23 December 2012

ALHAMDULILLAH ....

Alhamdulillah my kekanda dah selamat menjejakkan kami ke bumi Malaysia....Walau belum bertemu muka, tetapi sebaik menerima panggilan selepas keluar dari PIA hati merasa lega....

Seorang hamba Allah berkata " buat apa pergi Pakistan ....tak de tempat lain ke nak pergi....
Kan baik kalau kalau pergi Mekah buat umrah...".
Senang jer jawabnya , " beri lah sebuah senyuman seikhlas hati semoga dia mendapat hidayat "

Cuma dalam hati yang jahat ni berkata ( Ya Allah minta ampun Tuhan ) .....
Kalau ada staff yang pergi melancong ke Korea, China, Thailand , Dubai,  Indonesia or others lah kenapa tak tanya dengan soalan sedemikian.....Oh kerana mereka pergi untuk enjoy setelah penat bekerja...Yo lahhhh...

Pakistan bukanlah negara kaya , Pakistan bukanlah negara untuk shopping, Pakistan bukan lah negara yang macam Bali ada pantai yang indah....Tapi Pakistan adalah tempat untuk kita belajar2 mengamalkan sunnah, belajar2 hakikat iman, belajar2 mujahadah... kerana di sana penduduknya majoriti mengamalkan sunnah....
Tolong ingat semula 4 sifat nabi...Siddiq, Amanah, Tabliq dan Fathonah....Mohon sangat kalau tak suka jangan kutuk kerana seolah2 kita mengutuk sifat nabi, kerana kami sekeluarga memang sedang belajar2 untuk mengamalkan sunnah, belajar untuk mengamalkan apa yang nabi dan para sahabat juga sahabiah amalkan....Perkara yang baik bukan senang untuk dilakukan dan yang pasti tentangan nya sangat hebat....

Tentang umrah ke mekah... InsyaAllah dalam perancangan, semoga masa terdekat ini Allah limpahkan rezeki kerana diri ini tersangat rindu Haramain....

Untuk anak2, sayang semua kerana mereka amat memahami apa tugas abah mereka dan Alhamdulillah anak2 bujang juga sudah belajar2 untuk mengikut jejak abahnya, namun yang pasti pelajaran tidak dilupakan....

19 December 2012

SEBAGAI IKTIBAR KEPADA KITA


CERITA INI BUKAN PENGALAMAN SAYA ....SAYA COPY DARI FB RAKAN SAYA HARI INI....SUNGGUH KISAH NI PERLU DI AMBIL PERHATIAN DAN SAYA JUGA KETAQ LUTUT BILA MEMBACANYA TADI APATAH LAGI BAGI MEREKA YANG BENAR2 MENAGALAMINYA....

HATI-HATI DI JALAN RAYA

KISAH SEBAGAI PERINGATAN KEPADA PEMANDU SEKALIAN

Kisah ini terjadi sekitar jam 9 malam tadi setelah diminta oleh isteri yang sedang sarat mengandung untuk membelikan nasi goreng. Terbayang wajah isteri yang sedang kelaparan di rumah, saya memecut laju sedikit.

Setibanya di hadapan Petronas SKVE menghala ke Shah Alam/Banting, sebuah kereta Wira menghentam kereta saya dari belakang. “Bam!” Lantas saya berhenti ke tepi. Keadaan agak gelap walaupun banyak kereta sedang melalui lebuhraya tersebut.

Seorang lelaki berbangsa India turun dari kereta tersebut yang berhenti di belakang. Lagak jalannya macam gengster dengan tubuhnya yang besar. Saya buka tingkap dan tanya “Apa sudah jadi?”

“Brek tada makan la, bang!” katanya sambil memandang pada belakang kereta saya. Saya masih berada di dalam kereta.

“Macam mana ni, bang? teruk ni.. kemek ni..” katanya sambil menggaru-garukan kepalanya.

Saya jadi serba salah juga, nampak muka mamat ni macam betul-betul bersalah. Namun saya juga teringat kisah-kisah ‘langgar dan rompak’ sebegini. Untuk keselamatan saya masih bertahan di dalam kereta.

“Bang, boleh turun tengok tak kalau boleh setel kat sini ke?” umpan mamat tu.

Saya pun jadi tidak menentu, antara mahu turun dan lihat atau teruskan berada di dalam kereta.

