16 February 2011

BUAH YANG DISEBUT DI DALAM AL QURAN











Buah-buahan yang disebut dalam Al-Quran

Sesungguhnya apa yang diciptakan oleh Allah SWT mempunyai hikmah yang amat besar sama ada yang hidup melata di atas muka bumi, yang terbang di udara, yang hidup di air, manusia, tumbuhan dan sebagainya.
Semua itu menggambarkan kebesaran dan kekuasaan Allah.

Firman Allah: dalam surah Al-Mukminun ayat 51
Maksudnya: “Wahai rasul-rasul, makanlah daripada makanan yang baik-baik lagi halal, dan kerjakanlah amal yang soleh. Sesungguhnya Aku maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.

Firman Allah: dalam surah Al-Baqarah ayat 172
Maksudnya: “Wahai orang yang beriman, makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadah kepadanya.

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 168
Maksudnya: “Wahai sekalian manusia makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang terang nyata bagi kamu.

Kesemua ayat-ayat di atas menerangkan perintah Allah Taala ,agar manusia memakan makanan yang baik lagi halal agar mereka mendapat kebaikan dan kesihatan.
Nilai tumbuhan sebagai sumber makanan dan ubatan berpandukan kepada kajian sains pemakanan dan kesihatan
.


KURMA

Kurma sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan juga niasin.Ia lazimnya dimakan semasa bulan Ramadhan dan mempunyai khasiat serta nilai yang tinggi dalam dunia perubatan tradisional.

Kurma yang dikenali sebagai Phoenix dactylifera L. Dari segi saintifik amat berkesan bagi mengubati gangguan usus yang kronik, dimana ketidakserasian dengan gluten, menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna.

Kurma mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dicetuskan oleh gluten dalam usus kecil. Tindakbalas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan.

Selain daripada gangguan usus, jus kurma berkesan untuk mengatasi masalah sembelit.

Bagaimanapun minuman ini tidak sesuai di amalkan oleh mereka yang mengidap penyakit diabetis, kerana ia boleh mendatangkan kesan yang lebih serius.

Jus kurma juga merupakan penawar mujarab dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah insomnia. Bagi mereka yang mengalami masalah batuk jus kurma sesuai untuk diamalkan kerana kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong sekaligus menghentikan batuk.

Kurma dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang banyak kerana telah terbukti, di dalam Al-Quran terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma.

Mengikut pendapat pakar perubatan, buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil dan selepas bersalin. Hal ini berasaskan kepada wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya memakan buah kurma ketika beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin.

Firman Allah:
Maksud: “Dan gegarlah kearahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak. “Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merungsingkan.

Rasulullah juga pernah bersabda mengenai hal ini ,sabdanya:” Beri makan buah tamar kepada isteri-isteri kamu yang hamil dan barang siapa yang memakan buah tamar tersebut semasa hamilnya, maka anak yang akan lahir itu akan menjadi seorang anak yang penyabar dan bersopan- santun, kerana makanan Siti Maryam ketika melahirkan Nabi Isa AS adalah buah tamar.

Sekiranya Allah ada menjadikan sesuatu buah yang lebih baik daripada tamar sudah tentu Allah telah memberikan (kepada Siti Maryam)”

Hasil kajian menunjukkan jus kurma dapat menolong mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran, memperkukuhkan lagi urat-urat rahim pada bulan-bulan terakhir kehamilan dan membantu memudahkan proses kelahiran bayi.

Jus kurma juga dapat mengurangkan tumpah darah, menguatkan organ rahim serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi.

Jus kurma membantu mencegah daripada sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, lesu dan barah usus besar, merangsangkan selera makan, menguatkan ingatan dan melawaskan. Disamping menambahkan tenaga seksual,kurma juga boleh digunakan sebagai pencuci mulut.


