30 June 2011

BENGKEL PEMBANGUNAN KEGURUAN MATEMATIK KEGURUAN ZON SELATAN - ANJURAN BPG DAN PETROSAINS.

Syukur kerana terpilih lagi untuk menyertai Bengkel Keguruan Matematik Zon Selatan anjuran BPG dan Petrosains. Banyak ilmu dari bengkel tersebut juga banyak ilmu yang dapat dikongsi bersama rakan peserta program.....Terima kasih kepada pihak BPG dan PETROSAINS yang menganjurkan Bengkel yang baik ini...Terima Kasih juga kepada GB kernana memberi peluang kepada Ku untuk menghadiri bengkel ini....Bagiku ia merupakan bonus kerana dapat tinggal di hotel 4 bintang dan menghadirkan diri di KLCC dalam tempoh yang lama tanpa mengeluarkan kos sendiri....

InsyaAllah Ku akan tulis lagi pengalaman berbengkel ini di lain masa....





Di hadapan The Zon Hotel....InsyaAllah akan datang lagi bersama keluarga nanti...





Menerima sijil penyertaan dari En Khairuddin, Ketua Unit Matematik BPG.....






Bersama Cik Roslina, Ketua Unit Sains BPG......... bertemu kali kedua selepas bertemu di Seri Costa dua minggu yang lalu....





Majlis Penutupan......









Room mate selama 3 hari.... Cikgu Cda tapi bukan Cikgu Syida dalam You Tube tuh.....







Sebahagia tempat kami posing di Petrosains........






Housemate selama 3 hari..... Mereka ni adik2 belaka...beza 10 tahun dengan depa...terasa muda pulak joint orang muda ni....Cda, Zaza dan wan yang paling muda, baru 20 an umurnya....








Kiub serbaguna....... akan ku gunakan di sekolah nanti...








Bingo !!!!!!!!!!!!







Bersama Doktor siapa ek.... nanati ku cari nama dalam buku catatan........







Pemandangan KLCC dari tingkap bilik Ku... The Zon lebih kurang 200 meter dari KLCC.....





Khusyuk bermain......... Ini juga bagus untuk program pengayaan di sekolah....




Ini bukan sebarang kayu ais krim.........



alat bantu..............

alat bantu..........




alat bantu............


29 June 2011

HARI BERTEMU PELANGGAN / IBU BAPA 6 JUARA....




Dulu orang sebut Hari Terbuka.... Sekarang nama yang agak tinggi sikit bahasanya Hari Bertemu Pelanggan....Apapun tak kisah asal tujuannya murni, perjumpaan ibu bapa dan guru bagi tujuan untuk kebaikan anak-anak .


Kedatangan Penjaga juga memuaskanpada hari ini.... 2 orang pelajar dan penjaganya tidak datang kerana ibu bapanya ada masalah yang tidak dapat dielakkan. Apa pun syukur kerana semua penjaga bekerja sama untuk berusaha mencapai sasaran sekolah untuk mencapai 30 orang 5A.

Sepatah kata GB kalau dapat itu adalah bonus , kalau tak dapat sebenarnya kita telah berusaha...

25 June 2011

TANDA-TANDA HATI TIDAK BERSIH

Tanda-tanda hati tidak bersih....


1. Dengki
Amat cepat dengki dengan kemajuan orang lain. Bukan sekadar cemburu, tapi berusaha menjatuhkan sesiapa saja yang didengki olehnya. Orang sebegini bijak bersandiwara.



2. Tamak
Asyik mahu membolot semua kelebihan yang ada, merasa dia lebih layak mendapat lebih berbanding orang di sekelilingnya.
Orang yang tamak tak pernah bersyukur, bahkan mereka merasa nikmat yang ada masih belum cukup. Oleh kerana itu, mereka sentiasa berusaha membolot hak milik orang lain dengan apa cara sekalipun, tak kira dengan walau caranya haram.



3. Banyak Bercakap Seolah-olah Dia Tahu Semua Perkara.
Biasanya orang sebegini mahu dirasakan kehadirannya penting.
Oleh itu, dia akan banyak bercakap, sangat banyak untuk memperlihatkan yang dia tahu banyak perkara dan mahu memberitahu minda orang bahawa dia boleh bercerita pasal apa saja.



Tapi, dia tak pernah ambil tahu sama ada apa yang dia ceritakan itu bohong, khabar angin atau fakta.

