30 December 2011

ALHAMDULILLAH SEMUA BERJALAN LANCAR... TERIMA KASIH YA ALLAH....








Alhamdulillah majlis Jamuan Akhir Tahun 2012 dan Mesyuarat Awal Tahun berjalan lancar....Terima kasih kepada penyumbang samada wang ringgit, masa, tenaga dan segalanya sehingga selesai majlis ini.... Budi baik raaaaakan-rakan semua, hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya....

Dan yang seronok semua guru tidak pulang dengan tangan kosong.... terima kasih semua.... harap semua rakan2 guru dan staf merasa seonok dan gembira.... InsyaAllah kita akan berjumpa lagi di tahun hadapan....

27 December 2011

56 , 60, 56, 60....

he he.... konflik ke.... oh tidak ...
Ia muktamad .....semoga Allah beri kesihatan tubuh badan dan kesihatan akal fikiran...
Semoga dapat menunaikan amanah Allah dengan penuh keikhlasan dan tanggungjawab...
InsyaAllah ia pasti....
Thanxxx bos you sangat ambil berat dengan orang bawahan dan memberi nasihat yang sangat berguna....
namun ia pasti... orang kata " bulat dah...".

WAHAI SUAMI, WAHAI ISTERI, WAHAI SAHABAT TAATILAH SUAMIMU DAN BERKASIH SAYANG LAH DENGAN PASANGAN MU KERANA ALLAH.....

Ringkas sahaja sebenarnya apa yang ingin ku tuliskan kerana ia adalah luahan rasa atas sebab apa yang ku lihat, apa yang ku dengar dan apa yang disampaikan kepada diri ku yang lemah ini, mahkluk Allah yang tidak punya apa-apa... hanya secebis hati penuh kasih sayang kerana Allah....

Bagaimana seorang isteri yang tidak menghargai suaminya kerana suatu sebab yang sangat kecil dan ku rasakan ia adalah kesilapan si isteri....Wahai sahabat, ingatlah syurga isteri adalah ke atas suaminya.... selagi suami tidak melanggar perintah Allah, menjaga amal dan keperluan keluarga taatlah.... Kerana janji Allah itu pasti.... Jangan kerana suami itu seorang yang boleh lebih kurang kita tidak menghargainya, tidak taat padanya dan derhaka padanya .....Dunia ini umpama roda , sentiasa berputar... kadang kita di atas, kadang kita di bawah... kalau kita rasa diri kita sempurna dan hanya menganggap kehadiran suami hanya mengganggu ketenteraman.... maka tanpa sedar sebelah kaki kita telah melangkah menuju ke neraka Allah... nauzubillah...

Wahai suami, hargailah pasangan Mu.... berksaih sayanglah dengannya... bertutur dengan lemah lembut kerana isteri adalah dari tulang rusuk kiri suami... Bukankah sekiranya kita menyakiti si isteri dengan sendirinya ia menyakiti diri sendiri.... Seorang isteri pilihan Allah bukan mahu harta dunia yang melimpah ruah....Limpahan wang ringgit dan harta dunia hanyalah bonus bagi seorang isteri. Isteri ini sifatnya sentiasa mengharapkan perhatian dan kasih sayang dari suami... bertindaklah dengan dengan tingkah yang tidak menyakitkan, bertuturlah dengan bahasa yang penuh kasih sayang kerana wanita ini ini jiwanya sangat halus dan lembut.... Kadang-kadang tanpa sedar wanita ini sentiasa minta dilindungi dan diberi perhatian juga pujian....
Sentiasa sedar tanpa wanita bergelar isteri , seorang lelaki yang sihat tubuh badan , sihat akal fikiran belum tentu anda akan bergelar seorang ayah....
Wahai sahabat , wahai teman berkasih sayanglah derana Allah.... kerana janji Allah itu pasti....

24 December 2011

IKRAM / KHIDMAT...........

Hari ini penuh susunan kerja dari pagi hingga ke petang....
Masak sarapan pagi - bersarapan - hantar my sis ke Pt Sulong nak shopping katanya... apa yang nak dibeli pun tak tau... tapi yang pasti dua ikat pucuk ubi yang ku nampak he he....

Pukul 12.30 mula gerak ke bandar Batu Pahat untuk menghadiri undangan majlis perkahwinan di Hotel Pelican. Dari situ terus ke Jalan Kenangan menghadiri undangan rumah seorang guru mengajar di SK Bandar , sekolah kekandaku bertugas.....

Dari rumah Puan Jun, ku ke rumah Emma ....Solat zuhur dahulu di masjid Datuk Bentara sebelum ke rumah seterusnya.... Hujan lebat di masjid. Keadaan licin...
Seorang kakak lah kiranya dihadapan bilik air memanggil suaminya dari jauh yang berada di lot parkir....wanita tersebut memakai tongkat seolah-olah terkena seangan akhmar dan dengan seikhlas hati ku menghampirinya sekiranya ada apa-apa yang boleh ku bantu. Masa itu juga suaminya datang menghampiri.... " Bang I rasa I kena solat di hotel sahajalah, sebab tak boleh nak duduk buang air.... semua tandas cangkung tiada tandas duduk.... MasyaAllah kesiannya...

Alhamdulillah, hari ini dengan seikhlas hati ku akan bantu insan ini... " Kak , tak pe saya bantu akak...." . Ku pimpinnya ke tempat wuduk, buka kan tudung dan anak tudungnya serta cermin matanya dan bantunya untuk mengambil wuduk.... Nampak macam sukar tetapi terus terang ku katakan memang Kak Shamsiah namanya setelah berkenalan seorang yang tabah dan cekal.... Kenapa ku nyatakan begitu ?????????? kerana di luar sana ramai yang mengaku umat Nabi Muhamad ,sihat tubuh badan dan akal fikiran tetapi tidak fikir untuk solat dan amal agama....

Ku bantu untuknya mengambil wuduk , basuhkan kedua tangan dan kakinya....terasa kecil diri ini dihadapan Allah kerana dapat khidmat sedemikian rupa kerana tidak pernah Ku melurutkan air wuduk di kaki seseorang.... Syukur kerana dapat ikram dan khidmat... Terus terang ku nyatakan dengan Kak Shamsiah ku amat berbesar hati mengenalinya kerana dengan mengenalinya ku rasakan bahawa makhluk ciptaan Allah ini tiada kuasa apa2, semua atas kuasa dan nikmat Allah....

Naik ke masjid , sama-sama bersolat dan tunggunya hingga selesai... bantu untuknya turun dari masjid dan berjumpa dengan suaminya.... Berulangkali suaminya mengucapkan terima kasih kerana membantu isterinya....Ku balas dengan senyuman sahaja kerana yang pasti niat ku ikhlas dan merasakan waktu ini masanya , masa kita nanti entah bagaimana.....

