01 September 2012

HARI KELUARGA IBNU HJ ABD RAZAK ( MIRGHANI)- SENGGARANG BATU PAHAT..




Alhamdulillah....berkesempatan menyambung cerita yang dah lama berlalu....
Hari keluarga ini kami sambut biasanya menjelang hari raya....cuma pada tahun 2010 kami jalankan pada 25 Disember ....hari keluarga ini kami jalankan dua atau tiga tahun sekali...dan kali ini dilaksanakan di rumah asal nenda cik abang di Kampung Parit Saidi Senggarang dan juga di rumah asal nendanya .... Memandangkan di rumah ini hanya adik kepada arwah bonda mertuaku yang mendudukinya maka keluarga Tok Ngot yang jadi tuan rumah...

Banner ini telah kami gunakan beberapa kali ....Alhamdulillah masih baik, dan rasanya hingga ke giliran seterusnya....Majlis hari keluarga Allahyarham Hj Abd Razak ni besar sebenarnya, melibatkan jumlah ahli yang ramai sehingga 350 orang , iaitu anak , cucu, cicit dan seterusnya...Bila majlis besar, bukan jumlah ahlinya sahaja yang besar, kosnya pun besar dan kami ada jawatankuasa kekal juga jawatnkuasa berubah .....Uhhh kalau nak cerita sangat panjang...

Ku , anak dara 1 dan anak dara 2 posing dengan adik arwah ibu mertuaku....Sebenarnya si bongsu dan si sapian tak kenal pun dengan atok perempuan mereka...So selalu beritahun kat dia orang kalau nak tahu rupa atok macam muka atok sainah ni lah...



Inilah cik abang dengan Cik Ngot adik beradik seibu sebapa dengan arwah ibu mertuaku dan rumah itu adalah rumah asal .....


Hadiah yang cik abang dapat....bersamanya birasku...

Ini pula cik abang bersama anak saudaranya....lawaklah gitu depa nihh...


Diantara aktiviti yang dijalankan....dan juaranya adalag my bujang dua....


Mereka ni sebaya....anakanda ku bersama sepupu2nya....
Sebenarnya banyak cerita sepanjang sahari program berjalan , tapi simpan-simpan lah untuk dua tahun akan datang....he he . Semoga Allah panjangkan usia untuk kita berjumpa lagu InsyaAllah dua tahun akan datang...


No comments:

Post a Comment