27 February 2013

KALAH JUA AKHIRNYA MENGAWAL AMARAH....

Luahan rasa kiranya...apa pun InsyaAllah tidak bertujuan untuk mengaibkan  peribadi sesiapa....

Bermula dengan  taklimat program yang di anjurkan oleh PPD di Bilik Mesyuarat untuk semua guru penyelaras daerah....Dah namanya tuan rumah , sedikit tidak sediakan juga minum petang untuk tetamu ...
Jam dah menunjukkan 2.00 pm, minum petang yang dipesan tidak sampai juga....Guru-guru dari sekolah lain dah mula sampai....Bos dan Pegawai dari PPD dah masuk untuk mulakan taklimat...
Cuppp baru lah seorang budak pekerja kantin tu hantar dua piring kuih dan air ....Aikkk mana pula cawannya... Datang lagi seorang , cawan pula sedulang demi sedulang...

Dah mula geram nihhh... Tengok cawan yang di hantar  Subhanallah cawan yang comot macam berbulan tak basuh...berkerak sana sini...Wahhh hati lagi geram...Dulang yang digunakan pulak MasyaAllah bukan sahaja bertahi lalat sana sini, dah terpeleot bucu-bucunya...Aduiihhh segan nih kalau cikgu2 nampak, serba tak sempurna pada pandangan mata I...Nak tak nak turunkan dari dulang dan susun atas meja....Bertambah lagi gerammmm.....

Kuih kedua datang ... Bos dah menjemput untuk minum, pinggan tak sampai lagi.... dengan kasut 2 inci I berlari turun ke kantin tanya pinggan polisterin seperti mana order  semasa Jumaat lepas...Apa jawabnya " Alamak cikgu lupa beli lah  ...." Wa ha ha dah tak sabar dah ni....syaitan pun dah goda supaya aura marah tu datang....

Maka terkeluar " MasyaAllah... awak ni macam mana, benda simple pun tak boleh nak settle, dia orang nak makan dengan apa ni... Bos dah jemput makan tau tak...lepas tu awak tau tak , awak kasi cikgu2 ni minum guna cawan yang sangat comot...macam setahun tak basuh....Esok awak klorok cawan2 tu boleh tak ? Awak ni nak meniaga ke tidak... Failed betul lahhhh.....Pap ! habis mengahamburkan amarah terus berlari naik semula ke bilik mesyuarat....ohhh Tuhan .....sampai di atas tetamu dah makan beralaskan tisu....Ermmm sedih kerana melayan tetamu sedemikian rupa....( I memang cerewet bab melayan tetamu ni...)

Layankan jer lah depa nihh.... sedang sibuk menuang minuman lah kononnya, datang lagi sejenis kuih bersama pinggan polisterina....

He he... ada pulak bunyi dari rakan2 ni...wahhhh ada makan lagi lah..mi goreng kot....kelakar . Tak tau depa ni sebenarnya piring makan kuih yang  baru sampai....

Sebenarnya bukan apa buka cerita ni...Untuk mengingatkan diri sendiri. Belajar2 lah berniaga secara professional. Kalau rasa tak mampu untuk mengembek di kandang kambing, cukup lah sekadar menguak di kandang lembu...Belajarlah memperbaiki kelemahan...Sekurang-kurangnya tahu tentang adab berprotokol...Sesuaikan lah dengan pelanggan kita... Bukan kita nak ditabik atau sebagainya tapi cukup sekadar berikan kesempurnaan. Bersih, teratur,  bertutup dan apa sahaja yang berkaitan....Jangan lah hidangkan makanan tanpa bertutup...berapa sen sangatlah plastik wrappers tu dan sediakan tisu....
Aduhhh dah macam mak nenek pulak...tapi sesungguhnya memang untuk mengingatkan diri sendiri....


No comments:

Post a Comment