Sempat berbual dengannya ,bila punca kak shamsiah kena serangan angin akhmar ini... katanya 7 tahun lalu 5 hari sebelum keberangkatan ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan fardu haji.....MasyaAllah ujian yang sangat besar.... Ku tanyakan juga, sudah kah hajatnya untuk ke Mekah tercapai katanya, Alhamdulillah tahun 2010 dah tertunai hajatnya untuk ke Mekah.....
Dan sebelum meminta diri untuk pulang, suaminya memberi " kad bisnes" nya.... rupanya seorang pengurus syarikat di Terengganu.... bersungguh-sungguh mempelawa ku ke Terengganu dan menghubungi nya....

Semoga Kak Shamsiah akan sentiasa sihat dan dilindungi Allah....

23 December 2011

TIDAK PERNAH SEGERAM INI......GRRRR....

Hari ini ke sekolah , membantu apa yang patut bersama teman suka dan duka , nahi ....

Selesai urusan di sekolah berjanji dengan nahi untuk shopping hadiah atau cenderahati sempena mesyuarat awal tahun dan jamuan akhir tahun....

Jam 11.30 sampai di Carefourre.....cari punya cari entah apa yang dicari....bukan suka sangat pun ke C4 tu tapi memandangkan boleh cari barang dalam satu tempat tuju jer lah ke situ...Duit bukan banyak mana pun, lebih kurang RM 300 jer nak shopping tu...

Beberapa barang di perolehi.... ya lah yang cari ni orang tua macam kami ni... so pilih barang ikutlah orang tua punya taste... tak de hamper2 atau senang kata " jajan" yang tak berkhasiat dan merosakkan daya fikir orang Islam tu lah....

Dalam pada tu , berkatalah dengan dengan my friend nahi ni...." Nahi kita beli barang besar2 belaka... tak de makanan langsung erkk...". " Ya lah beli lah sesuatu yang berupa makanan ", katanya. Cari lah kami... dah dalam hati tak mahu " jajan " ,so belilah 3 tin biskut Jacob yang sedang offer tu dan 2 kartun soya drinho.... Sebenarnya 1 kartun untuk ku beri pada anak-anak....Satu kartun tu ada 4 pack....So satu kartun lagi untuk dibuat hamper....

Ok cukuplah lah untuk hari ini, kita cari di tempat lain pulak...
Sampai di kaunter bermula lah episod geram ku.... mana tak geram , cashier tu muda lagi...lepasan SPM agaknya, remaja lelaki . Dalam pada buat kerja tu... sempat berborak dengan cashier yang lain.....uhhh geram.... sudahnya silap scan barkod barang yang di beli...tengok dia lain macam jer. So tanya lah , " kenapa dik"..." silap lah kak"..., tak pe nanti saya betulkan....Dalam hati berkata, banyak lah kor punya silap erkkk , kerja tak serius ...
Malas nak fikir...siap urusan keluar dari kaunter ku dan nahi semaklah resit tadi... sah memang silap... banyak lah beza hingga 11.30 gitu... So minta cashier tu semak. Dia kata "akak ke information caunter, akak minta dia selesaikan..." . Ke IC dan cerita lah masalah tadi... so depa dok settle... tapi hati masih geram kerana di situ juga "berkerenah-kerenah " depa ni...
"Berkeranah-kerenah" apa punya bahasa ni.... entah.... bahasa orang marah kot....he he , berkata dengan nahi... " macam2 hal lah kita hari ni... nak murah dan berkualiti punya hal jadi lambat dan geram.....".


Ok selesai cerita di atas....sampai luar C4 hari hujan... so nahi ambil kereta dan ku tunggu di depan pintu utama.... Pandang kiri kanan dan tengok jam.... aikk dah pukul 1.15 p.m.... dalam hati lamanya aku shopping hari ini....yang menambah geram ni adalah ramai adik2, abang2, dan bapa2 yang juga turut shopping.... Sah depa tak pergi sembahyang Jumaat ni....Tak tahu malu sungguh , tak takut hukum Tuhan, tak hormat waktu....dalam hati berkata ...


Nahi sampai...lupa sementara cerita sembahyang Jumaat... punggah barang masuk dalam kereta ... " Jom kita makan dulu, perut ku sudah "ngelih" ni.... " . " Ok jer " ....Makan lah kami dengan borak-borak nak tunggu 2.30 nak ke PPD pula ... nak serah wang sumbangan Al Abrar.....Kat mana makan.... Ohhhh di Kedai Kegemaran Ku.... tapi biarlah rahsia....So nampak lah owner kedai tu dok sapu sampah dan kalut turut sama membantu.... ya lah masa rehat lah katakan, ramai lah pengunjungnya....Bukan kedai biasa tau... restoran besar yang buka 24 jam....So kami cerita lah bahawa owner ni dulu engineer manakala isterinya pula doktor ... sekarang bisnes restoran...ha ha dalam pada tu kami do kata... ya lah orang educated ni kan memang pandai manage bisnes or apa ajer...ya lah tu...

" Ehhh dah pukul berapa ni..."kata nahi. " Entah ler,...jam ni halus... tak nampak jarum.... mata sejak asyik baca novel online ni dah semakin rabun rasanya" kata ku.
Uhhhh dah 2.09 minit....tu diooo ehhh .... baru teringat , hai lelaki2 yang ada di restoran ini.... iaitu lelaki yang sedang makan , pekerja yang sedang bekerja dan especially sekali owner kedai yang kami puji tadi.... sahhh tak solat Jumaat..... Manage apa macam tu... manage dunia adalah , tak ingat akhirat .hampehhhh sungguh.... Grrrr ...

Ku pandang Nahi, Nahi pula pandang Ku.... tadi kat C4 dok geram orang tak pergi solat Jumaat... tiba-tiba tanpa sedar kami berdua makan di restoran yang owner nya tak solat Jumaat.... cuba bayangkan.....Istighfar2..... ni memang geram habis ni... macam nak luahkan apa yang telah di makan.... terus ke kaunter , bayar dan Grrrrrrrrr.....


