28 January 2011

HIDUP KITA UMPAMA RODA.... SENTIASA BERPUTAR...





"Hidup ini umpama roda, kadangkala kita berada di atas, dan kadangkala kita berada di bawah". Ia merupakan perumpamaan tentang kehidupan manusia.

Sepanjang kita hidup di muka bumi ini, adakah kehidupan kita sememangnya ceria dan gembira setiap hari tanpa pernah berduka atau berduka saja tanpa pernah gembira??

Muhasabah diri kita.....

Sebenarnya hidup kita ni tidak selalunya indah, ceria, gembira.. Ibarat roda.... setiap kejadian ada hikmahnya.... walaupun perkara itu baik , indah , gembira dan sebagainya tetapi kita perlu ingat bahawa kita hanya makhluk dalam sekelip mata sahaja Allah akan menukarnya....Allah berkuasa ke atas kita....bila kita dalam keadaan susah biasanya barulah kita ingatkan Allah, memohon dan berdoa....Betulkah tindakan kita ini ????....



Mengapa tidak dalam keadaan senang dan gembira kita juga wajib mengingati Allah dengan bersyukur , berzikir dan sebagainya.....

Itulah kehidupan. Untuk mengharungi kehidupan, pelbagai rasa kita alami, susah, perit, duka, sakit, senang, gembira, ceria, sedih dan pelbagai lagi. Semakin bertambah usia kehidupan kita, semakin matang lah diri kita.


Apa-apa yang telah berlaku ke atas kita adakalanya membahagiakan, adakala ianya menyakitkan, ada yang membawa keuntungan dan adakalanya membawa kerugian.


Namun setiap keburukkan dan kerugian yang berlaku pasti ada kebaikkan yang tersembunyi. Jadi jangan sekali-kali mengelabah apabila berlaku sesuatu kejadian yang tidak diingini kepada kita.


Kadang-kadang kita akan dapat melihat kebaikkan yang tersirat serta-merta, kadang-kadang setelah sekian lama, baru kita akan sedar dan dapat mengetahui kebaikannya. Itu adalah lumrah alam.


Yang paling penting, apabila kita menerima kesusahan dan musibah kita hendaklah menerimanya dengan sabar, jangan cepat melatah, kerana dalam keburukkan ada kebaikkan yang tersembunyi, dalam keuntungan ada kerugian yang tersembunyi.



Jadikan setiap apa yang berlaku bukan sahaja pada diri anda, tetapi pada juga diri orang lain sebagai satu pengajaran positif dalam hidup kita, kerana selagi kita hidup, kita mesti belajar, samada daripada pengalaman sendiri, persekitaran dan orang yang berada disekeliling kita,kerana kita tidak tahu bagaimana nasib kita hari esok..



Hari ini kita gembira, belum tentu esok kita masih bergembira. Jadi..sediakan diri kita untuk menempuh kehidupan dengan penuh kematangan, kecekalan dan kesabaran, Kerana kehidupan kita umpama roda, jadi kita hendaklah bersedia untuk berada di mana-mana saja posisi kehidupan dan menghadapinya dengan tabah

No comments:

Post a Comment