30 November 2013

ALHAMDULILLAH REZEKI...

 Alhamdulillah dalam berebut-rebut dengan sang monyet dapat juga kami merasa nikmat Allah nih... sebenaarnya dah lama tak merasa sebab sang sangkuriang nih kalau dah datang segerobolan memang kita pun naik takut...siap bergurau senda depa nih..

Dalam pada depa datang dan kita dok menghalau ni, ingatkan juga pada sang sangkuriang ni supaya tinggalkan kami sikit untuk merasa...
Dan Alhamdulillah ... dapat lah kami anak beranak makan dengan puas dan anak cucu Haji Sairan merasa....
Tapi rambutan nih memang sedap...rambutan anak sekolah orang kata tapi rasa macam rambutan gula baru...manis dan tebal...





















29 November 2013

DAPATAN MESYUARAT BERSAMA GB DAN GPK HARI INI...



Sebenarnya macam tak berdaya untuk menuli kerana terlalu letih... tapi memandang MY Kemilau Mentari ini tempat untuk meluahkan apa yang di rasa tulis lah juga....

Seawal pukul 8 pagi dah sampai di sekolah bersama semua KP Panitia teras dan GB serta GPK. Masalah utama yang dibincangkan adalah kemerosotan keputusan UPSR 2013 yang diluar jangkaan . Bukan sahaja merosot kualiti malahan juga kuantiti. Banyak perkara yang dibincangkan . Panas juga suasananya tapi terkawal dan tidak menyinggung perasaan sesama rakan.

Kesimpulannya....
Mengajarlah dengan ikhlas dan berkasih sayang...InsyaAllah allah akan beri apa yang kita minta . Redha lah dengan apa yang berlaku dan anggap semua adalah ujian Allah yang pasti ada hikmah disebaliknya...
Walaupun peratus matapelajaran Matematik tidak menurun dan jumlah A ramai tetapi ia tidak dapat menyumbang untuk kualiti.
Nampaknya banyak yang kami perlu lakuakn untuk bangkit semula...
Sangat banyakkkk..
Menuerut kata guru besar program adalah untuk 2 tahun , bukan kita merancang yang terbaik untuk 2014 tetapi menjunam semula pada tahun 2015. Jadi perancangan adalah untuk 2 tahun. Yang pasti pihak nazir pasti akan daatang berkampung di sekolah kerana masalah-masalh berikut.

Sabar, tawakal dan redha sahaja lah...

28 November 2013

SALAM PAGI JUMAAT.....


CEPAT MASA BERLALU.....




Thanxxx mr google kerana wallpaper yg berinfomasi

27 November 2013

TIADA YANG LEBIH BAIK , MELAINKAN IA BAIK-BAIK BELAKA....



Tiada yang lebih baik , melainkan yang baik-baik belaka...
InsyaAllah, ambil positif kerana memberi kebaikan...
Semoga itu semua adalah saham akhirat untuk DYMM Sultan Johor...
Daulat Tuanku...

Mengimabas zaman persekolahan kak meha dulu, sehingga zaman remaja rasanya semuanya ok...Semua dihujung jari masa kini....semua perkara dapat diselesaikan dengan mudah dengan izin Allah.



Gambar ihsan mr google

WABAK DEMAM E...






Alhamdulillah ada ruang masa untuk bercerita lagi...
Jangan takut dengan wabak E ( e )....ia tidak  lah merbahaya sangat hingga masuk hospital yang memerlukan ubat doktor pun...
Eh eh... mungkin juga kena buat pemeriksaan sekiranya menjadi e-stress he he...

e-prestasi , e-operasi , e-splg , e-pekeliling, e-learning, e-tukar , e-gaji , e-pangkat...entah apa2 lagi e yang kak meha pun tak tahu berapa banyak.
Hanya beberapa e yang berkaitan kak meha pun dah pening...Apa tak pening semua memerlukan online internet. Yang kelakarnya semuanya selalu bermasalah walaupun rumah kak meha ni wifi yg laju...kalau dah keluar error server 500 maka bermulah demam e tu... Sungguh depa kadang buat sesuatu bukan dok fikir , walaupun semuanya memang untuk menyenangkan dan memudahkan dan yang penting mengurangkan kos perkeranian bagi sesebuah jabatan tapi masalah server down bila satu Malaysia semua serbu nak online. Apa taknya setiap individu dah kena isi maklumat atau apa sahaja borang tanpa perlu ' hard copy ' macam dulu2 lagi...Semua di hujung jari.

