05 May 2014

WABAK MERS CoV PERTAMA DI MALAYSIA

 Walaupun terlambat tapi nak share juga dan untuk diri sendiri sebagai ingatan..

Semua satu Malaysia dah mengetahui tentang berita ini...liputan Meluas...MERS CoV... semua orang boleh google cari makluamt berkaitannya...
Apa yang membuatkan Kak Meha ingin menulis berkaitannya..

Pertama tentang wabak itu sendiri yang menimpa arwah yang kebetulan memang en kekanda mengenalinya ... sebelum kak meha membina rumah di kampung Separap, kak meha tinggal di
Lorong 3 kg Bintang Laut selama setahun selepas berumahtangga. Kebetuan pula kami pernah sama-sama berkursus pada tahun 2009 untuk menunaikan haji . Tambahan pula arwah adalah pekedai jadi ramailah yang mengenalinya

Yang Keduanya , sekolah tempat kak meha bertugas adalah hampir 40% dari penduduk Kg Bintang Laut. Dan anak kepada si mati adalah pelajar sekolah kami dari kelas Tahun 5 Bijak.

MasyaAllah betapa kalutnya sekolah kami dengan berita kematian ini. Maklumah murid2 ni pandai mereka buat rumus sebelum berita benar2 jelas... Depa kata H1N1....Macam2 cerita yang depa cerita.

Dan waktu itu memang kebetulannya musim batuk selsema ke....memang kalut... Bertambah kalut dengan berita2 rumus dari Wassap Grup WargaSKP...
MasyaAllah memang gerun, apa tidak nya bila perhimpunan pagi sebeum masuk ke kelas di dewan sekolah kami, batuk murid2 bersahut-sahutan...kami guru2 di dewan jadi panik...Kenapa jadi macam ni merebak hingga ke sekolah ke, sedangkan anak kepada arwah si mati masih agi bercuti dan dalam kuarantin. Kalau nak cerita meamng panjang...
Tindakan segera pihak sekolah telah membekalkan mask , memberi penerangan yang jelas dan meminta penjaga mengambil anak2 mereka. Memang tak daya cikgu2 nak menghantar balik depa ni, sebab ramai sangat yang batuk, demam dan selsema.




Pihak sekolah juga telah memanggil Pegawai dari Pejabat Kesihatan yang bertugas di Klinik Sementara / Pusat rawatan sementara di Komplek Penghulu Mukim Peserai. Dan syukur penerangan yang jelas mengurangkan juga kerisauan kami. Apapun waktu itu kami berdoa , tunggu dan lihat perkembangan seanjutnya. Maklumlah jumlah kuarantin rumah bertambah mengikut laporan berita2 harian. Sehingga 23 April bermacam rumus yang kak meha dengar hingga menggugat iman

....Untuk menyedapkan hati kak meha call Pn Fauziah Hassan NYDP PIBG sekolah kami yang bertugas sebagai sukarelawan di Pusat Rawatan tu...

Alhamdulillah penerangannya juga jelas menurut katanya , Pusat Operasi telah ditutup dan semuanya bebas dari wabak cuma masih ada beberapa orang masih dikuarantin namun mereka negatif wabak. Diberitahu juga bahawa virus MERS CoV sukar untuk merebak di negara kita kerana faktor cuaca yang panas lembab. Alhamdulillah semoga Allah lindungi kita dari wabak yang belum ada penawarnya.

Terima Kasih mr google dgn gambar yg dikongsi....bukan tak ada gambar sendiri tapi semua dlm hpon belaka...


No comments:

Post a Comment