19 December 2013

TAWARAN KE SEKOLAH KAWALAN NEGERI JOHOR.

Alhamdulillah....
Selepas UPSR dan sebelum keputusan UPSR keluar bila mengisi borang untuk ke sekolah buat juga permohonan ke SBP dan Sekolah kawalan . UPSR keluar dan keputusannya adalah 4A 1B...( Haiii lah anak ibu memang BI belum pernah ada yang A ). Namun syukur...

Kalau ikut kak Meha nak hantar jer ke SMA ikut macam kakak dan abangnya. Tak mahu katanya. "Ambil lah sekolah RK Agama " kata Kak Meha. " Alah tak nak... ". Dah tak nak , nak buat macam mana... pujuk2 pun tak menjadi.

Dan akhirnya bila keputusan RK dan Sekolah kawalan keluar dapat ke TIGS - Sekolah Kluster. Sekolah Perempuan dan sekolah cemerlang di Batu Pahat. Pun merayu2 tak nak pergi...
Kak Meha kata " kalau tak nak juga , ok ibu hantar ke SMA Pt Raja....". Haaa lagi lah dia tak mahu.
Harap Kak Meha semuanya ok. Apa yang membuat kak Meha senang hati sikit , sekolah ni adalah sekolah perempuan. Si Anak Dara 2 ni dah pandai bergaya, kalau sekolah perempuan ni macam selamat sikit, bukan apa sekolah yang ada lelaki ni faham2 jer lah...( takut kena ngorat anak daranya...ibunya dulu form 2 pun dah ada pak we...Eee ngeri ingat cerita lama )


Apa pun ibu doa yang baik2 untuk anak ibu....

14 December 2013

6 JUARA 2011- SKP

Menunaikan hajat anak-anak didik nih.... berkali-kali telefon supaya dapat dating dengan mereka.
Tempat : Food Court - BP Mall
Tarikh : 12 .12.13

Ikutkan hati malas nak melayan depa ni... macam2 kita beri alasan, macam juga mereka menuntut ihsan. Kesian pulak...
Keluarlah juga dengan Bujang 3 dan Bujang 4.
Bukan buat apa pun cuma borak-borak kosong jer. Tapi budak2 ni bila kita beri nasihat dan cerita sikit2 mereka sangat seronok.
Apapun cikgu doakan kalian berjaya di dunia dan diakhirat kelak...







Inilah mereka... dah anak dara belaka...

Yang perempuan ok jer, tapi yang lelaki segan katanya... yalah dah bujang depa semua tuhh.....

11 December 2013

ALHAMDULILLAH....





Alhamdulillah syukur yang terhingga kepada Mu Ya Allah kerana ujian Mu  dan memulangkan kembali rezeki yang diambil sementara...ada dicerita kan dalam N3 CEMAS 2 minggu lalu ....

Namanya duit walau sama ada sedikit atau banyak sangat bererti pada kak meha. Alhamdulillah bila dapat sms dari Maybank bahawa duit telah dikembalikan syukur sangat...Maklumlah waktu cuti sekolah, tak lama lagi anak-anak nak naik sekolah banyak keperluan yuran dan sebagainya yang nak digunakan..

Hanya Tuhan sahaja yang mengetahui betapa bersyukurnya kak meha hari ini... Ini lah pengalaman yang kak meha tak lupakan. Sebenarnya ada cerita disebaliknya dan ada hikmahnya juga.

Sebelum gaji keluar ( ya lah kakitangan awamlah katakan ) dalam hati kak meha dah berbisik....nanti bila gaji nak jolilah sikit dengan duit yang ada...nak beli handbag baru dan beberapa helai tudung...
Dan belum sempat duit tu keluar duit tu Allah dah tarik sementara dari dalam akaun bank dan hikmah nya adalah kerana ia dikembalikan sekarang saat hampir anak-anak naik sekolah. So banyak boleh guna dengan duit tu...

Syukur sangat...Tarima Kasih Ya Allah.


10 December 2013

KERJA PENURAPAN JALAN LAPIS SEPARAP

He he ayat copy paste Tok Din ketua kampung kami di FB....

 Tq kepada Tok Din En Zainudin ketua kampung kami , pertama izin saya copy gambar dari laman FB nya... kedua terima kasih kerana beri hadiah ini...

Sebenarnya bukanlah kampung kami ni tak berturap jalannya , cuma penambah baikkan ... Maklumlah jalan ni dah berusia jadi yang berlubang ,yang berlekuk dan yang  berlopak.....
Cuma jalan ni kurang besar, kalau nak berselisih agak susah kena masuk ke kawasan rumah orang...

Beria-ia anak-anak ni dok perhati....macam depalah kontaktor  dan  juruteranya hu hu...( InsyaAllah mudah-mudahan Aminnn)


apa ajer lah yang dibincangkan tuhhh....khusyuk.



