30 May 2011

REUNION X -SMDO - DI NADIA CLASSIC CAFE

Penuh cerita warni setelah 26 tahun berjumpa....



Alhamdulillah setelah 26 meninggalkan alam persekolahan di Sek Menengah Dato Onn (dulu namanya) kini kami berjumpa semula dengan keadaan yang berbeza. Yang pasti umur semakin meningkat, kematangan juga bertambah, ahli keluarga juga bertambah...



Plan untuk mengadakan perjumpaan ini telah bermula setahun yang lalu dengan Allahyarham Mejar Kamarudin sebagai Penggeraknya... ( Al Fatihah untuk Allahyarham ). Ajal , maut, jodoh pertemuan semua kerja Allah... Syuku kepada Mu Ya Allah kerana memanjangkan usia Ku serta keluarga tersayang .



Dan pada perjumpaan kali ini En Jamil, En Azlan, En Khairul dan Pn Norli adalah penggerak nya... Syukur walaupun majlisnya ringkas dan sederhana tetapi meriah...majlis berjalan Lancar. Di antara yang hadir adalah Ku sendiri, Pn Aziah bt Ayub, Pn Nura bt Kamsan, Pn Roslimah bt Saat, Pn Murni bt Esa, Pn Alizah bt Mohamed, Pn Rahmah Kassim, Pn Sarimah bt Dayat, Pn Siti Zaleha bt Borhani, Pn Suhaiza bt Shuib, Pn Norliza Zaham, Pn Azizah Saim , Pn Nurizan bt Jamil, Pn Rasidah Mohamad dan Pn Norli yang sudi menyediakan tempat. Manakala wakil dari Pihak lelaki adalah En Jamil b. Piee, En Khairul, En Rasyid b. Aris, En Fadzil b. Mohamad, En Hashim b. Yusof, En Hamdon, En Awien, En Johari, En Azlan, dan En Hishamudin b. Siraj. Alhamdulillah masing2 datang dengan pasangan serta ahli keluarga.



Masa sangat cemburu dengan program pada malam itu, rasa seperti tidak puas untuk berbual dan bertanya khabar...









Mr Fadzil b. Mohamad bersama kami...









My hubby dalam acara cabutan bertuah...







Rasa macam kami ni budak sekolah lah pulak... sebab semasa zaman sekolah kamilah ratu posing...

LEMAHNYA IMAN KITA...

Sebenarnya tidaklah menarik N3 ku kali ini...cuma kerana selalu kedengaran dan kerap menjadi buah mulut orang maka teringin untuk menulisnya...
Simple jer ceritanya, tapi jika kita kita kurang ambil kisah akan merosakkan iman kita...

Ceritalah sikit bagaimana ia bermula....Sebenarnya hujung minggu yang lalu ada beberapa majlis undangan perkahwinan yang perlu ku hadiri...Pada hari sabtu sahaja 4 undangan dari rakan juga saudara mara.... manakala hari ahad pula ada 3 majlis yang perlu ku hadiri... Ya lah bila difikirkan bagi diri ku ini tentulah tidak menjadi masalah sekiranya tidak menunaikan hajat undangan tersebut, ya lah.... orang kata belum nak bermenantu lagi...Tapi bila menganggapnya satu amanah, maka tunaikanlah....

Dari sebelum subuh lagi, cuaca agak kurang baik... Guruh dan hujan berselang seli hinggalah waktu subuh dan menjelang siang....Lebih kurang pukul 9.30 pagi, cuaca mula cerah, matahari mengeluarkan cahayanya dengan terang...Maka terdengarlah soksek dari saudara terdekat ku mengatakan wah ! power sungguh bomoh ni tolak hujan.... MasyaAllah terperanjat sungguh, dalam zaman Islam berkembang dengan pesat ada lagi kenyataan seperti ini...
Lantas ku nyatakan tidak puas hatiku denga menyatakan..... Ingatlah semua kejadian di dunia ini, hujan dan panas, siang berganti malam,suka duka, dan sebagainya semua adalah aturan Allah...

Ingatlah Allah berkuasa , makhluk tidak berkuasa...ingat semasa zaman ku kecil lagi, bila ada kenduri kahwin dan hujan tidak jadi, maka ramai yang mengatakan bahawa ini petua itu, ini... dan ada bomoh hujan... Istigfarlah , betulkan iman kita.... yakinlah Allah yang memelihara semesta alam...

25 May 2011

PENGHIBUR HATI.....

sebahagian dari koleksi ku.... Alhamdulillah setelah 4 bulan diberi kasih sayang dan belaina pada orkid2 ku ini..... semua meriah berkembang....


Ini koleksi terbaru Ku.... Kurniaan Allah... sangat cantik... Tak pasti namanya Domm ke apa gitu..bunga besar hampir sebesar tapak tangan.