Mengikut hasil kajian Ahli Sains Mesir telah terbukti khasiat kurma dalam membantu memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh badan serta mencergaskan minda dan membantu tumbesaran kanak-kanak. Ia juga membantu melicinkan perjalanan darah dan menghindari dari penyakit barah, merawat buah pinggang dan mencuci hati, dan membantu mengurangkan pengaliran darah semasa kelahiran.

Tidak sahaja buah kurma, umbut dari pokok kurma juga boleh dijadikan makanan dan ia juga mempunyai khasiat yang tersendiri.
Pengeluar kurma dunia ialah Arab Saudi, Iraq, Iran, Mesir, Tunisia dan Alger


ANGGUR

Allah Taala telah menyebut mengenai buah Anggur di dalam Al-Quran sebanyak 6 kali.
Semua perkara yang berkaitan dengan buah anggur di dalam Al-Quran melambangkan nikmat dan kurnia Allah kepada hambanya.

Buah Anggur dikenali sebagai Vitis vinifera iaitu dari family vitaceae merupakan buah yang paling baik dan banyak faedah daripadanya.

Anggur boleh di makan ketika basah ataupun kering yang dipanggil kismis. Ia juga di gunakan untuk membuat jus anggur dan arak. Walau bagaimanapun arak diharamkan oleh Islam kerana membawa kepada kemudaratan.




Sumber Yang Terdapat Dalam Buah Anggur
Mineral (kalsium & fosforus)
Vitamin A&B
Gula (glukos & fruktos )

Kandungan yang terdapat dalam buah anggur diperlukan oleh limpa manusia bagi tujuan simpanan dan akan dikeluarkan ketika diperlukan seperti ketika berpuasa.

Walaupun buah anggur merupakan buah yang baik, sumber kekuatan, ubat yang baik, minuman yang baik tetapi jika pengambilan yang berlebihan akan membawa kepada sakit kepala.

Walau bagaimanapun semua kelebihan dan kenikmatan buah Anggur adalah rezeki yang diberikan kepada manusia oleh penciptanya Yang Maha Agung.


BUAH TIIN

Buah Tiin adalah buah yang paling istimewa di kalangan orang Islam kerana Allah SWT telah menggunakan buah Tiin ketika bersumpah dan menamakan satu surah dalam Al-Quran dengan nama Al-Tiin.

Buah Tiin di sumpah kerana padanya terdapat sumber makanan, buahan dan nilai ubatan. Buah Tiin yang dikenali sebagai Ficus carica dianggap sebagai sumber makanan kerana ia merupakan buah yang lembut serta mudah di hadam dan mengandungi serat yang tinggi.

Nabi Muhammad pernah menyatakan tentang buah Tiin dan nilai ubatan yang terdapat padanya.

Sabda Nabi :”Makanlah kamu semua dan makan darinya (buah Tiin),sabda Nabi lagi, sekiranya Aku katakan: “sesungguhnya buah yang turun dari syurga maka aku kata “inilah buahnya” ini kerana buah syurga tiada keraguan. sesungguhnya ia boleh menyembuhkan penyakit buasir dan mendatangkan faedah bagi sendi-sendi.”

Pengesyoran ini terbukti apabila terdapat kajian yang dijalankan membuktikan bahawa buah Tiin benar-benar memberi kesan dan penawar kepada penyakit buasir, bengkak-bengkak pada badan, melawaskan air kencing serta merawat batuk yang berpanjangan.





BUAH ZAITUN

Zaitun atau di kenali pada nama saintifiknya sebagai Olea eurofaea dari family oleaceae Juga merupakan satu buah yang digunakan oleh Allah sewaktu bersumpah.

