24 April 2012

BLOGGER BERWAJAH BARU.....

Aduh tengok PAPAN PEMUKA  jer dah pening.... kena study ni... minggu ni bzy nya ya ampun.... nx week baru boleh study...Masuk bahagian CATATAN juga dah berwajah baru....mesti tukar ke....
Nak study ni kena klik ler satu2 macam orang baru buat BLOG....

Jangan lemah semangat....teruskan juga... 

Entah apa2 lah "depa " ni...FB dengan TIMELINE yang juga memeningkan...

21 April 2012

BERKASIH SAYANGLAH DENGAN MAKHLUK DI BUMI INI KERANA ALLAH....

Wahhhh hari ini buka google gambar cukup sweet.... gambar pokok bunga pulak....klik kanan kat gambar tu... so keluar lah cerita di sebalik gambar..... Hari Bumi 2012.....
Apa pun tanggapan atau kenyataannya oleh google atau badan2 dunia....namun bagi ku BERKASIH SAYANGLAH DENGAN BUMI INI KERANA ALLAH....

14 April 2012

BUDU OH BUDU....

SAYA SUKA BUDU.....


Ada kawan yang selalu pelik dengan ku... kerana jarang2 orang Johor suka makan budu... tapi bagi ku memang sangatttt suka....datang dari mana suka tuhhh....he he masa belajar lagi di M4P ada seorang kawan dari Terengganu...dia selalu bawa balik budu...so kawan yang bukan dari terengganu ni selalu dok momokkan....eee budu ni simpan dalam tong, kekadang simpan kat belakang rumah , ada yang simpan kat tandas lagi.... ya ajerr depa ni... ku nak cuba rasa juga....bila kawan tuh buat pencecah dengan lada dan bawang cicah ikan goreng yang kami beli atau makan di dewan makan.....mak aiiii terangkat....sedap jer.... malas nak fikir yang negatif....
Yang penting ia dibuat oleh orang Islam dan tiada sumber yang tidak halal.....



2 botol Ini budu yang diberi oleh Guru Praktikum SK Bandar....( kata hubby) .....Botolnya sangat comel lebih kurang sejengkal sahaja....


ini pula yang diberi oleh seorang guru KIPK SK Bandar semasa melawat ke Kelantan...jenama yang sama seperti di atas tapi botolnya lebih besar....


Ini pula budu yang kak Ungku beri....Terima kasih kak Ungku.... tanpa sebarang label tapi memang pekat dan lemak....katanya ada saudaranya di Terengganu yang buat sendiri....

Terima kasih kepada yang sudi memberi ku budu ni.... sebenarnya dalam masa sebulan ni rezeki budu lah pulak....macam tau2 jer depa ni yang ku suka budu....Semoga Allah limpahkan rezeki kepada yang memberi budu ini.... kepada kak ungku ku doakan semoga kak ungku sihat dan dilindungi Allah sentiasa....

......KEPADA KAK MAZNAH...

Hari ini ke hospital menziarahi jiran kami En Hamzah yang dimasukkan ke ICU Hospital Batu Pahat kerana sesak nafas tiba-tiba berpunca dari beberapa penyakit yang dihidapinya...

Bertemu isterinya dan bertanya khabar, turut merasakan sebak dan sukarnya melalui kehidupan ini.... Walau apa pun ku nyatakan padanya apa sahaja ujian yang Allah beri semua ada hikmahnya...

En Hamzah ni muda lagi 3 tahun lebih tua dari ku sebenarnya.... ya lah jiran aka kawan berborak masa sekolah dulu.... menghidap kencing manis setelah beberapa tahun,mengambil insulin sebagai salah satu rawatan, sampai satu peringkat keadaan kedua2 buah pinggang yang tidak dapat berfungsi dengan baik.... membuat dialisis.... dan pada tahun ini sudah beberapa kali dimasukkan ke hospital.... dan yang terkemudian pada hari khamis yang lalu setelah beru seminggu keluar dari hospital...

Dimasukkan ke wad ICU kerana koma menurut kak maznah tadi.... keadaannya nampak semakin kritikal kerana telah mengganggu sistem darah dan jantung.....Mendengar cerita kak maznah tadi , ku pun merasa takut ..... bila buah pinggang tidak dapat berfungsi dengan baik, nak minum air pun terpaksa di catu... sampai satu peringkat bila batuk terpaksa telan semula kahaknya kerana badan terlalu kering....tidak dapat membuang air kecil.... 3 kg air dikeluarkan semasa dialisis semalam .... hari ini pula tekanan darah mencecah 190 hb....MasyaAllah....
Insafnya.... ya lah dalam usianya , isterinya hanya seorang suri rumah, anak-anak masih bersekolah, belum ada yang bekerja.....kita pun faham bagaimana keadaannya....

Untuk mengingatkan diri sendiri. Jaga lah kesihatan semasa sihat ni.... jaga makan, minum , amal dan apa sahaja untuk kebaikan diri....walau apa pun sentiasa ingat kita ada Allah.... Allah yang mengatur seluruh alam. Sakit, sihat, gembira , duka dan nikmat dunia adalah darinya....Berbuat baik dan beramal soleh lah semasa muda.... kerana belum pasti apabila tua kita akan sihat dan dapat menampung amalan kita sepanjang hayat......

