29 June 2012

CEPATNYA DETIK BERLALU....RAMADHAN BAKAL MENJELANG...


Bahan yang telah diadun....tunggu beberapa pekerja untuk cetak jadikan kuih...


oven....


Meletakkan hiasan selepas dibakar....


Siap pack untuk dimasukkan kotak dan label.....


Ini dia sebahagian2 kotak yang telah siap....Ia untuk dihantar ke Brunei..


Rasanya baru semalam duduk di dewan semasa perhimpunan Isnin pagi....Dah tiba jumaat semula.

Jumaat ni memang bzy .....Masalah urusan yang perlu diuruskan sebelum cuti hujung minggu.....
Dan hari ini sudah punya susunan jadualnya ....Balik dari sekolah terus masak sambal udang, telur goreng dadar, masak sayur dan sambal belacan tempoyak....

Jam 2.30 ke Layang-layang menghantar adik lelaki ku berurut....Balik semula ke rumah....On d way balik berhentikan pak we kat masjid untuk sembahyang isyak....Ku pula singgah sebentar di rumah jiran yang buat bisnes untuk hari raya...

Diam tak diam dah hampir ke penghujung bulan syaaban.... Patutlah jiran ku yang bisnes untuk hari raya dah mula sibuk dengan projeknya.... namun Alhamdulillah , kerana ia membantu beberapa orang jiran yang memerlukan pendapatan sampingan untuk menyambut hari raya....Tahniah kepada kak Mes.....

No comments:

Post a Comment