10 March 2012

MEE TIAW PRODUK MUSLIM.....




Sekian lama mencari-cari produk mee tiaw muslim baru kini ia muncul.... sekarang tak perlu risau lagi nak makan mee tiaw....kerana sudah ada produk muslim . Terima kasih Ya Allah kerana dari dulu lagi ku mencari ...

Ini kisah benar sebenarnya... lebih sepuluh tahun yang lalu ku pernah ke tempat jualan barangan tempatan dan bahan mentah unutk pelbagai jenis mee untuk mencari mee tiaw muslim...." Kak ini mee tiaw muslim ke ?"... ku bertanya pada penjual itu kerana kebetulan mee tiaw tu tak berlabel.....apa jawabnya " ha ha dik, dik mana ada mee tiaw buatan orang kita , semua mee tiaw kat Johor ni adalah produk bangsa asing....".
" Ya ke kak ?" tanya ku..." Carilah dik kalau ada kat mana-mana ....".

Sejak dari itu memang tension memikirkannya.... Ya lah kebetulan anak-anak pula memang suka makan mee tiaw goreng atau mee tiaw sup.... macam mana nak menyelesaikannya.... Ci abang pula sejak dari itu memang kalau boleh elak memang dielaknya untuk membeli atau makan mee tiaw ni....

1 comment: