1 JANUARI 2011
SELAMAT HARI ULANG TAHUN KELAHIRAN SUAMIKU....SELAMAT HARI LAHIR ADIK HAZIQ....
Hari ini hari ulangtahun kelahiran darling ku.... he he..3 Januari pula hari ulangtahun anakku Haziq....Untuk jimatkan bajet buatlah 2 dalam 1....Kek sahaja sudah RM 60...kami setiap tahun memang sambut hari jadi si abah dengan makan kek dan makanan segera sahaja.... kesian kan... Ya lah biasanya 1 Januari ni kami dah ke sekolah .... tak sempat lah nak masak special...
Kelakar sebenarnya... hubby ni dalam keluarganya ada 4 orang yang hari kelahirannya sama pada 1 Januari... macam pelik kan, macam mana satu keluarga boleh ada beberapa orang hari lahirnya sama... sebenanra pada masa dahulu kala tidak ada sistem komputer... Pendaftaran boleh dibuat pada bila2 masa... sekarang bila lahir sahaja sudah ada dokumen dari hospital... cuba bayangkan pada masa dahulu kala mana ada kad ibu mengandung... tu yang sesiapa boleh melewatkan atau mempercepatkan data kelahiran....
Selamat hari lahir suamiku..... abang memang suami yang sannnnngatttt baik... Kurniaan Allah yang sangat ku hargai... Selamat hari lahir Kak Mal, Kak Jah dan Abang Jang.... ( mereka ni adik beradik suami yang lahirnya juga pada 1 Januari...)
Yang depan tu dah tak sabar nak tolong potong kek...semua ada dalam gambar, kecuali si kakak , malas nak tukar baju katanya, maka jadilah camera woman...
No comments:
Post a Comment