10 April 2011

JADILAH SEORANG YANG RASIONAL....CERIA BUKAN BEERTI GEMBIRA, MURUNG BUKAN BEERTI DUKA....

Hari ini teringin untuk masuk N3 tentang perasaan.... entah mengapa, mungkin ada sesuatu yang mendorong ku berbuat demikian.... Tetapi kongsilah catatan ini.... orang kata luahkan apa yang dirasa.... Tetapi janganlah terkesan kerana hanya sedikit sahaja yang mencalar hati ini.... Seperti yang ku nyatakan Ceria Bukan Beerti Gembira, Murung Bukan Beerti Duka.... Ada kalanya keceriaan kita hanya menutup kedukaan kita.... Adakalanya Kemurungan hanya kerana emosi bukan dalam keadaan berduka..... KEKECEWAAN ITU PERLU : Kekecewaan, kegagalan, kesedihan itu amat perlu dalam hidup kita. Seperti yang pernah ku nyatakan dalam N3 ku beberapa waktu dahulu "ada masa di atas, ada masa di bawah", ada setengah orang memanggilnya sebagai "suka dan duka" dan macam-macam panggilan.... Kenapa ianya perlu? Allah swt jadikan setiap satu situasi adalah sebagaimana yang ditafsirkan dari Surat Al-Insyirah i.e. Alam Nasyrah..... diulang-ulang tiga kali iaitu petikannya berbunyi "setiap kesusahan akan disertai dengan kesenangan". Kekecewaan, kesedihan, ketidak puas hatian adalah satu proses penting untuk kita .... TETAPI ADAKAH IANYA BERSESUAIAN ..... IA BERGANTUNG KEPADA ORANG YANG MENGAMBIL IKTIBAR DARIPADA SITUASI TERSEBUT...... Bila berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini, Tindakan pertama yang perlu kita buat adalah ISTIGHFAR betul-betul.... dari hati.... mengakui kita ada kesilapan dan kita lemah, sebab itulah kita diberi situasi begini dan sesungguhnya ianya tidak akan berlaku kalau bukan dengan izin Nya yang Maha Kuasa. Kedua...Bacalah ayat ini.... "La Ila Ha Illa Anta, Subhanaka Inni Kuntum Minnadzolimin"..... Kalau boleh 1000x tapi kalau tak 101x atau paling kurang 10x.... Cuba buat sekarang... Maksud dia....Tidak Ada Tuhan Melainkan Engkau (Ya Allah), Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku menzalimi diriku sendiri...." Ayat yang dibaca oleh Nabi Allah Yunus A.S. dan dia terlepas daripada mulut ikan nun yang besar..... Ketiga, banyakkan selawat ke atas Nabi.... kalau boleh 1000x sehari atau lebih... Seterusnya mintalah pimpinan, petunjuk, sokongan, bantuan dari Yang Maha Esa….. Kenapa semua di atas ni adalah panduan yang penting? Kekecewaan, kesusahan diberi sebenarnya untuk kita ingat.... Ingat Allah, besarkan Nya dan Puji Nya.... Ujian diberi untuk ingatkan Nya... Ujian datang dalam susah, ujian juga datang lagi besar bila kita senang untuk mengingatkan kita agar sentiasa besarkan Nya dan Puji Nya serta sentiasa bersyukur kepada Nya... ..... Mungkin bila susah kita tak solat secara sempurna ...... Bila kita senang? Lagilah ramai yang tidak sempurna solatnya….. Mungkin bila susah kita ingat Allah, tapi bila senang? Lupa dengan Nya dan tidak menyedari bahawa nikmat kesenangan dari Nya juga…. Natijahnya ialah.... Hidup ni hanyalah laluan, buatlah apa sahaja dengan terbaik dan ingat kita datang dari Nya dan kita nak kembali kepada Nya....MasyaAllah..... Suka atau Duka... Hanyalah rahmat Nya..... Senang atau susah... juga anugerah Nya.... hadapi dengan enjoy bila kita faham ianya adalah Rahmat Nya dan atasilah ia dengan mendapatkan pimpinan, petunjuk, sokongan dan bantuan Nya... Sekiranya kita mahu bahagia, sihat, kaya, berjaya dan mendapat keberkatan dari Nya.... Sentiasalah berdamping dengan Nya.... Insya-Allah kita akan jumpa jalan yang sebenar...

No comments:

Post a Comment