Bila date line dah hampir tiba tu yang nanti DEMAM WABAK E bermula...jangan pandang ringan takut2 hospital bertambah ramai pesakit E STRES  pulak he he....

Apa pun kak meha sangat suka pada satu e ni.... e- penyata gaji. Yang ni pasti paswoed tak lupa....Ok cukup ler untuk hari ini.....

Sangat bersyukur dengan nikmat Tuhan , apapun e yang perlu kak meha lengkapkan

Alhamdulillah selesai semuanya walaupun kadang-kadang loading macam siput. Kak meha sentiasa ambil positif...


26 November 2013

TERASA SANGAT KERDIL...



SALAM PAGI RABU.....





Terima Kasih mr google wallpaper yang cantik dan bermunafaat.

JIKA DIAM ITU LEBIH BAIK........



MENULIS UNTUK MENGINGATKAN DIRI SENDIRI....

Kesalahan orang lain, biar pun kecil, tampak di mata , tetapi kesalahan sendiri tidak disedari walaupun sebesar gajah . Itulah maksud peribahasa bahasa untuk kita renungi bersama supaya kita sentiasa bermuhasabah diri dalam memperbaiki kelemahan diri.

Rata-rata individu sebegini ramai kita temui dalam pergaulan dan masyarakat sekeliling kita . Dalam institusi hidup bermasyarakat , individu sebeginilah yang sering merimaskan kita .




Dalam organisasi pekerjaan pasti ada , dalam kampung pasti ada dan dalam komuniti yang bijak pandai agama juga pasti ada.

Hukum tetap hukum yang tidak boleh kita pertikaikan , namun pendekatan yang digunakan kekadang tidak sesuai hingga menimbulkan suasana yang tidak baik.

Pada pandangan mereka yang selalu nampak kuman di seberang tambak, apa yang dilakukan oleh orang lain semuanya salah dan tidak betul berbanding mereka . Terus terang , jika kak meha bertemu dengan kelompok yang sebegini, kak meha pasti akan cuba menghindarinya . Kita semua insan yang lemah dan punya banyak kekurangan yang dijadikan oleh Allah S.W.T menghuni muka bumi ini .





Bukan tidak boleh kita menegur sesuatu kesalahan atau kesilapan , tapi tegurlah secara berhemah kerana itu lebih baik . Ini tidak , terus jatuhkan hukuman , itu salah ini salah dan dia je yang betul. Bukan tidak boleh mengajak ke arah kebaikkan , tapi perlu kena cara dan pendekatannya .

Individu yang bersifat dan bersikap sebegini sering mancari kesalahan orang lain dan seolah2 dia sahaja yang betul. Kemudian habis dijajanya dengan semua orang . Kena pulak orang yang dijajanya jenis mudah menerima, dah lain pulak jadinya .





Firman Allah S.W.T

"Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang yang fasik
membawa sesuatu berita, maka selidikilah kebenarannya, supaya kamu
tidak menimpakan suatu musibah kepada kaum dengan sebab kejahilan
kamu sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan."

(al-Hujuraat:6)





Cerita pasal kesilapan dan kesalahan bak kata pepatah, "Bumi mana yang tak ditimpa hujan". Kita bukan malaikat atau nabi , kita hanya insan yang lemah. Sedangkan nabi pilihan Allah juga ada yang melakukan kesalahan, ini pulakan kita manusia dan kita harus mengakui hakikatnya.



Akhir kata, sebelum kita meneropong kuman di seberang tambak , cuba kita amati dulu gajah di depan pelupuk mata kita dan gajah-gajah yang berada di sekeliling kita .

Minta maaf , minta maaf pada Allah sekiranya apa yang kak meha tulis ni mengundang rasa marah… sesungguhnya menulis untuk menginatkan diri sendiri….


25 November 2013

WAJAH BARU...

Hari ini Kak Meha berwajah baru....