Untuk kak maznah , banyak lah berdoa.... bacalah yassin dan surah2 yang mempunyai fadilat2 tertentu....bermunajatlah pada Allah kerana hanya itu yang mampu diberi kepada yang sakit....Semoga akak tabah sentiasa.... Sesungguhnya Allah akan menguji hambanya yang benar2 kuat untuk menghadapinya...

12 April 2012

ALLAH MENGUJI KU....

Hari yang menyedihkan....

Tuhan....
Kau mentadbir seluruh alam...
Ampunkan dosa ku andai ia memang satu kesilapan.....
Tak sekuat mana diri ini.....
Ya Allah berilah diri ini kekuatan dan kesabaran.....
Belum cukup redha untuk memaafkan seseorang yang menghina diri ini....
Sesungguhnya Kau Maha pemberi, Maha Pengasih dan Maha Penyayang....

11 April 2012

JOM LAYAN NOVEL.....

KOLEKSI 2012....
Saja lah pulak nak masuk kan N3 tentang novel kali ini.... rasa macam segan nak cerita tapi tak mengapa ,.... kongsi rasa sebenarnya....
Bila dah minat ni susah nak kata... Cik abang kata " apalah ibu ni macam budak remaja pulak baca novel cinta "....Cup cup! salah tu bang....Kalau ada orang berminat dengan menonton TV, menanam bunga or apa sajalah .... sama lah keadaannya dengan novel.... Kisah Cinta?????

Bukan kisah cinta..... kisah kasih sayang sesama makhluk sebenarnya....Bagi ku membaca novel cuma mengisi masa terluang pada waktu-waktu tertentu.....Bila penat bekerja or sebagainya.... sekurang-kurangnya kurangkan stress kita....Dan mengurangkan maksiat mata berbanding menonton TV.....














09 April 2012

TERIMA KASIH ADIK-ADIK BUJANG.....





Terima kasih banyak untuk depa ni....ringan tulang... minta tolong apa jer... semua on...
nak kata adik-adik depa ni sebaya anak-anak belaka... so adik aka anak lah....muda-muda dan handsome2 belaka...

Siapa depa ni.....
Pelajar IPG Batu Pahat....
Nama????
Kena tanya depa .... sebab depa ni dok sebulan jer kat SKP ni....
1. Rafsanjani
2. Afiq
3. Azri
4. Aiman
5. Harfizie

Anyway Thanxxxx Bro...

07 April 2012

AKTIVITI HARI INI..... KE STADIUM BP UNTUK PROGRAM JANJI DITEPAT BERSAMA PM

Ini banner yang banyak terdapat di sekitar Stadium Jln Ampuan.....


TQ Mr Google....Gambar panas2 ni download dari Mr Google - Sumber Berita Harian.




Gambar ni upload dari FB Photographer Kg Separap- Wak Nin Zaihan... Tahniah


Keluar dari rumah pukul 7.15 pagi .... Naik motor sahaja..... Wahhh seronok juga sesekali merempit ni....Romantika lah pulak.....Parkir motor di Masjid Dato Bentara Luar .... Terus masuk Stadium ...keadaan masih lengang...Cari Puan GPK 1 untuk tandatangan kehadiran...Yehhh jumpa di pondok Gazebo berhampiran pintu masuk Stadium..... Sudah tu, ikut pak we cari port dia pulak...... dibawah Jam besar katanya....dan jumpa ... duduk sekejap bertanya khabar dengan rakan sekerja pak we....

Ronda2 dan tinjau apa yang ada disitu.... Separuh jalan jer.... dah tak minat....booth Jabatan Kerajaan dan pelbagai jualan ......berjumpa beberapa kenalan dan rakan sekerja...bertanya khabar....tak tunggu PM datang..... pukul 10.00 balik dah....Merempit lagi.... Cari tempat untuk ngeteh....akhirnya ke Kedai Soto Special Batu Pahat , mengikut seorang sahabat.....Kedai tu kepunyaan Hj Rahim dan Kak Saodah rakan sekerja pak we ku......Dimana???? Lupalah nama Jalan...tapi rasanya Jalan Ibrahim berhampiran Traffic Light menuju ke Pasar..... Ngeteh.... Jalan masih ditutup lagi kerana PM masih berada di situ..... berhenti minum di sebuah Kopitiam di area Pasar Batu Pahat tu....Lepas ngeteh gerak lah ke tempat ramai2 di Jalan Ibrahim tu.... rupanya PM dan pengiringnya mula bergerak ke Stadium....Di kopitiam tu masih ramai... ada wartawan sedang membuat temuramah rupanya.... Segan pulak nak mendekat....ambil gambar jerlah....Masuk ke Pasar Melayu tu.... tengok2 apa yang boleh dibeli....ha ha beli apa????? anak ikan 2 bungkus.... Comel2....Dan balik..... sampai rumah siap2 untuk menghadiri majlis perkahwinan dua pupu di Punggor....


