LAMPU
Di sebuah kampung, Bukit Rusa, tinggal seorang budak lelaki berama Adam.
Apa yang dilakukannya sepanjang hari hanyalah bermain. Tatkala budak-budak lain membantu mengahalau burung-burung dari sawah padi, Adam berfikir sendirian, " Mereka sudah melakukannya bolehlah aku berenang di sungai '.
Apabila masa menuai, Adam akan turut serta .Hanya kerana dia boleh makan sebanyak mana yang dia mahu. " Mereka semua tidak bijak macam aku,"fikirnya." Lebih banyak mereka kutip, lebih berat lah bakul2 mereka..,"
Bakulnya tidak pernah penuh sebagaimana penuh perutnya itu...
Malah , apabila sesuatu harus dilakukan, Adam sentiasa mencari alasan. 'Tentu ada seseorang yang membuatnya. mengapa harus aku?"
Kemudian pada satu malam yang kelam dan suram, ibu Adam jatuh sakit. Dengan suara yang lemah, dia menyuruh Adam memanggil bomoh dari kampung berhampiran.
Adam dapat merasakan kegerunan yang memuncak. Dalam keberaniannya yang ditunjuk-tunjuk itu, satu-satunya yang paling ditakuti oleh Adam adalah kegelapan. Dan jalan ke kampung sebelah adalah melalui hutan tebal dan gelap.
Namun, apakah dia mempunyai pilihan?
Lalu Adam memulakan perjalanannya. Pada mulanya perlahan, tetapi semakin pantas langkahnya seiring dengan malam yang semakin gelap, segelap dakwat hitam. malah, sang bintang bagai menyembunyikan diri mereka pada malam itu...
Tidak lama kemudian, Adam menyedari bahawa dia telah sesat. Bunyi-bunyi yang aneh dari hutan belantara di sekeliling menambahkan lagi ketakutqn yang teramat dalam dalam dirinya.
Tiba-tiba, dia nampak sesuatu - kelipan lampu menmbusi kegelapan malam. Ia datangnya dari sebuah rumah usang milik Pak Su, salah seorang penduduk kampung.
Adam berasa lega. Tetapi lebih daripada itu, ia berasa curiga - Pak Su buta !
Berjalan ke arah Pak Su, Adam bertanya, " kenapa Pak Su perlukan lampu sedangkan Pak Su tidak boleh nampak ?"
Orang tua itu tersenyum, seraya berkata. inilah yang kamu harus buat kalau kamu menjadi sebahagian daripada kampung ini - kamu saling tolong menolong. Aku tidak menyalakan lampu ini agar aku boleh menengok."
" Aku menyalakan lampu ini supaya orang yang celik seperti kamu boleh melihat ".
Cerita yang dipetik dari IKLAN MAYBANK sempena SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN yang disiarkan di AKHBAR BERITA HARIAN.
Assalamualaikum, semoga berbahagia dalam mencari lailatulqadar yang kita saling impikan untuk meraihnya. Selamat Hari Raya Maaf zahir dan batin dari akak sekeluarga. Salam juga untuk keluaga Meha.
ReplyDelete