“Mari tengok ni bang, kemek jugak ni. Kena settle ni..” tambah mamat tersebut.

Saya pun matikan enjin kereta. Tarik nafas dalam-dalam dan beristighfar. Kemudian saya buka pintu perlahan-lahan. Lain macam pula rasa di dalam hati ni, seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena. Saya terus tutup pintu kereta dan meminta nombor telefon mamat tersebut.

Pada mulanya mamat itu macam gabra semacam untuk berikan no telefonnya kemudian dia minta saya tunggu sekejap dan dia terus ke keretanya di belakang.

Setelah itu dia berikan no telefon kepada saya untuk saya salin. Katanya itu nombor kawannya seorang lagi yang berada di dalam kereta.

“Besok saya call” kata saya.

“Tak nak turun tengok ke ni, bang?” tanya mamat tersebut.

Saya gelengkan kepala dan terus memecut ke hadapan. Saya perasan ada sebuah kereta Proton Perdana berhenti di hadapan sedikit dari tempat saya berhenti tadi.

Setelah sampai di restoran di Taman Equine, saya turun dan terus memeriksa belakang kereta saya.

Apa yang saya dapati ialah LANGSUNG TIADA SEBARANG KEROSAKAN!

Menggeletar lutut setelah mengetahui situasi yang amat menakutkan berlaku sebentar tadi. Alhamdulillah tiada sebarang perkara yang buruk terjadi.

Kepada rakan-rakan, semoga kisah ini menjadi pengajaran kepada kita termasuk saya sendiri. Nyawa lebih penting dari kerosakan kereta yang tidak seberapa.

Memang kita akan berasa geram, marah atau bengang sebab yang dilanggar itu adalah sebuah kenderaan yang kita bayar setiap bulan. Tetapi pertimbangan juga HARUS diberikan kepada keselamatan nyawa sendiri.

Semoga menjadi iktibar kepada kita semua.


12 December 2012

INGATAN UNTUK DIRI SENDIRI....



 Ingatlah....
Bila menjadi isteri...kita sebenarnya telah membuka satu akaun baru untuk suami, iaitu akaun DOSA kita. setiap dosa yang kita lakukan, dia yang perlu sama-sama menanggungnya.

Seorang isteri.....
Juga akan mendapat akaun baru daripada suami, iaitu akaun PAHALA dia. setiap pahala yang diperolehnya, kita juga akan mendapatnya.

Jadi, jangan sekali-kali menjadi isteri yang memberikan dosa kepada suaminya. kasihanlah suami itu...

10 December 2012

09 December 2012

DAKYAH MUSYRIK.... BAJU OH BAJU...

Lah Cik Meha kenapa pulak letak gambar baju nihhhh....
So tengok lah foto di atas.... Sedih sungguhkan...Sebenarnya baju tidur ni I beli murah jer RM 15 sepasang....I jarang beli baju yang mahal2 utk tidur.... ada jugalah sehelai dua yang sedikit mahal...

Masa beli tak belek pun....Ya lah tengok warna dah cantik  ...sesekali pakai warna terang ok juga, nampaklah garang dan seksi wa ha ha..Kebetulan beli 4 helai , dan baju yang lain pun ada so tak pakai pun baju tu sehinggalah selepas seminggu....
Wahhhh sob sob ... sedih lah juga bila tengok corak baju tu.Memang tak tergamak nak memakainya....Sangat nampak kan, seperti ada lambang salib....dan macam ada bentuk bangunan jer kat sebelah tuh...So simpan jer lah baju tu , tidak pun guna untuk kain kesat tangan or bungkus pinggan mangkuk .....

Ada satu ketika dulu pernah terdengar cerita sejadah yang ada corak2 seperti gambar cik si Khinzir....Tapi Imemang tak ambil kesah....tapi selepas kes baju ini, memang hati sangat gerammmmm....Istighfar ...semoga Allah ampunkan dosa ku kerana kecuaian memilih pakaian yang baik,,,

So moral of the story he he... Berhati-hatilah kerana N3 ini hanya sebahagian kecil sahaja, sebenarnya terlampau banyak dakyah2 yang tidak kita sedari yang akan merosakkan iman kita....Biarlah cerewet dan ambil masa dalam memilih...

08 December 2012

APABILA WANITA MEROKOK....