Di atas adalah sebahagian orkid keratan batang... kebanyakannya mokara yang menjadi koleksi...

Manakala di bawah adalah sebahagian koleksi dendro....ada beberapa pokok lagi yang berbunga tetapi tak sempat nak ambil gambar.... gambar2 ni ku ambil 2 minggu yang lalu...















21 May 2011

RENUNGKAN.........

Terima kasih Mr Google....wallpaper yang simple tapi penuh erti...

20 May 2011

AUDIT AKADEMIK 3 BUAH SEKOLAH DI SKP PADA 18 MEI DAN PEMANTAUAN OLEH PPD PADA 11 Mei 2011


Pada 11 Mei adalah lawatan kerja tuan PPD dan rombnongannya :- Tuan Hj Shapee selaku PPD, En Mokhsien, Tuan Hj Dawad, Tuan Hj Ghazi, En Shaharudin dan Pn Radziah, Manakala 18 Mei , kami 3 buah sekolah telah membentangkan Audit Akademik UPPM 1... Tahniah kepada GPK yang membentangkan dan tahniah kepada SU peperiksaan yang menyediakan....

Sebenarnya ini merupakan kali pertama audit akademik untuk guru tahun 6, yang melibatkan 3 buah sekolah....

Bagus program tu sebenarnya....Boleh membuat guru-guru muhasabah diri.... Terasa kita masih perlu banyak lagi berusaha untuk mencapai sasaran PPD. Seperti yang dinyakan oleh bos SKP , Tuan Hj Sarkawi memang satu cabaran bagi kami.... 20 orang dalam tangan, 30 jadi sasaran...tetapi lain pula kenyataan En Shaharudin dari PPD... dari kajiannya kita boleh mencapai 35 orang.... MasyaAllah lagi kecut perut mendengarnya.... Tapi InsyaAllah, ada masa untuk berusaha...


Tapi bila fikir semula dari apa yang kami dapat semasa audit akademik tersebut, ada sesuatu yang perlu difikirkan... terutama perbandingan dengan SK Penghulu Salleh....Dari Sejarah UPSR memang mereka akan mencapai keputusan yang melebihi 90 % walaupun pada awalnya iaitu semasa UPPM 1, mereka ketinggalan jauh dari kita SKP....

Berbeza pula dengan kita, lebih menonjol semasa UPPM tetapi tidak perform semasa UPSR.... macam mana tu...

Itulah yang perlu kita muhasabahkan diri.... dan adakah penyumbang ponteng, persekitaran tempat tinggal dan sokongan ibu bapa juga memainkan peranan.....

Tapi bila teringat ulasan GB SK Penghulu Salleh.... mungkin salah satu sebab cikgu menanda tidak telus.... Ohhh tidak....

19 May 2011

ME DAN DUA ADIK...



3 generasi.....sayang anak2 ku tak mahu bergambar sama , pasti gambar 4 generasi....








Cik Sue and Cik Slurrp...






Bukan senang nak posing dengan depa ni....

16 May 2011

16 MEI JUGA ULANGTAHUN PERKAHWINAN KU YANG KE 20






Doaku buatMu kekasih Ku Ya Allah memohon kerahmatanMu, agar berpanjangan jodohku selamanya.....InsyaAllah.

Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pd seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatan Ku untuk menyintai Mu....

Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati, izinkan aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu, agar tidak aku jatuh dalam jurang cinta nafsu....

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hati Ku padanya agar aku tidak berpaling daripadaMu....

Ya Rabbal 'Izzatul jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahidMu di jalan Mu....

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi indahnya bermunajat di sepanjang malam terakhirMu....

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasihMu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manausia kepada Mu....

Ya Allah , sesungguhnya Kau lah Maha pengasih dan Penyayang.... Kau kurniakanlah sifat kasih sayang berpanjangan antara diriKu dan kekasih hati ini.........kasih sayang bersama anak-anak permata hati Ku dan kasih sayang sesama makhluk Mu....

SAMBUTAN HARI GURU SKP - SEDERHANA TETAPI TETAP MERIAH....


GURU PENJANA TRANFORMASI PENDIDIKAN NEGARA....... ITULAH TEMA PADA TAHUN INI....





HITAM PUTIH TEMA HARI GURU....




CERIA SELALU............




Bersama GPK 1 dan GPK Ko Ko .....








Permainan Futsal untuk guru wanita........



Gelanggang perlu dibesarkan katanya..... berebut bola ....ganas giler dema ni...