Terus pergi ke Kedai Serbaneka One Stop Superstore... nak beli barang lagi lah kononya...sampai d situ .... cari punya cari adalah juga yang dibeli.... barangnya rendah kualiti tapi tak pe beli lah juga sejenis dua "tipuware" bukan tupperware....dan gas stove untuk staf sekolah yang nak berumahtangga....
Cerita di kaunter.... punyalah lambat cashier tu dok buat kerja.... kita tengok pun macam nak tolong dia key in barkod dan buka kan plastik...." So Ku yang masih tak de mood n Grrrr ni pun kata lah " miss , you boleh cepat sikit tak... lambatnya I tunggu you...." . Dia senyum saja....
Beg plastik tak cukup besar... tukar beg lah pulak... tanya berulang kali tentang bayaran beberapa barang yang minta di asingkan resit kerana ada sebahagiannya barang sendiri....
Di belakang ku nahi...." aduihhh lambatlah minah ni...." ku kata... amoi tu senyum n tunjuk tangan dia.... sakit tangan katanya tak boleh cepat.... hu hu sakit tangan rupanya.... moi moi....
Di belakang nahi ada seorang lelaki yang sedang2 umurnya , mungkin awal 50 an... Putih orangnya, bersih dan kemas juga.....Selesai urusan ku , nahi pula bayar barang dia dan baru lah gas stove tu tadi....lelaki tu nak bayar barang dia tapi amoi tu dok tegur dalam bahasa cina supaya tunggu selepas uruskan dapur gas tu... selesai urusan pembayaran dapur tu, aku masih disitu sambil memasukkan duit ke dalam beg dompet dan mengambil barang yang dibeli.... so terdengarlah si amoi tu bercakap Cina dengan lelaki tadi....lelaki tu diam saja... buat muka poyo.... dia cakap lagi... habisnya apa yang ku dengar... "melayu, melayu, melayulah....", katanya.....ha ha ha... memang lawaklah amoi ni...amoi, amoi....
Dia sangka lelaki tu cina... apa lagi gelak lah aku... tapi jaga lah juga supaya tak terkuat sangat.... menahan gelak lah gitu gaya nya.... Aku dapatkan nahi di kereta, sambil menahan gelak.... Sampai di kereta , hahhh apa lagi ku hamburkan gelak sekuatnya sampai terkeluar air mata....." Aduihhh Nahi nak terkencing aku dibuatnya menahan gelak kan amoi ni....". Dalam pada tu istighfar beberapa kali minta ampun dengan Allah kerana gelakkan orang...
Yang lelaki tu pun satu.... tau tak apa yang dibelinya....Lampu kelip2 yang berbintang2 yang selalu orang dok gantung kat rumah atau pokok krismas tu....mana tak amoi tu dok cakap cina dengan dia....

Terus ke PPD serahkan wang Sumbangan Al -Abrar RM 228 kepada pegawai bertugas di kaunter.... sampai di situ ku cuak juga... namun ku serahkan juga bersama buku serahan untuk ditandatangani... yang ini tak boleh walau sakit untuk disimpan kerana ia hal peribadi seseorang yang tersangat peribadi dan boleh mengaibkan...namun hingga malam ini ku gusar masih memikirkannya.... tunggu hubby balik dan cerita padanya....

Ok panjang dah N3... gambar tak sempat nak upload ... lain kali InsyaAllah...

20 December 2011

JANGAN BOROS, USAH JUGA KEDEKUT....

Haiii.... nak certa apa ni... hari ini cerita tentang, BONUS, BOROS , SHOPPING DAN KEDEKUT.....

Maklumlah sekarang kakitangan awam tentu dah mula ambil gaji masing-masing....mana yang bergaji besar , besarlah bonus yang di dapati... tetapi selalu orang kata besar periuk besarlah keraknya.... ya lah tu agaknya... sebab biasanya orang tua-tua ni bahasanya sangat halus dan simbolik....kenapa kata macam tuh.... Ya lah kalau tidak tak de lah keluar perumpamaan MATI KATAK lah, BURUK LANTAK lah, KAKI BANGKU lah yang macam2 tapi penuh makna tersirat....

Sebenarnya berbalik pada Bonus , Boros, Shopping dan Kedekut tadi....
Islam sangat menggalakkan umatnya hidup sederhana dan bersedekah.
Allah sentiasa menyuruh kita cermat dan berhati-hati dalam urusan duniawi, berpesan supaya manafaatkan sekadar perlu dan meninggalkan keinginan yang terlampau. Paling utama adalah kesederhanaan dalam berbelanja iaitu tidak boros dan tidak pula kedekut......

Jika diberi rezeki melebihi keperluan dan tanggungan,berjimatlah...... Dan mungkin pada masa yang sama ada hamba Allah yang memerlukan bantuan atau berhajat ....tunaikanlah hak itu...kerana pasti Allah akan beri ganjaran... yang pasti setiap sesuatu semuanya adalah ketentuan Allah dan ada hikmahnya...

Tidak lupa juga wang simpanan untuk pendidikan anak-anak, kehidupan pada masa tua,waktu kecemasan, bersedekah , megembangkan syiar agama....
Lantaran itu ingat-ingatlah.....kerana hidup sederhana itu adalah sebaik-baik cara untuk mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat....Hidup sederhana ini besar ganjaran Nya... apa itu hidup sederhana....?

Hidup sederhana bukan untuk si miskin juga bukan untuk si kaya tetapi untuk kita amalkan dengan mengikut lunas-luans Islam....Tidak salah berbelanja untuk diri sendiri, keluarga dan nikmat dunia... tetapi bersederhanalah.....

Biarlah kita bersederhana asal kita bahagia....kerana berboros atau berbelanja mengikut hawa nafsu belum tentu hati kita senang...
kerana macam-macam perkara akan menanti seperti tidak kepuasan dalam diri, riak, bangga diri ,hutang , kemurungan dan sebagainya....Yang pasti itu semua menjadi kemurkaan Allah....

16 December 2011

AKHIRNYA HATI KU BERBUNGA-BUNGA SEPERTI TAMAN ORKID....


Orkid yang pernah putus berbunga..... meriah , sangat memuaskan hati....


Oncidium yang dibeli 10 bulan yang lalu....sabar menunggu dan hasilnya berbaloi....


Ini juga oncidium yang dibeli dengan harga RM 15 10 bulan yang lalu... anak pokok 3 atau 4 helai daun sahaja.... dan sekarang hasilnya... Subhanallah.... memang sangat cantik...


Ini baru beli minggu lepas... 3 warna RM 9, spesis Thailand...

Ada lagi sebenarnya yang baru beli... tapi tak sempat upload.. tunggu ya nx time...

MASAK LEMAK CILI API SIPUT SEDUT...........


Melayan Menu anak-anak... cuti sekolah masak saja lah... tak de lah masak yang susah atau berat ... ringkas tapi rumit he he...
Mana tak nya siput sedut.... ku rasa sedap tu tak juga... tapi agaknya nak rasa lain dari yang lain selain dari ayam dan ikan..... siput sedut dimintanya....Sebenarnya jarang masak lauk ni sebab rumit kerjanya....biasanya campur dengan batang keladi tapi tak jumpa batang keladi dia sajalah jawabnya....

