30 September 2011

ADAB MENGHADIRI MAJLIS, PROTOKOL MAJLIS DAN MENGHORMATI MAJLIS.....

Alhamdulillah ada ruang masa untuk Ku menulis, meluahkan rasa gembira ,sedih dan pelbagai rasa....

ADAB -Bagi yang tidak faham maksud adab, eloklah diperturunkan sedikit maknanya. Adab membawa maksud sopan. Beradab juga membawa maksud baik budi bahasa, bertertib, baik perangai dan kelakuan; bertamadun, berkebudayaan dan telah maju tingkat kehidupan.

Orang yang tidak beradab boleh dikatakan tidak bertamadun. Tetapi hari ini, ramai yang tidak peduli soal adab sama ada adab ketika berkata-kata, berkelakuan atau berpakaian. Mereka bukannya tidak tahu soal adab ini tetapi ada sesetengahnya sengaja melanggar adab semata-mata mahu menunjukkan keegoan. Apa yang penting, mereka berjaya menunjukkan sikap tidak beradab di hadapan khalayak. Mungkin mereka ini mahu disanjung rakan-rakan kerana berani melanggar adab. Kata orang matlamat menghalalkan cara. Bagi mereka pedulikan soal adab kerana yang penting, sikap mereka itu mampu menunjukkan kepada khalayak bahawa mereka berani


So hari ini nak menulis bagaimana kita perlu menghadiri majlis undangan dan menghadirinya dengan penuh berkhemah dan beradab supaya majlis yang kita hadiri akan berjalan lancar dan teratur....Sebenarnya ada buku dan kursus khas bagi individu yang berminat untuk membeli buku tersebut atau menghadiri kursus oleh pihak tertentu....Bagi penjawat awam yang sering menghadiri majlis mungkin perlu menghadiri kursus atau apa saja cara untuk menambah ilmu berkaitan majlis...

Manakala bagi orang awam sekiranya tidak menghadiri kursus atau beli buku, celik-celiklah melalui pemerhatian atau pertanyaan...

Biasanya dalam satu-satu majlis memang ada meja utama, meja tetamu, meja petugas dan bahagian2 tertentu....jadi duduk atau ambil tempat yang sesuai dengan kita sebagai jemputan... adakah kita tetamu khas,tetamu biasa atau petugas.... Kadang-kadang ada majlis yang sangat rasmi, jadi berdiplomasilah kerana ia adalah bertujuan untuk melancarkan majlis....sekiranya ada meja telah dikhaskan untuk orang tertentu biarlah empunya diri yang duduk di situ, kerana sekiranya ada orang lain yang duduk di situ, pasti keadaan akan menjadi kelam kabut....

Biasa nya pada majlis yang rasmi seperti ini ada orang tertentu yang akan memastikan siapakah yang akan layak menggantikan tempat kosong sekiranya seseorang tetamu tidak hadir....

Etiket merupakan peraturan-peraturan tingkahlaku atau sopan santun samada dalam kehidupan harian, dalam perhubungan antara satu sama lain atau dalam majlis yang berbentuk formal atau tidak formal. Apa jua perilaku yang dilakukan oleh seseorang yang mengikut peraturan-peraturan atau norma-norma yang diterima oleh masyarakat atau yang berlandaskan kepada timbang rasa adalah dianggap sebagai mempunyai nilai etiket yang tinggi yang boleh mempertingkatkan imej seseorang itu.

Amalan protokol dalam sesuatu majlis bertujuan menetapkan penghormatan yang diberikan kepada seseorang tetamu kehormat dan para jemputan, di samping menetapkan peraturan yang perlu diikuti dan dipatuhi oleh penganjur sesuatu majlis. Kesempurnaan majlis yang dianjurkan akan mencerminkan atau melambangkan kreativiti, kredibiliti dan keupayaan sesebuah agensi tersebut menganjurkan sesuatu majlis.

Ingin sedikit Ku tuliskan beberapa protokol susunan kedudukan mengikut keutamaan....bukan apa hanya sekadar untuk pengetahuan diri sendiri dan berkongsi dengan rakan-rakan....




