Alhamdulillah sudah beberapa hari semua umat Islam di dunia ini menyambut Syawal yang mulia...cuti beberapa hari untuk masuk N3 baru... hari ni nak menyambung yang terhenti...
Bermula pada 1 Syawal..... Alhamdulillah kami sekeluarga menyambut syawal dengan sederhana sahaja , tetapi kemeriahan dan kegembiraan pada anak2 Ku tetap sama.... mereka ni, seronok bila sampai hari raya sebab mengumpul 'duit raya" sebenarnya...Anak2 Ku yang bujang tu pun sama sibuknya... mereka kata, mereka tak kerja lagi....
Sebenarnya banyak yang nak Ku kongsi....namun sebelum ku menulis lebih panjang Ku ingin meminta maaf kerana mungkin apa yang Ku tuliskan akan menyinggung mana2 pihak....
Bermula pada 1 Syawal.... Ku dengan hubby memang plan tak ke mana.... sebab penat dan mengantuk... nak rehat sahaja... malam tu abang iparKu sekeluarga datang hingga pukul 1 pagi...
Siang 30 Ramadhan teringin pulak Ku nak menganyam ketupat...Menganyamlah Ku... tak banyak 40 biji sahaja... 1 jam siap... Inilah pengalaman pertama Ku merebus ketupat....
Sayangnya gambar tak dapat upload sebab dah upload dalam PC.... dah tu PC pulak meragam dah dua minggu....semua gambar di situ... sabaor jer lah...
Risau pulak Ku nak menulis N3 kali ni... tapi tak mengapalah....tak menceritkan sesiapa... Tentang si isteri yang merungut2 kerana suami dan anak-anak yang tidak membantu membuat persiapan hari raya...kesian pun ada sebenarnya... tapi, bagi Ku senang jer, kalau suami kita tak sedia or berminat untuk membantu, jangan susah-susahkan otak.... Minta suami order sahaja makanan atau apa sahaja yang berkaitan...Sekurang-kurangnya kita tidak berdosa kerana menceritakan kelemahan suami....
Tu cerita pertama, keduanya pulak pada hari kedua.... kami sekeluarga pergi berziarah hari raya ke rumah saudara mara...sedih juga apa yang Ku lihat... ya lah , semasa saudara mara datang berziarah, suaminya tak keluar2... nak tanya kesian pulak... tapi oleh kerana si isteri perasan kami tertanya-tanya agaknya, maka si isteri pun berceritalah.... suaminya tak mengisahkan langsung tentang persiapan hari raya.... saudara mara datang, dia tidur.... uhhh kesian sungguh... meleleh air mata si isteri menceritakan....Dua dah cerita berkaitan suami isteri menyambut hari raya ni...
Moralnya.... bulan baik ini, bukan semestinya ia mendatangan kegembiraan kepada setiap insan... Apalah guna bermaaf-maafan pada pagi 1 syawal sekiranya, pada hakikatnya tiada keikhlasan dan kegembiraan..
Cerita ketiga.... bagimana kita melayan pasangan kita. Kadang-kadang bila difikirkan adakah aidilfitri ini diraikan dengan penuh kesyukuran atau sebaliknya...Bila terfikir apabila kita melayan pasangan dengan baik, InsyaAllah pasangan akan melayan kita dengan baik... cerita ni bermula apabila si suami nampak si isteri mengambil makanan , maka suami mintalah isteri mengambilkan makannan untuknya... dengan marah dan merungut2 si isteri menyatakan bahawa suaminya hanya mengacau sahaja kerana dia nak makan.... dengan malu ,si suami mencari makanan sendiri.... betapa malu dan sedihnya....
Seterusnya.... cerita akhir rasanya....
Dalam perjalanan pulang dari berhari raya ke Kota Tinggi , hubby yang memandu sederhana memotong kereta yang dipandu perlahan.... he he... turun jer bukit maka 2 orang anggota polis dah tunggu di tengah jalan... maka ke tepi lah kami...dalam bersoal jawab dengan anggota polis tersebut, Hubby pun datang ke kereta mengambil duit raya untuk diberikan kepada anggota polis tersebut....
Tak boleh nak tulis semua...... agak sensitif.... Jadi dari pengalaman Ku berhari raya , banyak kisah moral yang boleh kita ambil iktibar...
Syukur kepada Mu Ya Allah kerana, mengurniakan seorang suami yang sangat baik, memahami dan menjadi teman di kala susah dan senang.
No comments:
Post a Comment