Nak makan lemak cili api siput bukan senang senang pemotong wayar siap digunakan... sudahnya luka2 dibuatnya tangan ku....

Jom layan lemak cili api siput ....




Dalam pada kita nak mengetip dia.... sempat merayap lagi di sekeliling tapis tu....


he he inilah pemotong wayar yang ku gunakan untuk mengetip belakang siput tu....


Dan ini hasilnyaaaaa.............lemak cili api siput.....


Menu tambahan makan malam hari ini Fish Ball Goreng Berlada.... pun anak-anak suka... sempoi jer... dan sayur goreng kangkung , cuma lupa nak ambil gambar n upload....

15 December 2011

KREATIF, KREATIF DEPA NI....

Demam bola sepak.....

Anak-anak main bola sepak dengan kertas.... he he. Mula-mula dengar terjerit-jerit dan bergaduh geram juga.... apa aje lah yang anak-anak main ni.....Tengok mereka main...tu diaoooo ehhh.... terpegun sekejap ....sempat tengok mereka main lagi. nak tergelak lah pulak....

" Mana dapat idea ni .........." " tengok dalam UPIN & IPIN lah bu..." Ok juga , ada suatu hari tu anak-anak main bola dalam rumah.... bila cuti sekolah memang sofa buruk ku semua tolak ke tepi .... bukan apa, lemas... bagi anak2 main chess, main Saidinna dan apa-apa aje indoor game tu..
Ada sekali tu mereka main kat anjung nak masuk rumah....apa lagi kena pokok arkid ku lah... patah kuntum bunga ku dalam pasu... apa lagi naik darah lah...




Yang besar sikitmacam sampan terbalik kanan dan kiri dilekatkan dengan tanah liat tu pintu gol lah....he he
Sebenarnya anak-anak ni tak tahu ibu dia ada kertas A4 berwarna-warni.... kalau tidak pasti lagi cantik team ni kan.... merah lawan putih or apa2 lah....




Pemain pertahanan hu hu.... kertas yang dilipat-lipat agak tebal boleh diletak seperti di
atas lepas tu susun macam team bola sepak.... tulis nama pemain pada kertas....

Bola nya apa pulak.... lupa nak ambil gambar bola... kertas ni juga yang dibulatkan kecil sekali....nanti kita tengok ya....

Bola tu letak depan kertas, lepas tu tepuk kertas tu.....bola tu pun melenting mengikut kertas itu di arahkan.... yang kelakar tu ada yang tepuk dari depan pintu gol terus masuk dalam pintu gol lawan yang jauhnya lebih kurang 1 meter....


Ini juga pemain pertahanan depan gol... warna oren tu tanah liat, nak lekatkan pintu gol supaya tak ditiup angin...



Ha ha ini dia bola dah masuk dalam gollllll........... tu yang nanti tak puas hati dan terjerit-jerit....

Saja masukkan N3 ni nak bagi tunjuk kat pak we yang belum balik , kalau dia tengok pun mesti tergelak....

ok itu saja sekian terima kasih.....

14 December 2011

KITA NI TERDIRI DARI 3 RAGAM MANUSIA.....MACAM MANA TU IBU ...?

..................Sebelum N3 ni ditulis ku berbual-bual dengan bujang 2 tentang beberapa orang hamba Allah yang dok lalu lalang di hadapan kami semasa menunggu anak dara 1 balik dari asrama selepas habis SPM...

" Sebenarnya Ud di sekeliling kita ni ada berbagai ragam manusia. Ada 3 ragam sebenarnya.....kita juga ada diantara mereka...". " Macam mana tu ibu...", kata bujang 2.

" Ok lah ibu nak Ud fikirkan betul ke salah apa yang ibu cakap ni...". Bukan fatwa atau sebagainya cuma apa yang ibu nampak sahaja.... dan anggap saja benda ni cakap2 kosong untuk difikirkan tanpa menyinggung atau menyebut siapa orang itu....." " Ok cuba ibu cerita ", katanya...

Ok kumpulan pertama adalah kumpulan nombor 1. Orang nombor 1 ni adalah kumpulan orang hight class , hight taste dan macam2 hight lah.... mereka ni ni biasanya terdiri dari orang senang atau senang kata berada lah. Kumpulan ini pula terdiri dari 2 pecahan... satu adalah walau mereka ini kaya tetapi mereka hidup dengan kesederhanaan ,penuh kesyukuran dan tidak menunjuk2. Mereka penuh dengan kasih sayang, menolong orang dan merendah diri. Yang keduanya ialah mereka menyedari diri mereka adalah kumpulan 1 maka mereka angkuh, bongkak , sombong dan sebagainya tanpa menyedari bahawa manusia dijadikan oleh Allah adalah sama dari setitis air mani....kaya , miskin hanyalah dunia ... tetapi Allah nilaikan kita dengan amalan kita... dosa dan pahala, syurga dan neraka.....



Manakala kumpulan kedua pula adalah mereka dari kumpulan hidup sederhana, kaya tidak, miskin juga tidak.... mereka sentiasa bersyukur dengan Tuhan, berkasih sayang kerana Allah dan besrangka baik dengan sesama makhluk walaupun adakalanya mereka ini juga tidak lepas dari melakukan sebarang kesilapan...Mereka ini hidup dengan tenang kerana mereka tidak pernah merasa diri terancam atau sebagainya....


Kumpulan ketiga pula adalah kumpulan yang mereka ini bukan miskin harta tetapi miskin akhlak sebenarnya. Meraka akan sentiasa menonjolkan diri bahawa mereka ni kaya, berada, bergaya dan sebagainya sedangkan pada hakikatnya mereka sanggup berhabis duit untuk itu tanpa memikirkan kebajikan lain yang perlu difikirkan. Kumpulan ini sentiasa merasakan diri tidak cukup dan terancam dengan kumpulan 2 atau kumpulan 1. Mereka sentiasa takut sekiranya mereka kurang perhatian berbanding kumpulan satu dan dua....

Sebenarnya siapa pun kita , kalau kita sentaiasa bersyukur dengan nikmat Tuhan , InsyaAllah hidup akan tenang.... Biarlah kita miskin harta asalkan kita kaya akhlak..
Kita kan merasa bimbang kita ni kaya atau miskin kerana kita akan sentiasa yakin dengan dengan diri sendiri.

Jadi, akhirnya ku tanya pada anak.... " mana satu ragam yang kita nak kategorikan diri kita...." Tepuk dada tanya hati...

