28 February 2010

MUSIM KEMARAU KAH KINI......















Semalam aku dan keluarga mengahdiri majlis perkahwinan saudara di Pontian. Kami keluar lebih kurang pukul 12.00 tengah hari..... Subhanallah panasnya cuaca... Terasa bahawa ini semua ujian Tuhan. Tetapi di dalam perjalanan ,baru sahaja sampai di kampung PADANG SARI pandangan mataku tertumpu di sepanjang perjalanan ( tepi jalan lah) semua pokok-pokok berbunga..... Cantiknya MasyaAllah.

Saya bercakap dengan suami, " Bang pokok-pokok ni macam kata luar negara lah", semua berbunga dengan cantik....pink and white....Lalu saya terfikir adakah sekarang MUSIM KEMARAU seperti yang diperkatakan orang atau sekarang MUSIM BUNGA,(empat musim) seperti yang berlaku diluar negara.....Yalah bila kita fikirkan semula, negara kita pun berjiran dengan THAILAND yang mengalami empat musim......

Hari ini aku ke pasar malam pula bersama suami.... Saja lah konon nak berjalan-jalan, sepanjang 20 tahun berkeluarga aku baru 6 kali ke pasar malam....Tak suka lah kategorinya, he he....cuaca sangat panas, tp mendungnya cukup gelap.... Nampak peniaga pasar malam mulai risau dan mula mengemas.....gerimis nula turun....terdengar pula seorang peniaga merungut " AKU DENGAR SEMUA ORANG KATA MUSIM KEMARAU, TAPI HUJANLAH PULAK..."

Jadi marilah kita fikir-fikirkan.....SEMUA YANG ALLAH JADIKAN DI DUNIA ADALAH DENGAN KEHENDAKNYA, MAKHLUK TIDAK BERKUASA.... ALLAH MENJADIKAN SESUATU TANPA IZIN MAKHLUK, TETAPI MANUSIA PULA SEBALIKNYA, SETIAP SESUATU MESTILAH DENGAN IZIN ALLAH....












No comments:

Post a Comment