12 September 2011

HADIAH ISTIMEWA DARI HAZIRAH 6 JUARA - YANG AKAN MENDUDUKI UPSR ESOK...

Pagi lagi sampai di Gilik Guru, seorang rakan guru dah beritahu.... Meha kor dapat hadiah special... hadiah apa pulak...Lupa pulak nak ambil gambar pagi tadi... dua buah tupperware besar yang berisi Cup Cake yang sangat cantik dan Kuih Cara Melaka....sebagai tanda terima kasih kerana mengajarnya dan minta didoakan agar mendapat keputusan 5A dalam UPSR....



Inilah tupperware yang berisikan Cup Cake dan kuih cara....Siap dah tulis doa untuk ku bacakan apabila membuka tupperware ini...



Inilah Cup Cake yang cute tu....20 biji semuanya... dan ku hadiahkan juga pada kawan-kawan yang bersebelahan dengan mejaku....memanjangkan sedekah.....


Inilah Kuih Cara Melaka tersebut siap dah berpotong lagi....

Terima kasih Hazirah....semoga anda akan mendapat 5A dalam UPSR....walaupun tiada sebarang cenderahati tapi cikgu sentiasa doakan semua anak didik cikgu untuk dapat 5A...

No comments:

Post a Comment