Syukur kepada Mu Ya Allah kerana dengan kasih sayang Mu terhadap hambaMu yang kerdil ini memberi kesempatan untuk bernafas di bumi Mu Ya Allah , sebagai umat Islam yang mendambakan syurga Mu.....
Syukur kepada Mu Ya Allah kerana mengurniakan sifat kasih sayang dengan Mu Ya Allah dan kasih sayang sesama makhluk..... memberi ku peluang menjadi isteri kepada seorang suami yang sangat baik di mata hatiku, menjadi ibu kepada anak-anak ku yang dikasihi, menjadi anak yang biasa-biasa sahaja kepada kedua ibu bapa ku, menjadi kak long kepada adik-adik yang aku sayangi, menjadi pendidik kepada anak didik Ku dan menjadi insan yang biasa-biasa sahaja dalam dunia Mu.....
Ya Allah dengan rasa rendah diri ini, aku bermohon kepada Mu jadikan aku Muslimah yang sejati , sentiasa taat dengan perintah Mu, taat kepada suami ku, hormat kepada sesama insan.
Ya Allah panjangkanlah umurku, berikanlah kepadaku kesihatan tubuh badan, akal fikiran yang waras dan sumber rezeki yang halal ....
No comments:
Post a Comment