Alhamdulillah....hampir siap.

09 December 2013

MENU HARI INI...

Dalam pada penat balik dari sekolah hari ni masak lah juga sebab Bujang Dua nak balik kolej .
"Nak bawak makanan balik lah bu " katanya.
Ikut rasa memang tersangatlah malasnya, macam nak masak waktu petang jer...tapi dah si anak kata nak bawa makanan , masak lah si ibu ni...
Dan menu hari ini...


 Meetball masak black pepper....hari ni terlebih pedas pulak, tapi budak bujang yang pedas tu ler yang dia suka... meetball ni memang terbaekkkk yang pernah kak meha jumpa...
Pertama : Buatan Melayu / Muslim
Kedua    : Rasa memang sangat ok - banyak rasa daging berbanding tepung sahaja - serat2 daging pun  kita boleh rasa
Ketiga     : Saiz yang sesuai - tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil - sedang2 cantik kalau masak spagetti sebiji2 masuk dalam kuah tu.


Sup telur untuk Si Bongsu yang tak suka makan pedas... tak tahu lah macam mana boleh sesat sorang  - yang lain memang semua suka pedas.

 Ini pula yang paling simple - sayur taugeh dan daun kucai - sedap tuhh sebab taugeh ni masih rangup lagi macam belum kita masak - tumiskan rencah bawang , bilis da sebagainya. Matikan api dan masukkan taugeh dan kucai - ok done.


Ini pula fillet ikan masak sweet sour... lagi menu yang pedas. Sesekali guna fillet , jemu pulak asyik ikan fresh jer....








Dan sempat lagi masak pengat labu permintaan "Bujang Sapian "....
Siap masak terlepok kepenatan. Maklumlah pagi tadi mengubah kerusi meja nak jadikan bilik jamuan...










DI SEBALIK MESYUARAT MGB DI SK PESERAI ESOK

Kebetulan kami ada kelas tambahan hari ini dan atas permintaan GB untuk menjadikan sebuah bilik darjah bersebelahan Bilik Gerakan untuk dijadikan Bilik Makan ahli MGB yang bermesyuarat esok.

Si Cikgu Dilah ni diamanahkan untuk menyiapkan bilik tersebut. So kami dua ni ( menyibuk ler ) menolongnya. Kesian pulak kawan ni dok buat sorang-sorang kan....

Kawan-kawan kata kami ni tiga makcik yang berkawan baik... yo lah tu...Alhamdulillah memang  depa dua ni ' my bestfrengs ' ler kiranya... sebab umur kami hampir sebaya cuma cik kak yang pakai tudung pink ni kira kak long lah sebab dia tua setahun dari kami hu hu...

Bagi kak meha , maksud kawan baik tu sangat besar ertinya... Mereka lah tempat kita bercerita suka, bercerita  duka, meluahkan rasa marah, mengingatkan akhirat, mengingatkan ibadah dan amalan dan bersaing untuk menambah kebaikan...

Apa pun ' Aku sayang korang berdua " ... semoga kita semua akan dibawah lindungan Allah dan hidup diberkati.





Eton yang pandai bergaya - kawan baru ni... tapi sangat sporting dan ringan tulang..



Terlupa pulak nak snap gambar bila dah siap di hias tadi... apa pun memang berubah wajah lah.Kat mana kami cari kain nak buat skirt dan alas meja juga sarung kerusi biarlah rahsiaaa...

07 December 2013

URMMM ......LOCKED IN MY HEART.

Pagi2 lagi kekanda darling dah hantar sms...


Ringkas sahaja smsnya tapi perrghh makan dalam...
" Salam. Semalam tinggal kenangan, hari ini peluangnya kita merebut ibadah kepada Allah, esok belum pasti dan hanya angan-angan. Maka rebut peluang hari ini...."

MasyaAllah... muhasabah diri...
" Terima Kasih Encik Suami yang ku kasihi dan dirahmati Allah... saya selalu lupa saya fikir cinta suami membuat saya gembira dan lengkap, rupanya Cinta Allah mengatasi segalanya... namun saya lemah, saya perlu Encik Suami yang mengingatkan dan mengasihi saya...tq darling , miss you so much..."

He he itulah sms balasan kepada sang suami....

SAKINAH



Dari Hazrat Abu Hurairah r.a , Rasululah saw bersabda, TIDAKKAH BERKUMPUL ORANG DI SALAH SATU RUMAH-RUMAH ALLAH ( MASJID ) , MEMBACA ALQURAN DAN MEMBACA SEORANG DARIPADA MEREKA KEPADA YANG LAIN MELAINKAN DITURUNKAN 'SAKINAH' KE ATAS MEREKA , RAHMAT MELIPUTI MEREKA, PARA MALAIKAT MENGELILINGI MEREKA DAN ALLAH swt MENYEBUT-NYEBUT MEREKA DI KALANGAN MALAIKAT YANG BERADA DI SISINYA (Hadith Riwayat Muslim dan Abu Daud)

Inilah kelebihan-kelebihan istimewa tentang madrasah2 , rumah2 Allah dan tempat pengajian AlQuran.

