03 October 2012

BELAJAR-BELAJAR UNTUK MERENDAHKAN DIRI.....


 Bila umur semakin meningkat ni banyak rasa nya yang perlu kita perbaiki . Nak marah orang...uhhh sorry geng tak minat ke arah itu.....orang dok kata Kak Meha ini.... Kak Meha itu.....kadang tu sentaplah juga....tapi positifkan fikiran...untuk mengubah sesuatu yang baru memang banyak tentangan, bukan itu sahaja, maka keluarlah nanti Gunting Dalam Lipatan, Talam Dua Muka, Lidah Bercabang...... ( hah tuh diaaaoo ) . 
InsyaAllah Allah ada untuk ku.... katalah nak buat macam mana....Jujur dan ikhlaslah dalam melakukan sesuatu kerana ikhlaslah perkara utama yang dihisab di akhirat kelak.( Mungkin diam itu lebih baik atau terus menarik diri dari kumpulan itu....)

InsyaAllah akan sentiasa mengingatkan diri bahawa kita ni insan yang lemah....Kalau kita rasa kita sempurna keluarkan sifat2 itu, kerana ada ramai lagi yang lebih sempurna dari kita....berazamlah untuk kebaikan...Allah pasti izin...

 
Dan jangan lupa ......kurang2kan lah rasa marah tu kerana sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego seseorang lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan menjadi-jadilah pemarahnya. Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya.( Syaitan sangat suka orang yang pemarah ni...bersorak sorailah  depa )

Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :
a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s. w. t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.

b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.

c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.
d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.

e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. ( he he bayangkan )Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam keadaan yang marah.

f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta’awwuz ( A’uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.

g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu keranawudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur

i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.


Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. 
Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang. 
Satu cara lagi, apabila datangnya marah, sedangkan anda berdiri, maka duduklah, sekiranya duduk, maka bersandarlah, Insha Allah kemarahan akan mulai reda. 
Dengan cara demikian,  keegoan akan berkurangan. 
Tetapi apa yang berlaku, apabila naik marah, yang bersandar akan mula menetapkan duduknya dan seterusnya berdiri, maka kemarahan sudah tidak dapat dikawal.

No comments:

Post a Comment