1. Yang di-Pertuan Agong.
2. Raja Permaisuri Agong.
3. Raja-raja dan Pemangku-Pemangku Raja
4. Yang di-Pertua Negeri-Negeri.
5. Bekas-bekas Raja Permaisuri Agong yang menerima saraan DiRaja daripada Kerajaan Persekutuan.
6. Perdana Menteri.
7. Timbalan Perdana Menteri
Kehormat- 7A. Bakal-bakal Raja (Tengku Mahkota atau Raja Muda)
8. Ahli-ahli Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N.).
9. Ahli-ahli Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N.).
10. Ahli-ahli Seri Setia Mahkota (S.S.M.).
Kehormat-10A. Dato-Dato Undang Yang Empat Negeri Sembilan dan Tengku Besar Tampin, Negeri Sembilan.
11. Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan.
12. Yang di-Pertua Dewan Negara.
13. Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
14. Bekas-bekas Perdana Menteri.
15. Bekas-bekas Timbalan Perdana Menteri.
16. Ahli-ahli Jemaah Menteri.
17. Setiausaha Jemaah Menteri/Ketua Setiausaha Negara.
Kehormat-17 A. Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri.
18. Peguam Negara.
19. Panglima Angkatan Tentera.
20. Ketua Polis Negara.
21. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.
22. Timbalan- Timbalan Menteri.
23. Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara dan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
24. Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Tinggi, Duta-Duta Besar, Menteri-Menteri Yang Mutlak, Pemangku- Pemangku Pesuruhjaya Tinggi dan Kuasa-Kuasa Usaha.
25. Presiden Mahkamah Rayuan.
26. Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya.
27. Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak
28. Ketua Pembangkang di Parlimen.
29. Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan
30. Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan.
31. Setiausaha-Setiausaha Parlimen.
32. Bekas Ketua Setiausaha Negara.
33. Pegawai-pegawai Gred Utama Turus I, II den III.
34. Bekas Peguam Negara, Bekas Panglima Angkatan Tentera den Bekas Ketua Polis Negara.
35. Pengerusi-Pengerusi Suruhanjaya yang ditubuhkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.
36. Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi.
37. Pengerusi Tribunal Perkhidmatan Awam.
38. Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Kehakiman.
39. Ketua Audit Negara.
40. Gabenor Bank Negara.
41. Datuk Bandar Kuala Lumpur.
42. Pengerusi Majlis Rasmi Kerajaan.
43. Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
44. Penyimpan Mohar Besar Raja-Raja.
45. Datuk Paduka Maharaja Lela.
46. Ahli-ahli Panglima Mangku Negara (P.M.N.).
47. Ahli-ahliPanglima Setia Mahkota (P.S.M.).
48. Profesor-Profesor Diraja.
49. Ahli-ahli Panglima Jasa Negara (P.J.N.)
50. Ahli-ahli Panglima Setia Diraja (P.S.D.).
Kehormat-50A. Timbalan- Timbalan Menteri Besar/Timbalan- Timbalan Ketua Menteri.
Kehormat-50B. Speaker Dewan-Dewan Undangan Negeri.
51. Ahli-ahli Dewan Negara.
52. Ahli-ahli Dewan Rakyat.
53. Pegawai-pegawai Gred Utama 'A' dan pegawai-pegawai Tentera dan Polis yang setaraf dengannya.
54. Panglima Tentera Darat.
55. Panglima Tentera Laut.
56. Panglima Tentera Udara.
57. Timbalan Ketua Polis Negara.
58. Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian.
59. Naib-Naib Canselor Universiti.
Kehormat-59A. Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri danMenteri Negeri di Sabah/Sarawak.
60. Pegawai-pegawai Gred Utama 'B' dan pegawai-pegawai Tentera dan Polis yang setaraf dengannya.
61. Pengerusi-Pengerusi Badan-Badan Berkanun Persekutuan dan Ketua-Ketua BadanBerkanun Persekutuan yang setaraf dengan Gred Utama 'B' dan ke atas.
Kehormat-61 A. Penerima Anugerah 'Fellow' Negara.
62. Wakil-wakil Tempatan Bangsa-Bangsa Bersatu.
63. Pegawai-pegawai Gred Utama 'C', Pegawai-pegawai Tentera dan Polis dan Ketua-Ketua Badan Berkanun Persekutuan yang setaraf dengannya.
Kehormat-63A. Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri.
64. Ahli-ahli Johan Mangku Negara (J.M.N.).
65. Ahli-ahli Johan Setia Mahkota (J.S.M.).
66. Ahli-ahli Johan Setia Diraja (J.S.D.).
67. Pegawai-pegawai Gred I, Pegawai-pegawai Tentera dan Polis dan Ketua-Ketua Badan Berkanun Persekutuan yang setaraf dengannya.
68. Setiausaha-Setiausaha Politik.
69. Pegawai-pegawai Gred II den Pegawai-pegawai Tentera den Polis yang setaraf dengannya.
70. Konsul-Konsul Besar negara-negara yang tiada perwakilan diplomatik di Malaysia.

No comments:

Post a Comment