11 May 2012

MEREKA INI KEMBAR ......

Mereka ini kembar...kedua2 nya ada di dalam kelas Ku .... Tahun 6 Johan....Yang atas tu kembar Muhd Haziq dan muhd Hafiz.... seirasss...susah nak mengecam mereka...tapi kawan2 dah kenal...bagi ku yang baru jumpa mereka tahun ini...macam2 ler....Bila panggil Hafiz mata ke arah Haziq mereka ketawakan...Bila panggil Haziq mata dok pendang hafiz...
" Cikgu, kalau cikgu nak tau yang sompek giginya tu Haziq...". "Aduihhh nak panggil kena tengok gigi ke...."
Jadi ku tanya , kenapa sompek gigi....jatuh katanya..

Yang bawah pulak Saiful Azrul dan Natasya Amiera....Kalau seorang lelaki dan seorang perempuan ni senang kenal...Yang pasti kedua pasangan ini memang menguji ketabahan, kecekalan dan kewibawaanb ku sebagai guru...Amat amat sangat... semoga mereka ini akan lulus dalam UPSR nanti....

Tahun ini mengajar kelas tahun 6 aliran akhir...Sebelum mengajar kena buat homework dulu.... Kerana mereka sangat memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar dengan akhlak yang perlu banyak diperbetulkan...Dah beberapa tahun tak mengajar murid kelas akhir ni....memang betul2 mencabar....Kebetulan Tahun 4 kelas pertama, Tahun 5 juga kelas pertama, jadi Tahun 6 ambillah kelas keempat.....Lintang pukang juga Ku dibuatnya mengajar depa ni...Nak bagi lulus jer bukan nak bagi A pun....

Ya Allah mudahkan urusan Ku....

No comments:

Post a Comment