29 January 2013

MENYEPINYA UNTUK SEKETIKA....

Sebenarnya segannya nak cerita sepinya I untuk seketika yang lalu....
Melayan nafsu dunia sebenarnya....Pertengahan Oktober 2012 bermula lah edisi sibuk menyibuk tu...

Suatu ketika dulu anak masih lagi kecil2, ruang di rumah masih selesa bagi meraka...Bila umur bertambah dewasa masing mula mencari ruang yang selesa...Ada yang senang duduk di bilik sahaja... Selesa katanya...( Yalah sangat kalau duduk dalam  bilik apa nak selesanya )

Sebelum pergi ke Mekah untuk menyempurnakan Rukun Islam , ada juga hajat nak renovate rumah... Tapi uhhh... istigfar banyak2 dan buat diam sahaja...

Bila dengar kawan2 ramai pula  yang telah membeli rumah baru dan atau membuat penambahbaikan rumah masing2 hati mula berkata..."
" InsyaAllah ada rezeki nanti balik dari Mekah nak kumpul duit dan nak renovate sikit rumah tuhhhh..... Nak settle perkara yang wajib dulu iaitu menyempurnakan Rukun Islam...Terpulanglah pada insan lain, tapi bagi I, I nak menyempurnakan rukun Islam I dulu, dah tu barulah nak memikir nak menambah harta dunia....

Dan Alhamdulillah rezeki dari Allah akhirnya pembinaan pun bermula pada 14 Oktober dan siap pada 8 Januari...Itu pun belum sepenuhnya....( Sekarang masa untuk mengemas , mengecat dan touch up serba sedikit )
Diam tak diam sudah cecah 50 xxx K untuk renovate rumah itu...


Ini bentuk rumah asal I, tapi masa ni awning depan pintu dah pun dibuka...


 
Jentera untuk menanam cerucuk....


He he tukang rumah...sorry terambil gambar....fokus tuhhh...

 
Fasa 2...Cuba fikirkan macam mana kelam kelibutnya I masa tu kerana bumbung rumah mula dibuka awal November iaitu musim hujan bermula....Huhhh macam duduk kat rumah kotai rasanya.... Kalutnya tak terkata masa tu...Kekanda pulak sibuk dengan urusan untuk ke Pakistan...


Sebelum dinding dipecahkan untuk sedikit pembesaran...



Dinding baru.....

Setelah dipecah dan tambah beberapa kaki.... Bersilat dengan debu kami waktu ni...


Ini pula ruang lama porch yang di ubahsuai menjadi hall....


Fasa 3.... Dah siap untuk bahagian dalam rumah, tinggal proses membuat longkang dan mengemas..


Siap sepenuhnya....Alhamdulillah syukur....




Pintu yang memberikan banyak cerita.... Dari bentuk bowling menjadi cawan hu hu.... Alahai encik tukang, dah beritahu awal2 bentuk cermin tu akan berbentuk seperti bola bowling...terbalik pasang jadilah cawan...( Tukang ni pasang pintu semasa kami seisi keluarga tiada di rumah .... akhirnya...)
Nak kata apa pun tak terkata....Sabar jer lah encik darling ye....

Apa pun syukur kerana semuanya telah siap, sekarang Fasa 4,   MENGEMASSSSSS............




3 comments:

  1. tahniah...boleh ziarah rumah bila balik johor nanti...

    ReplyDelete
  2. Jommmm Hanim singgah pondok I.... rindu dgn kor....

    ReplyDelete
  3. wah! rumah mak sam dah cantik.. dah lama tak pergi sana..

    ReplyDelete