Imbas semula....Sebulan yang lalu, semasa berjalan-jalan ke suatu tempat di Daerah Melaka...

Nak cerita apa ni Cik Meha...he he cerita tentang wanita yang merokok...
Kadang-kadang rasa pelik baik lelaki ataupun wanita merokok ni dianggapkan sebagai apa ye...
Kebanggaan , kepuasan, ego atau keperluan....he he keperluan ? keperluan apa ?
Entah lah ...Dulu-dulu semasa masih di alam persekolahan ada juga mengenali beberapa wanita yang menghisap rokok...tapi la ni macam tak pernah lah pulak....

Tapi berjumpa dengan mak cik ini memang memeranjatkan setelah lama tak menyaksikan di depan mata...Makcik ni tanpa malu-malu mengeluarkan rokok dari kotaknya dan menghisap di khalayak...
I yang terlebih peramah ni datanglah dekat dan menyapanya...
" Wah makcik  hisap rokok...berjenama lagi...Best ke hisap rokok ni makcik ".
Apa jawabnya " makcik dah hisap rokok dari zaman remaja lagi nak...tak boleh nak buang dah . Ada sekali makcik g Pulau Pangkor , anak cucu bawa makcik. Di sana makcik hisap rokok macam biasalah ...Lepas tu nak, ada sekumpulan " mat salleh " datang dekat makcik....Dia tunjuk pada makcik tanda ibu jari bagus. Dan Matsalleh tu kata " bery good " ......" bukan very good....
Ohhh My Allah.... terangkat ponggong I.... makcik ni biar betul, selamba jer...

" Makcik orang Islam tak boleh hisap rokok lah , haram hukumnya... "Kena cakap juga ni walaupun pada hakikatnya I know mesti orang tua ni lebih arif...
 Tau tak apa respon makcik nihhhh.... he he dia senyum sokmo....Pasti dia tak peduli apa yang I dok kata kat dia...MasyaAllah tolong hambamu ini...Berilah hidayat kepada Makcik ni... kerana bimbang2 ia tidak sempat bertaubat sebelum ajal menjemput tiba....

Sebelum balik , I bertanya makcik tu..." Makcik boleh saya ambil gambar makcik ?".... " Boleh ehhh....". Tapi maaf gambar memang tak masukkan dalam N3 ini , kerana dosa mengaibkan sesama makhluk malahan ia merupakan seorang wanita...( istighfar...) Mana lah tahu sekembalinya dari bertemu dengan I, makcik tu bertaubat....Maha suci Allah...

06 December 2012

CERITA SANG ISTERI.....

Pagi-pagi lagi tadi ku mendapat sms .... Sms dari seorang adik yang ku kira kalau mengikut umur kami bertanyakan khabar.....
MasyaAllah terkejut sebentar dari lena dan kesibukan di rumah....Sibuk sangat ke....Boleh lah....
( sebenarnya buat sedikit renovation kat pondok kami tuh ....nanti cerita dalam N3 akan datang tentang renovation pulak )



" Lena "....wa ha ha apa yang lena... sebenarnya lupa sebentar dengan rakan seusaha yang ditinggalkan sementara oleh suami dalam berpergian untuk belajar mengamalkan cara hidup nabi....Bukan senang untuk mendapat hakikat 6 sifat para sahabat dan kami yang ditinggalkan untuk untuk mengamalkan 6 pesanan para sahabiah yang kami sering muzakarahkan dan pesanan dari suami2 kami untuk kehidupan seharian...

 Apa cerita sms nya....
Yuppp sms menyatakan tentang redhanya si adik tadi dengan suami yang keluar  di jalan Allah, ujian2 dan masalah yang dihadapinya...Syukur kerana kami mengenali suami kami setelah mereka  mengenali tabligh dan pernah di bawa untuk program2 masturat.... dan hasilnya syukur Ya Allah kerana hati ini sangat yakin dengan janji Allah....Dan setiap detik masa yang berlalu tidak terlepas rasanya kami untuk mendoakan kesejahteraan suami2 kami, diberi kemudahan untuk belajar2 buat dakwah, supaya banyak nusrah dari penduduk tempatan yang memudahkan usaha mereka....dan yang penting sentiasa berdoa agar selamat kembali ke pangkuan kami semua... ( dah rindu sangat dah niiii....dah lebih 25 hari dah....he he)

Dan setelah menerima sms tadi , terus ku membuat panggilan kepadanya...Kami berbual, mensyukuri nikmat Allah dan bertukar-tukar pandangan. dan ada ku nyatakan padanya...
" Syukur sis kita dapat suami seorang tabligh kerana mereka penuh dengan kasih sayang...kasih sayang dengan Allah dan kasih sayang sesama makhluk..."
Semoga Allah kurniakan kami kebahagiaan di dunia dan diakhirat ".