Turunnya Sakinah telah disebutkan dalam banyak hadith. Terdapat berbagai pendapat di kalangan para ulamak tentang maksud  'Sakinah' .

Diriwayatkan HAZRAT  ALI mentafsirkan SAKINAH sebagai SEJENIS BAYU YANG ISTIMEWA. ALLAMAH SUDDI menyatakan  SAKINAH IALAH SEBUAH MANGKUK EMAS DI DALAM SYURGA.
SESETENGAH ULAMAK menyatakan SAKINAH ADALAH SATU RAHMAT ALLAH YANG SANGAT ISTIMEWA.
SEBAHAGIAN YANG LAIN PULA menyatakan bahawa SAKINAH ADALAH KETENANGAN JIWA.
IMAM TIBRI pula menyatakan SAKINAH ADALAH KETENTERAMAN HATI

Bagaimana kah kita berusaha untuk mendapat Sakinah dari Allah. Sakinah yang menghiasai Taman-taman Syurga.
lengkapkan diri, perbanyakan lah amalan untuk mendapat Sakinah Dari Allah

Hidup kita sebagai insan yg sifatnya kerdil dan lemah semestinya tidak mampu menongkah ribut ujian yg melanda.Kita hanya mampu pasrah segalanya,yg selaku hamba-hambaNya yg diciptakan oleh Allah.Dia yg Maha Berkuasa keatas Makhluk-MakhlukNya,segala yg dikehendaki pasti akn terjadi.Ujian hidup yg ditentukan menjadi tragedi.Hanya mampu tunduk dan patuh di atas takdir Tuhan yg sentiasa mengatasi tadbir insan.

Segala perancangan ditentukan oleh Dia Ar-Rahman.Secebis ‘Sakinah’ diperlukan buat ketenangan jiwa,penawar hati yg duka.Mengharap keredhaan hati di atas segala ketentuan.Demi meneruskan perjalanan menuju ketaatan atas nama kehambaan.


Namun ku sentiasa agar NURSHAKINAH  ku dan NURZAHIDA ku yang juga merupakan cahaya yang zuhud akan menjadi penyenang dan penenang kami sekeluarga ....2 orang jer anak dara.

06 December 2013

LONGAN PULAK...

Betapa rasa bersyukurnya kerana di lahirkan , dibesarkan , di dewasakan dan di kurniakan nikmat hidup di Malaysia negara yang aman dan di bawah lindungan Allah hendaknya.

Longan ni bukan hasil rumah sendiri tapi hasil rumah abang ipar. Buahnya memang sangat banyak. Merimbun sungguh ...Manis pulak tuhhh... Cuma buah taklah tebal sangat sebab bukan buah yang dijaga seperti di ladang di Thailand sana yang menggunakan berbagai teknologi...
Puas juga kami adik  beradik merasa. Kebetulan masa ni ni depa sekeluarga melancong ke Indonesia .
Kalau kita beli memang lah tebal dan rangup ... walau tidak seperti di kedai tapi memang terasa puas dan syukur dengan nikmat Allah.

04 December 2013

RINDU...



Sungguh  ku rindu... mungkin faktor usia...
Bila semalam anak dara 1 whatapps  tanya  "ibu tengah buat apa ..."
Apa ku jawab... " boring gilerrrr big bos tak ada ni,  tak tahu nak buat apa"...
Anak dara 1 kata " alah bu , baca jer lah novel ibu yang bertingkek-tingkek tu "

Ha ha... macam2. Tapi memang betul bila usia meningkat ni banyak perkara yang membuat kita sensitif...
Dulu kalau kekanda buat dakwah, 40 hari pun rasa ok jer... bukan tak rindu.. rindu juga tapi tak lah seteruk sekarang ni...
Bila beritahu kekanda dia kata " rindu dengan sabar itu iman"....
Allahuakbar..itu lah yang buat kak meha sayang sangat dan rindu bertambah2 dengan kekanda nihh...
Ayat2 yang kadang macam buat kita blurr tapi sentiasa mengingatkan tentang iman dan amal...

03 December 2013

KAYA KAH PENDUDUK MALAYSIA.....ALHAMDULILLAH

Semalam hari Selasa 3 Dis 2013 kak meha ke kedai membeli 2 biji keladi.Jemu rasanya asyik mee goreng, mee hoon goreng, roti canan dan nasi goreng sebagai menu sarapan pagi.

