24 November 2013
BERMULANYA SEMALAM - HARI INI - MINGGU HADAPAN - DAN SETERUSNYA
BERMULANYA SEMALAM - HARI INI - MINGGU HADAPAN - MINGGU BERIKUTNYA - DAN SEPANJANG CUTI PERSEKOLAHAN INI...
Alhamdulillah bila cuti sekolah ni seronok tak terkira... bagi kami yang cikgu lah katakan. Orang kata kerja separuh hari jer pun tak macam kerja ofis... Tapi tahu tak macam mana dasyatnya peranan cikgu ni , ia adalah guru bukan sahaja ilmu dunia tapi juga ilmu akhirat disampaikan sama...
Ya Allah minta ampun dengan Allah sekiranya tidak dapat menjalankan amanah allah dengan cukup sempurna...
Bagi mereka yang bertugas di ofis walau apapun jawatan yang disandang namun kebanyakan berhubungkait dengan kertas , mesin , peralatan tapi kami berpelanggan dengan hamba Allah yang akan menghadapi dunia milik Allah ini...
Aduihhh meleret sudahnya... nak cerita tentang cuti ni, sebenarnya ramailah yang ambil kesempatan untuk mendirikan masjid pemanis kata - berumahtangga bahasa sebetulnya.
Alhamdulillah dan tahniah... semoga kurangnya maksiat di bumi Allah ini..
Bagi yang mengundang Kak Meha... terima kasih - InsyaAllah dengan izin Allah Kak Meha akan sampai juga.
Ini baru sabahagian kad undangan yang diterima - Kad ni special sikit - semuanya rakan sekolah kekanda - maklumlah kekanda tiada kerana berdakwah ni - bimbang terlepas pandang pulak. Kad undangan yang masyarakat setempat simpan di tempat lain, sebab rumah depa ni senang nak cari...
Ini pula cenderhati yang Kak Meha terima semalam dari undangan majlis perkahwinan... Not bad cantik dan lain dari yang lain...Brooch yang sweet sweet...
Bagi kaum wanita inilah cenderahatinya manakala lelaki pula mendapat goodies bag yang mengandung buah epal, air dan telur pindang...
Dan hari ini pula makanan ringan dan air... Apa pun yang orang beri, terimalah dengan penuh kesyukuran dan hargailah...
Ingat beberapa tahun lepas my fav novelis ada menyatakan bahawa " bontrot bunga telur " kini semakain pupus dan telah digantikan dengan makanan ringan ....katanya macam tak ada sentimental value sempena majlis perkahwinan... he he ya kot...maklumlah budaya kita kalau boleh majlis perkahwinan ada bunga telur. Tapi dulu semasa harga barang semua murah "bontrot pengantin " ni kalau di kampung mesti nasi... tak kira lah nasi apa pun. Dulu orang kata nasi minyak...sekarang ada yang kata nasi jagung, nasi beriani , nasi tomato dan sebagainya...
Tapi sekarang semua harga barang meningkat nampaknya ekonomi perlu dijaga jadi berbagai bentuk cenderahati mengikut kemampuan keluarga tersebut...Tapi bagi Kak Meha itu bukanlah masalahnya kerana yang penting adalah menghadiri majlis yang tidak berunsur maksiat adalah wajib.
Berpada-padalah asal tidak membazir...kerana membazir itu amalan syaitan
23 November 2013
LAGI SHARE CERITA....
Untuk anak-anak yang dikasihi dan kekanda darling hu hu....
Jangan marah darling....you sangat baik dan terlalu baik...
TO ME .... OHH NOOooo...
dalam usia kak meha sekarang dah kena penyakit darah tinggi (HBP)..Sungguh ni tak main2 punya hingga satu ketika mencecah 200/100....Tuhan sahaja yang tau macam mana saat itu... kaki dah rasa tak jejak ke lantai, kepada dah berat berpinar...
Kini Alhamdulillah under control....Takutnya Subhannallah ... dengan anak2 yang masih kecil ...EEEeee takut nak fikir....