13 December 2011

FENOMENA.... FENOMENA YANG BUAT IBUBAPA NAIK DARAH....

Diam tak diam dah 26 hari sekolah bercuti.... Sepanjang cuti ni macam program yang dijalankana untuk anak-anak bersantai....

Cuti sekolah ni .... uhh macam2 karektor anak semua terkeluar.... Tak tahulah masalah ni melibatkan anak-anak ku saja ke atau ramai yang sewaktu dengannya....

Apa taknya malam berjaga hingga ke pagi mengadap PC n laptop....bila kejut solat subuh , tuh diaaa macam berperang dibuatnya....Lepas solat subuh pulak sambung lena lagi....
MasyaAllah.... sabar ibu sabar.... naik darah nanti....
Selalu ingatkan depa , tidur lepas subuh ni MEWARISI SIFAT PAPA , sabda Nabi Saw....Tapi tuh lah kalau dah pukul 3 , 4 pagi baru tidur faham sajalah....

Kadang terfikir juga kenapalah tidur hingga lewat malam....

Ya Allah berilah ketenangan dan kesabaran untuk ku mendidik anak-anak untuk menjadikan mereka anak-anak yang taat perintah Allah , taat perintah Rasul, hidup sederhana, mengamalkan cara hidup nabi, taat perintah ibu bapa dan berkasih sayang sesama makhluk....Berilah mereka kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.............

12 December 2011

ADA KE KITA DI PANGGILNYA AKAK.....

Sebenarnya nak kongsi cerita....Seorang sahabat datang dengan keluarganya ke rumah....seorang anak bujang dan anak dara.....

Si bujang ni sebaya jer dengan anak-anak bujang ku.... Ada ke patut aku dipanggilnya kakak....

Apalagi pakat gelak lah Ku... " lah ada ke panggil cik ni akak.... mengarut sungguh.... dah tua lah cik ni... panggil jer makcik...awak ni baya anak2 cik jer" kata ku...

Lah tak pe lah kak saya tengok akak ok jer....saya tengok akak muda lagi dan brutal ajer .... boleh borak banyak hal...
Aduihhh sudahnya poning kepalo den....macam2 .... gasak ler....
Yang ku rasa ku semakin tua..... anak-anak dah bujang dan anak dara belaka....
Sentiasa mengingati diri .....usia tak menunggu kita .... syukur masih panjangkan usia ku untuk merasai nikmat2nya....
Nikmat cinta Allah, cinta Rasul, cinta suami,keluarga dan nikmat kasih sayang sesama makhluk dengan jalan yang yang benar.....

10 December 2011

MEMINTA MAAF UNTUK BERKASIH SAYANG.....


Jika buat salah harus meminta maaf. Tapi kalau tak buat salah , meminta maaf adalah satu senjata untuk melemahkan ego musuh, melembutkan hati mereka , meninggi dan menaikkan darjat keperibadian kita. Orang akan terpegun dan tersentuh.

Tentu sahaja seseorang yang tidak bersalah tetapi dia meminta maaf adalah seseorang yang mempunyai keperibadian terbaik, seorang yang mulia hatinya, seorang yang bukan sebarangan, Ia adalah seorang yang mempunyai akhlak yang mulia, seorang yang lembut dan bertimbang rasa. Seorang yang boleh dipercayai dan boleh dibuat kawan.

Seorang yang meminta maaf walaupun tidak bersalah adalah seorang yang menang. menang dengan hasutan iblis yang sentiasa nak kita bermusuh.
Meminta maaf akan mengembalikan kita kepada hakikat siapa diri kita sebenarnya?
Hanya seorang hamba Allah yang tidak mempunyai apa-apa. Sedangkan Allah memiliki sifat Ar Rahman Ar Rahim yang sentiasa memaaf dan memberi maaf kepada semua hambaNya....

Sikap memaaf dan berlapang dada adalah satu kelebihan Rasulullah SAW yang paling ampuh. kerana sikap ini tersebarnya Islam dengan begitu meluas sehingga sekarang.

Memberi maaf dan meminta maaf adalah adalah satu tindakan kasih sayang. Jika kasih sayang yang diberi InsyaAlah kasih sayang lah yang akan kita dapat. Sukarkah untuk mengucapkan " saya minta maaf, I am sorry "..... sesuatu ungkapan yang mempunyai impak yang sangat besar....



..............Ungkapan Hilman Yong kepada Intan Zulaikha.......
ASST - Melur Jelita.

MAKARONI GORENG TELUR...







Dah berapa ya sekolah bercuti.... lupa lah pulak . Rasa lambatnya masa berlalu....Ya lah biasanya cik abang ada sama...dah tu hari bekerja pulakMasa sangat pantas....Ini pulak cuti sekolah.. Masa banyak terluang...Yang pasti memasak, membelai orkid dan sedikit layan novel....

Setiap hari kena fikirapa menu untuk sarapan pagi .... Nak beli kat kedai segan pulak dengan anak2... dah lah hari bekerja sarapan pagi sempoi sahaja....Dah naik jemu pulak dengan sarapan yang sama2... hairan juga anak-anak kalau nasi goreng , meehoon goreng boleh saja....

Jenuh memikirkan menu sarapan pagi... nasi dagang, nasi lemak , bubur nasi, cedkodok, entah apa-apa lagi... makaroni sahaja sudah 3 kali sepanjang cuti ni,,,, makaroni sup, makaroni goreng ,makaroni sos, dan yang akhir hari ini . makaroni goreng dengan telur , lada putih serta bilis sahaja....letak telur banyak-banyak.... Putih dan pucat saja tanpa lada blender...tapi ok juga sedap lah pulak....

09 December 2011

SAYUR LEMAK PUCUK MANIS.....




Sayur ni Ku campur dengan kentang dan tempe.... memang sedap.... sesuai dengan namanya " Pucuk manis "...rasanya memang manis...kalau tengok gambar pun tau , batang syur dok berceragah.... Jenuh memilih buang yang keras....


He he.... nampak ler batang sayur yang bersimpang siur.... ni tak pilih buang batang yang keras lagi.... tuh yang nampak banyak ...


Salam... he he tiba2 nak cerita tentang masakan pulak....
Pagi tadi Ku , emak , abah dan atuk ke rumah mak saudara ku menziarahi suaminya yang sedang sakit....

Anak-anak yang kecil, Ida, Hasif dan Haziq mengaji di rumah Cik Pun nya....

