28 January 2011

MAKANAN SESUAI UNTUK KESIHATAN - MENGURANGKAN KOLESTROL.













1. SOYA

Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian. Ia dapat menghidarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & mineral yang membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar lemak "jahat" (LDL) dan meningkatkan kadar lemak "baik" (HDL).

2. KUACI

Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yang rendah dengann zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.

3. BUAH KERING

Antara pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yang paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko serangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam teh, brokoli, tomato, bawang serta delima.

4. EPAL

Memakan sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yang memakan makanan segera dan kemudian memakan epal atau minum jusnya, sebenarnya mengimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku lemak dalam badan.

5. IKAN TUNA

Tuna termasuk sumber asid lemak omega-3 yang popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.

6. KACANG TANAH


Kacang tanah yang dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.

7. MANGGA

Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedondong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dalam tubuh.

8. KISMIS

Kismis mengandungi sebatian yang mampu menurunkan kolestrol. Sesiapa yang mengamalkan diet dengan 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dalam darah sebanyak 8%.

9. OAT

Kajian saintifik yang dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurangkan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.

10. JAMBU BATU

Jambu batu mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yang disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yang sesuai

Terima kasih Mr Google - carian maklumat

HIDUP KITA UMPAMA RODA.... SENTIASA BERPUTAR...





"Hidup ini umpama roda, kadangkala kita berada di atas, dan kadangkala kita berada di bawah". Ia merupakan perumpamaan tentang kehidupan manusia.

Sepanjang kita hidup di muka bumi ini, adakah kehidupan kita sememangnya ceria dan gembira setiap hari tanpa pernah berduka atau berduka saja tanpa pernah gembira??

Muhasabah diri kita.....

Sebenarnya hidup kita ni tidak selalunya indah, ceria, gembira.. Ibarat roda.... setiap kejadian ada hikmahnya.... walaupun perkara itu baik , indah , gembira dan sebagainya tetapi kita perlu ingat bahawa kita hanya makhluk dalam sekelip mata sahaja Allah akan menukarnya....Allah berkuasa ke atas kita....bila kita dalam keadaan susah biasanya barulah kita ingatkan Allah, memohon dan berdoa....Betulkah tindakan kita ini ????....



Mengapa tidak dalam keadaan senang dan gembira kita juga wajib mengingati Allah dengan bersyukur , berzikir dan sebagainya.....

Itulah kehidupan. Untuk mengharungi kehidupan, pelbagai rasa kita alami, susah, perit, duka, sakit, senang, gembira, ceria, sedih dan pelbagai lagi. Semakin bertambah usia kehidupan kita, semakin matang lah diri kita.


Apa-apa yang telah berlaku ke atas kita adakalanya membahagiakan, adakala ianya menyakitkan, ada yang membawa keuntungan dan adakalanya membawa kerugian.


Namun setiap keburukkan dan kerugian yang berlaku pasti ada kebaikkan yang tersembunyi. Jadi jangan sekali-kali mengelabah apabila berlaku sesuatu kejadian yang tidak diingini kepada kita.


Kadang-kadang kita akan dapat melihat kebaikkan yang tersirat serta-merta, kadang-kadang setelah sekian lama, baru kita akan sedar dan dapat mengetahui kebaikannya. Itu adalah lumrah alam.


Yang paling penting, apabila kita menerima kesusahan dan musibah kita hendaklah menerimanya dengan sabar, jangan cepat melatah, kerana dalam keburukkan ada kebaikkan yang tersembunyi, dalam keuntungan ada kerugian yang tersembunyi.



Jadikan setiap apa yang berlaku bukan sahaja pada diri anda, tetapi pada juga diri orang lain sebagai satu pengajaran positif dalam hidup kita, kerana selagi kita hidup, kita mesti belajar, samada daripada pengalaman sendiri, persekitaran dan orang yang berada disekeliling kita,kerana kita tidak tahu bagaimana nasib kita hari esok..



Hari ini kita gembira, belum tentu esok kita masih bergembira. Jadi..sediakan diri kita untuk menempuh kehidupan dengan penuh kematangan, kecekalan dan kesabaran, Kerana kehidupan kita umpama roda, jadi kita hendaklah bersedia untuk berada di mana-mana saja posisi kehidupan dan menghadapinya dengan tabah

22 January 2011

TAKLIMAT HEADCOUNT


Apa itu headcount.... semua guru pasti tau... apa yang Ku faham headcount adalah aras penanda ujian sepanjang tahun, markah Peperiksaan Akhir Tahun 5 sebagai TOV nya...




