07 September 2009

DAH NAK RAYA DAH......




Alhamdulillah dah 17 hari berpuasa......ini maknanya ada lagi 12 atau 13 hari lah lagi......Tak sedar pejam celik dah nak raya..... Mengemas rumah tak lagi. Setiap tahun cakap dengan Darling Janggut azam sebelum Ramadhan nak mengemas , senang nak suruh anak-anak....tp azam terus azam..... he he....Tp tima taceh lah darling janggut, sebab setiap tahun melayan kerenah nak rayaku.....

Huh huh.... tahun ni darlingku buatkan tingkap baru.....Tq I Luv U......
Saja seronok2 , ya lah duduk kampung ni suasana raya masih lagi meriah...Walaupun rumah ku pondok ajer....tp syukurlah kerana dapat kami sekeluarga berteduh.... Alhamdulillah.

Cerita nak raya ni biasalah banyak persiapan yang nak dibuat....Tp maklumlah anak yang ramai ni, bulan Mei lagi dah start menyopping....bayar upah jahit baju sekeluarga ajer dah RM 600....adus!! Alhamdulillah Allah limpahkan rezeki untukku dan darling untuk mengahdapinya.

Cerita raya lagi.....
Macam tahun-tahun yang lalu jugalah kuih2 ku kuih tunjuk belaka.....Bab kuih dan juadah hari raya ni aku biasanya buat simple dimple jer.... ya lah beli yang anak-anak suka makan jer...Tp peti sejuk memang penuh le stok bahan mentah dan makanan segera.....kaum kerabat datang kenalah buat hidangan panas.....

Wabak H1N1 masih lagi melanda Malaysia menjelang Hari Raya.....
Ya Allah jauhkan wabak ini melanda ahli keluargaku.... risau juga dah nak raya ni memikirkan H1N1.....Anak-anak yang kecil tak bawak g shopping, cuma yang besar -besar ajer cari baju , seluar n kasut sendiri.....Ya lah dah bujang anak dara ni, masing-masing dah ada selera sendiri.....Kita belikan tak berkenan depa...

Tak lupa untuk kengkawan dan semua yang mengenali diri ini SELAMAT HARI RAYA , MAAF ZAHIR BATIN...









2 comments:

  1. Sam...ingat aku lagi tak...ramai member2 smdo 81-85 cari member. Masuk facebook under exsmdo, ramai dah geng yg join. We all plan nk buat reunion...

    ReplyDelete
  2. as salam,

    saya adalah penulis baru karnaDya,Nora Fuad, Buku saya Dimensi Cinta, sudi-sudikan membeli dan membaca.

    terima kasih.
    Wassalam,

    ReplyDelete