03 February 2010

KISAH SI PENJUAL JAGUNG.....

Lama tak update blog ni..... busy sangat tidak juga, ya lah pagi ada sukantara dan latihan sukan... bila di padang banyak la buku yang tidak bertanda...Itu lah guru, semua kerja kalau boleh dipikul maka akan dipikul semuanya, hingga rebeh bahu.... jangan marah boss ( Cikgu Sarkawi )


Kisah yang ingin ku kongsi adalah cerita benar, yang boleh kita jadikan tauladan..... Minggu lepas, suamiku pergi ke sebuah kampung, di kawasan Parit Sulong.....Di masjid tu jumpa lah Pak Imam yang agak tua umurnya dan kira senior lah di situ ......Maka bertanya lah Imam tersebut " Cikgu, cikgu tak sayang anak bini ke.... kenapa di tinggal-tinggalkan.... ". Maka suamiku pun menjawab, " Sayang isteri ditinggal-tinggalkan, sayang anak di tangan-tangankan...."




Maka si Pak Imam tu pun bercerita tentang anak-anaknya seramai 8 orang yang berjaya kesemuanya hingga ke menara gading dan menjawat jawatan yang baik.....katanya semua anaknya berjaya adalah berkatnya menjual jagung setiap hari. Setiap hari Pak Imam itu menjual 250 hingga 300 bungkus jagung....maka katanya setiap hari dia memberi salam lebih 300 kali kepada orang.... termasuk lah rumah yang tak berjawab yang diulang ucapan salamnya dan maki hamun yang tak mau membeli jagungnya......Maka suamiku pun menambah lah tentang kelebihan ucapan salam kepadanya.... memang dia mengakui dan dia yakin dengan berkat memberi salam memberi keberkatan rezeki kepadanya dan kepandaian kepada anak-anaknya... Dengan menjual jagung jugalah katanya dia mampu membeli Unser....

Marilah kita jadikan iktibar...Dari cerita tadi macam-macam perkara yang terfikir dibenak kita, tetapi tidak dapat diluahkan....

2 comments:

  1. keberkatan rezeki ibu bapa adalah lebih penting dalam pendidikan anak2. kerja konon bersungguh tetapi kipas sana sini takde berkat jugak, jadi kita sebagai manusia, usahalah untuk muhasabah diri..adakah kita kerja kerana nama semata atau kerana Allah????

    ReplyDelete
  2. tahniah ler semua cikgu peserai, cayalah semua hebat macam gb nya jugak..

    ReplyDelete