19 October 2012

PILU YANG DI RASA.....

Semalam pulang dari sekolah my kekanda dok membicarakan tentang gejala sosial yang semakin berleluasa...Dari info dari doktor sebuah hospital yang diketahui katanya " Setiap sepuluh kelahiran satu darinya adalah anak haram "...MasyaAllah ya ke bang , dakyah surat khabar atau propaganda kot....".takkan lah sampai macam tu banyaknya... ( Untuk menyedapkan hati sendiri )

Dan hari ini Unit kaunseling telah mengadakan sessi motivasi untuk murid tahap 2  bertajuk " Menangani Gejala Sosial di Kalangan Remaja ".....banyak juga info yang kami dapat...

Dan dalam perjalanan pulang dari sekolah singgah untuk membeli ayam di kedai memproses ayam yang berhadapan di sebuah Sekolah Menengah....
Sekumpulan pelajar lelaki ...ramai tu  lebih kurang 30 orang....bertenggek diatas motor dan menghisapkan rokok  ....Entah apa yang diborakkan riuh rendah hingga menggamit pandangan mata ke arah mereka...
Terkejut!!!!!! kerana di situ juga ada beberapa pelajar perempuan yang bertenggek membonceng pelajar lelaki...Tanpa malu-malu memegang pinggang pelajar lelaki....memegang bahu pelajar lelaki...bertepuk tampar...berbisik-bisik.....
Istighfar...memang pilu kerana mereka adalah pelajar Islam ....lalu dalam hati mula mengiakan kata-kata my kekanda semalam....agaknya memang betul dari sepuluh kelahiran satu darinya adalah anak haram....

MasyaAllah takutnya....bagaimana agaknya anak-anak ini menangani gejala sosial di masa akan datang...Kuat mana pun ilmu nampaknya dakyah yang melanda lebih-lebih lagi....
Cuba bayangkan murid tahun 4...( murid kelas ku nihhh ) dok mengadu...
" Cikgu semalam kan KK dia kata saya....".
" Kata apa awak ?"...
" seganlah cikgu nak cakap , KK cakap lucah semalam ".
" Dia cakap apa " ?
" Dia kata Hey SS awak suka cium tetek FF kan , lepas tu awak jilat-jilat...( SS ni perempuan manakala FF ni lelaki )

 
 Wahhhh ambil nyawa sekejap...
" ya ke "...." betul ke awak cakap nih "?
 " Betulll cikgu ".
Ambil nyawa lagiiii....dah menggelegak hati ni...
." KK awak ni betul ke tak. apa awak cakap bukan2 dengan budak perempuan..
." Awak tengok filem lucah ke kat rumah ".....( dan macam2 ler marah dan nasihat yang ku lemparkan ) kerana sebelum ni dah banyak kali si KK ni buat hal....yang paling geram sering buat isyarat lucah pada murid perempuan..."
Adoyaiii cuba bayangkan  dari mana murid Tahun 4 dapat ilmu pelik ni.....


Ambillll nyawa lagi.... tarik dalam-dalam.... my BFF pgi tadi dok cerita suami dia baru balik dari kursus KSSR Pend. Jasmani Tahun 3... apa katanya...
" Meha kor tau semalam suami ku baru balik dari dari kursus KSSR Tahun 3 ... tau tak apa sukatan baru PJK untuk tahun depan" ....
" Ohhhh I tak tauuuu lah ada news ke..."
Ya memang news.... pelajaran seks di masukkan ke dalam sukatan pelajaran Tahun Tiga....dan yang paling menyedihkan ada pelajaran tentang penggunaan kondom untuk lelaki dan wanita.....
Istighfar ambil nyawaaa lagi.... APA NAK JADI NIH.... maka hati pun berkata ITU TANDANYA KIAMAT HAMPIR TIBA...

Terasa diri ini sangat kecil dan kerdil....Bagaimana anak-anakku  yang 8 orang  nanti menempuhi pancoroba...Lindungilah anak-anak ku ini dari tipu daya syaitan....Berilah didikan agama kepada anak-anak dengan sepenuhnya....Penuhi dada mereka dengan ilmu kerohanian....






No comments:

Post a Comment