07 September 2009

DAH NAK RAYA DAH......




Alhamdulillah dah 17 hari berpuasa......ini maknanya ada lagi 12 atau 13 hari lah lagi......Tak sedar pejam celik dah nak raya..... Mengemas rumah tak lagi. Setiap tahun cakap dengan Darling Janggut azam sebelum Ramadhan nak mengemas , senang nak suruh anak-anak....tp azam terus azam..... he he....Tp tima taceh lah darling janggut, sebab setiap tahun melayan kerenah nak rayaku.....

Huh huh.... tahun ni darlingku buatkan tingkap baru.....Tq I Luv U......
Saja seronok2 , ya lah duduk kampung ni suasana raya masih lagi meriah...Walaupun rumah ku pondok ajer....tp syukurlah kerana dapat kami sekeluarga berteduh.... Alhamdulillah.

Cerita nak raya ni biasalah banyak persiapan yang nak dibuat....Tp maklumlah anak yang ramai ni, bulan Mei lagi dah start menyopping....bayar upah jahit baju sekeluarga ajer dah RM 600....adus!! Alhamdulillah Allah limpahkan rezeki untukku dan darling untuk mengahdapinya.

Cerita raya lagi.....
Macam tahun-tahun yang lalu jugalah kuih2 ku kuih tunjuk belaka.....Bab kuih dan juadah hari raya ni aku biasanya buat simple dimple jer.... ya lah beli yang anak-anak suka makan jer...Tp peti sejuk memang penuh le stok bahan mentah dan makanan segera.....kaum kerabat datang kenalah buat hidangan panas.....

Wabak H1N1 masih lagi melanda Malaysia menjelang Hari Raya.....
Ya Allah jauhkan wabak ini melanda ahli keluargaku.... risau juga dah nak raya ni memikirkan H1N1.....Anak-anak yang kecil tak bawak g shopping, cuma yang besar -besar ajer cari baju , seluar n kasut sendiri.....Ya lah dah bujang anak dara ni, masing-masing dah ada selera sendiri.....Kita belikan tak berkenan depa...

Tak lupa untuk kengkawan dan semua yang mengenali diri ini SELAMAT HARI RAYA , MAAF ZAHIR BATIN...









ESOK UPSR

Selamat menghadapi UPSR wahai calon-calon UPSR, khususnya studentku di SKP.....
UPPM 4, 20 orang dapat 5A, di doakan UPSR sebenar lebihlah lagi.....
Esok Mate II, buat sungguh-sungguh.......doa jangan lupa agar dapat menjawab dengan baik.
GOOD LUCK TO ALL OF U.........

23 August 2009

PTK DATANG LAGI.....


Selamat BerPTK lah kita .....

Ya Allah, limpahkan rezeki kepada ku,

terangkan hatiku,

tenangkan fikiranku menghadapi PTK...

22 August 2009

UPSR dah nak dekat.....

UPSR beberapa hari lagi.....Murid yang periksa cikgu yang risau....Harap banyak lah hikmah yang Tuhan berikan periksa dalam bulan puasa ni..... Kesian juga dengan anak murid ni, ya lah letih semacam.....

Semuga semua tabah,dapat jawab soalan periksa dengan baik.....Cikgu telah digilirkan tugas untuk kelas tambahan.... Itu lah amanah, nilai gaji yang kita ambil hujung bulan.

Ujian demam dari Allah


Pertama-tama Selamat Menyambut Ramadhan kepada yang teristimewa buat suami yang dikasihi, anak-anak yang disayangi, kedua ibu bapa yang dihormati, semua umat Islam di dunia, kawan-kawan yang mengenali diri,rakan-rakan guru dan anak murid semua.Selamat Datang Ramadhan......
Alhamdulillah, lama tak menulis teringin pulak nak kongsi cerita....

Pada 16 hb. Ogos 2009 yang lalu, pagi-pagi lagi badan rasa tak selesa...., tekak rasa macam gatal....so makan le MASAD, lepas makan Alhamdulillah batuk jadi ok, tapi demam lah pulak...rasa macam demam biasa aje, tak lah panas sangat..., tp sampai ke petang semakin tak keruan, abang pulak tak de di rumah, lepas maghrib baru pergi ke klinik....AllahuAkbar, sampai klinik orang punya lah ramai.....nak masuk pun takut...lepas ambil nombor duduk lah di luar...

