30 November 2011

JADILAH SEORANG YANG PEMAAF, LEMAH LEMBUT , BERBUDI BAHASA DAN MENGHORMATI ORANG LAIN....

Kemaafan - macam-macam andai atau maksud kita boleh tafsirkan dengan perkataan maaf... minta maaf, memaafkan, kemaafan dan apa sahaja yang berkaitan....

Susah atau berat kah untuk mengucapkan maaf sesama insan....sedangkan kelebihan sangat banyak...

Kadang terasa agaknya itulah tanda-tanda akhir zaman... terlalu sukar seseorang untuk mengucapkan maaf , kerana yang pasti dengan meminta maaf akan membuatkan kita sihat fikiran, tiada rasa bersalah, sihat tubuh badan , membuat kita ceria dan kita lebih di hormati....

Cuba kita fikirkan sekiranya tanpa sedar kita melakukan kesilapan sesama insan, kita cuba untuk meminta maaf tetapi tiada tindak balas atau kemaaafan pasti ia akan melukakan hati.....justeru kita juga haru memaafkan supaya kita juga sering dimaafkan...

Cubalah kita tanya diri kita apakah yang kita rasainya sekiranya kita telah memaafkan orang lain... pasti kita lebih merasa bahagia dan yakin apabila berhadapan dengan insan yang memaafkan...

Di samping memaafkan jatuhkah imej atau maruah kita hanya dengan bercakap dengan lemah lembut, penuh berkhemah dan bergurau senda.... rasanya tidak.... Kita akan lebih disayangi kerana akhlak kita yang berbudi bahasa dan ceria.....

Marah dan dendam merupakan sifat negatif dan membuat diri kita menjadi sakit dan kecewa...sebagai langkah untuk diri kita serta ahli keluarga, jadilah kita seorangyang pemaaf kerana yang pasti Allah juga akan sering memberi kemaafan kepada kita.

No comments:

Post a Comment