....Buah ni ku beli sebelum balik ke Malaysia, saja ku beli untuk di bawa balik...







Inilah buah delima sekilo SR 20, yang cuma 4 biji sekilo....

Ini isi dalam buah di atas setelah dibuka.... Tuh diaaa manis, basah, dan nikmat...


Ini adalah batu delima yang ku beli di Madinah sebagai kenangan yang akan ku buat cincin....Orang kata semakin lama batu itu dipakai, semakin merah warnanya... Entahlah belum cuba...

JALAN-JALAN KE MELAKA

AHAD 19 DISEMBER 2010.....MAKAN TENGAH HARI DI MELAKA

Ada perubahan nampaknya bandar Melaka... dulu bandar Melaka memang di kelilingi dengan pantai,senang untuk ku membawa anak berehat2.... tapi beberapa tahun kebelakangan ni , pembangunan menyebabkan pantai2 berhampiran dengan bandar telah di kambus dan dijadikan pembanguan....Alhamdulillah nampaknya sekarang Melaka kembali ke negeri perlancongan....

Ingat Eye On Malaysia yang pertama di Malaysia adalah di Melaka.... nampaknya tidak berjaya... tempat tu kini telah dirancang semula menjadi tempt rehat yang menarik...Nampak masih di peringkat awal...Boleh diperbaiki...


Entah apa2 ajer 2 beradik tuh....



Makan-makan tengah hari ni sebenarnya masak sendiri, memandangkan malas nak mengemas tupperware maka masuk jer dalam bekas polisterin, "pakai buang"


Tak cukup korum gambar ni.... dua abang besar tak de dalam gambar..




Di dalam Pahlawan Mall....






SAHABAT LAMA HUBBY

21 DISEMBER 2010

Kali ni hubby pulak berjumpa dengan sahabat lamanya...sekembalinya dari Mekah, ramai kawan semaktab yang menunggu jawapan untuk menerima sebagai kawan... FB lah ni...

Dan berjumpa lah dengan Tn Hj Rosli ni.... Alhamdulillah dengan keizinanNya dapat lah hubby berjumpa dengan sahabatnya ini... "Terima Kasih tuan kerana sudi mengunjungi kami seterusnya menginap di teratak kami...."

Mengenali mereka sekeluarga memang sangat bertuah... Tuan Hj Rosli ni org yang hebat, begitu juga isterinya kakak Aliza....InsyaAllah semuga Allah beri keizinan untuk kami berjumpa lagi di lain masa....




Bersama Tuan Hj Rosli dan isteri....





Makan malam seadanya... lebih kurang pukul 6 petang



Dua sahabat Hj Rosli dan Hj Affendy....


Sembang2 sebeum bertolak pulang....Terima kasih tuan...

BERJUMPA SAHABAT LAMA..... RINDUNYA.

18.12.2010

Beberapa kali kami merancang untuk berjumpa, tapi nampak belum mendapat keizinan Tuhan....Alhamulillah pada 18.12.2010 dapat kami berjumpa....masih sama macam dulu periang....dan satu ucapan sinonimnya adalah...."Alah bencinya aku "....ha ha...walaupun azie agak sibuk waktu tu kami dapat posing sama... ya lah azie ni anak perempuan tunggal....


Gambar semasa majlis persandingan adik azie di pt hj salam spg 5.....bersama pasangan masing2....



Ini gambar kami zaman dahulu kala.... tentu boleh cam mana satu kami berdua...

22 December 2010

RINDU MASAKAN WARONG....

12 DISEMBER 2010
44 hari makan masakan Arab teringinlah pulak untuk makan masakan Malaysia yang bukan dimasak sendiri...Apalagi masakan waronglah... Sebenarnya bukan sedap sangat pun cuma, ya lah duduk di kerusi yang telah tersedia, tidak berpeluh2 masak dan makan panas2 itu saahaja. Kami makan di sebuah kedai makan yang menyediakan masakan Thailan di kawasan Pt Sulong... Tempatnya bersih dan senang untuk di cari...Inilah diantara menu yang kami makan...


Tomyam bersama nasi putih....



Nasi Paprik



Kerabu mangga yang memang sedap....



Cekong yang cun.... manis dan memang nikmat.....

Meehoon sup yang tak kurang enaknya...