Terima kasih Ya Allah kerana memberi ruang untuk ku bernafas dan beribadat kepada Mu....
HAKIKAT SEMBAHYANG....
Gambar ihsan mr google
Alhamdulillah selamat sampai ke rumah setelah menghantar Anak Dara 1 balik ke KUIS...
Jalan tak berapa lancar hari .. keluar dari rumah pukul 12.00 tgh sampai 3.15 pm....
Balik pun serupa keluar jer dari KUIS my Waze dah bagi signal merah....
Memang Jammed teruk.... sebab apa pun tak pasti , mungkin cuti sekolah....
Apa yang kak meha nak kongsi adalah rasa terkilan.... sangattt...
Ceritanya begini...
Solat jamak takdim maghrib Isyak di R& R Pagoh...he he ikut belakang sebenarnya... Kalau kita exit dari Highway Utara Selatan di Pagoh kita akan lalu Pekan Pagoh... Selepas Pekan Pagoh sebelum tiba di pekan Pt Sulong kita akan berjumpa dengan R&R Pagoh... Tapi lalu ikut pintu belakang....
( Dah cerita lain ler pulak .... intro tu bagi yang tak pernah melaluinya )
Surau R & R Pagoh ni memang sejak azali kot sentiasa penuh...Mungkin ia merupakan R&R yang paling jauh untuk ke JB atau paling dekat untuk sampai ke kampung halaman...Dan mungkin juga keluasannya yang agak kecil....
Bila ramai kaum Muslimat ni faham2 jer lah... ruang tak mencukupi begitu juga dengan telekung....Berapa banyak sangatlah telekung yang disediakan....namanya R&R....
Sedihhh... Wahai kaum muslimat, wanita2 solehah , wanita2 yang dikasihi oleh Allah , gadis2 yang dirahmati Allah dan anak2 perempuan solehah bawalah telekung walau ke mana kamu keluar dari dari rumah....
Allah memang memudahkan dan meringankan hambanya untuk beribadat... tapi ia adalah mengikut waktu dan ketika...darurat misalnya...Kalau mengikut alim ulamak darurat tu pun sangat tak terjangkau oleh kita terutama kita di Malaysia nih...
Sedih sebenarnya... macam mana nak dapat hakikat sembahyang...Tau tak hakikat sembahyang tu macam mana...MasyaAllah... Kak Meha ni bukan cerdik dan tinggi mana ilmu agamnya tapi boleh juga nak kongsi... lagi pun tak bertujuan untuk mengajar hanya untuk mengingatkan diri semata-mata.
Berbalik cerita di surau R&R tadi...kalau kanak2 solat tak pakai telekung ti tak delah masalah sangat...Ini mak-mak orang dan kakak-kakak orang....
Pakai seluar jeans ketat T-Shirt lengan panjang bersolat dengan memakai telekung sahaja tidak menggunakan kain solat ,
memakai baju kurung yang kononnya tudungnya agak labuh tapi nampak pergelangan tangan ( tak pakai telekunglah tu ).
Lagi cantik berjubah cantik ber 'bling-bling' siap dengan tudung yang macam labuh lah....( tapi kain masa kini tulah kain lycra ).
Tahukan macam mana kain lycra tu... kain yang bergetah mengikut bentuk badan hinggakan lekuk ponggong pun boleh nampak....
Ada yang memakai track suit dan baju T-Shirt Muslimah....Macam2 ragam...
macam mana nak dapat hakikat solat kalau gitu gayanya...
Sedangkan aurat wanita tu adalah seluruh muka kecuali tapak tangan.
Kenapa boleh macam tu solatnya... adakah kerana tidak membawa pakaian telekung solat, atau terikut-ikut dengan budaya di luar negara yang ambil mudah tentang solat.... Sekali sekala terdengar ceramah agama oleh uztaz2 tertentu di kaca TV tentang kelebihan dan bagaimana solat yang sempurna pun terasa sangat kerdil sekali solatku....
