12 July 2011

BERLELUASANYA GEJALA SOSIAL DI KALANGAN REMAJA - KITAKAH YANG BERSALAH

Setiap hari membaca akhbar ada sahaja cerita keruntuhan moral anak-anak remaja masa kini. Hari ini teringin pula Ku untuk berkongsi dengan mereka yang sudi menjengah My Kemilau ni...
Kadang-kadang terasa diri ini sangat kerdil kerana Allah telah menunjukkan bermacam2 tanda akhir zaman ni... Astagfirullah....Ampunkanlah dosa kami...

Kenapa Ku ingin meluahkannya .... kerana terfikir di fikiran Ku , agaknya banyak punca keruntuhan moral remaja masa kini adalah kerana kemajuan teknologi , kesilapan ibu bapa , pihak sekolah , masyarakat juga media massa.

Apa yang Ku fikirkan hari ini tentulah berpunca dari apa yang dihadapan mata Ku pada hari ini, juga hari-hari sebelumnya.Dulu 20 hingga 25 tahun yang lalu pihak sekolah akan memastikan semua pelajarnya memakai uniform sekolah tidak kira hari apa pun... asal namanya pergi ke sekolah. Zaman Ku dulu memakai tudung sudah dikira perkara wajib.... yang tidak memakai tudung tu kira brutal lah...Beberapa masa selepas zaman persekolahan Ku , banyak sekolah menengah yang memastikan pelajarnya memakai tudung mini telekung yang agak labuh...

Tapi kini, setiap hari Rabu, murid-murid sekolah diwajibkan memakai uniform koko masing-masing....Apa yang ku nampak dalam perjalanan ke sekolah , anak remaja perempuan memakai t-shirt ketat dengan seluar panjang ketat... Cubalah kita bayangkan... bagaimana pandangan pelajar lelaki apabila melihat sedemikian... Begitu juga guru lelaki.... wah pasti terliur dan tergoda kalau tidak kuat iman....Di dalam kelas pelajar sekolah menengah duduk di dalam kelas yang sama, yang perempuan duduk di hadapan manakala yang lelaki di belakang, berbual bergurau senda dalam keadaan yang tidak sewajarnya....jawabnya balik dari sekolah menyambung aktiviti lah mereka... sebenarnya bukan untuk berniat tidak baik tetapi itulah realitinya...

Pada awal Jun yang lalu sahaja,di Daerah Batu Pahat terdapat 26 orang pelajar yang melahirkan anak luar nikah....( ini dari sumber yang benar ) MasyaAllah tu di Batu Pahat, bagaimana pula didaerah lain...

Begitu juga dengan guru-guru wanita, mereka diwajibkan konon untuk memakai pakaian uniform koko... Wah masing-masing memilih untuk memakai seluar panjang dan t-shirt....Bayangkan guru wanita memakai pakaian sedemikain ,macam bersantai ke shopping complex lagaknya....kalau boleh nak pakai yang berbentuk badan supaya kelihatan kurus... Pakai yang besar tidak berbentuk badan apabila di pakai, nanti orang sangka gemuk pulak...Fikirkan lah....



Zaman Ku sekolah dulu tiada majalah hiburan yang melambak-lambak seperti masa kini. Apa agaknya majalah zaman Ku sekolah dulu ya...seingat Ku yang terkenal sering jadi pilihan Ku adalah Ujang dan Gila-gila... tapi kini masyaAllah majalah hiburan yang tidak bermoral yang gambar luarnya dan cerita berkisar tentang seks kebanyakannya....Gambar artis dengan mendedahkan aurat di sana sini, jangan cerita lah...Cerita hubungan dalam kain pun kini tanpa segan silu dicerita di akhbar atau majalah...

Ada pulak akhbar tempatan tu yang menyediakan soal jawab tentang seks ni, yang kononnya untuk membantu menyelesaikan masalah...Ku yang dah kira tua ni pun segan nak membacanya...Bagaimana anak remaja yang memang Allah jadikan lumrahnya umur sedemikan nafsu terhadap pasangan berlainan jenisnya memang sedang memuncak.... Tentu mereka akan mencuba-cuba.

Media elektronik tak kiralah hebatnya dakyah tersebut...handphone, FB, twitter dan entah macam-macam.... tak kira remaja atau dewasa tanpa segan silu,menayangkan gambar di laman2 tersebut....siapa yang harus dipersalahkan...seperti yang Ku katakan tadi, kalau boleh apa yang ada dalam kain pun nak di dedahkan di khalayak...

Akibatnya, bertambahlah keruntuhan akhlak baik lelaki atau wanita...yang perempuan tanpa segan silu minta di raba, yang lelaki tanpa segan silu menggunakan senjata lelakinya untuk membuktikan kejantanannya....maka syitan pun bertepuk tangan...

Bertambahnya program2 sosial yang disediakan oleh kerajaan seperti sambutan kemerdekaan besar-besaran, sambutan tahun baru besar-besaran, Pesta Jom Heboh...majlis-majlis yang sehingga tengah malam.... siapa pengunjungnya... maka remaja kita....tujuan kerajaan yang kononnya untuk membaik pulih remaja perdana ni ...Tetapi jadinya bukan memperbaiki akhlak , semakin menggalakkan adalah....

Marilah kita fikirkan bersama , salah siapakah jika anak renaja masa kini semakin rosak akhlaknya...

No comments:

Post a Comment