15 July 2011

KERANA MULUT BADAN BINASA....



Biasa dengar dengan ungkapan tersebutkan....Sebenarnya hari ini Ku rasa frust yang amat.... terlalu.... kecewa yang tidak terkata...Syukur istighfar mengingatkan Ku....

Walau perkara ini bukan berlaku pada diri Ku, tapi sebagai seorang wanita , seorang yang berilmu walau tidak setinggi mana dan sebagai seorang yang berfikiran waras ,sakitnya akan dirasai sekiranya ada hamba Allah yang mengatakan tidak baik kepada orang kita kenali....

Peristiwa ini memang membuatkan Ku ingin menulis N3 pada hari ini ....dengan rasa rendah diri Ku nyatakan bahawa tiada langsung untuk menyinggung perasaan sesiapa tetapi sekadar meluahkan rasa....Sebelum menulis ni tadi tanya pada hubby boleh tak masukkan N3 ni...dia kurang setuju, tapi Ku janji tak kan sentuh nama sesiapa pun...

Ingat-ingatlah apabila menuduh seseorang, jangan sesedap rasa... takut dengan sekelip mata Allah balikkan kepada kita.... Sedarlah sebenarnya kita manusia yang lemah, syaitan sentiasa di sekeliling kita... Berbagai cara syaitan ni menggoda kita...MasyaAllah...

Teringat boss Ku pagi tadi ada berkata, kalau kita ni biasa2 ajer bukan ustaz atau orang alim ,maka yang menggoda syaitan kecil ....tapi kalau ustaz atau yang ilmunya lebih maka syaitan yang datang "Jenderal"....

Maka tertulisnyalah N3 ini pada kali ini....

SATU sikap yang merosakkan persaudaraan dan perpaduan umat Islam ialah ‘suka membawa mulut’, mereka-reka serta menambah cerita buruk, malah melaga-lagakan orang se hingga kisah yang pendek menjadi panjang.

Senang kata ia juga disebut menabur fitnah iaitu menceritakan keburukan orang di khalayak ramai dengan tujuan menimbulkan kebencian dan permusuhan terhadapnya.


Kesan daripada perbuatan itu bukan hanya merugikan seorang dua, malah menyebabkan hilangnya perasaan kasih sayang, hormat dan kepercayaan di kalangan kita , juga masyarakat, sehingga runtuh segala sendi kebahagiaan hidup bersahabat dan bermasyarakat.

Sikap menyebar sesuatu yang buruk seperti itu sangat tercela. Ia satu daripada perbuatan dosa besar yang akan mendapat ancaman seksa amat berat di hari pembalasan kelak.

Antara faktor yang menimbulkan fitnah ialah dorongan perasaan iri hati atau dengki terhadap orang lain, ditambah kekurangan iman dan tiada kefahaman mengenai larangan dan kemurkaan Allah, malah hati dan jiwa seseorang yang kotor, lemah tahap pemikirannya dan sukar menerima kebenaran.


Faktor lain yang mendesak seseorang melakukan fitnah kepada saudaranya ialah kerana ingin mendapatkan kuasa, pengaruh serta kepercayaan orang terhadap diri dan dakwaannya, malah ingin menunjukkan dirinya seorang yang lebih baik daripada saudaranya itu.

Islam menasihati umatnya agar melindungi rahsia saudaranya, bukan sengaja mencari kelemahan dan membuka aibnya kepada khalayak, kerana dengan tindakan itu boleh menjatuhkan maruahnya.InsyaAllah sekiranya kita melindungi keaiban orang lain janji Allah akan menjaga keaiban diri kita di dunia dan di akhirat. Berfikirlah dengan waras disamping menceritakan aib seseorang janganlah sesekali kita menggelar atau memanggil orang yang kita tidak sukai dengan Si Pendek, Si Hitam atau apa sahaja yang yang lebih dasyat bunyinya daripada itu.


Kini medan menabur fitnah terlalu banyak. Dengan perkembangan teknologi, semakin mudah pula mengadakan berita palsu, fitnah dan segala celaan, dengan cepat tersebar ke seluruh ceruk rantau.

Cukup dengan memasukkannya ke dalam Internet atau blog, semudah itulah manusia berbuat dosa dan semudah itu juga umat Islam boleh bersatu dan berpecah belah.

Kita sepatutnya perlu bertanggungjawab atas apa yang ditulis, diucap dan disebar, bukannya menulis, bercakap dan menyebarkan berita mengikut sesedap hati tanpa di selidiki, kerana semua itu akan ditanya Allah.

“Dan janganlah kamu mengikut apa yang kamu tidak ketahui; sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya akan ditanya apa yang dilakukan.” (al-Isra:36)


Allah tidak membenarkan perkara keji, berita palsu berkembang dalam masyarakat Islam, lebih-lebih lagi jika ia membabitkan kehormatan dan maruah seseorang.

Agama kesejahteraan bukan hanya menjamin kesejahteraan kepada diri sendiri, malah ia juga memberikan kesejahteraan kepada orang lain, dengan tidak mengata terhadap saudara seagama, tidak menyakiti mereka dan tidak mencabuli hak mereka. Tapi sekarang ni di mana -mana tanpa segan silu , khalayak lebih senang dan duduk menceritakan keburukan dan keaiban orang lain seperti semut menghurung gula lagaknya.

Menabur fitnah sebenarnya lebih kejam daripada membunuh, kerana kesan kerosakannya lebih teruk. Jika dengan membunuh, walaupun ia tetap salah, tetapi mangsanya mungkin seorang, tetapi dengan fitnah mungkin mengakibatkan ramai orang dan kesannya berentetan sehingga bertahun-tahun.


.............Uhhh... dah penat rasanya ... InsyaAllah akan sambung di lain kali....


16.7.2011.... he he ingat nak menyambung lagi tazkirah diri ni... tapi memandangkan hari ni dari pagi busy ya amat, idea pun dah terbang....sedar sedar dah tukar hari kepada 17 .7.2011 pula jam 12.40 am waktu nak update N3 ni... dan sebenarnya bila dah rehat dan tidur malam tadi , bangun dengan keinsafan marah tu dah hilang pada seseorang....Berfikir sendiri, buat apalah nak marah kan seseorang, kita ni bukan sempurna mana, entah esok entah lusa kita Allah uji....Banyakkan istighfar dan muhasabah diri jer lah....

2 comments:

  1. Assalamua'laikum,
    Betul tu Ustazah, kekadang rasa meluat jugak sejak akhir-akhir ni....anak2 tertonton fitnah dan mehnah secara langsung. Seolah-olah sudah ketandusan iman. Entahlah mungkin kita ke pegi Mekah balik kot....untuk lari dari semua ini...

    Wassalam
    Salam utk Hj Fendy

    ReplyDelete
  2. kaya dunia, kaya akhiratOctober 5, 2012 at 5:38 AM

    Memang btl apa yg ko tulis tu dan lagi sebabnya ialah kerana merasakan dirinya lebih hebat drpd org lain..senang kata serupa iblislah yg enggan sujud pada adam bila diperintah Allah, kerana dia rasa dia lebih hebat..
    Marah btl ni...hahaha..sebab aku "pernah kena"...tapi tak apa, kelak di akhirat aku tuntut sampai "dia" bankrap...
    Ingatan utk diri sendiri, "jgn pamerkan rendahnya iman kita dan berhati-hati dgn nafsu ammarah" mudah2an Allah ampunkan dosa kita....

    ReplyDelete