Wahai wanita2 yang dirahmati Allah tak berat mana kain telekung tuh....kalau dibanding handbag yang dalamnya penuh dengan pelbagai isi ... kadang terfikir juga alat solek, handphone atau apa saja gajet masa kini boleh pula sumbat dalam handbag....
Ya Allah minta ampun ya Allah hanya untuk mengingat diri semdiri....
Nak tulis sikit tentang hakikat solat mengikut alim ulamak yang dipetik dari al-quran dan hadith apa itu hakikat solat... berusahalah kita ke arah itu...
Solat khusyu’ dan khudlu’
Erti : Shalat dengan konsentrasi batin dan merendahkan diri dengan mengikut cara yang dicontohkan oleh Rasulullah Saw.
Maksud Solat Khusu dan Khudu
Membawa sifat-sifat ketaatan kepada Allah Swt didalam shalat kedalam kehidupan sehari-hari.Apa yang dimaksudkan dengan kehidupan kita sehari-hari.. Sekiranya di dalam solat kita menutup aurat dengan sempurna , membawa ayat-ayat Allah , berzikir , berdoa dan menunaikan perintah2nya juga meninggalkan larangannya di dalam solat pasti hakikat solat yang khusuk dan khudu' akan masuk dalam diri kita. Solat bukan hnaya perbuatan kita qiam, rukuk , sujud dan sebagai nya tetapi ia adalah satu hakikat yang membawa kepada kehidupan dan khusyuknya solat.
Jann sampai di akhirat nanti Allah lemparkan solat kita yang tak sempurna seperti kain buruk ke muka kita
Fadhilah :
1. Allah berfirman : Sesungguhnya solat dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar.
2. Allah berfirman : Carilah pertolongan Allah dengan sabar dan solat.
3. Rasulullah Saw. Bersabda : solat adalah milahnya orang beriman.
Cara mendapatkan :
1. Dakwahkan pentingnya solat
2. Latihan dengan cara :
a. Memperbaiki dhahirnya solat.
b. Menghadirkan keagungan Allah
c. Belajar menyelesaikan masalah dengan solat
3. Berdoa kepada Allah agar diberikan hakikat solat khusyu dan khudu
(dipetik dari hakikat solat - 6 sifat para sahabat dan sahabiah )
Macam yang Kak Meha kata tadi keadaan kita belum lagi darurat. Rosaknya solah kita kerana sikap kita yang meringan-ringankan solat dan berusaha untuk mendapat solat yang terbaik yang dapat mencegah fasyak dan mungkar.
Minta ampun , minta maaf pada Allah dan muslimat yang membaca cerita ini... dengan ikhlas hati ia bertujuan untuk memperbaiki amalan sendiri...
22 November 2013
KEJUTAN DI LUAR JANGKAAN 2
Bunyi pepatah ni macam sedap disebut dan enak didengar....sangatt...
Setelah 24 tahun berkhidmat sebagai guru memang ia benar2 kejutan ....bukan sahaja kejutan tapi tamparan yang sangat hebat . Mula dengar istighfar panjang hingga ternganga mulut...Memang tak terjangkau oleh akal tapi redha semua adalah kerja Allah , makhluk hanya berusaha....
Siapa yang harus dipersalahkan...
Tak payah tuding menunding jari menyalahkan sesiapa...satu jari telunjuk menunding ke arah orang 4 jari yang lain menunding ke arah kita...
Apa pun memang terasa sangat ....Kita satu keluarga , seorang ahlinya sakit semua ahli keluarganya akan terasa sakitnya...
Cerita apa ni kak meha... hu hu...
Cerita UPSR jer pun...
22 orang pada tahun 2011 , 13 orang pada tahun 2012 , 4 orang pada tahun 2013....
Ingatan untuk diri sendiri, ajarlah anak didik dengan penuh ikhlas dan kasih sayang , InsyAllah Allah akan beri ganjarannya nanti...
Berat rasa beban yang dipikul untuk team kak meha tahun depan ....
