06 April 2012

BERKASIH SAYANGLAH KERANA ALLAH....


Seseorang yang berperibadi kuat umpama besi waja semakin dibakar oleh keadaan, semakin dititik oleh cabaran hidup semakin teguh dan waja untuk menghadapi hidup.

Seseorang yang berperibadi lemah laksana tanah apabila diketuk oleh cabaran hidup ia akan berkecai.

Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu, sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan, segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman.

Hindarilah diri dari menjadi manusia yang suka berpuak puak dan berpecah pecah. Contohilah resam semut bila bertemu seakan bersalam dan suka bekerja sama di antara satu sama lain.

SESUNGGUHNYA IA ADALAH UNTUK MENGINGATKAN DIRI KU SENDIRI....

No comments:

Post a Comment