17 March 2013

LELAKI CURANG BIASA, WANITA CURANG BAGAIMANA PULA....

Ini kisah benar bukan cerita rekaan semata-mata.
Sebelum ni pernah ada N3 tentang seorang teman kekanda darling yang di tinggalkan isteri kerana isteri lari ingin berkahwin dengan lelaki lain yang juga pekerja kepada suaminya....

Dan hari ini, lagi kejutan yang I terima dari kekanda darling nih kisah yang lebih kurang sama dan ini pula terjadi pada kakak sahabat baik ku suatu ketika dahulu yang   ku panggil Kak Ai ( bukan nama sebenar )

" Bu ada nak tau tak ada  berita tergemparrrrr ......".
" Tapi jap erk, abang nak ke tandas jap .....'
Uhhhh Pak Cik ni berita tergempar lah sangat.... beria nak cerita tapi nak ke tandas lah pulak.
" Apa gemparnya tu bang , macam gossip jer..." he he
" Kawan baik  ibu nak kahwin lagi dengan org kaya "
Wahhhh darah sudah naik... saja buat suspen orang... cerita separuh2 jalan pulak....
" Bang siapa nak kahwin ni... cerita lah cepat... "
" Alah kawan baik ibu lahhhh...."
Kawan baik yang mana pulak nihhh... Semua kawan baik I ada suami. Saja jer nak buat terkezuuuuut lah tuhhh....

" Kak Ai lah bu, dia nak menikah dengan orang kaya kawan abg duduk Kg Rahsia he he...."
" Oh ya ke , Alhamdulillahhhhhh bertemu jodoh setelah beberapa menjadi ibu tunggal. Siapa pulak pasangannya yang abg kata kaya tu..."

" Kak Ai nak nikah dengan Abang Jo hari Jumaat nanti..."
" Ya ke, cepatnya.... tak ada angin , tak ada ribut tiba-tiba tiba-tiba jer...'
" Aa 'aah  memang bukan saja angin dan ribut tapi tsunami....
Kalau kekanda dah kata macam tu, memang ada cerita lah...
" Isteri  Abang Jo tak mahu kan dia lagi. minta cerai dah beberapa lama kerana sedang hangat bercinta dengan pekerja mereka....".
????????????? biar betul abang nih, ya ke...

Beberapa bulan minta cerai, tetapi si suami amat sayangkan isterinya kerana isterinya turut sama bersusah payah dari zaman muda2 dulu hingga hidup senang lenang kini. Si isteri minta cerai tapi suami tidak mahu meneraikannya.....Pulak dahhhh , takut nyaaaa dengan ujian Tuhan...

Tapi menurut cerita kekanda ku, isteri abang Jo memang tak mahu kannya , dan minta ceraikannya secepat mungkin kerana mahu menikah dengan pembantu mereka yang merupakan warga asing.....Warga asing tuhhh....
Wahhhh dunia akhir zaman , isteri curang dan minta diceraikan kerana curang....Dan yang sedih tidak berupaya untuk dipujuk lagi, memang tekad untuk menikah dengan warga asing itu secepat mungkin....walaupun pada awalnya abang Jo menolak, tapi akhirnya akur kerana anak2 memujuk supaya melepas ibu mereka kepada lelaki lain kerana kasihan bapa si ayah yang terpaksa menanggung dosa si isteri...... Dan yang kelakar sangat siap dah carikan calon isteri untuk suaminya....
Katanya memujuk rayu pada kak Ai supaya mengahwini suaminya walaupu Kak Ai menolak pada awalnya dan lebih rela bermadu dengan si isteri daripada menjadi haknya seorang...

Panjang lagi cerita.....tak sedia nak menulis kesemuanya, kerana rasa yang berbagai....Selalu suami curang ini sebaliknya pulak....apalah istimewanya si jejaka dari seberang tuhhhh, hingga menyebabkan wanita waras sanggup meminta cerai dari suaminya kerana hendak berkahwin dengan kekasihnya....MasyaAllah... semoga Allah memberiku kesihatan tubuh badan dan akal fikiran.


No comments:

Post a Comment