22 September 2010

PROSES URUSAN HAJI



Alhamdulillah hari ini ke Pejabat Tabung Haji lagi untuk ambil beg dan gelang....Surat yang diterima menyatakan waktu untuk Ku , suami dan kedua orang tua Ku adalah pukul 3.00 p.m.
Alhamdulillah tiba di Pejabat TH lebih kurang pukul 2.30 petang.... nampaknya macam lengang lebih kurang 20 orang sahaja....

Dalam masa menunggu giliran tu, bakal-bakal haji bertambah ramai.... Giliran Ku , hubby dan kedua orang tua Ku sahaja adalah 703, 704,705 dan 706....Tapi Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Nampaknya semua bakal haji berdisplin...
Berbual-bual dengan bakal-bakal haji yang berada di kanan dan kiri Ku, menyatakan bahawa ada jemaah yang telah mendapat jadual penerbangan, terutama mereka yang membuat pilihan untuk pergi awal dan membuat Haji Tamattuk....

Proses di di Pejabat Tabung Haji tadi , kami telah diberi beg, gelang tanda, pelekat telekung dan suntikan VAKSIN INFLUENZA DAN PNEUMACOCCAL.....Alhamdulllah semuanya lancar.... kami diberi beg berwarna merah warna kgemaran Ku...

No comments:

Post a Comment