Kita perlu berhati-hati dengan orang sebegini, kerana mereka bijak membuat fitnah dan pandai berlakon. Dia pandai membuat fakta dan biasanya, lebih banyak bercakap daripada bertindak melakukan apa-apa.

marilah kita muhasabah diri kita, Andai terdapat sikap sedemikian ubah segera hari ini juga!.

63 PETUA BAHAGIA DR FADZILAH KAMSAH

Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan.
Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.
Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.
Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.


1. Doa yang berterusan.
2. Patuh ajaran agama.
3. Murah dengan pujian.
4. Murah dengan khidmat.
5. Murah dengan belaian kasih sayang.
6. Murah dengan sentuhan.
7. Mencari kebaikan pasangan.
8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.
9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.
11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.
12. Berfikiran terbuka – boleh tegur menegur.
13. Berani mengambil risiko emosi – tegur/perubahan/berpisah sementara.
14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.
15. Tolak-ansur.
16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.
17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.
18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.
19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.
20. Sanggup berkorban buat pasangan.
21. Menghormati pasangan.
22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.
24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.
25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.
26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.
27. Meletakkan hak kepada pasangan.
28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.
29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.
30. Mengawal marah. Buat perjanjian.
31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.
32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.
33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.
34. Memahami peranan ‘pasangan’.
35. Hubungan perasaan sesama pasangan.
36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.
37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.
38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.
39. Tujuh kali puji dan satu teguran.
40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.
41. Banyakkan bergurau dan bermesra.
42. Sentiasa berterus terang.
43. Beri masa untuk perubahan berlaku – sabar.
44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
45. Elakkan salah pasangan.
46. Cari titik pertemuan.
47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.
48. Lebih banyak memberi daripada menerima.
49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.
50. Sentiasa bersemangat – bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.
51. Seimbangkan hubungan dari segi:
(a) Mental, pendidikan dan ilmu
(b) Emosi
(c) Fizikal dan ekonomi
(d) Sosial
(e) Spiritual
52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).
53. Tidak terlalu mengongkong.
54. Tidak bertindak bersendirian.
55. Memberi peluang untuk berbeza:
(a) Pendapat atau pandangan
(b) Hobi
(c) Kegemaran
(d) Makanan
(e) Cita rasa
(f) Warna pilihan dan pelbagai
56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.
57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.
58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).
59. Tidak meminta yang bukan-bukan.
60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.
61. Mencari kelainan dan perubahan positif.
62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.
63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah

21 June 2011

PROGRAM SST BERSAMA WAKIL RAKYAT PARLIMEN PARIT SULONG...

Bacaan doa oleh ustaz Muhib sebelum memulakan majlis...


En Izuddin dan En Jaafar penceramah yang mengelolakan program...



18 June 2011

KOLEKSI BUKU....NB PART II

Jom Baca Koleksi NB.....khas untuk rakan novel SKP.... hu hu... Dulu kami dua jer, Ku bersama Pn Mislia, sekarang dengar2 dah tambah ahli.... wellcome... hanya orang yang minat novel sahaja memahami....


SELAMAT HARI BAPA

SELAMAT HARI BAPA...
Terima Kasih kepada Kak Mai dan Abg Jamal yang meraikan Hari Bapa dirumahnya....So tak ketinggalan juga hubby yang turut sama....

Selamat Hari Bapa untuk suami ku sayang, abahku dan semua yang bergelar bapa.... Syukur lah kepada Allah, kerana title bapa yang di pegang, kerana ada insan yang walau telah lama berumah tangga, tetapi tidak memegang title itu..

Hargailah dan penuhilah amanah itu terhadap isteri dan anak2....










PROGRAM PEMBELAJARAN SAINS TEKNOLOGI DAN INOVASI UNTUK PENDIDIK - Seri Costa Melaka

Bersama Cik Salmi.... bekas anak murid di SKP....



Ketua Unit Pembangunan Profesinalisme Guru bidang sains BPG..... Cik Roslina Abd Rashid.





Room mate di Seri Costa Hotel... Siti Aisyah








Pn Asnah rakan sekerja bengkel semasa kursus di Seri Costa Hotel...





Ini memang nostalgia.... bersama rakan X M4P Siti Haidah bertudung merah dan Azlina Hayati our junior di M4P... suaminya sama batch dengan kami...tak sangka jumpa... Baik ler si Haida ni menegur kalau tidak memang tak kenal.... Memori ku lemah he he...