Warna orang muda... Sebenarnya dah jemu dan penat dengan warna-warna garang...Tukar angin lah. Lupa pulak tadi nak ambil gambar sebelum berwajah baru...

Rasa hilang stres kat kepala ni dengan warna lembut. Dulu masa mula2 belajar memblog banyak ilmu dipelajari tapi tak di amalkan maka banyak dah lupa...Tak mengapa pelan-pelan belajarlah semula. Kena belajar dengan my friend Anim ler pulak ..

CEMAS...


Hari ni memang sangat mencemaskan.... MasyaAllah bukan sedikit punya cemas...Inilah padahnya kalau tak pernah keluarkan duit di bank... selalu mengharapkan pada kekanda darling n anak-anak sahaja...

Lebih kurang pukul 10 keluar ke bandar BP untuk ke bank - keluarkan duit untuk buat pembayaran apa-apa yang patut - maklumlah hari ni kan hari gaji bagi kakitangan awam setelah hampir 50 hari tarikh yang lalu. selalu bab-bab keluar mengeluar ni en kekanda lah. Memandangkan  en kekanda dakwahtuillallah maka keluar lah dengan anak bujang.

Dalam perjalanan ke bandar BP singgah dulu ke stesyen minyak Petronas. Nak isi minyak dan keluarkan duit di ATM di dalam tuh. Di dalam tu ada dua mesin ATM . Terus tuju yang hanya seorang pengguna. Keluarkan RM 1500. Tunggu hingga proses selesai tak pulak keluar duit tu. Tapi keluar resit. Tengok sekali lalu jer, terus ke mesin ATM bank yang satu lagi.
Keluarkan RM 1000 cukuplah rasanya sebab tadi nak keluarkan RM 1500 tak boleh. Ehhh ok pulak boleh keluar RM 1000 tu. Terus bergerak AEONBIG untu ke Celcom Cube sebab internet en kekanda ada masalah. Selesai urusan terus ke ATM MB didalam AEONBIG tu utk keluarkan lagi RM500. Memang tujuan asal tadi nak keluarkan sebanyak itu. Setelah selesai , belek lah resit tu....

Ehhh duit susut RM 1500 dari baki asal, ini bermakna pengeluaran pertama menggunakan ATM BR itu adalah betul dan ada duit dikeluarkan cuma tak dapa duitnya.
Wahhh dah cemas RM 1500 tuh... banyakkkk. kemana duit tu... sayang! macam2 boleh guna dengan duit sebanyak itu. Maklumlah kita ni bukan orang banyak duit, syukur dan serba sederhana sahaja.

Tak boleh jadi nih... call en kekanda tanya apa nak buat. Call juga my bestfriend minta cadangan. Kedua2 nya suruh kak meha ke bank MB dan buat report.

Alhamdulillah di kaunter pertanyaan tu adalah bekas anak murid SKP. Semuanya mudah...Syukur. Belum habis lagi kena masuk dalam pulak tuk jumpa pegawai atasan. baik lah pegawai tu sangat mesra pelanggan walaupun lelaki. Alhamdulilllah selesai urusan. Tunggu 2 atau 3 hari untuk semak di bank.
Doalah banyak-banyak supaya duit yang ghaib tu akan masuk semula ke dalam akaun.

Kesimpulannya sebelum keluarkan duit dari mana2 mesin ATM semak dulu baki kita dan kalau ATM di kiosk2 perniagaan janganlah keluarkan banyak sangat, setakat seratus dua tu boleh lah...Lebih baik kalau keluar di dalam bank yang betul. Berlaku macam kak meha tadi senang nak argue....
Berharap pada Allah agar semuanya akan jadi baik-baik belaka dan semua mengembirakan. InsyaAllah.




24 November 2013

ANNUAL DINNER 2013




 Annual Dinner kami tahun ini - sederhana tapi meriah - terima kasih yang hadir kerana menyempurnakan majlis - yang pasti Kak Meha adalah "mak pengantin " malam tuh....tapi Syukur semua lancar dan tak lah penat sangat macam majlis yang lepas-lepas kerana para AJK yang sangat ringan tulang dan berkasih sayang ... TQ and LOVE U Alls...