Balik dari rumah emak saudaraku, tak terus masuk ke rumah....dok belai orkid dulu...Jam dah pukul 12.00 pm.... hari ini hari Jumaat , Bujang 2 nak ke Kuala Lumpur nak ke rumah kawannya katanya dengan beberapa orang kawan....Sebenarnya macam nak masak petang jer hari ini tapi memikirkan Bujang 2 nak keluar masak lah juga kesian pulak kalau lapar nanti....

Masuk ke dalam rumah ternampak sayur pucuk manis atas meja... Cik Pun beri katanya...
So minta tolong anak dara 2 siang sayur pucuk manis tu....Pesan dengan Ida, " Ida pucuk nya yang lembut ambil ya Da, sayang nak buang... lagipun ia menambah sedap.... ". Ida pun tanya ," macam mana nak tau muda ke tua bu ....". " Kalau boleh di patahkan tak keras tu muda lah...." jawab Ku....

He he apa yang jadi... setelah santan didih Ku pun masukkan lah sayur.... bila sekut jer sayur untuk di masukkan ke dalam periuk... mak aihhh kenapa rasa lintang pukang batang dalam sayur ni... Memandangkan santan dah merenih....masaukkan jerlah sayur tu.... nanti dah siap masak pilih buang lah....

Apa lagi panggillah Ida.... " Ida mana baki batang sayur yang tak guna... " tanya ku pada Ida. " Ida masukkan semualah ibu "............... Tuh dioooo....baru betul ini, memang sayur lemak pucuk manis lintang pukang.... "Kenapa masukkan semua Ida , kan ibu dah pesan dan tunjuk tadi....". " Dah semua Ida patahkan boleh, maknanya ia muda lah.....". Aduihhhhh poning kepalo den....

Ini lah bahananya kalau ibu masak, susah sangat nak menolongnya.....



KUNJUNGAN HAJI JAMAL DAN HAJAH HALIJAH - ROOM MATE SEMASA DI MEKAH


Sebenarnya semasa majlis kenduri walimatulurus adikku dua minggu yang yang lalu pasangan ini tidak dapat hadir kerana ada beberapa jemputan kenduri yang perlu di hadiri di sekitar rumahnya....

Kebetulan masa terluang minggu ini katanya kak hajah dan abang haji ni meluangkan masa ke rumah emak dan abah....
Borak panjang lah kami .... cuma abang haji ni dok kata tak dapeklah dio nak borak dengan kekanda ku....

Cik abang .... di Pendang Kedah nun.... belajar2 untuk hidupkan amalan sunnah nabi....InsyaAllah kami akan ke rumahnya lagi...







Inilah pasangan yang sentiasa bersama kami di Mekah... terutama Haji Jamal yang selalu culik cik abang ku untuk di bawa meronda semasa di Madinah.....




Sebenarnya bila ambil gambar ni teringat semasa majlis di rumah emak hari itu, ada beberapa sahabat kami di mekah dan Madinag yang datang hari itu.... tapi langsung tak ingat nak posing.... haru sungguh....

Terima kasih kepada Pak Haji Mat dan Mak Hajah Minah, Pak Haji Maaris dan Mak Hajah Jamaliah dan Mak Hjh Mas serta suaminya.....InsyaAllah bila cik abang balik nanti kami akan JEJAK KASIH he he...

05 December 2011

JANJI ALLAH ITU PASTI.....

Rendahkan Diri,
Kecilkan Diri,
Hadirkan Diri,
Serahkan Diri,
Dekatkan Diri,
Laparkan Diri,
Tawajuhkan Diri kepada Nya...
.Sesungguhnya hanya Dia yang mempunyai 99 sifat yang tiada pada makhluknya....
Selamat menyambut 10 Muharram...

04 December 2011

UNTUK DI KONGSI BERSAMA......

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana
pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya :

Pertama,
Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah
hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka
mencukupi keperluan.

Kedua,
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan
untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa
terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka
menghitung-hitungkan (menyebutnya) ..

Ketiga,
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan
untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa
terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai
keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat,
Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu
daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu
dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu,
dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima,
Sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapanmu
dan bukan selalu mempercayainya saja.
Jikalau engkau mengemukakan
sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau
berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar
segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan
bersama-sama sahabat yang mulia

03 December 2011

SEPAGI SEPETANG DI JALAN ALLAH , LEBIH BAIK DARI DUNIA DAN SEISI-ISINYA....

Syukur .... mood dah kembali walau sedikit cuma....Tak tahu lah kenapa... banyak nak dituliskan tapi idea macam tak mahu keluar....

Mungkin sebab Cik abang yang keluar Sepagi Sepetang di Jalan Allah.... Cik abang di Utara sekarang... Syukur sangat, sebab tahun lepas tak dapat penuhi nisab tahunan 40 harinya kerana kami menerima Panggilan Baitullah....Walaupun kami balik awal juga... tapi tulah dikatakan Iman Setipis Kulit Bawang.....Macam2 godaan ....

Cik abang selalu kata , "untuk buat kerja amalan nabi ni bukan senang bu" ....godaan sangat banyak...Selalu dia kata " ibu di rumah ada juga anak2, marah , penat, gembira , rehat ,riadah..."

Tapi bagi mereka yang belajar2 untuk buat salah satu amalan nabi ni terlalu banyak yang perlu dikorbankan...., masa, wang ringgit, keluarga , sahabat handai, pekerjaan,perasaan, rehat, riadah dan macam2.... Semasa belajar2 untuk buat amalah sunnah ini yang pasti maki hamun, cacian,jerkahan,kemarahan, pecah hati pasti itu adalah ujian...

Namun bagi Ku syukur, syukur , syukur sangat kerana Allah pilih Cik abang untuk belajar2 buat amalan dakwah ini.... Doa , redha, korban perasaan dan sebagainya adalah umpama menanam pokok... InsyaAllah sekiranya Allah izin apabila kita menanam pokok akan dapat hasil samada di dunia atau di akhirat nanti... Hanya Allah yang mengetahui...

Pernah dulu semasa mula2 berumahtangga, kawan2 dok bising... " Meha , kor ok ke fendy pergi dakwah ni... tak susah, tak rindu, tak marah.... ". Sememangnya kerja Allah , dalam keluarga Ku atau saudara mara terdekat tiada yang ikut usaha jemaah ini.... Tapi yalah seperti yang ku katakan itu semua atas pilihan Allah.... Alhamdulillah tidak pernah ada masalah....Malah Allah bantu... Allah beri kemudahan untuk lalui hari-hari yang mendatang.... dan yang pasti Ku redha dan sentiasa bersyukur kerana lebih baik Cik abang buat kerja agama dari keluar malam tanpa tujuan , ngeteh, clubbing or sebagainya....InsyaAllah ia adalah saham akhirat yang kita tak tau...