Telur... hasil kajian kami....

Dibawah pula sebahaian projek yang kami hasilkan... seronok . Nampak simple tapi semuanya berkaitan Sains...















TEKNIK MENJAWAB SOALAN MATEMATIK- EN SHAHARUDDIN dari PPD BATU PAHAT.

Encik Shaharudin dari PPD, Pegawai Matematik dan Sains memberi ceramah dan teknik bersesuaian dengan pengalaman luasnya....







11 June 2011

WAJAH BARU PART I.... BILIK GURU SKP.

Alhamdulillah , siap sudah bilik guru kami.... siapa sangka tanpa dirancang, tiba -tiba Gb menyuarakan hasratnya untuk membuat perubahan kepada bilik guru kami....Dan dengan izin Allah dan usaha Gb kami telah dapat bilik guru yang baru... Mungkin di sesetengah sekolah kami ketinggalan...

Terima kasih kepada boss kami Tn Hj Sarkawi.... Tanpa usaha boss kami tak dapat lah bilik guru baru..

Terima Kasih Kepada pekerja Pak Lan yang bekerja siang dan malam.... Kuat betul tenaga Pak Lan, walau dah berumur tapi kerjanya Subhanallah , macam bekerja 5 orang...

Terima Kasih kepada krew-krew Pak Lan kerana membantu mengemas dan membersihkan bilik ini...





Inilah wajah baru I bilik guru kami,InsyaAllah selepas demam kerja "after exam" ni , kami akan ceriakannya...Setelah di kemas bilik ini boleh dijadikah gelanggang badminton luasnya....dan boleh diletakkan meja mesyuarat....





Menyusun atur perabot.......




Posing setelah menarik kerusi meja.... terima kasih Kak Com dan kami2 yang datang pada pagi Jumaat itu...








Ha ha Yan.... kor amek gambar orang , akak amek gambar kor hu hu...

6 PESANAN KEPADA WANITA YANG PERLU KITA AMALKAN UNTUK MENDAPAT KEJAYAAN HIDUP DIDUNIA DAN DIAKHIRAT

6 Pesanan Khusus Untuk Wanita

1. Jaga solat pada awal waktu. Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggal( kan ) solat. Bagi wanita sebaik-baik tempat solat adalah di rumah dan di bilik yang tetap. Ganjaran bagi mereka yang menjaga solatnya di awal waktu sangat besar. Dikatakan barangsiapa dapat menjaga solatnya dan bersedia mengambil wuduk sebelu azan di azankan Allah akan bangkitkan muka kita iakhirat kelak dengan muka bercahaya seperti matahari, dan sekiranya mengambil wuduk semasa azan diazankan mukanya akan bercahaya seperti bulan purnama dan berwuduk selepas azan diazankan maka mukanya akan bercahaya seperti bintang... MasyaAllah.Sembahyang juga merupakan anak kunci ke Syurga


2. Baca Al Quran setiap hari kerana Al Quran adalah Nur untuk kehidupan kita dan bekalan di akhirat. Al Quran juga adalah peneman di dalam kubur dan pemberi syafaat di akhirat kelak. Cubalah sedaya upaya untuk khatam 2 kali setahun . Jika tidak mampu lapangkanlah masa sekurang-kurangnya 1 juz sehari, jika tidak mampu juga bacalah sekurang-kurangnya 10 ayat. InsyaAllah...


3. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga. Baca lah hadith2 berkaitan fadhilat amal dan bermuzakarahlah. Dengan membaca hadith ini akan melembutkan hati kita mudah-mudahan akan memudahkan agama masuk dalam diri kita dan dapat kita mengamalkan dengan sempurna.Rumah2 yang diperdengarkan hadith akan bercahaya seperti bintang2 dan syaitan akan keluar dari rumah kita, malaikat pula akan masuk dan rumah kita akan jadi sumber hidayah untuk jiran -jiran di sekeliling kita.


4. Mendidik anak secara Islam mengikut sunnah Rasulullah.... Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa mudah kerana doa adalah senjata kita sebagai orang mukmin. Ajarkan lah anak-anak kita doa2 mudah iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur, makan dan sebagainya. Ceritakan juga kepada anak2 kita kisah-kisah Rasulullah. Didiklah anak-anakmu dengan tiga perkara - Cinta kepada nabi,Cinta kepada ahli keluarga dan bacalah Al -Quran.