 Sempat juga kami posing sebelum majlis bermula...


 Barisan GPK....





Untuk memeriahkan majlis inilah hamper kami malam tuhhhh... memang gembira kerana tiada yang pulang dengan tangan kosong...




Tetamu jemputan tidak kami lupakan....







Jalan2 ke meja kkawan...


He he meja depa nih dah lah kurus2 belaka... ramai pulak yang datang malam tuh...so cuba bayangkan macam mana depa bagi perabih makanan tuh....

Apapun makan malam tu memang berbaloi... ramai yang memuji kerana kekenyangan... 10 menu tak termasuk ice cream dan kuih....Alhamdulillah.



BERMULANYA SEMALAM - HARI INI - MINGGU HADAPAN - DAN SETERUSNYA




BERMULANYA SEMALAM - HARI INI - MINGGU HADAPAN - MINGGU BERIKUTNYA - DAN SEPANJANG CUTI PERSEKOLAHAN INI...

Alhamdulillah bila cuti sekolah ni seronok tak terkira... bagi kami yang cikgu lah katakan. Orang kata kerja separuh hari jer pun tak macam kerja ofis... Tapi tahu tak macam mana dasyatnya peranan cikgu ni , ia adalah guru bukan sahaja ilmu dunia tapi juga ilmu akhirat disampaikan sama...
Ya Allah minta ampun dengan Allah sekiranya tidak dapat menjalankan amanah allah dengan cukup sempurna...

Bagi mereka yang bertugas di ofis walau apapun jawatan yang disandang namun kebanyakan berhubungkait dengan kertas , mesin , peralatan tapi kami berpelanggan dengan hamba Allah yang akan menghadapi dunia milik Allah ini...

Aduihhh meleret sudahnya... nak cerita tentang cuti ni,  sebenarnya ramailah yang ambil kesempatan untuk mendirikan masjid pemanis kata - berumahtangga bahasa sebetulnya.
Alhamdulillah dan tahniah... semoga kurangnya maksiat di bumi Allah ini..

Bagi yang mengundang Kak Meha... terima kasih  - InsyaAllah dengan izin Allah Kak Meha akan sampai juga.

Ini baru sabahagian kad undangan yang diterima - Kad ni special sikit  - semuanya rakan sekolah kekanda - maklumlah kekanda tiada kerana berdakwah ni - bimbang terlepas pandang pulak. Kad undangan yang masyarakat setempat simpan di tempat lain, sebab rumah depa ni senang nak cari...






Ini pula cenderhati yang Kak Meha terima semalam dari undangan majlis perkahwinan... Not bad cantik dan lain dari yang lain...Brooch yang sweet sweet...
Bagi kaum wanita inilah cenderahatinya manakala lelaki pula mendapat goodies bag yang mengandung buah epal, air dan telur pindang...

Dan hari ini pula makanan ringan dan air... Apa pun yang orang beri, terimalah dengan penuh kesyukuran dan hargailah...

Ingat beberapa tahun lepas my fav novelis ada menyatakan bahawa " bontrot bunga telur " kini semakain pupus dan telah digantikan dengan makanan ringan ....katanya macam tak ada sentimental value sempena majlis perkahwinan... he he ya kot...maklumlah budaya kita kalau boleh majlis perkahwinan ada bunga telur. Tapi dulu semasa harga barang semua murah "bontrot pengantin " ni kalau di kampung mesti nasi... tak kira lah nasi apa pun. Dulu orang kata nasi minyak...sekarang ada yang kata nasi jagung, nasi beriani , nasi tomato dan sebagainya...
Tapi sekarang semua harga barang meningkat nampaknya ekonomi perlu dijaga jadi berbagai bentuk cenderahati mengikut kemampuan keluarga tersebut...Tapi bagi Kak Meha itu bukanlah masalahnya kerana yang penting adalah menghadiri majlis yang tidak berunsur maksiat adalah wajib.

Berpada-padalah asal tidak membazir...kerana membazir itu amalan syaitan


23 November 2013

LAGI SHARE CERITA....






Untuk anak-anak yang dikasihi dan kekanda darling hu hu....
Jangan marah darling....you sangat baik dan terlalu baik...

