Sambutan 100 TAHUN SK PESERAI....
Bila menulis post ni, mengimbau kenangan Ku 21 tahun yang lalu.... Antara sedar dengan tidak Ku telah berkhidmat selama 21 tahun di Sekolah Peserai ini... lama dah... bukan sahaja sudah bermenantu anak2 murid Ku , malahan sudah bercucu .... mana tidaknya, anak murid Ku sahaja mempunyai anak yang sudah berada di dalam Tahun 6 atau Tingkatan 1.
Teringat semasa mula2 mendaftar di SK Peserai, GB nya adalah Tuan Hj Zul..... Semasa mendaftar bersama Ku adalah En Mohd Mustaffa, En Ahmad Sanusi, Sh Awad, En Zainal Ariffin, En Ibrahim , Pn Koh dan Asmah....uhh... lama sungguh... banyak kenangan, bersama Hj Zul, Pn Siti Maskamah, Pn Hjh Halimah Madon, Pn Hjh Halimah Md Zain, Tuan Hj Khaled , Pn Hjh Fatimah Johari , Pn Hjh Rohani dan ramai lagi.... Opps terlupa pulak MY DARLING HUBBY.... di sinilah tempat Ku bertemu jodoh...
Nak bukalah cerita lama.... Lapan tahun kami satu sekolah sebelum HUBBY pindah ke SK Bandar... Pengalaman pahit manis, cemburu, sayang dan macam2... Ya lah satu sekolah...macam2 nak kena jaga supaya sama-sama tidak berkecil hati.....Kelas Pendidikan Khas sekarang adalah tempat Ku dan suami berehat2 sambil bekerja selama beberapa tahun, sebelum Bilik Kemahiran Hidup berpindah ke Bilik Ping Pong sekarang....memang banyak sangat kenangan....
Dan seminggu lagi, Sek Keb Peserai akan menyambut ulangtahun yang ke 101... Berbagai Program telah di atur dan Publisiti dijalankan.... Diharap semua berjalan lancar..... Di dalam FB telah dipromosi... untuk bekas anak2 didikku yang dikasihi, jemputlah datang ke majlis tersebut dengan bayaran RM 20 seorang bukan untuk makan sedap ... sekadar sebagai sumbangan dan berjumpa dengan guru-guru lama dan baru di Sekolah ini....
Inilah catatan yang menjadi nostalgia sampai bila-bila. Tahniah.
ReplyDeleteTq Boss, tanpa boss saya tidak mengenal apa itu blog....
ReplyDelete