5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami. Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yang hidup sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah swt atas wanita tersebut.Didikdan bimbinglah anak-anak kita juga dalam kesederhanaan. Hiduplah dalam sederahana jangan sampai hamba dunia. Belilah benda yang bermanafaat. Mereka yang hidup dalam kesederhanaan akan terselamatdari kesusahan dan kerisauan.

6. Galak dan doronglah suami untuk bermujahadah menegakkan Agama Allah. Menegakkan agama Allah ini bukan sahaja dengan peperangan pada zaman Rasululllah juga adalah melalui tutur kata, akhlak dan galakkan untuk mengamalkan cara hidup Islam.Seorang isteri yang menggalakkan suaminya untuk solat berjemaah di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.

02 June 2011

TALAM DUA MUKA - PERNAH DENGAR PERIBAHASA INI...



Pernah dengar peribahasa ini.... entah mengapa ada sesuatu yang membuat Ku ingin menulis N3 ini...Ia tiada maksud apa-apa, hanya untuk mengingatkan diri sendiri...


Dalam dunia sekarang ini bermacam-macam ragam manusia ada. Ada yang boleh dipercayai dan ada yang tidak boleh dipercayai. Ada yang hitam ada yang putih. Ada yang wangi dan ada yang busuk. Ada yang boleh diharap dan ada yang tidak boleh diharap. Ada yang tidak suka tikam belakang, ada yang suka tikam belakang. Ada yang boleh dipercayai dan ada yang tidak boleh dipercayai.


Manusia talam dua muka ini memang manusia yang amat-amat merbahaya. Kenapa dikata merbahaya? Satu yang paling ketara tentang talam dua muka ini ialah, mereka pandai bermuka-muka. Manusia yang mempunyai banyak muka. Bukan satu bukan dua malah beribu. Di depan kita dia baik, tetapi dalam masa yang sama di depan kita juga, dia boleh bertukar menjadi seperti manusia yang tidak pernah kita kenali.


Ada juga yang apabila di depan kita dia baik tetapi di belakang kita, dia akan memfitnah kita seburuk mungkin. Dalam dunia akhir zaman semakin banyak manusia seperti ini. Jenis yang bermuka-muka dan tidak ikhlas apabila berkawan.Bila di depan kita mereka menceritakan keburukan orang lain, sudah pastinya apabila bersama orang lain mereka akan menceritakan keburukan kita. Pernahkah kita menghadapi atau berjumpa dengan manusia yang sebegini? Atau adakah kita sendiri berperangai sebegini tanpa kita sedari. MasyaAllah taubatlah….Munafik kata Allah…


Manusia talam dua muka ini sebenarnya bukan boleh dipercayai kerana di depan kita bukan main baik lagi tetapi di belakang kita, habis satu dunia dia fitnahkan kita. Talam dua muka ini seperti juga manusia hipokrit, suka berbohong untuk menutup pekung di dada. Pandai membuat janji tetapi tidak pandai menetapi janji.


Talam dua muka pula amat pandai memberi pujian tetapi pada masa yang sama boleh bertukar menjadi seperti musuh apabila duduk bersama orang yang lebih tinggi darinya. Niatnya hanyalah satu, untuk membeli jiwa orang diatasnya supaya menjadi sahabat barunya. Sahabat lama, dilupai dan dijatuhkan tanpa perasaan. Berhati-hatilah mungkin tanpa sedar kita atau kawan kita adalah mereka….



Tetapi harus ingat, kita juga perlu bersangka baik dengan sesama manusia, rakan atau keluarga, kerana sekiranya kita berbuat baik sesame insan InsyaAllah ada ganjarannya dan mudah-mudahan Allah lindungi kita dari mereka yang bertalam dua muka atau beribu-ribu muka…

BIRTHDAY HUZAIFAH...


Giliran bujang II anak Ku Huzaifah.... Selamat Hari Lahir, semoga panjang umur, sihat , berjaya dan sentiasa dirahmati Allah...



Kami makan sate jer malam tu... tapi mood kami kurang baik malam tu kerana servis yang tidak memuaskan dari pekerja kedai makan tersebut.... macam serik nak ke situ lagi...



Adik ni....Si Bongsu,semua hari jadi kakak dan abang adalah hari jadi dai juga...