TO ME .... OHH NOOooo...
dalam usia kak meha sekarang dah kena penyakit darah tinggi (HBP)..Sungguh ni tak main2 punya hingga satu ketika mencecah 200/100....Tuhan sahaja yang tau macam mana saat itu... kaki dah rasa tak jejak ke lantai, kepada dah berat berpinar...

Kini Alhamdulillah under control....Takutnya Subhannallah ... dengan anak2 yang masih kecil ...EEEeee takut nak fikir....
Terima kasih Ya Allah kerana memberi ruang untuk ku bernafas dan beribadat kepada Mu....






HAKIKAT SEMBAHYANG....


 Gambar ihsan mr google

Alhamdulillah selamat sampai ke rumah setelah menghantar Anak Dara 1 balik ke KUIS...
Jalan tak berapa lancar hari .. keluar dari rumah pukul 12.00 tgh sampai 3.15 pm....
Balik pun serupa keluar jer dari KUIS my Waze dah bagi signal merah....
Memang Jammed teruk.... sebab apa pun tak pasti , mungkin cuti sekolah....

Apa yang kak meha nak kongsi adalah rasa terkilan.... sangattt...
Ceritanya begini...
Solat jamak takdim maghrib Isyak di R& R Pagoh...he he ikut belakang sebenarnya... Kalau kita exit dari Highway Utara Selatan di Pagoh kita akan lalu Pekan Pagoh... Selepas Pekan Pagoh sebelum tiba di pekan Pt Sulong kita akan berjumpa dengan R&R Pagoh... Tapi lalu ikut pintu belakang....
( Dah cerita lain ler pulak .... intro tu bagi yang tak pernah melaluinya )

Surau R & R Pagoh ni memang sejak azali kot  sentiasa penuh...Mungkin ia merupakan R&R yang paling jauh untuk ke JB atau paling dekat untuk sampai ke kampung halaman...Dan mungkin juga keluasannya yang agak kecil....
Bila ramai kaum Muslimat ni faham2 jer lah... ruang tak mencukupi begitu juga dengan telekung....Berapa banyak sangatlah telekung yang disediakan....namanya R&R....
Sedihhh... Wahai kaum muslimat, wanita2 solehah , wanita2 yang dikasihi oleh Allah , gadis2 yang dirahmati Allah dan anak2 perempuan solehah bawalah telekung walau ke mana kamu keluar dari dari rumah....

Allah memang memudahkan dan meringankan hambanya untuk beribadat... tapi ia adalah mengikut waktu dan ketika...darurat misalnya...Kalau mengikut alim ulamak darurat tu pun sangat tak terjangkau oleh kita terutama kita di Malaysia nih...
Sedih sebenarnya... macam mana nak dapat hakikat sembahyang...Tau tak hakikat sembahyang tu macam mana...MasyaAllah... Kak Meha ni bukan cerdik dan tinggi mana ilmu agamnya tapi boleh juga nak kongsi... lagi pun tak bertujuan untuk mengajar hanya untuk mengingatkan diri semata-mata.

Berbalik cerita di surau R&R tadi...kalau kanak2 solat tak pakai telekung ti tak delah masalah sangat...Ini mak-mak orang dan kakak-kakak orang....

Pakai seluar jeans ketat T-Shirt lengan panjang bersolat dengan memakai telekung sahaja tidak menggunakan kain solat , 
memakai baju kurung yang kononnya tudungnya agak labuh tapi nampak pergelangan tangan ( tak pakai telekunglah tu )
Lagi cantik berjubah cantik ber 'bling-bling' siap dengan tudung yang macam labuh lah....( tapi kain masa kini tulah kain lycra ). 
Tahukan macam mana kain lycra tu... kain yang bergetah mengikut bentuk badan hinggakan lekuk ponggong pun boleh nampak....
Ada yang memakai track suit dan baju T-Shirt Muslimah....Macam2 ragam...
macam mana nak dapat hakikat solat kalau gitu gayanya...
Sedangkan aurat wanita tu adalah seluruh muka kecuali tapak tangan.