Jumpa doktor dan buat medical check up....punya lah panas badan 39.5 darjah C. dokor terkejut, kita lagi lah terkejut, panas sgt lah tu....Maklumlah tengah hangat wabak yang ditakuti tu...maka bersoaljawab le dengan doktor....terima kasih Dr Fadzilah, you memang doktor....Dapat MC dua hari..... rehat lah di rumah.

Malam tak boleh tidur, risau kan penyakit.....baru lah rasa muhasabah diri.... Ya Allah, takut macam2 yang difikir.Betul kata Kak Fadzilah demam dalam keadaan sekarang menyebabkan kita meleleh airmata......yakinlah dengan ajal , maut, jodoh pertemuan di tangan Tuhan, tapi apa bekalan kita.......Isnin dan Selasa cuti, Rabu pergi sekolah..... tengok murid demam aje dah fobia....Kuatkan semangat tp tak boleh , pukul 10.00 pagi rasa macam pening kepala, meloya macam mabuk.....So kekanda bawak lah lg ke klinik.... Tekanan darah naik pulak. dapat lg MC sehari, ( 20 tahun kerja tak pernah MC, cuti bersalin kitalah pemegang tropi he he )

Hari Jumaat ke sekolah...macam2 nak di selesaikan, ya lah nak cuti sekolah dan menyambut puasa lah pulak.... Kkuatkan badan,pagi ok aje, petang dah macam nak mabuk lagi....agak banyak makan ubta kot...tp risaunya Tuhan je yang tau, ya lah sikit2 simptom tu ada....Malam ambil ubat Cgu Nordin. Alhamdulillah Allah, kerana telah menyembuhkan diri insan yang lemah ini......


29 July 2009

19 June 2009

LDP kali keempat

Esok LDP lagi.....dapat lah ilmu lagi..... Nampaknya Kelas Tambahan Tahun 6 tidak dapat dijalankan ...........

17 June 2009

Tiga Hari Selepas Naik Cuti


Cuti dua minggu dah berlalu..... rasa cepatnya masa .....Kelas Tambahan dan Teknik menjawab soalan minggu pertama, Jom Gempur UPSR minggu kedua...


Hari Isnin pertama naik sekolah dah banyak tugas menanti.... yang pasti fail spsk belum tengok lagi,
stok mate separuh jalan.... maklumat murid mesti siap sebelum hari rabu....adus, nak kentut pun macam tak sempat..... tapi demi tugas, demi sesuap nasi, demi rezeki, demi anak-anak, demi amanah, demi kasih sayang, semua tetap dilalui dengan penuh sabar....

Dalam pada kalut tu sempat la pulak makan durian.... apa lagi si Dilah yang rajin tu le dok belah ( tima kaceh daun keladi kak kiah... esok2 bawak le lagi ).... nahi pulak hari ni semut makan tuan.... penuh semut meja, bawak dari rumah menumpang rambutan...(tima kaceh Nahi....selamat le duitku dari beli rambutan.....)


09 June 2009


Kenapa KEMILAU MENTARI......
Allah jadikan bumi ini dengan kebesaranNya....Bulan, Bintang dan Mentari yang menyinari kegelapan.....Semuga KEMILAU MENTARI akan menyinari pembacanya.......

08 June 2009

02 June 2009

Diriku

Ada orang panggil samms, ada orang panggil meha, ada orang panggil kak sam, ada orang panggil kak meha, ada murid panggil cikgu meha, ada murid panggil cikgu sameha....semua okey, asal orang tak panggil hoi, hey or apa saja yang tak sepatutnya.....tapi nak beritau lah bahawa nama yang sah ibu bapa beri, dan nama masa akad nikah ialah SAMEHA BT SAIRAN.


WANITA

Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatatakan wanita
Cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik
atas dasar akhlaknya.



NILAI WAKTU

Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah,
menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok
kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda
kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari
segala ketenangan jiwa.



MUHASABAH DIRI



KELUARGAKU



Hadiah Terbaik
Kepada kawan - Kesetiaan
Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat
Kepada yang muda - Contoh terbaik
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan -
Cinta dan ketaatan
Kepada manusia - Kebebasan