Allah bersumpah dengan buah Zaitun kerana padanya terdapat sumber makanan dan ubatan. Segala yang terdapat pada pohon zaitun memberi manfaat kepada manusia bermula dari minyak, kayu, daun dan buahnya. Minyak zaitun amat terkenal di kalangan orang Arab kerana cahaya yang dipancarkannya bersih bertepatan
dengan firman Allah:

Maksudnya:
Lampu itu dinyalakan dengan dari pokok yang banyak manfaatnya, pokok zaitun yang bukan saja disinari matahari ketika naiknya dan bukan sahaja ketika turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari)hampir-hampir minyaknya itu dengan sendirinya memancarkan cahaya yang bersinar(kerana jernihnya) walaupun ia tidak di sentuh api..,

Minyak zaitun juga digunakan sebagai bahan masakan dan dapat menghilangkan kesan lecur akibat terkena api dengan menyapu minyak pada bahagian kulit tersebut. buahnya yang pahit juga dapat membaik pulih perut, mengeluarkan cacing, menghaluskan kulit ,penawar racun serta melambatkan tumbuhnya uban.
Rasul pernah bersabda Ertinya: ’Makanlah buah Zaitun dan gunalah minyaknya kerana itu adalah buah berkat. Kita pasti tidak akan mendapat keberkesanannya tanpa mencuba terlebih dahulu.



HALIA

Zingiber officinale atau nama vernakularnya halia dari family zingiberaceae. Tumbuhan ini di gunakan sebagai rempah, bahan perisa, makanan dan ubatan. Halia biasanya digunakan semasa kering ataupun serbuk untuk menjadi bahan perisa bagi roti, sos, pemanis makanan, hidangan kari dan juga sebagai jus halia. walaubagaimana pun halia segar yang berwarna hijau di gunakan sebagai bahan masakan.

Terdapat Ayat Al-Quran yang menyatakan bahawa minuman yang dicampurkan dengan halia dan diberikan kepada kita di dalam syurga.
Firman Allah (Q:76:17)
Maksudnya: “Dan mereka dalam syurga itu ,diberi minum sejenis minuman yang dicampurkanya dari halia.(zanjabil)

Hal ini membuktikan bahawa halia mempunyai khasiat kepada manusia sama ada sebagai sumber makanan ,minuman mahu pun perubatan. Bagi masyarakat Jepun, hirisan halia di makan di antara hidangan makanan.

Halia di gunakan sebagai ubatan bagi merawat kembung perut serta sakit perut, membantu kepada penghadaman makanan, mengeluarkan angin dalam usus dan dapat menghilangkan bau mulut. Namun begitu jika di campurkan dengan sedikit gula dan air panas, jus halia dapat menghilangkan lendir dan kahak.





BUAH DELIMA

Buah delima adalah salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang kaya dengan unsur zat besi sebagaimana firman Allah: (Q:55:68)
Maksudnya :”Pada keduanya juga terdapat buah-buahan serta pohon-pohon kurma dan delima.


Buah delima atau dari segi saintifiknya Punica granatum mempunyai pelbagai keistimewaan, selain dari sedap dimakan ,ia juga mempunyai kebaikan dari segi kesihatan.

Zat besi yang terdapat dalam buah delima dianggap sebagai unsur penting dalam pembentukan darah merah. Seseorang yang kekurangan zat besi akan mengalami penyakit anemia. Buah delima juga boleh memperbaiki usus-usus dan menguatkannya, membersihkan bahagian dalam tekak serta sesuai untuk mereka yang mengalami masalah batuk.

Walaupun begitu buah delima masam juga boleh mencegah dari muntah, menghentikan cirit-birit dan melawaskan air kencing.Ini kerana buah delima mengandungi bahan pengcengkam yang mampu memegang dinding saluran perut.

Namun begitu terdapat kajian yang menyatakan bahawa biji delima dapat di jadikan ubat luka-luka yang teruk dan kebenjolan, caranya dengan mengambil biji-biji delima di tumbuk dan dicampurkan dengan sedikit madu dan disapukan pada bahagian luka.

Dengan hanya sebiji buah delima mampu memberi khasiat yang banyak kepada kita. Oleh itu kita sebagai hambanya wajiblah bersyukur dengan anugerah yang diberikan dan hargailah sebaiknya.


No comments:

Post a Comment