16 December 2010

MAKAN-MAKAN DI SAFWAH HOTEL






Inilah macaroni yang dimakan dengan kuah kambing..... kami makan di sebuah restoran di Safwah hotel yang menempatkan Restoran Felda.... ha ha kalau di Malaysia idaklah teman memakannya.... namun di sana rasa sedap jugalah....


Inilah roti telur yang berharga SR 5 sekeping



Kuah ayam ini adalah menu sampingan bersama roti telur.... 4 keping roti telur dan kuah ayam ni berharga SR 35..... terperanjat ku dibuatnya...



Kebab ini berharga SR 5.... lebih mahal daripada kedai diluar sana....Tapi rasana lebih sedap dari yang biasa kami beli di kedai di luar dengan harga SR 2 atau SR 3.






Martabak Arab.... di Arab martabak di makan bersama cili dan limau... Murtabak ini telur sahaja isinya dicampur dengan daun bawang kot... tak sempat ku nak bertanya...


HUJAN EMAS DI NEGERI ORANG, HUJAN BATU DI NEGERI SENDIRI , LEBIH BAIK DI NEGERI SENDIRI....

***** TETAPI SEKALI KITA MENGUNJUNGI BAITULLAH, KITA AKAN RINDU PADANYA ****




RELAX2 BERSAMA OLYMPUS SELEPAS HAJI

Alhamdlillah selesai sudah urusan haji kami....Semuga Allah kurniakan kami haji yang mabrur...Terima kasih Ya Allah kerana memberiku kesihatan tubuh badan, kesihatan akal fikiran,hati yang tenang dan dapat mengerjakan Rukun Islam yang kelima dengan mudah dan seronok....

Dihadapan Hotel Safwah.... laluan yang terus menuju ke Masjidilharam....





Posing di aras 1, selari dengan Baitullah.... Pak Aji di belakang tumpang lalu pulak....Inilah beberapa gambar yang berlatar belakang Baitullah.... takut juga Ku sebenarnya sebab Polis Masjilharam tu dok ronda jer.... ni kira curi2 lah... rakan sebilik tu, kebetulan posing depan polis2 tu, kena ambil memori kadnya dan dipatahkan...



Bersama hubby, abah dan emak di dataran hadapan Masjidilharam.


Sebenarnya Ku dan hubby keluarkan camera sesekali sahaja sebelum selesai urusan haji....selepas balik dari Mina barulah hari-hari bawa camera ke mana-mana,itupun hubby yang bawa... sebab jemaah lelaki nak masuk Masjidilharam taklah kena "raba" satu badan....jemaah peremuan memang dirabanya....


Ini laluan kami ke masjid setiap hari... Jalan Aziziah




BERADA DI MINA

16 NOVEMBER 2010


(gambar ihsan mr google - terlupa sebenarnya nak ambil gambar khemah semasa di Mina )

Inilah bentuk khemah di Mina.... lebih tersusun dan kemas, kerana ia adalah khemah kekal....Berada di Mina sebenarnya merupakan laluan Fasa IV.... berbagai ujian kita dengar di sini... MasyaAllah ... bila dengar ujian2 yang diterima sesama jemaah... memang kita takut sangat... Syukur Allah mudahkan segala urusan ku di sana....


Posing dihadapan khemah di Mina


Inilah terowong Muaseem , laluan jutaan manusia untuk melontar di Jamrat....



Hari pertama....melontar wajib dan tahlul, Alhamdulillah....



Hujan lebat..... ada kereta yang dihanyutkan air...Dan yang paling sedih adalah sampah yang bersepah-sepah di bawa air....Selepas waktu hujan Ku rasa bahawa jemaah tinggal disekeliling Bukit Sampah.... Bau tak terkira lagi....Itulah yang Ku katakan ujian FASA IV.....


Hari ketiga sebelum balik semula ke Mekah di hadapan pintu balik terowong Muaseem






Di dalam khemah .... malam terakhir sebelum balik ke Mekah untuk menyempurnakan rukun haji....(gambar ni ihsan adik zamiela -terima kasih zam)


Bersama hubby ada hari ketiga di dalam bangunan yang terdapatnya ketiga-tiga Jamrat.



Alhamdulillah dihadapan Jamrat Aqabah pada hari ketiga.....Syukur Allah mudahkan keadaan tidak terlalu sesak, boleh bergambar lagi...


Hubby dihadapan Jamrat Aqabah

Alhamdulillah semasa di Mina semua urusan mudah.... Cuma bagi yang pernah berada di Mina untuk menyempurnakan rukun haji faham situasi di sana....Khemahnya lebih baik dari Arafah, tersusun dan ada aircond cuma masalah sampah dan bilik air.... Ingat pesan ustaz semasa taklimat atau ceramahnya berkaitan mencari haji yang mabrur....."kalau nak ke tandas untuk buang air jangan tunggu rasa sakit nak buang air kecil atau atau air besar "..... jawabnya terbuang kat luar tandas ler.....