Setelah 24 tahun berkhidmat sebagai guru memang ia benar2 kejutan ....bukan sahaja kejutan tapi tamparan yang sangat hebat . Mula dengar istighfar panjang hingga ternganga mulut...Memang tak terjangkau oleh akal tapi redha semua adalah kerja Allah , makhluk hanya berusaha....
Siapa yang harus dipersalahkan...
Tak payah tuding menunding jari menyalahkan sesiapa...satu jari telunjuk menunding ke arah orang 4 jari yang lain menunding ke arah kita...
Apa pun memang terasa sangat ....Kita satu keluarga , seorang ahlinya sakit semua ahli keluarganya akan terasa sakitnya...
Cerita apa ni kak meha... hu hu...
Cerita UPSR jer pun...
22 orang pada tahun 2011 , 13 orang pada tahun 2012 , 4 orang pada tahun 2013....
Ingatan untuk diri sendiri, ajarlah anak didik dengan penuh ikhlas dan kasih sayang , InsyAllah Allah akan beri ganjarannya nanti...
Berat rasa beban yang dipikul untuk team kak meha tahun depan ....
21 November 2013
SALAM JUMAAT....
Doa senjata mukmin....mulakan pagi dengan Istighfar , Salawat dan Tasbih 100 x setiap satu . Tambahlah dengan doa nabi Yunus . Dan amalkan lah doa2 yang termampu untuk dihafaz.
InsyaAllah...
Umur semakin meningkat . Banyak nikmat dah mula Allah tarik walau sedikit. Tampunglah dengan amalan untuk memberi ketenangan.
InsyaAllah...
Umur semakin meningkat . Banyak nikmat dah mula Allah tarik walau sedikit. Tampunglah dengan amalan untuk memberi ketenangan.
18 November 2013
KONVO ILYAS
Alhamdulillahhh....
Alhamdulillah giliran abang long dulu lah nih...Anak sulung nih ragamnya MasyaAllah sangat menguji kesabaran. Biasanya yang manja si bongsu tapi lain pula si abang long nih... Bila dah tamat belajar nih syukur sangat...
Selepas ni bujang 2 lah pulak , InsyaAllah...
Ingat dulu ada seorang cikgu super senior di sekolah ku... Meha bila anak dah kerja jer kor mintak duit dia...Kor paksa dia simpan untuk kor... tapi bukan untuk kor gunakan. Mula2 tu rasa pelik . Macam mana pulak tu... Rupanya buka satu akaun nama kita , minta anak masukkan duit gaji simpananya kedalam akaun kita tuh... dan duit tuh tak perlulah gunakan untuk kita kerana kita dah bergaji. Simpanan anak tu untuk dia guna nanti semasa nak berumahtangga, nak guna sebagai deposit nak beli kereta mungkin juga deposit tuk beli rumah...
Dan kini setalah bujang ni bekerja telah ku buat seperti yang diajar...
MELAWAT KE SARAWAK BERSAMA PPKI SK BANDAR...
![]() |
| Kuching Airport |
27 -29 SEPTEMBER 2013
Ikut kekanda ke Sarawak. Kekanda bawa murik PPKI ke Sarawak. Ada yang tanya tak bawa anak ke...Memang tak bawa anak. Maklum anak 8 , bawa 1 kan nanti ada pulak yang jelez. Si kecik dok kata nak ikut beritahu kat dia..." adik belajarlah betul2 nanti masuk Universiti kat Sarawak. Ibu dah tua baru dpt ke Sarawak ".
Alhamdulillah dia sangat positif.
" Janji tau nanti bila-bila kita pergi tidur hotel yang ada kolam renang ye...."
Nak cerita betapa kurang seronoknya ke Sarawak kerana mengikut agensi pelancongan bukan dari bangsa kita...maka semua makan adalah berbentuk China Style....
Semoga Allah ampunkan kami....setelah 2 kali makan maka tekak tak boleh terima. Akhirnya Maggi yang dicari...