Kenapa boleh macam tu solatnya... adakah kerana tidak membawa pakaian telekung solat, atau terikut-ikut dengan budaya di luar negara yang ambil mudah tentang solat.... Sekali sekala terdengar ceramah agama oleh uztaz2 tertentu di kaca TV tentang kelebihan dan bagaimana solat yang sempurna pun terasa sangat kerdil sekali solatku....

Wahai wanita2 yang dirahmati Allah tak berat mana kain telekung tuh....kalau dibanding handbag yang dalamnya penuh dengan pelbagai isi ... kadang terfikir juga alat solek, handphone atau apa saja gajet masa kini boleh pula sumbat dalam handbag....
Ya Allah minta ampun ya Allah hanya untuk mengingat diri semdiri....

Nak tulis sikit tentang hakikat solat mengikut alim ulamak yang dipetik dari al-quran dan hadith  apa itu hakikat solat... berusahalah kita ke arah itu...




Solat khusyu’ dan khudlu’
Erti : Shalat dengan konsentrasi batin dan merendahkan diri dengan mengikut cara yang dicontohkan oleh Rasulullah Saw.
Maksud Solat Khusu dan Khudu
Membawa sifat-sifat ketaatan kepada Allah Swt didalam shalat kedalam kehidupan sehari-hari.Apa yang dimaksudkan dengan kehidupan kita sehari-hari.. Sekiranya di dalam solat kita menutup aurat dengan sempurna , membawa ayat-ayat Allah ,  berzikir , berdoa dan menunaikan perintah2nya juga meninggalkan larangannya di dalam solat pasti hakikat solat yang khusuk dan khudu' akan masuk dalam diri kita. Solat bukan hnaya perbuatan  kita qiam, rukuk , sujud dan sebagai nya tetapi ia adalah satu hakikat yang membawa kepada kehidupan dan khusyuknya solat.

Jann sampai di akhirat nanti Allah lemparkan solat kita yang tak sempurna seperti kain buruk ke muka kita

Fadhilah :
1. Allah berfirman : Sesungguhnya solat dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar.
2. Allah berfirman : Carilah pertolongan Allah dengan sabar dan solat.
3. Rasulullah Saw. Bersabda : solat adalah milahnya orang beriman.
 

Cara mendapatkan :
1. Dakwahkan pentingnya solat
2. Latihan dengan cara :
a. Memperbaiki dhahirnya solat.
b. Menghadirkan keagungan Allah
c. Belajar menyelesaikan masalah dengan solat
3. Berdoa kepada Allah agar diberikan hakikat solat khusyu dan khudu

(dipetik dari hakikat solat - 6 sifat para sahabat dan sahabiah ) 

Macam yang Kak Meha kata tadi keadaan kita belum lagi darurat. Rosaknya solah kita kerana sikap kita yang meringan-ringankan solat dan berusaha untuk mendapat solat yang terbaik yang dapat mencegah fasyak dan mungkar.

Minta ampun , minta maaf pada Allah dan muslimat yang membaca cerita ini... dengan ikhlas hati ia bertujuan untuk memperbaiki amalan sendiri... 

22 November 2013

KEJUTAN DI LUAR JANGKAAN 2

Bunyi pepatah ni macam sedap disebut dan enak didengar....sangatt...
Setelah 24 tahun berkhidmat sebagai guru memang ia benar2 kejutan ....bukan sahaja kejutan tapi tamparan yang sangat hebat . Mula dengar istighfar panjang hingga ternganga mulut...Memang tak terjangkau oleh akal tapi redha semua adalah kerja Allah , makhluk hanya berusaha....

Siapa yang harus dipersalahkan...
Tak payah tuding menunding jari menyalahkan sesiapa...satu jari telunjuk menunding ke arah orang 4 jari yang lain menunding ke arah kita...

Apa pun memang terasa sangat ....Kita satu keluarga , seorang ahlinya sakit semua ahli keluarganya akan terasa sakitnya...
Cerita apa ni kak meha... hu hu...
Cerita UPSR jer pun...
22 orang pada tahun 2011 , 13 orang pada tahun 2012 , 4 orang pada tahun 2013....

Ingatan untuk diri sendiri, ajarlah anak didik dengan penuh ikhlas dan kasih sayang , InsyAllah Allah akan beri ganjarannya nanti...
Berat rasa beban yang dipikul untuk team kak meha tahun depan ....