Ku dan Pn Masidah menerima Buku Headcount untuk kelas 6 Juara dan ucapan Pn Kalthom





Buku Headcount yang diedar oleh MGB



21 January 2011

CENDAWAN YANG CANTIK....

CANTIK KAN....




LATIHAN LOMPAT TINGGI RUMAH JINGGA

SEMUGA JINGGA JUARA TAHUN INI....

Cikgu Zainal Ketua Guru Rumah Jingga







BERSANTAI DI KEBUN



CUTI THAIPUSAM .....


Hubby nak keluarkan peluh katanya... kami pergi ke kebun yang tak seberapa luasnya tu.... tapi syukur, menambah rezeki untuk anak-anak.....Ku pergi juga tapi bawa camera dan buku persediaan mengajar yang tidak lengkap ha ha...
Dapatlah menyiapkan kerja rancangan harian untuk 3 hari....






Beria-ia hubby.....






Dua orang anak ku yang kecil....anak yang besar2 tak balik belaka, sekolah di asrama.... zaid pula ada aktiviti permainan di sekolah...



Ini Ida.... tak mahu lepas peluang bergambar...




k-a

18 January 2011

ASAM PEDAS KEPALA IKAN MERAH MAK KAM....



TAKLIMAT KELAS TAMBAHAN TERANCANG PIBG 2011

17 JANUARI 2011








TAKLIMAT BERSAMA IBU BAPA DAN PELAJAR TAHUN 6, JAM 8.00 MALAM.

KEDAI BUNGA UNCLE LIM..... CERITA SABUT DAN KLINIK ORKIDKU...






Post kali ini sebenarnya titik tolak dari post "Jala-jalan ke rumah Kak Ram "... Semasa ke rumah Kak Ram melihat orkidnya yang banyak dan berbanyak dan berbunga, teringat pula orkid Ku yang yang tak kurang banyaknya, tetapi setahun "kurang kasih sayang"..... Tahun lepas memang semua orkid Ku terbiar, tidak mendapat perhatian... Semua kurus dan kurang bunganya...


Azam barulah....lepas dari rumah Kak Ram terus ke dai Uncle Lim untuk beli sabut... kata Kak Ram sabut halus tu sangat baik untuk orkid.... dua karung sekali beli... sekarung RM 5 sahaja... habis semua orkid Ku masuk ke klinik orkid.... dan Alhamdulillah beberapa pasu telah bertunas bunga baru...


Inilah sabut yang Ku beli ..... bekas karung gula yang besar tu...

Ini orkid yang ku ubahsuai.... yang Ku masukkan ke "klinik orkid" ku...





Ini bunga baru yang ku beli RM 5 sepokok .....







Ini pokok lama yang setia berbunga....



Inilah orkid2 Ku yang ku masukkan dalam klinik....



Kami sempat posing di Kedai Uncle Lim semasa membeli sabut....

JALAN-JALAN KE RUMAH KAK RAM



Pada hari Sabtu yang lalu, selepas aktiviti koko sekolah kami ke rumah Hajah Hasanah yang beru pulang dari menunaikan fardu haji.... dari rumah Hjh Hasanah ku dan Dila ke rumah Hjh Ramlah pulak.... saja jalan2 nak rehatkan fikiran...
Sebenarnya Ku mengikut Dilah yang mengambil anak benih pokok bunga...apa lagi ambil kesempatan dengan projek Hjh Ramlah dengan orkid dan anggur ....Seronok sungguh dengan tanaman Kaka Ram... Kalau dulu nak lihat pokok anggur hanya dalm gambar sahaja... sekarang di Malaysia pun banyak....




17 January 2011

MACARONI GORENG KAMPUNG


Lama tak cerita tentang makan.... sesekali cerita tentang makan seronok juga... menu di atas sebenarnya menu yang ku masak sendiri....memang selera... ya lah masak cara kampung macam masak nasi goreng tu...memang enak...
sebenarnya tak lah bertujuan nak memasak special pun cuma nak menghabiskan stok2 yang ada di dalam kabinet ( macaroni yang dah lama tersimpan ) bersama sayur dan udang maka jadilah menu di atas...

UNTUK DIFIKIRKAN

InsyaAllah akan tulis cerita kemudian....

16 January 2011

LAGI CERITA MERENTAS DESA

HARI KEDUA LATIHAN MERENTAS DESA.






Orang kuat sukan SKP

Posing di "Check Point P '