![]() |
| 3 bujang datang nak jemput ibu n abahnya |
![]() |
| Tempat pertama yang kami lawati - Seriken |
![]() |
| Pasar Satok - Bolehlahhhh |
![]() |
| Satu2 nya tempat makan melayu yang sangat sedap dan lazat |
![]() |
| mi kolok |
![]() |
| Laksa Sarawak - tak pandai nak makan - rasa macam jamu pun ada. |
![]() |
| Pucuk miden - pucuk paku |
![]() |
| Minyak angin ni yang ku borong sebagai cenderahati |
![]() |
| Terjumpa anak murid - Siti Balqish bt Abd Kadir yang telah menjadi pensyarah dan Nurmunawarah anak saudarnya juga anak murid ku 5 Arif |
Shopping sebelum balik - Kek Lapis Sarawak Dayang Salhah....
16 November 2013
IMBAS 3 - MY NEW MEGA
JULAI 9 - MY NEW MEGA...
Dah tua-tua ni segan pulak nak angkut camera ke sana ke mari...
Dolu-dolu ok jer...tak tahu mengapa tapi itulah hakikatnya...
Simpan Camera Digital dan DSLR....
Bawa MEGA cukup rasanya seiring usia...Pelbagai guna - All in One...Handphone - Camera - GPS - Waze dan bermacam-macam fungsi...
Alhamdulillah....
Dah tua-tua ni segan pulak nak angkut camera ke sana ke mari...
Dolu-dolu ok jer...tak tahu mengapa tapi itulah hakikatnya...
Simpan Camera Digital dan DSLR....
Bawa MEGA cukup rasanya seiring usia...Pelbagai guna - All in One...Handphone - Camera - GPS - Waze dan bermacam-macam fungsi...
Alhamdulillah....
![]() |
| Model hitam jadi pilihan - Hitam itu menawan |
![]() |
| Nampak huruf S pada bling2 pink tuhh .... |
IMBAS 3 - PERSARAAN DAN PERTUKARAN SAHABAT2 YANG DIKASIHI
JULAI dan AWAL OGOS
![]() |
| Kak Jamm - Pn Hjh Jamaliah yang bersara pilihan kerana menjaga suami ...apa pun jenis persaraan ia tetap pilihan terbaik bagi seseorang - tahniah Kak Jamm - keep in touch |
![]() |
| Sis Haida - berpindah mengiku suami - Alhamdulillah - walaupun SKP memerlukan khidmat baktinya namun penantian sehingga memperolehi dua cahaya mata untuk mengiku suami barulah tertunai - Syukur |
![]() |
| My befren - adik2 yang baik hati - selamat bertukar semoga apa terus cemerlang dalam perkhidmatan dan apa yang diharapkan Allah makbulkan.... |
IMBAS 2 - IJAZAH USULUDDIN DAN MULTIMEDIA
IMBAS - KURSUS JU-N KSSR MATEMATIK TAHUN 4
20 -24 MEI 2013
Assalamualaikum.... lama tak bersua... hari ini bermulalah cuti ku 47 hari....Kalau tolak dengan mesyuarat , kelas tambahan yang akan dijalankan pada disember nanti mungkin tinggal 30 hari kot.....Alhamdulillah setelah bercuti "memblog " hari ini terpanggil untuk menulis....RINDUUUU sebenarnya....
Menerima surat dan panggilan dari En Shaharudin ( Pegawai PPD - Bahagian Sains dan Matematik yang sedang sakit dan agak kritikal sekarang ) untuk menyertai kursus ini membuat Kak Meha rasa seriau... JU Negeri tu.... tapi Alhamdulillah setelah mendapat nasihat dari GB semuanya lancar hingga ke hari ini dan telah selamat dalam kursus penyebaran.
![]() |
| Puteri Resort - Melaka |
Assalamualaikum.... lama tak bersua... hari ini bermulalah cuti ku 47 hari....Kalau tolak dengan mesyuarat , kelas tambahan yang akan dijalankan pada disember nanti mungkin tinggal 30 hari kot.....Alhamdulillah setelah bercuti "memblog " hari ini terpanggil untuk menulis....RINDUUUU sebenarnya....