Dan bertambah syukur juga kerana anak bujang ku juga telah belajar2 untuk sama seperti abahnya.... Alhamdulillah....Sekarang pun bujang 3 bersama abahnya di utara....

Janji Allah itu pasti.....

*Apabila seseorang akan keluar di jalan Allah swt, maka ketika ia memakai sepatunya dosa-dosanya diampunkan Allah swt.

* Satu langkah ketika kita sedang keluar di jalan Allah swt, maka diampunkan 700 dosa-dosa, ditinggikan 700 darjat dan mendapat 700 pahala.

* Satu kata da`wah yang kita ucapkan ketika sedang keluar di jalan Allah sama dengan ibadah 1 tahun.

* Shalat di masjid Nabawi nilainya 50.000 kali, shalat di masjidil Haram nilainya 100.000 kali, bila kita sedang keluar dijalan Allah swt, setiap ibadah nilainya 40 juta kali.

* Sepagi atau sepetang di jalan Allah swt, lebih berharga dari dunia dan segala isinya.

* Debu-debu yang melekat pada tubuh atau pakaiann orang yang keluar di jalan allah swt akan menghalangi dari asap api neraka

* Masalah dunia dan akhirat akan terselesaikan dengan keluar di jalan Allah swt

*Pahala orang yang membelanjakan semua hartanya dijalan Allah swt tidak dapat menyamai pahala tidurnya orang yang sedang keluar di jalan Allah swt.

InsyaAllah....

30 November 2011

JADILAH SEORANG YANG PEMAAF, LEMAH LEMBUT , BERBUDI BAHASA DAN MENGHORMATI ORANG LAIN....

Kemaafan - macam-macam andai atau maksud kita boleh tafsirkan dengan perkataan maaf... minta maaf, memaafkan, kemaafan dan apa sahaja yang berkaitan....

Susah atau berat kah untuk mengucapkan maaf sesama insan....sedangkan kelebihan sangat banyak...

Kadang terasa agaknya itulah tanda-tanda akhir zaman... terlalu sukar seseorang untuk mengucapkan maaf , kerana yang pasti dengan meminta maaf akan membuatkan kita sihat fikiran, tiada rasa bersalah, sihat tubuh badan , membuat kita ceria dan kita lebih di hormati....

Cuba kita fikirkan sekiranya tanpa sedar kita melakukan kesilapan sesama insan, kita cuba untuk meminta maaf tetapi tiada tindak balas atau kemaaafan pasti ia akan melukakan hati.....justeru kita juga haru memaafkan supaya kita juga sering dimaafkan...

Cubalah kita tanya diri kita apakah yang kita rasainya sekiranya kita telah memaafkan orang lain... pasti kita lebih merasa bahagia dan yakin apabila berhadapan dengan insan yang memaafkan...

Di samping memaafkan jatuhkah imej atau maruah kita hanya dengan bercakap dengan lemah lembut, penuh berkhemah dan bergurau senda.... rasanya tidak.... Kita akan lebih disayangi kerana akhlak kita yang berbudi bahasa dan ceria.....

Marah dan dendam merupakan sifat negatif dan membuat diri kita menjadi sakit dan kecewa...sebagai langkah untuk diri kita serta ahli keluarga, jadilah kita seorangyang pemaaf kerana yang pasti Allah juga akan sering memberi kemaafan kepada kita.

26 November 2011

SALAM MAAL HIJRAH.....

HARI SEMALAM KITA TINGGALKAN....,
HARI INI KITA USAHAKAN....,
ESOK BELUM PASTI KITA DIBERI PELUANG....,
MUNGKIN JUGA KITA DI PANGGIL PULANG...
DALAM KESEMPATAN INI MARILAH KITA HIJRAH....
SALAM MAAL HIJRAH UNTUK SEMUA..

JOM LAYAN NOVEL...



Buku yang sempoi.... penuh kasih sayang yang melimpah ruah...Bukan novel Islamik tetapi penuh dengan isu mendidik dan membimbing keislaman....bahasa yang sempoi dan belasahan kata si penulis...

Memang seronok....usia bukan penghalang untuk membaca novel... sama seperti kita menonton televisyen...

MAJLIS PERNIKAHAN ADIK KU ELY.... ALHAMDULILLAH....














18 November 2011

ALHAMDULILLAH.....KEPUTUSAN YANG MENGEMBIRAKAN...

Syukur Alhamdulillah.... dapat Ku memecahkan rekod Ku sendiri....18 orang calon 5A pada tahun 2004 dan kini 22 orang calon 5A serta 11 orang 4A 1B dan seorang calon 4A 1C.... Syukur....Kepuasan untuk diri sendiri.....

Terima kasih untuk semua guru Matematik Tahun 6 khasnya dan semua guru matematik sekolah kerana pada tahun ini prestasi matapelajaran matematik juga bertambah....Sesunnguhnya ia sebagai pendorong untuk masa hadapan....


Selepas peperiksaan diumumkan....



Pada hari Jumaat.... anak2 angkat ku....


Calon 5A bersama Guru Besar, Tn Hj Sarkawi dan Pegawai dari JPN...

16 November 2011

WANG SUMBANGAN PELAJAR RM 100 -SESSI 2012




Kami sempat posing.... dari kanan Pn Normala, Ku, Pn Hjh Nahida dan Pn Masidah...





sebenarnya banyak cerita tentang wang bantuan RM 100 ni... tapi ringkas sahajalah.... saja untuk mengingatkan diri sendiri....

Pagi lagi kami telah diberi taklimat tentang mereka yang layak menerima wang bantuan pelajar berjumlah RM 100 ni...Kebetulan hari ini macam2 program dijalankan di sekolah....
Ada yang lucu , ada yang geram dan macam2... apa tak pukul 8.30 pagi sudah ada penjaga atau ibu bapa yang berada di kantin... risau kita dibuatnya... maklumlah kita ni pula , banyak urusan yang nak diselesaikan.... maklumlah buku persediaan, rekod kedatangan murid , fail murid, sijil UPSR dan macam2 dokumen lagi....

Kadang terasa malu pula dengan bangsa asing ... ya lah orang kita ni terkenal dengan subsidinya.... Yang kelakar tuh ada satu ibu murid , terus terang ku katakan setelah 22 tahun berkhidmat di SKP ni, tentu lah kenal belaka penjaga murid, murid dan anak cucu mereka... 22 tahun tau... bukan tempoh sekejapan...kira sahajalah kalau kebanyakan tahun ku mengajar murid tahun 6 yang berumur 12 tahun, tambah dengan 22 tahun... uhhh sudah 34 tahun umur mereka.... " cucu " murid pun ada yang telah berumur 15 tahun....
Berbalik cerita tadi.... hairan sungguh tiba-tiba ternampak seorang hamba Allah yang memakai tanda nama sedangkan setahu Ku hamba Allah ini surirumah sahaja.... sangka baik jer lah...tanya punya tanya rupanya sekarang menjadi pembantu masak sebuah tadika.... he he...