21 November 2013

SALAM JUMAAT....

Doa senjata mukmin....mulakan pagi dengan Istighfar , Salawat dan Tasbih 100 x setiap satu . Tambahlah dengan doa nabi Yunus . Dan amalkan lah doa2 yang termampu untuk dihafaz.
InsyaAllah...

Umur semakin meningkat . Banyak nikmat dah mula Allah tarik walau sedikit. Tampunglah dengan amalan untuk memberi ketenangan.

18 November 2013

KONVO ILYAS


Alhamdulillahhh....

Alhamdulillah giliran abang long dulu lah nih...Anak sulung nih ragamnya MasyaAllah sangat  menguji kesabaran. Biasanya yang manja si bongsu tapi lain pula si abang long nih... Bila dah tamat belajar nih syukur sangat...



 Selepas ni bujang 2 lah pulak , InsyaAllah...

Ingat dulu ada seorang cikgu super senior di sekolah ku... Meha bila anak dah kerja jer kor mintak duit dia...Kor paksa dia simpan untuk kor... tapi bukan untuk kor gunakan. Mula2 tu rasa pelik . Macam mana pulak tu... Rupanya buka satu akaun nama kita , minta anak masukkan duit gaji simpananya kedalam akaun kita tuh... dan duit tuh tak perlulah gunakan untuk kita kerana kita dah bergaji. Simpanan anak  tu untuk dia guna nanti semasa nak berumahtangga, nak guna sebagai deposit nak beli kereta mungkin juga deposit tuk beli rumah...
Dan kini setalah bujang ni bekerja telah ku buat seperti yang diajar...












MELAWAT KE SARAWAK BERSAMA PPKI SK BANDAR...

Kuching Airport

27 -29 SEPTEMBER 2013
Ikut kekanda ke Sarawak. Kekanda bawa murik PPKI ke Sarawak. Ada yang tanya tak bawa anak ke...Memang tak bawa anak. Maklum anak 8 , bawa 1 kan nanti ada pulak yang jelez. Si kecik dok kata nak ikut beritahu kat dia..." adik belajarlah betul2 nanti masuk Universiti kat Sarawak. Ibu dah tua baru dpt ke Sarawak ".
 Alhamdulillah dia sangat positif.
" Janji tau nanti bila-bila kita pergi tidur hotel yang ada kolam renang ye...."
 Nak cerita betapa kurang seronoknya ke Sarawak kerana mengikut agensi pelancongan bukan dari bangsa kita...maka semua makan adalah berbentuk China Style....

Semoga Allah ampunkan kami....setelah 2 kali makan maka tekak tak boleh terima. Akhirnya Maggi yang dicari...


3 bujang datang nak jemput ibu n abahnya
Tempat pertama yang kami lawati - Seriken

Pasar Satok - Bolehlahhhh

Satu2 nya tempat makan melayu yang
sangat sedap dan lazat
mi kolok
Laksa Sarawak  - tak pandai nak makan
- rasa macam jamu pun ada.


Pucuk miden - pucuk paku
Minyak angin ni yang ku borong sebagai cenderahati
Terjumpa anak murid -
 Siti Balqish bt Abd Kadir yang telah menjadi pensyarah
dan Nurmunawarah anak saudarnya
juga anak murid ku 5 Arif



Shopping sebelum balik - Kek Lapis Sarawak Dayang Salhah....


16 November 2013

IMBAS 4 - CERITA HARI RAYA




Keluarga besar kami.....








IMBAS 3 - MY NEW MEGA

JULAI 9 - MY NEW MEGA...
Dah tua-tua ni segan pulak nak angkut camera ke sana ke mari...
Dolu-dolu ok jer...tak tahu mengapa tapi itulah hakikatnya...
Simpan Camera Digital dan DSLR....
Bawa MEGA cukup rasanya seiring usia...Pelbagai guna - All in One...Handphone - Camera - GPS - Waze dan bermacam-macam fungsi...
Alhamdulillah....
Model hitam jadi pilihan - Hitam itu menawan





Nampak huruf S pada bling2 pink tuhh ....