Tandatangan kehadiran - bersama Puan GPK 1...



Pak we bersama guru KIPK SK Peserai...... Ku bersama Hjh Saah... wife Big bos SKP..

Pak we makan soto n sate....

menu ngeteh kami hari ini....Alhamdulillah panas2


Siap ngeteh jalan kaki ke Pasar Jalan Ibrahim.... tinjau ramai2 tuhhh....



Tahniah Mr P kerana berkhidmat dengan cemerlang....



Inilah kopitiam yang PM singgah.... Tengok nama kedai tanya tekak he he...


Pak we ( baju hitam belang putih ) dok tinjau apa ada kat kopitiam yang masih penuh dan kalut tuh....Ada wartawan buat liputan rupanya...




Ini dua bungkus anak ikan yang Ku beli di Pasar Jalan Ibrahim....comel

06 April 2012

BERKASIH SAYANGLAH KERANA ALLAH....


Seseorang yang berperibadi kuat umpama besi waja semakin dibakar oleh keadaan, semakin dititik oleh cabaran hidup semakin teguh dan waja untuk menghadapi hidup.

Seseorang yang berperibadi lemah laksana tanah apabila diketuk oleh cabaran hidup ia akan berkecai.

Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu, sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan, segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman.

Hindarilah diri dari menjadi manusia yang suka berpuak puak dan berpecah pecah. Contohilah resam semut bila bertemu seakan bersalam dan suka bekerja sama di antara satu sama lain.

SESUNGGUHNYA IA ADALAH UNTUK MENGINGATKAN DIRI KU SENDIRI....

MENGEJAR USIA....


Syukur kepadaMu Ya Allah kerana memanjangkan umur ku hingga ke saat ini... Alhamdulillah Allah mengurniakan nikmat Rezeki, kesihatan tubuh badan dan akal fikiran dan berkasih sayang kerana Allah ....

Rasa baru beberapa ketika memegang nombor 43 ....Ehhh dah pegang nombor 44 pulak .... cepatnya masa berlalu... Ia tidak menunggu kita walau sesaat pun....

Terima kasih kepada Mu Ya Allah....Terima kasih kepada darling ku kerana memartabatkan diriku sebagai seorang isteri dan ibu, kasih sayangnya yang sentiasa melimpah ruah.... LUV U SO MUCH, kedua ibu bapa yang melahirkan Ku ke dunia ini sehingga ke saat ini - sentiasa ada waktu senang dan susah, anak-anak yang dikasihi - sayang anakandaku semua , adik-adik yang sentiasa mendoakan ku, sahabat handai, anak murid didik yang diingati, dan semua yang mengingati dan memberi ucapan serta doa.....

Semoga Allah akan memanjangkan umur ku , melimpahkan rezeki untuk ku , memberi kesihatan tubuh badan dan akal fikiran dan nikmat berkasih sayang kerana Allah....

MERAH ITU MENAWAN....



Ada cerita di sebalik kasut kamiiii.....Jeng jeng ....maaf jumpa lain kali.....

05 April 2012

JANGANLAH BENCI MEMBENCI-DENGKI MENDENGKI DAN BERMUSUH-MUSUHAN.

Dari Abu Hurairah r.a, katanya : " Telah bersabda Rasulullah SAW : ' Janganlah kamu berdengki-dengkian, dan jangan kamu tipu-menipu, dan jangan benci-membenci, dan jangan musuh memusuhi, dan jangan kamu berjual beli atas jual beli setengah yang lain, dan jadilah kamu sekelian sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara.

Seorang Muslim adalah bersaudara sesama Muslim, tidak boleh menganiayanya, tidak boleh membiarkannya tertindas, tidak boleh mendustainya dan tidak boleh menghinanya.

Taqwa itu berpunca dari sini - sambil Nabi SAW menunjukkan ke dadanya tiga kali. Sudah memadailah kejahatan seorang itu jika ia menghina saudaranya yang Islam. Seorang Muslim ke atas seorang Muslim yang lain diharamkan darahnya, harta bendanya dan kehormatannya.

02 April 2012

MENU UTAMA ADIK BILA NGETEH.....





Roti canai dua keping itu pasti.... ada satu warong roti canai tu siap dah boleh agak bila si bongsu ni datang, mesti pakcik tu tanya "roti canai dua keping ke dik...."


Satu lagi roti tisu.... bukan kenyang pun makan roti tisu ni.... saja nak ngetehlah katakan....walau apa pun ia lebih baik dari lain2 makanan segera kerana ia made in " Orang Islam " he he...Tak de bimbang sumber ia diperbuat...





Air teh laici panas....Abang Ud lah.... dan ibu pula Kedondong asam boi.....Abah pula biasalah jaga kesihatan teh o jer... tapi yang pasti semua air yang kami order pasti abah minum hu hu.... bijak2 my darling ni....



Ni bang Yas punya order tak lah cun sangat or tinggi membukit tapi rasa memang best... smooth jer...