04 November 2011

IBU OH IBU......! BANGUNLAH DEMI ANAKMU....





Air panas yang dibancuh dalam bekas plastik yang tentunya tidak baik untuk kesihatan....





Pagi-pagi anak ini dah minum ais......sejuk juga otak mereka ni....




Hari sampai awal ke sekolah.... Sebenarnya biasanya Ku sampai ke sekolah lebih kurang pukul 7.05 am... maklumlah bila pagi kalut bukan main lagi... Bilik air ada 3 , tandas pun ada 3 .... tapi anak2 ni masuk tandas dan bilik air yang mereka suka sahaja....

Sebenarnya cerita N3 kali ini untuk meluahkan rasa di dalam hati.... geram , kecewa , marah dan beragai rasa....

Pagi2 sampai di sekolah , duduk santai di kantin sebelum program tazkirah pagi Jumaat sambil memerhati anak2 murid sampai. Apa yang hairan ialah beberapa orang murid lebih kurang pukul 7.00 pagi sudah berada di kantin untuk membeli air milo panas dan milo ais yang di jual di dalam bekas air plastik besar dan dimasukkan ke dalam cawan plastik. Hairan sungguh rasa sebab pagi-pagi anak2 ini dah beli air panas atau air ais.

Lalu ku tanya mereka " awak tak minum air ke kat rumah tadi...? " Tak cikgu "..... " Lah kenapa tak minum , sayangnya duit awak beli air secawan RM 1...., saya yang dah bergaji ni pun kadang rasa sayang nak beli air secawan RM 1.... baik saya buat air panas di bilik guru".....

" Kenapa awak tak minum.... ibu tak buatkan air ke awak tak minum "...
Lalu jawap murid tersebut " Ibu tak masak air, ibu tak buat air.. kadang ibu bangun lambat "
Tu dia jawapan si anak murid.... Geleng kepala Ku tadi kerana pelik, geram , marah dan entah macam-macam rasa....Kalau air panas untuk anak ke sekolah pun tak disediakan , jangan haraplah nak sediakan sarapan pagi untuk mengeyangkan anak tuhh.....

Beberapa minit di situ, ramai lagi murid yang datang untuk membeli air. Ini mesti kes yang sama.... Jadi tanya lah lagi.... " Kenapa awak beli air pagi2 ni, sayangnya duit...., air kat rumah tak sedap ke...." " Tak lah , saja jer...." Haaaa.... saja jer.... hebatnya...

Dari apa yang ku perhatikan yang peliknya mereka yang dah "shopping" pagi2 ni, adalah murid dari kelas ke 4 dan ke 5.....

Kadang-kadang terfikir juga di hati, patutlah mereka ni rendah IQ nya... nak ke sekolah pun anak-anak ni tak diambil perhatian....agaknya bangun sendiri, uruskan diri sendiri dan macam 2 perkara yang dilakukan sendiri... apalah salahnya ibu bangun awal, masak air , buatkan anak air panas, masak nasi, gorengkan telur mata kerbau yang paling jimat dan ringkas tu.... kenyanglah perut si anak tu.... lalu mereka dapat menerima pelajaran dengan baik...
Semasa memasak atau membuat ari, doalah yang baik2 supaya anak-anak ini menjadi anak yang soleh dan mendapat ilmu dengan mudah.....

....... Sambung cerita air di atas tadi.... Ku pun "membebel" pada anak murid yang tak tau apa tu..." Mak awak ni tak cerdik ya....kalau saya, dari saya beri RM 1 untuk beli air baiklah saya beli Susu Dutch Lady kotak or apa sahaja air susu kotak yang berkhasiat dan bekalkan pada anak2....tak pun saya beli susu satu tin saya boleh bekalkan awak air satu jag .... boleh minum puas2.... he he...

Inilah makanan yang sering dijual di kebanyakan kantin sekolah di Malaysia .... Ini lah juga makanan yang menyebabkan IQ dan akhlak anak-anak Islam di Malaysia semakn merosot....

Dan yang paling sedih ada dua orang murid tu selepas membeli air, mereka membeli makanan untuk " mengalas perut" lah kononya.... Apa makanannya.....Fish ball dan sosej..... Huhh.... lagilah marah hati ni.... Terus terang katalah kalau fish ball dan sosej ni.....ermmmm dah lah tak berkhasiat, entah siapalah yang membuatnya......Bangunlah ibu-ibu, berilah perhatian pada anak yang nak ke sekolah tu.... tak susah rasanya buat cekodok pagi2 satu rumah boleh makan .... kalau tidak pun belilah Roti Bun atau Roti Cream tu dan bekalkan pada anak-anak.....Bangunlah awal pagi, buat nasi goreng yang ringkas itu lebih baik dari anak-anak yang memakan makanan entah halal entah haram.....



Bila nampak mereka beli fish ball tu , tanyalahpada mereka berapa sen fish ball yang mereka beli tuuu.... "RM 0.50 dua ketul cikgu".... ""wah tadi saya nampak awak beli 4 ketul , bermakna RM 1.00 lah....Pagi ni jer awak dah belanja RM 2.00" ..... sedih , sedih!

Bangunlah ibu-ibu, bangunlah demi anak sendiri, demi anak yang cerdik, demi anak yang elok akhlaknya..... kerana air tangan ibu yang memasak dengan doa untuk anak-anak akan melahirkan anak-anak yang baik akhlaknya, baik akalnya dan baik ekonominya.....

No comments:

Post a Comment