SELAMAT HARI GURU 2011

SELAMAT HARI GURU UNTUK SEMUA INSAN DI DUNIA INI....indah nama GURU ini.... ia bukan sahaja boleh disandang oleh mereka yang bergelar cikgu atau pensyarah yang mendidik muridnya tetapi GURU adalah yang luas istilahnya.... IBU adalah guru terbaik kepada anaknya, BAPA pula adalah guru kepada ahli keluarganya, IMAM adalah guru kepada makmumnya, rakan adalah guru kepada rakannya..... GURU adalah insan yang menunjuk ajar, memberi nasihat, berbicara, menunjuk teladan dan berkasih sayang.... Jadi kita semua adalah GURU......

02 May 2011

BERSIHKAN HATI KITA...........

HARI INI TERINGIN PULAK NAK BERCERITA TENTANG HATI..... KERANA APA.... HANYA TUHAN SAHAJA YANG TAU... KERANA APA YANG DIRASA BELUM TENTU DAPAT TERLUAH....

NAMUN APA YANG BERLAKU DISEKELILING KU...MENYEBABKAN KU INGIN MENULIS....

HORMATLAH MEREKA DISEKELILING KITA......SELALULAH BERFIKIR DENGAN MATANG..... WALAUPUN MEREKA LEBIH MUDA, BELUM TENTU AKALNYA PENDEK.... WALAUPUN MEREKA ITU TUA BELUM TENTU MEREKA ITU MUDAH TERLUPA ........

Hati adalah tempat lahirnya niat atau hasrat untuk bertindak. tempatnya taqwa juga di hati.Dalam haditsnya Rasulullah Shallallahu Alaihi Wa Sallam berkata "Attaqwa Haahunaa". Ertinya, Taqwa itu disini, seraya Rasulullah menunjuk dadanya.

Ramai mengatakan, menilai orang yang terpenting adalah hatinya.Itu Memang benar kerana Allah shubhaana wa taala memang tidak menilai apapun dari dikita kecuali hati dan amal.


Rasulullah S.A.W bersabda, sesungguhnya Allah tidak menilai bentuk tubuhmu, suaramu, tidak juga rupamu, tapi ia menilai hati dan amalmu.” Hati yang bersih , terhindar dari semua penyakit hati yang paling berbahaya adalah dengki.


Yang dimaksud disini, adalah sifat yag menginginkan sesuatu yang dimiliki oleh orang lain, dan tak ingin oleh orang lain memiliki hal tersebut. Sikap seperti itu kerap dinayatakan sebagai hasad, dan Rasulullah sangat melarang ummatnya memendam hasad.


Hati adalah tempat atau pusat segala perasaaan (emosi). Rasa sedih, senang, marah, benci, dendam dengki, cinta dan sebagainya ada dalam hati. Peranan hati berpengaruh kuat pada fungsi badan atau anggota tubuh yang lain. Maka dengan itu jagalah agar hati kita tidak menjadi sakit. Beberapa penyakit hati selain dengki adalah takabur , riak , bakhil , serta cinta dunia dan takut mati yang membuat kita menghindari atau lari dari jalan Allah.


Hasad digambarkan Nabi sebagai api yang memakan kayu api. Kebaikan itulah yang diandaikan kayu api , saat kita dengki, maka semua kebaikan kita akan habis, terbakar seperti kayu api. Sayang jika kebaikan tersebut itu hilang dan tak bererti. Cara yang paling mudah keluar dari lilitan kedengkian adalah salah satunya dengan selalu melihat kebaikan orang lain.



Sayangilah orang lain seperti menyayangi diri sendiri. Dengan begitu kita tidak akan menyakitinya. Nabi pernah mengatakan, “Tidak sempurna keimanan seseorang di antara kita, sebelum ia menyayangi sesuatu pada saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.”Rasul juga menegaskan orang-orang Islam itu sebagai satu tubuh, jika sebahagiannya sakit yang lain ikut sakit.


Kesimpulannya: BERSIHKANLAH HATI KITA, SENTIASALAH BERSANGKA BAIK DAN MELIHAT KEBAIKAN ORANG LAIN… INSYAALLAH HATI KITA AKAN BAIK DAN BERSIH, SERTA BERKASIH SAYANG DAN BERSANGKA BAIKLAH DENGAN RAKAN, SAHABAT,SANAK SAUDARA DAN ORANG YANG TERDEKAT DENGAN KITA , INSYAALLAH MEREKA AKAN MENYAYANGI KITA DENGAN SEBAIKNYA……

01 May 2011

RINDUNYA.....BERJUMPA RAKAN SEBILIK DI MEKAH

LOKASI DEWAN ORANG RAMAI PD






Ku, emak dan Hajah Halijah...... room mate kami semasa di Mekah.




Emak, Hajah Halijah, Haji Jamal, abah dan dibelakang Ku n Hubby....


Yang berbaju oren adalah Hj Maaris dan isterinya merupakan emak pengantin....juga room mate kami di Mekah.



Apalah yang disembangkan oleh dua haji ni....







Sempat singgah di pantai PD....