Tapi memang Allah uji ku di Mina, malam kedua sebelum tidur ku makan maggi.... tak makan nasi... tak selera konon....pukul 1 pagi, tuh diaa.... sakit perut melilit-lilit.... ke tandas... Allahuakbar, tandas yang banyak tu, lebih dari 15 rasanya semua berderet2 jemaah wanita..... kalau ku tahan memang boleh pengsan dibuatnya...Dengan rasa rendah diri, tanpa malu-malu maka potong queue lah, minta izin dengan jemaah yang paling hadapan pintu tandas...Keluar dari tandas minta maaf banyak2 dari jemaah yang sedang beratur tuh.....Satu jam kemudian meragam lagi.... maka solat sunat taubatlah.... Alhamdulillah...




MABIT DI MUZDALIFAH

15 November 2010 - Selepas waktu isyak....



Semasa mabit di Muzdalifah.... kelihatan jemaah sedang mengutip anak batu berdekatan dengan hubby...



Lama kami mabit di Muzdalifah....sepatutnya sebentar sahaja, ttapi masalah pengangkutan kami dibawa ke Mina hampir menjelang subuh.

Dengan bermulanya Mabit di Muzdalifah,bermulahlah ujian untuk Fasa II bagi jemaah haji... Sekiranya di Arafah tidaklah kedengaran sangat ujian2 Allah kerana jemaah duduk di khemah dengan amalan doa, zikir, quran dan sebagainya... Tetapi bermula sahaja di Muzdalifah mula kedengaran suami mencari isteri, isteri mencari suami, kehilangan beg, tertinggal bas dan macam-macam lagi....Itulah bermulanya ujian untuk Fasa II ibadah haji....Terus terang ku katakan selagi tidak selesai ibadah haji ku.... memang takut dengan ujian2 Tuhan.... Untuk mendapat kemanisan sesuatu ibadah perlu melalui kepahitan dan ujian.... Namun syukur semuanya berjalan lancar....

Dan cerita Mabit di Muzdalifah masih segar dalam ingatan terutama melihat kain telekung ku yang terkena getah pisang masih lagi berbekas hingga kini....Sebelum bertolak dari Padang Arafah kami diberi pisang dan makan malam...jadi pisang tu kami bawa menaiki bas.... Sampai di Muzdalifah ku makan pisang tu.... entah macam mana mengantuk sangat agaknya menunggu bas yang tak kunjung tiba, mata terlelap dan terduduk atas kulit pisang tu... tu yang hingga kini masih berbekas...bila guna telekung tu dan nampak getah pisang terkenang ler kisahnya.... sentimental valuelahkata kan....


WUKUF DI ARAFAH

AHAD 14 NOVEMBER 2010

Alhamdulillah tiba masa yang dinanti... setelah dua hari tak senang duduk memikirkan untuk ke Arafah.... tibalah masanya...Kami menunggu arahan di bilik masing-masing. Kami dipanggail turun mengikut tingkat masing-masing...Kami bertolak ke Arafah ke Arafah selepas solat zuhur....Alhamdulillah perjalanan lancar... Perjalanan mengambil masa lebih kurang 15 minit sahaja....

Bila teringat jemaah terdahulu yang pergi mengambil masa hingga 5 jam, risau juga....Yalah mungkin sistem pengangkutan bertambah baik sekarang....




Gambaran khemah di Arafah....khemah ni simple jer, baik tidak hujan atau angin kuat ... kalau tidak terbang rasanya.... Syukur semuanya mudah di sana...

Sempat posing dilaluan sebelah khemah sebelum waktu wukuf....
Waktu wukuf adalah selepas gelincir matahari hingga sebelum terbenam mataha
ri



Kami duduk diluar khemah sebelum zuhur, menunggu waktu wukuf....



Suasana di dalam khemah bersama ibu Ku... karpet beralaskan pasir... Itulah nikmat Tuhan yang tidak dirasai di tempat kita... Hampir dua hari di bumi Arafah tinggal di khemah beralaskan karpet dan pasir, sebelum bertolak ke Muzdalifah...

15 December 2010

PROGRAM ZIARAH UMRAH KE JARAANAH

Setelah beberapa hari di Mekah kami di bawa melawat ke beberapa tempat sejarah disamping membuat umrah sunat. Pada hari itu kami dibawa ke Masjid Jaraanah yang agak jauh juga dari Mekah untuk Miqat Umrah. Dalam perjalanan kami di bawa ke beberapa tempat sejarah, seperti Jabal Nur, Jabal Rahmah, Padang Arafah, Bumi Mina, Masjid Jaraanah tempat kami miqat Umrah.
Posing di Jabal Nur... terdapatnya Gua Hira' di mana Nabi Muhammad menerima wahyu.. Insaf sungguh dengan ketabahan Saidatina Khadijah mendaki setiap hari untuk menghantar makanan kepada Junjungan kita.
Belakang tu.... Gunung yang kelihatan adalah Jabal Rahmah...Disebelah tu pulak di kaki Jabal Rahmah .....Jabal Rahmah ni ada sejarahnya...Pertemuan antara Adam dan Hawa...Berdoalah yang baik-baik agar Jodoh kita berpanjangan dan di rahmati...