Kita ni pulak keluar jer dari sekolah terus buka name tag ... segan orang dok perhati dan macam menunjuk2 pula....

Kedua nya sangat geram ... si anak murid Lina ( nama samaran) datang bersama bapanya yang bertongkat dan anggota badan yang hitam seperti terbakar.... Murid kelas Tahun 6 kelima....mengambil wang nya disebelah ku...Guru kelasnya bertanya " ayah awak ke ni ", " tak lah cikgu, atuk saya"..., kebetulan pula ku memang kenal dengan bapanya... yalah seperti yang ku katakan 22 tahun di SKP .... apalagi terperanjatlah Ku , setahu ku pak cik ini adalah bapanya.... hanya kerana ia bertongkat ,sakit dan uzur, maka si anak tidak mengaku sebagai bapa..... MasyaAllah sedihhhh....kebetulan En Mustaffa yang berada di situ terdengar, haaaa apalagi menjerit mengamuklah dia... " anak tidak mengenang jasa " katanya.....

Ketiga juga pelajar dari kelas kelima.... kecoh juga dibuatnya... Datang seorang ibu untuk mengambil wangnya....Bila di semak, telah diambil oleh sang bapa... apa lagi marah2 lah si ibu, " kenapa ambil duit anak, sampai hati betul,nanti duit entah ke mana....". MasyaAllah kesian sungguh si ibu... memang ku kenal bapa yang mengambil duit tadi, nampak macam mencurigakan...Kita guru tak ada kuasa melarang atau sebagainya untuk sesiapa mengambil duit anak mereka asalkan ia adalah ibu, bapa atau wakil yang membawa surat kebenaran dari ibu dan bapa....sedangkan si anak pun boleh mengambilnya asalkan ada surat kebenaran dari ibu bapa....

Memandangkan ku adalah guru kelas tahun 6 pertama... tak adalah masalah sangat... cuma kerana kecuaian ku berlaku juga salah faham... lebih kurang pukul 12.30 seorang murid ku datang dan berkata " cikgu , emak saya datang lambat sikitlah... sebab emak saya jaga anak orang.... "." Ehh duit awak telah di ambil oleh jiran awaklah....". " Cikgu , saya mana ada jiran ... siapa ambil duit saya... " Sudahhh parah ni... " Tak pe, mari kita semak,jiran awak beri salinan kad pengenalan tadi...., tengok jiran awak ke atau jelmaan " saya kata....Bila di semak , rupanya memang jiran sebelah rumahnya, datang dengan permintaan ibu pelajar tersebut.....
Macam-macam..... tak boleh ambil mudah, bahaya sungguh....
Apa pun ,sebenarnya setiap insan yang menerima wang tersebut harus bersyukur kepada Allah...

15 November 2011

LANGKAWI JEJAK KASIH II

Ini memang Jejak Kasih.... Kak Mahida yang ku temui.... masih sepertri dulu.... sama-sama menginjak usia... dengar suara dan ketawa memang sama seperti dulu.... Dapat berjumpa dengannya memang satu rezeki yang Allah beri.... Banyak cerita kami borakkan....



Love U kak Ida... dapat cenderahati set pinggan mangkuk lagi....agak terkilan gambar kurang cantik kerana guna Hpone....


Cik abang bersama suami Kak Ida.... En Maswadi....kami dibawa ngeteh malam tu...terima kasih tuan...


gelakkkkk.............


Gambar bersama keluarga kak ida...



Ha ha... dari Langkawi turun ke Alor Star... so jumpa sat dengan my belove kakak ni... Kak Imah ...Lepas rindu kami... Tak pe kak , nanti kami akan ke sana lagi InsyaAllah....



Kak Imah yang sama dulu kini dan selamanya.... yang pasti kami sama menginjak usia...


Posing lagi.... InsyaAllah mac 2012 nanti kami akan ke Utara bersama keluarga... Ku akan kejar my friend - hanim , zamziah n norzahiyah...

14 November 2011

LANGKAWI DAN JEJAK KASIH....

Cerita tentang Langkawi ni memang banyak nostalgianya...pertama memang sejarahnya yang diketahui oleh seluruh dunia....kedua sahabat baik ku semasa di MPPPP juga berasal dari Langkawi...Kak Mahida... Ku pernah duduk selama beberapa hari di rumahnya bersama Kak Imah.... my belove kakak .....

Nampaknya kena cerita satu persatu....hari pertama kami menjejakkan kaki ke sana setelah 22 tahun yang lalu.....banyak sangat perubahannya.... dulu kedai kecil2 sahaja , sekarang semua kedai yang lebih tersusun dan kompleks membeli belah....

Sebelum pergi beberapa rakan sekolah Ku dok usik.... " wah meha nak shopping sakanlah ni.... mesti shopping pinggan mangkuk....". Dalam fikiran ku pastinya bukan pinggan mangkuk yang akan ku beli..... cuma sekadar untuk berjalan2 merehatkan fikiran setelah bekerja bertungkus lumus untuk UPSR....Pinggan mangkuk rasanya mencukupi walaupun bukan corell tetapi Ku telah memiliki 5 set ARC yang sama jenis dan bunganya.... tak mahulah menambah lagi cukup untuk digunakan sekiranya ada majlis istimewa..... Corning juga telah ada beberapa biji..... cukuplah...

Yang pasti ke sana untuk santai dan makan2.....


Ini makanan yang istimewa bagi Ku.... kerana di Johor jarang orang amakan ulam pucuk Jangguis ni.... ada sedikit di Melaka....dua kali tambah ulam hanya dengan pucuk gajus ini....sampai pelik kkawan melihatnya.....


Inilah lawannya.... Air asam... rasanya di sana mereka panggil ayaq asam.... pehhh memang kaw kaw punya pedas...bertambah dua kali...dan malam itu perutku meragam...


Malam pertama adik n cik abang dok perhati pembuat roti canai membuat persiapan untuk sarapan pagi esok... adik memang hantu roti canai... tak pandang kiri kanan sekiranaya ada roti canai...

Ini menu sarapan pagi adik... dua keping roti canai dengan kuah dal sahaja.... tak payah susah2 cari kuah lain... memang dia tak makan...

Ku pula bersarapan Laksa Penang manakala cik abang adalah Laksam....