Menerima surat dan panggilan dari En Shaharudin ( Pegawai PPD - Bahagian Sains dan Matematik yang sedang sakit dan agak kritikal sekarang ) untuk menyertai kursus ini membuat Kak Meha rasa seriau... JU Negeri tu.... tapi Alhamdulillah setelah mendapat nasihat dari GB semuanya lancar hingga ke hari ini dan telah selamat dalam kursus penyebaran.
![]() |
| Diet berterbangan - makanan memang first class - tiada yang tidak sedap melainkan enak-enak belaka. |
18 May 2013
21 TAHUN....
Alhamdulillah genap 21 tahun usia kami bersama dengan 8 orang cahaya mata... Syukur kerana mengurniakan seorang suami yang menjadi teman, kekasih, ketua , motivator dan ustaz yang sentiasa mengingatkam kami alam akhirat.... sesungguhnya I amat bersyukur dengan nikmat Allah ini.... Semoga Allah memanjnag usia kami dan kasih sayang kami dengan rahmat Mu bersama anak-anak permata hati.
( Baru berkesempatan update .....anniversary kami 16 Mei , maklumlah I dok kalut dengan Hari Guru ....)
05 May 2013
BERKUMPUL LAGI SETELAH SETAHUN BERLALU...
Alhamdulillah walaupun merancang dalam keadaan tergesa-gesa, majlis kami adik beradik dapat berjalan dengan lancar ...Sebenarnya ia merupakan acara tahunan InsyaAllah... kebetulan pada bulan April adalah hari ulang tahun kelahiran my bonda dan Mei pula adalah ulangtahun kelahiran my ayahanda....jadi kami anak2 buat lah acara tahunan biasanya bulan Mei....
Tahun lepas kami makan2 di luar , di Restoran Madinat Hadramaut....Tapi tahun ini terasa nak buat di rumah dan baca doa selamat . Dan majlis di rumah I.... kami baca yasin ahli keluarga sahaja dan my anakanda mengetuai bacaan doa...
InsyaAllah tahun hadapan kami bercadang untuk buat di resort pula....Semoga Allah panjangkan umur kami dan beri kesihatan tubuh badan...
Tahun lepas kami makan2 di luar , di Restoran Madinat Hadramaut....Tapi tahun ini terasa nak buat di rumah dan baca doa selamat . Dan majlis di rumah I.... kami baca yasin ahli keluarga sahaja dan my anakanda mengetuai bacaan doa...
Sibuk si cucu2 nak beli kek... tunaikan jerlah hajat depa ni...
My bonda dengan cucu paling kecilnya dan my anak dara 1 dan my bujang 3....
Anak dara 1 dengan my ayahanda.....
Kebetulan bapa saudara I datang bersama my nenda... ramai lah jadinya...meriah...
Menu kami hari ini sate, rojak manis, mee hoon sup, lontong, murtabak Singapura dan otak2 ...Tegang perut dibuatnya...
Posing cucu2...ada yang tertinggal...2 orang yang paling kecil tidur....
My bujang 2 bersama my nenda....
InsyaAllah tahun hadapan kami bercadang untuk buat di resort pula....Semoga Allah panjangkan umur kami dan beri kesihatan tubuh badan...
MENGINGATKAN DIRI SENDIRI...
BARANG SIAPA YANG BANYAK BICARANYA, MAKA BANYAK PULA
SALAHNYA,
SIAPA YANG BANYAK SALAHNYA ,
HILANGLAH HARGA DIRINYA.
SIAPA YANG HILANG HARGA DIRINYA BEERTI DIA TIDAK WARAK.
SEDANGKAN ORANG YANG TIDAK WARAK ITU HATINYA MATI…..
SIAPA YANG BANYAK SALAHNYA ,
HILANGLAH HARGA DIRINYA.
SIAPA YANG HILANG HARGA DIRINYA BEERTI DIA TIDAK WARAK.
SEDANGKAN ORANG YANG TIDAK WARAK ITU HATINYA MATI…..
Subscribe to:
Posts (Atom)






