Kami dibawa melawat ke Padang Arafah .....sebelum didirikan khemah waktu WUKUF....
.
Bukit Mina dan khemah kekal yang digunakan oleh Jemaah selama 4 hari semasa mabit di Mina...

Inilah Masjid Jaranaah, tempat kami miqat untuk umrah sunat pada hari ini....Sayang tak de gambar, tak sempat nak angkat camera, 20 minit sahaja masa yang diberi untuk kami..
Akan Ku ceritakan lagi tentang Mina apabila sampai cerita Mina nanti....

HOTEL ELAF AL SUD MEKAH





HOTEL ELAF AL SUDD, MEKAH.



Inilah Hotel tempat Tinggal kami sepanjang berada di Mekah

dari 25 Okt hingga 28 November 2010.



Ini kunci atau kad untuk masuk ke bilik.Bilik Ku adalah 210... Iaitu tingkat 2, bilik nombor 10.


Sempat posing dihadapan hotel.....


Inilah laluan untuk ke MasjidilHaram melalui terowong...Nampak seorang hamba Allah yang duduk di tembok tu,di sebelah bawah tu adalah laluan ke tangga ke bawah untuk ke terowong menuju ke MasjidilHaram..



Inilah terowong di sebelah Hotel kami.



Ini kedai roti arab depan hotel kami...selepas subuh sahaja uhhh penuh... tapi bagusnya kalau perempuan yang beratur penjual tu akan beri kita dulu....

(gambar ni copy dari blog paklang... terima kasih )

13 December 2010

PERJALANAN MENYAHUT PANGGILAN BAITULLAH....

Sebenarnya banyak cerita nak tulis, tapi memang idea tak muncul , maklumlah lebih 45 hari tidak berceloteh dengan Kemilau Ku.... Selama tu lupa sementara dunia komputer, lupa FB , hanya sesekali dengan kamera ....itupun hubby yang bawa sebab orang lelaki tak bermasalah untuk membawa kamera ke dalam masjidilharam...bagi orang perempuan banyak lecehnya habis di raba satu badan...

24 HB OKTOBER 2010....

Di bawah khemah menunggu di Kelana Jaya....hubby, abg jang (abg hubby) dan abah .
kami selepas menukar pakaian ihram selepas solat jamak maghrib dan isyak...

Ku bersama anak bujang Huzaifah dan emak yang turut sama ke Mekah....


Adik lelaki ku, cik ajam dan cik kiah....

Alhamdulillah tiba masa yang dinanti. Kami memulakan perjalanan seawal pukul 12.30... hari ni hari Ahad. jadi untuk mengelakkan kesesakan lalulintas kami keluar awal... Alhamdulillah jalan tidak sesak dan kami sampai awal... Jadi lamalah kami menunggu di Komplek Kelana Jaya... Terima kasih yang tak terhingga kepada, adik2 Ku, abang2 , kakak2 dan adik ipar Ku, saudara mara, sahabat handai dan semua yang hadir sebelum majlis keberangkatan kami ke KL dan seterusnya ke Mekah... Doa dari kalian, Alhamdulillah telah memudahkan segala urusanku disepanjang di Mekah dan Madinah..



25 Oktober 2010. Jam 11.30 pagi waktu Mekah.
foto ini diambil di lapangan terbang Jeddah sementara menunggu untuk di bawa ke hotel penginapan di Mekah.

Alhamdulillah kami selamat sampai di lapangan terbang Jeddah. Penat juga, maklumlah perjalanan memakan masa 8 jam. Kami diberi taklimat dan rehat selama 1 jam sebelum dibenarkan keluar ke kawasan lapangan terbang untuk mengambil barang bagasi.


Inilah gambaran sebenar lapangan jeddah yang semakin moden.....


12 December 2010

OH KEMILAU , BILA NAK DATANG MOOD NI....

DAH 4 HARI SAMPAI RUMAH....
BILA MOOD NAK DATANG NI... MASIH BLUR...
MASIH TERBAWA ANGIN MADINAH LAGI NIH...
CERITA BANYAK NAK TULIS, IDEA TAK ADA...
RINDUNYA DENGAN KEMILAU KU....

08 December 2010

ALHAMDULILLAH SELAMAT KEMBALI KE PANGKUAN KELUARGA..






Syukurr.... selamat kembali semula ke Malaysia, ke Pangkuan keluarga....Alhamdulillah kepada Mu Ya Allah , kerana memberiku kesempatan untuk menyempurnakan Rukun Islam ke 5.....Tiada gambaran untuk di gambarkan, tiada tiada kata-kata untuk diluahkan, tiada lagu untuk di dendangkan hanya kesyukuran yang teramat yang dapat diperkatakan....



InsyaAllah banyak pengalaman dan cerita yang akan Ku tuliskan kemudian....