26 February 2010

PERLAHAN DAN TENANG....

Disunatkan berjalan ke masjid dengan perlahan dan tenang, sebaliknya dimakruhkan berjalan dalam keadaan tergesa-gesa. Sebab seseorang yang datang ke masjid dianggap sedang dalam keadaan mengerjakan solat, iaitu bermula sejak orang itu keluar dari rumahnya sehinggalah dia selesai mengerjakan solat. Dari Abu Qatadah R.A, katanya yang bermaksud: ”Pada suatu ketika kami mengerjakan solat bersama Nabi S.A.W, tiba-tiba terdenga suara riuh kaum lelaki di bahagian belakang. Setelah selesai solat, beliau bertanya: “Ada apakah tadi?” Mereka menjawab: “Kami bergegas (datang ke masjid) supaya sempat ikut solat berjemaah”. Beliau bersabda:”Janganlah kamu berbuat demikian! Jika kamu datang ke masjid untuk mengerjakan solat, berjalanlah dengan tenang*. Jika kamu sempat berjemaah, lakukanlah semampunya. Tetapi jika tidak sempat atau masbuq, maka sempurnakanlah bahagian yang tertingga itu!”

(Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim). Dari Abu Hurairah R.A, Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud:
”Jika kamu mendengar suara iqamat, maka pergilah untuk mengerjakan solat. Berjalanlah dengan tenang dan perlahan! Janganlah tergesa-gesa! Jika kamu sempat berjemaa, maka lakukanlah semampunya. Tetapi jika tidak sempat atau masbuq, maka sempurnakanlah yang tertinggal itu!”

(Diriwayatkan oleh sekumpulan ulama hadis kecuali At-Tirmizi).Moga kita semua mendapat rahmat dari-Nya..ameen. ___________________ *Imam An-Nawawi membezakan antara as-sakinah dan al-wiqar, katanya: “As-sakinah adalah tenang dalam bergerak dan menghindari perbuatan sia-sia, manakala al-wiqar pula adalah menjaga penglihatan mata, tidak bersuara keras dan tidak menoleh ke kanan dan ke kiri.”

No comments:

Post a Comment