Dan yang penting mereka menghabiskan masa dengan kerja2 dakwah dan kami sekeluarga....syukur tak terhingga bila kita redha, kita menerima dengan senang hati , Allah permudahkan semua urusan semasa ketiadaannya.Urusan anak, urusan kerja dan kehidupan seharian memang kami lalui dengan mudah.... Syukur...Itulah yang kami borakkan selepas menerima sms dan membuat panggilan kepadanya tadi....

Dan diakhir perbualan ku berjanji untuk menziarahi rakan2 isteri yang suaminya keluar di jalan Allah. InsyaAllah, akan ku kuatkan untuk menziarahi mereka...


MELAKA PART 2


 Alhamdulillah walau mood berkecai kerana sukarnya nak upload dan masuk N3 baru, tapi nak menulis juga....Hampir 2 jam nak masuk N3 Melaka Part 1....Tensionnnn....kena buat juga sampai mahir....Tolonggg!!!!  lembutkan tangan dan hati...

Ini lah tempat penginapan kami....Membuat lawatan sambil belajar biasalah.... biasanya kami akan memilih tempat yang ekonomi tetapi selesa....

Inilah Balai Cerap Al Khawarizmi....Nampak tak kat atas tu, bangunan yang berdindingkan kaca... itu lah tempat para petugas mencerap... cuba perhatikan betul2, sebenarnya waktu ini adalah jam 8 pagi dan di dalam balai itu ada beberapa pelawat yang membuat cerapan ....


Kami bergambar sebelum balik.... rasanya cukup semua kami yang terlibat dengan guru dan murid dalam gambar ini....



Tempat seterusnya adalah Melaka River Cruise...kami naik dari Taman Rempah...Depa dok tanya ..." Kenapa tak ke sini waktu malam ?"...sebenarnya malam sebelumnya kami pergi juga tetapi hujan lebat, maka mereka membatalkan perjalanan merentasi sungai buatan ini...Tapi bagi ku syukur sangat kerana perjalanan pada waktu siang lagi seronok kerana boleh baca segala papan tanda yang terdapat di kiri kanan sungai ini...



Dari Melaka River Cruise kami terus ke Kampung Buku Malaysia Melaka....Ibu dah malas nak posing...so kasi peluang kat anak dara ni lah he he...Anak dara kat depan pintu masuk  bangunan ini.... Nampak macam best jer erk...tapi hampehhhh......


Dari Kampung Buku kami ke Zoo Melaka....ha ha yang nih anak dara tak nak posing.... tak nak katanya, macam budak sekolah....
Dari Zoo kami ke Masjid MITC.... he he...biasalah Ku menghabiskan masa terluang dengan novelllll....depa semua g solat. Perkara yang mesti ada dalam handbag ku adalah , surah yassin, tasbih elektronik dan novel....

Dan gambar yang kat atas ini adalah di Melaka Central... kenapa Melaka Central....Ha ha... kalau cerita confirm tiga hari tiga malam tak habis....dan akhirnya kami semua balik dengan menaiki Bas Ekspress Orchid.....

05 December 2012

MISS YOU SO MUCCCHHHHHH.........

 Apa yang rindu sangat tuhhh.... Apa lagi My Kemilau Mentari Lah.....

Subhanallah diam tak diam dah 6 Disember hari ini.... lamanya ku meninggalkan My Kemilau Mentari .... Apa buat lah agaknya Cik Meha ni lama sangat menyepi....Terus terang ku katakan bila kekanda tiada , memang semuanya terasa sepi seperti juga My Kemilau Ini....

Dengan penuh azam nihh... nak sambung menulis semula.....Chaiyokkk Cik Meha, jom kita terus berkongsi cerita , suka duka dan kehidupan ini....

Thanxxxxx kepada my Kekanda kerana sentiasa update perkembangan di Pakistan setiap dua hari....I love you abang.....