Cari keladi elok rasanya boleh di goreng dan dibuat pengat bersama labu manis. Sungguh kak meha terperanjat 2 biji keladi berharga RM 12.00. MasyaAllah mahal sungguh...tak besar mana pun keladi tu , sekilo adalah lebih kurang berat sebiji keladi tu. Bermakna keladi tu harga sekilo adalah RM6.



 Inilah keladi yang berharga RM 6 sekilo....terfikir kak meha berapa harga keladi ini 5 tahun akan datang sekilo RM 10 ke...( seketul lagi kak meha dah goreng kak bawah tu he he...) lupa nak ambil gambar kedua2nya...)



Kesemua di bawah adalah menu hari ini...sebenarnya tak ramai yang ada dirumah sekarang nihh.. tapi nak cerita spiral spagetti tu ada secotet jer, seawan lah lbih kurang sebelum direbus tadi, manakala tepung juga ada secawan setengah... Benda2 ni kalau tak dimanafaatkan cepat berbubuk ler jawabnya..so masak lah cincai2...spsgetti tu masak masam manis yang sempoi jer, tapi urrrmmm memang sedap...Kodok bilis jadinya dengan tepung baki2 yang lama tu...manakala keladi tu memang baru beli hu hu...










02 December 2013

KALAU SUDAH MINAT.....

Susahnya nak menukar minat membaca novel nih kepada yang lain...
Hampir setahun bercuti  dan beberapa buah buku  'pending' sejak setahun lalu, bila cuti ni hati macam dipaksa-paksa untuk membaca... Samalah macam My Kemilau yang dah lama menyepi tiba-tiba terasa ingin update setiap hari...

Kalau dulu memang tahan mata berjaga malam tapi sekarang pukul 12 malam dah memberat...Dah tua agaknya...

Sebenarnya novel2 ni ada buku lognya. Bukan apa buku2 ni harganya mahal...Kadang ada saudara mara dan sahabat handai yang nak tumpang baca....Bacalah asal dijaga dengan baik. Bimbang lupa pada siapa so kak meha labelkan nama...dalam tu letak sekali nombor telefon he he...

Dan satu lagi novel -novel ni kebanyakannya memang ' love story novel '. Heee macam orang mudalah pulak... Novel2 ni banyak ilmunya. Sarat dengan rencam kehidupan , kasih sayang, agama, hasad dengki, kehidupan dan macam2 lagi lah.
Tajuk macam cerita cinta tapi kalau ada orang yang minat giler menonton TV cerita melayu....macam tu jugalah kak meha minat membaca novel .
Lately ni banyak pula novel2 yang diadaptasikan ke drama. Adam dan Hawa , Sehangat Asmara, Sebenarnya Saya Isteri Dia, Sesuci Cinta, The Wedding Breaker dan macam2 lagilah...
Dan kebanyakan novel tu ada dalam simpanan kak meha...







 Kalau sesiapa dah baca novel dulu baru tengok drama memang mereka dapat dapat bezakan mana yang lebih seronok.
'Hancussss ' sebenarnya drama nih...Jauh tersasar dari cerita dalam novel.
Novel lebih seronok dan dihayati...








 Entah bila agaknya boleh habis semua novel untuk di baca. Bila kekanda darling tak de kat rumah ni , tambahan cuti sekolah adalah masa terluang...

01 December 2013

CANTIK..... ORKID HARIMAU

 AKHIRNYA SETELAH 2 TAHUN MENANTI.....

Setelah 2 tahun menanti dari mula menanam - N3 MY LOVE ONCIDIUM akhirnya ia berbunga...Syukur Alhamdulillah memang tak disangka-sangka.

Mungkin kebetulan sekarang memang musim orkid harimau ni berbunga...Rata-rata di rumah yang ada membela orkid ini memang sedang berbunga . Thanxxx to Allah....

Ada 7 tangkai sebenarnya tapi entah makhluk perosak mana agaknya yang mematahkan so tinggallah 6 batang...
 Ini adalah peringkat kudup lagi...Sebenarnya baru beberapa hari kudup mengembang... jadi belum betul2 nampak kesemuanya... InsyaAllah bila dah mengembang semua kak meha akan upload semua...menurut kata kawan2 bunga ni akan mengembang lama sehingga 4 bulan...Mudah-mudahan lah . Panjang tangkainya sahaja hampir 1 meter nak tunggu habis hingga ke atas pun tunggu hingga berminggu agaknya.




Tu diaaaa.... tangkai bunga dari perdunya dan ia berbunga sehingga ke bahagian paling bawah sekali...Hanya Allah sahaja yang menentukan...
Pokoknya tidaklah terlalu subur, tetapi syukur Allah beri keizinan untuk berbunga....